Salam semua.
Syok jugak bila dapat komen dari kawan2 S'wak dan juga yang latest Zurina. Terima kasih semua dan harap hampa selalulah jengok jengok dan kita boleh sama2 updatekan cerita terbaru tentang kawan2 semua.
Actually, aku nak cerita sikit pasai hari perhimpunan tu. Bila masa kami buat meeting pagi tu yang turn up seperti yang aku paparkan dalam gambaq tu lah. Dapat berita si anu tak leh mai, si polan tak dak di sini dan sebagainya. Aku dah tak syok dah dan terbayang lah apa yang aku harap tak berlaku tu akan terjadi. Tharu dilantik jadi penyambut tetamu. Gah asyik dok tanya pasai apa video nampak tocang saja?
2 minggu sebelum majlis aku dah stat kontek kawan2 yang diamanahkan untuk kutip duit untuk bertanyakan kemajuan. Depa kata belum lagi. Aku pun dah rasa ghaplah dah sikit. Pas tu 15hb Jun aku kontek lagi sekali dan aku dapat tau yang ramai call Mat Lazim dan Kamal menyatakan yang depa naj bayaq pada hari majlis. Pada aku awat jadi camtu? Susah sangat ka nak jumpa Roshita yang ada kat JPJ dan Mat Lazim yang ada kat Jitra tu. Aku dah agak benda ni akan terjadi maka itu lah aku suruh Koden bagi akaun no dia. Yang tu pun depa tak mau boh jugak.
Bila Jit masuk komen dalam forum mengatakan yang depa tak mau rugi sekiranya tak jadi hadir maka faham lah aku. Lebih baik bagi organiser rugi dari depa rugi. Tapi aku tak rasa kawan2 sanggup buat camtu. Tapi mana tau...mungkin ada kebenaran apa yang Jit kata tu. Kalu sekiranya hampa ada pemikiran yang camtu, aku cadangkan hampa pi kat Chegaq, dan buangkan pemikiran tu dalam sungai kat Chegaq.
Perkara utama kami buat perhimpunan ni bukanlah nak buat untung. Bukan nak cari glamour pun. Tapi, perkara utama adalah supaya kita dapat bertemu kembali dan agar kita dapat berhubung kembali selepas sekian lama tak berjumpa. Perhubungan antara kawan sekolah ngan kawan yang kita jumpa diluaq ni adalah sesuatu totally different. Jauh bezanya. Kawan sekolah ni kita membesar bersama. Kita belajaq bersama. Mengaji Quran bersama, main guli, main gasing kena pukui ngan cikgu, semuanya masa kita kecik2 dulu amat berlainan sekali. Bonding atau keakraban dia tu lain. Hampa tenung tenung lah.
Ok, lepas meeting dan kita ada bincang apa nak buat sikit sebanyak dan masuk dalam restoran atoq barang dan sebagainya...tup tup pukui 12:30 dah. Nor Jasman pun mai jugak join. Punya lah lama aku tak jumpa mamat ni, tetapi dia masih handsome macam dulu jugak. Hamsan pun ajak lah kita pi ke dusun dia. Teruja jugak bila dengaq pasai dusun tu.
Tapi sebelum kami belah pi dusun tu, kami sempatlah buat recording video yang ditujukan khas kepada Pegawai di Kementerian Dalam Negeri seperti yang tersiar di bawah..
Kami bertolak dalam 3 buah kereta. Hamsan, Jasman dan Gah. Tharu ikut Gah. Bila kami sampai saja, masa nak berjalan masuk ke dusun tu lah kami melintasi rumah kecik yang menarik perhatian Gah. Mungkin dia teringat dulu2 punya kut...
Anyway cerita dusun apa lagi, makan je lah apa buah yg ada.
Balik dari dusun baru kami check in kat bilik di situ. Koden pun siap ngan seterikanya, pakat dok berdandanlah. Dok cari tempat tang mana nak seterika baju dia dan sebagainya. Lepas dia seterika, Dik D pun nak seterika jugak. Tapi dia cuma seterika baju yang dia pakai panjat pokok tadi tu lah..hahahaha. Dah siap iron, buka alamari baru jumpa sterika dan ironing board memang siap disediakan..Hhehehe. Kamal pun ikut ngan kami jugak masa tu.
Masa tu aku masih berdebar2 takut orang tak mai. Dengaq pulak cerita yang depa dah pi tambah lagi makanan sebab depa tengok kat dalam blog tu ramai. Aduss..aku dah risau. Turun dari bilik, angin bertiup kencang sekencangnya. Awan pun gelap. Menambahkan lagilah kerisauan aku tu. What to do... Terima je lah apa nak jadi.
Bila sampai kat restoran tu, aku nampak dah ramai dok kerumun kat meja yang disediakan dan Tharu dengan tekunnya dok register nama dan jugak kutip duit. Aku bagi pouch aku untuk dia masukkan duit.
