Monday, March 16, 2009

Artikel 4

Salam semua..

TQ Mazlee for the date..

Ini ada satu cerita yang aku rasa elok semua org tengok dan baca...Cuma masaalahnya, aku sendiri pung tak kenai dia ni. Sekurang2 nya aku kenai gak Kuda Tua tu...

SALAM semua sahabat handai, rakan n taulan.

Nampaknya banyak cerita 'menarik' dan komen sepanjang dua tiga minggu ini. Banyak perkataan HALAL n HARAM....penyangak pun ada!!!

Bila terpampang tarikh dilahirkan, rupanya kita dah setengah abad...umur tu melambangkan apa? Banyak....

1st, usia belum akal baligh @ budak-budak, 2nd dah cukup MATANG, and 3rd cukup TUA.

Aku bukan hendak nasihat tapi renungkan bersama. Perbuatan kita pada usia MATANG dan TUA adalah terpenting.

Pada usia matang kita buat sesuatu dengan niat, hanya kita dan ALLAH SWT sahaja yang tahu.

Pada usia cukup TUA, salah cakap, salah cerita atau tersalah cerita yang bukan-bukan, kita boleh dianggap sebagai BAGHAL, DANGKAL, BODOH atau lembut sikit....orang tu akai pendek, tak berilmu. Mungkin juga ada motif. Sapa tau.

Aku tidaklah pandai, semuanya halfway, tak sempat habis. Ngaji pondok pun tak habis. Kira masuk kategori "D" dekat F lah tuu. Nak cerita pasai BMW, Merc, sorilah...takleh aku.

Cuma aku ingin berkongsi sikit mengenai cerita ini (tidak ada tokoh tambah, the only truth).

a) Di dalam kitab Futuhat Makiah karangan Ibnu Arabi (kitab asli), beliau menceritakan tentang seorang Arab pada zaman jahiliah yang mencabar tuhan (Allah SWT).

Diceritakan pada satu hari dia naik ke atas satu batu besar dan menghunus pedang mencabar Allah berlawan. Masa berlalu, akhirnya dia bertukar menjadi seorang alim bertaraf wali Allah.

b) Sekali aku ziarah seorang alim (ramai menyatakan dia bertaraf wali kerana ilmu dan amalan dia). Aku setuju sebab terbukti. Setakat berilmu, amalan tidak seberapa belum boleh capai taraf itu.

Pada satu hari, seorang jemput dia pi rumah untuk rai kenduri.

Bila saja makanan masuk dalam mulut (setakat dalam mulut sahaja), langsung dia tutup mulut dengan tangan mengeluarkan makanan itu seolah-olah terlekat dengan gigi palsu dan tidak boleh makan.

Kerana menghormati tuanrumah dia makan (setakat dalam mulut) walaupun tahu makanan itu dari sumber HARAM. Oleh sebab tiada pilihan dia terpaksa berbuat begitu supaya tuanrumah tidak malu. Begitulah tingginya pekerti orang alim yang berilmu.

Meminjam kata-kata moderator, JANGAN SAMPAI ADA YANG TERSENTAK.
Jangan hipokritt!!!

Koden selalu kata 'pikiaq sendiri.'

Dosa dengan Allah, kita boleh taubat dan pohon keampunanNya, dosa sesama manusia selagi dia tidak maaf, dia tidak redza, tanggunglah sampai akhirat. Di dunia nampak hebat!!!

Cerita mengenai penderitaan rakan kita e.g. Omar Saipudin dan yang sepatutunya diumumkan, eloklah dipublishkan.

Tak salah juga bercerita mengenai harta yang melimpah ruah, dan lebih baik jika sanggup berkongsi, membantu sahabat handai, rakan-taulan yang memerlukan.

Tersalah, silap, aku mohon maaf.
Wallahhualam.
Wassalam.

March 16, 2009 2:02 PM

Aku ucap terima kasih kat mamat/minah ni yang telah mencoretkan ngan panjang lebar cerita nya kepada kita semua...

5 comments:

madud said...

Assalaamuaalaikom,

Secara keseluruhan, sangat bernas artikel Tuan. Saya sokong penuh cara Tuan menasihat kawan2. Syabas.

Cuma pada ayat jangan hipokrit saja sedikit tersentak. Agak keras. Tapi tak mengapa. Kadang2 kena keras.

Saya juga bersetuju dengan kelebihan menghebahkan kekayaan kawan2, menjadi contoh teladan kepada yang kurang. Dan juga, bukan si miskin saja yang hadap ujian ALLAH, si kaya juga ada ujian jugak.

Pada pandangan Koden tu, Pikiark sendiri, itu cara dia. Gaya dia. Sabar saja lah.

Sekian, wassalamu.

Anonymous said...

Kuda tua..kuda Tua..malas la nak komen.Nanti terfitnah org lain pulak..biaq la..melalut sorang2.

