Monday, August 18, 2008

MAKBUL



Salammm...

Aku dah balik ke Paka untuk menyelesaikan segala yang tertunggak dan aku sampai balik kat sini semalam. Ramai nya orang mai Ganu ni, aku kena standby list kat airport tuh.. Nasib baik ada jugak tempat duduk. Kalau tidak, sesak jugak nafas aku ni.

Macam aku kata hari tu lah, aku balik KL sebab mak aku mai, pastu pi makan kenduri adik beradik kat Kg Melayu Subang dan jumpa segala adik beradik lama yang tak jumpa. Anak saudara aku sorang u pulak baru beranak, buat lah kenduri cukoq rambut dan aku pun di jemput jugak lah. Makan saja aku bila balik ke KL. Kalau balik Penang lagi lah makan tak berhenti. Sebut makanan saja lapaq. Macam bila Koden sampai Penang ngan aku enroute to Jitra hari tu, bila aku sebut pasai makanan saja dia lapaq.

Tadi aku dapat SMS dari Koden, bertanya habaq sebab lama gak aku tak kontek mengontek ngan dia ni. Sebab aku tak kontek adalah kerana dia bagi tau dalam blog kata dia sibuk gila. Jadi aku pun tak mau kacau dan tak mau frust bila ajak keluaq dia tak leh. Dia tanya aku samada aku dah kawin di Ganu, pasai tu dok diam saja. Hahahaha..Dia jugak yang bagi tau kat dalam blog ka forum aku dah tak ingat yang dia dok jaga aku ketat supaya tak jahat pasai dah ada org book aku kat Penang...hehehehe.

Bila mai berumoq cam kita ni, cepat lupa. Maklumlah...dah senja. Dengaq habaq Koden ada dok cari tempat untuk alumni SMJ nak buat gathering di Jitra nanti, tak kira tahun. Dari yang tua sampailah yang muda. Aku cadang suruh dia je yang hadir sebab aku tak kenai ramai org. Dia tu macam wakil rakyat Jitra, semua dia kenai dan semua org kenai dia.

Rupanya kesibukan dia ni adalah pasai famili, jadi eloklah tu kalau dia dah boleh selesaikan semua dan aku dah janji nak dating ngan dia hari Jumaat ni, sebab aku nak balik Shah Alam. Tempat pertemuan kat Nasi Kandaq Makbul, Taipan. Kita makan malam kat situlah sekiranya sesiapa nak join. Calling2 lah gang. Last kita sembang 26hb Julai 2oo8. Lama dah tu. Takkan tak dak cerita baru kut. Mc E ngan Cheng pun kena turun mai lah sebab kat Jitra hari tu hampa tak pi. Amacam? Panggil lah Hong Khoon ka, Kok Wei ke, Poh Tee ke, atau sesiapa sajalah..Hahaha..Small gathering sebelum puasa.

Gambaq kat atas tu aku ambik masa dok tunggu traffic light kat Penang. Jalan nak keluaq dari rumah aku lah...Saja aku nampak cantik pulak setup dia tu.

Gambaq mamak yg bawah nilah yang membuatkan aku naik Air Asia murah. Kalau hampa ternampak dia kat LCCT, hampa kelui jelah. Zaqwan nama dia.

3 comments:

Anonymous said...

Correction : Gang super senior alumni kita minta aku cari tempat d KL. Rupa2 nya tahun ni depa tak cadang nak buat d Jitra. N tarikh Perhimpunan ni pun dekat nak masuk Aidl Adh dah pun tapi dgn rela aku akan terus bantu depa. Join or not...., tertakluk kpd jumlah gang kita yg nak join la.

Wassallam.

CIOW

KODEN

ain said...

nice pic!...dz u really hv an eye for subject yg u capture menarik! unik dan kreatif advert...

darah59 said...

Ain,TQ very much.
FYI gambaq tu adalah sebuah kedai jual pasu dan also specialize in landscaping. Klu u happen mai ke Pg, masuk jalan nak pi Botanical Garden, boleh lah nampak. Klu jln ke depan sikit nampak Park Avenue...Tu rumah cek...hehehehe.