Muka pertama yang aku nampak adalah, Ang Hee Lai. The 1st word dia cakap..."I know this guy...You never change.." Hahaha...Aku actually terlupa gak nama dia tapi lepas tengok betul2 baru lah ingat. Wow..lama nya tak jumpa. Then Kok Wei pulak mai salam dan start lah sembang. Lepas tu ramai yang start datang. Tapi semua pakat dok bersembang diluaq, maklumlah dah lama tak jumpa. Sampai akhirnya aku terpaksa buat announcement suruh semua register dan masuk ke dalam. Hari pun dah start hujan. Nak panggil masuk pun kena berkali kali..Payah sungguh budak budak tua ni semua. Bila dah terlalu lama tak jumpa, camtu lah jadinya. Depa nak sembang...
Bila Foo Mooi Ai sampai ngan Chan Mee Mee, aku kenai dah Mooi Ai. Tapi bila aku tanya depa kata bukan.Siul sungguh pompuan tu dua ekoq. Chan Mee Mee pung aku kenai. Pas tu Rogayah mai dan ramai lagi lah yang mai. Muka yang tak expect banyak yang hadir walhal nama yang tertera dalam blog ramai jugak yang tak turn up.
Cikgu2 yang mai cuma Looi Ban Bee yang aku kenai. Yg lain tu, tak mengajaq aku jadi aku tak leh nak kenailah. Bila majlis dah nak start ada seorang lelaki memakai songkok putih bawak anak masu kut pintu belakang. Bila sekali pandang aku dah kenai, Badrunhisham. Aku suruh dia pi register dan masuk balik.
Bila semua dah masuk, aku mintak semua x student bangun dan bila semua dah bangun aku mintak depa ucapkan "SELAMAT TENGAHARI CIKGU".. Semua ikut dan majlis bermula. Patutnya selepas aku cakap tu nak buat baca doa, tapi Hamsan kata dah ada ngan karaoke semua tak payah lah,maka aku pun panggilah Koden untuk berucap. Dia punya lalok dok sembang ngan pompuan mana ka, sampai dia buat muka terkejut pulak bila aku panggil dia.
Bila dia berucap macam bila dia dapat mic untuk nyanyi lah, dia lupa diri..hahahaha. Cikgu kesayangan Jit, Sathya dah mintak untuk nak makan awai, sebab tak tahan lapaq. Jadi sebagai host yang baik aku cakap NO. Biaq ikut aturan majlis. Kalau sakit aku panggil ambulans..hehehe.
So, majlis berjalan lancar lah selepas tu. Sepatutnya kita nak buat suaikenal supaya semua orang berucap, tapi sebagaimana biasa, Koden bila dah sembang, dia lupa segalanya. Aku jugak yang kena naik. Bagi cenderahati sorang satu dan minta depa berucap sikit sebanyak. yang bukan melayu pun sanggup berucap dengan baik. Aku salute semua yang hadir hari tu. Ada yang aku kenai dan ada yang aku tak kenai. Tapi common point dia ialah, kami semua budak SMJ at one time or another.
Pas tu Koden dah puas bersembang, take over untuk minta cikgu berucap dan juga kami ada buat jualan barangan kaca untuk kawan yang tak dapat hadir. Bole lah tahan sambutan nya. Ada lah sikit untuk Madud.
Hadiah atau cenderamata ada diberikan kepada Cikgu2 dan juga kepada yang menjadikan perhimpunan itu satu realiti..Kamal, Fadzillah, Mat Lazim dll. Aku pun dapat jugak..hahaha. Kerana blog ni lah.. Nice to get some recognition sometimes. Especially from friends.
Bila dah selesai semua, kami pun bergambarlah. Nak panggil depa ni ambik gambaq punya lah susah. Lama aku tunggu dalam hujan. Sekarang aku dah dapat pelajaran yang baru. Bila nak ambik gambaq lain kali, kena buat di pertengahan majlis, pasai ada yang dah balik awai.
Untuk kesekian kalinya aku mengucapkan berbanyak terima kaseh kepada cikgu2 yang hadir dan juga kepada semua hadirin yang menjayakan perhimpunan ini.
PS: Semalam dapat call dari Fadzilah bertanyakan bila nak buat lagi. Sebab kononnya ramai yang bertanya bilakah next gathering. Aku suruh dia buat je kat Alor Setaq ka, dan definitely aku hadir. Tapi dia nak aku jugak buat benda ni, siap ngan pujian aku buat elok lah, dsb. Hahaha. penat Fazilah oi buat benda ni. Tapi tak kisahlah bila, kalau hampa rasa nak buat bagi tau saja. Mungkin raya ni sapa2 nak buat open house pun ok....
PS: Osmat dah mewarnakan gambaq dara dara SMJ tu, tapi aku ada masaalah sikit nak download dan masukkan dalam blog. Connection nya slow bangat. Once ok aku akan post kan. Terima kaseh banyak Osmat.
Assalamualaikum...ari kat golf club na ada bwa gambr form 5b thn 1976 lupa nk gtau cuma smpt tunjk kat brapa org kwan2 la ni ada kat salmah othman.sapa2 tau x goot yee kat manala ni?lma juga na x jumpa kwan2 dkt 30 thn.seronk x trkata dpt jumpa cuma rindu x dpt jumpa ain dan hasni.