Thursday, August 14, 2008
BONSAI
Salam semua,
Amboi lama sungguh aku rasa aku tak bercerita ngan hampa semua. Sibuk sangat la nie. Dok kira nak balik ke KL dah la nie. Cuma dok sibuk pasai documentation projek la nie. Barang2 dah dok bawa balik sikit2 dah. Bulan posa aku kat Shah Alam insyaallah.
Pakat daim habih kawan2 selepas kita buat perhimpunan hari tu. Pasai apa agaknya? Dah tak dak benda nak bercerita ke?
Aku sebenaqnya hari tu ada lah dok buat crita pasai "BONSAI", tapi nampak gaya broadband aku tak mau terima cerita tu, langsung tak leh nak post. Aku pun heran. Pas tu, hari tu balik Shah Alam aku dah tinggai charger lap top aku kat rumah. La nie kelam kabut lah sikit. Kena pinjam org punya baru boleh cag.
Anyway, hari ni Khamis 14hb. aku kena balik Shah Alam jugak lah. Mak aku nak mai melawat adik aku, jadi aku di arah untuk hadirkan diri sebab aku pun dah lama dak jumpa mak aku..
Bali kisah bonsai ni, sebenaqnya hari tu aku dok sembang ngan member aku ni pasai ada satu projek kebajikan yang kami nak buat bulan posa ni. Nama memba aku ni kalau di terjemah ke dalam bahasa Malaysia baku, bermaksud "KUDA TUA". Bahasa asal katanya berasal dari Kelantan, tapi kemungkinan besar, bahasa Selatan Thai kut.. Tak tau lah aku, tapi cerita sebenaqnya bukan pasai dia, tapi pasai BONSAI.
Lepas sembang pi mai2, dah dapat keputusan apa semua, camana nak bagi sedekah dan camana nak buat aturcara, kami pun sembang merapu lah. Terkeluaq lah pasai umoq. Kebanyakkan kita ni dah dok penghujung 40an. Nak masuk 50. Bila mai umoq camni, banyak perubahan yang kita nampak dan rasa.
Yang kita nampak+rasa :
1. Duduk bersila ke apa ka, lama sikit dah kira nak kebas kaki.
2. Bila nak bangun dah rasa cam lutut kurang lubrication.
3. Perut, kira nak ke depan saja.
4. Rambut, kalau tak beruban= berkurangan.
5. Penglihatan..Macam2 jenis kaca lah nak kena boh depan mata.
6. Tenaga = Kurang. Apa saja lah. Tak leh cam dulu lagi.
7. Keinginan = Banyak, tapi tak leh nak capai. Tak dan dah...
8. Kecik hati = Sensitif bila dah mai berumoq ni..
9. Daya ingatan. Kurang banyak. Sat2 lupa.
Itulah hakikatnya. Aku rasa banyak lagi, tapi cukuplah takat tu. Kuda Tua memba aku ni pun ada sebut pasai salah seorang common friend kami yang kecik molek. Dari dulu dia kecik. Sampai tua ni pun dia dok kecik camtu lagi. Selalunya yang kecik molek ni susah lah nampak tua sebab depa cute kata ku. Tapi memba aku ni siap kata yang kecik tu dah jadi endangered species sekarang dan boleh dimasukkan dalam National Geographic, sebab la ni tak ramai dah yang kecik2. Tapi, benda yang kecik ni la nie dah jadi mahai, camana BONSAI gak. Bukan senang nak nurture dia. Kami pun bergelak lah sesama sendiri pasai memba aku dah panggil gang yang kecik molek ni BONSAI.
Aku teringat kat JIT. Kecik badan saja dia ni, tapi pangkat besau.
Cerita diatas ni tak dak kaitan ngan yang hidup atau pun yang dah meninggal.
WASSALAM
PS: Zurina kata dia dah ada no telepon Farizat...Tak nak share ke dgn kami semua. Mungkin ada yang teringin nak bersembang dan bertanya khabar...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ok sape2 nk no farizat ni die 0195488375.na tel 2 kali x angkt tpi die ada msg na.bonsai sape tu cute btl la.ajrla camna nk buat bonsai.
Nak buat bonsai tak tau, klu nak tengok yang siap dah...no problem boleh tunjuk..
Thks for the no..
Buat apa nak susah2 nak nurture. D Putrajaya ada..... ready made! Mungkin mahai sikit la kot. Tapi kalau na "bonsai" ni Dz boleh tawaq.
Post a Comment