Fazie.

KODEN said...

Salam,

Syok betoi tengok penglibatan n komen kwn2 yg panas n bernas. TAHNIAH semua yg terlibat.
Aku nak semua yg terlibat jgn tersentot dgn teguran n pandangan kwn2 yg lain sbb semua org mempunyai pesepsi sendiri kepada sesuatu isu.
Memang setuju 100% dgn Artikel 4 tu. Mungkin dgn sedikit adjustment (yg tak melanggar syarak) kpd rujukannya, kita mungkin bersama2 dpt improvekan komen2 kita. Yg penting kita jgn tersentot.
Bagi aku yg termasuk dlm gulungan yg lekeh berbahasa, garis panduan yg aku pakai is ikhlas. Tang lekeh bahasa yg diguna, aku minta maaf la sbb dari sekolah dulu pun dok pas ngam2 takat hidung saja.
Anyway, la ni aku kena pikiaq lebih sikit utk nak komen. Hehehe

Wassallam.

CIOW

KODEN

Kuda Tua said...

Artikel 7 (kot)

CUBA TULIS CERITA PULA

Tak sangka ana telah mendapat sambutan bercampur2 dari kalangan bro/sis. Pro atau kontra, ana tetap mengalu-alukan komen bro/sis sekelian. Memang tujuan ana menulis pun sekadar menghidupkan Kg. siber kita semata2.
Hanya satu yg ana pohon kepada semua penggiat komen di Kg. siber kita yg tersayang ini, kalau bro/sis terasa terpanggil sangat2 untuk membuat SERKAP JARANG, jgn lah pula sampai terus menuduh dan "mengkhutbahi" si polan itu.
Sukalah ana meng"confirm"kan yg si polan yg disebut oleh salah seorang bro/sis kita itu sebangai KT adalah TIDAK TEPAT SAMA SEKALI. Malah tersasar jauh sebab personaliti kami berdua amat berbeza. Persamaannya hanyalah sekadar, di masa remaja kami bersama2 pernah bermain bola utk sekolah dan satu kelas hingga Form3.
Ana kagum dgn Mazlee yg kian dapat menghidu siapa ana. Memang benar, tidak ramai yg mengetahui nama Mazlee di eja begini rupa. Mungkin dia bersaudara dgn Bee Gees agaknya. Ana juga tahu nama gelaran Mazlee yg diberikan oleh rakan2 di Jitra. Ana yakin Dz pun tahu dan pasti tersenyum membaca.
Ana berpendapat, dari bro/sis terus menerus cuba memerah daya minda utk mengenali siapa KT, ada baiknya bro/sis sekelian memerah utk menghasilkan satu cerita utk dikongsi bersama.
Terkini kita sudah mendapat sumbangan tajuk2 keugamaan dan susila kehidupan. Sudah ada juga tajuk kemasyarakatan tentang parking di hari Jumaat, miang orang setengah abad dan nostalgia Jitra.
Jadi apa yg ditunggu lagi, mula lah pemerahan minda utk menghasilkan cerita pula.

Kuda Tua said...

Artikel 7

BROTHERS IN ARMS

Tajuk lagu Dire Straits ini digunakan sebagai teras nukilan ana kali ini.Banyak yg berlaku di Kg siber kita dlm 3-4 minggu kebelakangan ini. Ada yg sensasi, ada yg basi, dan ada juga menyentuh emosi.
Rasanya kutuk mengutuk dan sindir menyindir dgn sinis rata2 dapat diterima umum. Tapi ada yg terpanggil utk menegur salah-silap kwn. Mungkin tersalah media sehingga terguris hati lalu di bawa merajuk.
Merajuk sampai...
Merajuk sampai ke Sg. Petani
Ahaaaaai...... lah sayang.
Ana tak berhajat menyebelahi mana2 pihak. Ana lebih suka melihat keikhlasan dan keakraban bro/sis yg seolah-olah "tercubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakit nya".
Penegur membuat teguran mungkin atas rasa keakrabannya sehingga tidak sanggup mendengar luahan2 terhadap "bro"nya. Manakala yg DiTegur pula terasa kecewa sebab "bro"nya juga yg amat keras menegur.
Ana lihat begini sahaja, seandainya "we don't CARE, we simply couldn't be bothered". Berlandaskan prinsip yg mudah ini, ana meminta semua yg terlibat supaya muhasabah diri. Kalau semua teguran atas dasar ikhlas, syukur. Dan jika semua hujah pembelaan diri juga dilakukan dgn keikhlasan, lagi lah syukurnya.
Adakah perlu mana2 pihak terus memancing simpati/sokongan? Ana berpendapat - SUDAH LAH.
Marilah kita sama2 dengar lagu BROTHERS IN ARMS.(Dlm konteks kita, sis pun termasuk lah ya)