Salam,
Kami punya "do" kat Makbul tak termakbul nampaknya sebab musabab dia kerana plan benda lain keesokkan harinya tu.
Bila aku sampai KL je, aku dah SMS Koden, dan dia bagi tau respon org lain semua diam jadi kami decide nak pi tengok final Piala Malaysia instead. Kata Koden dia dah lama tak tengok bola. Bila pikiaq balik, aku pung sama gak. Lama sungguh tak tengok Kedah main secara LIVE. Cup final apatah lagi, sekali pun aku tak pernah pi. Aku pun "ON" dan Koden ambik tiket.
Janji nak jumpa kat depan Summit kul 7:45, tapi oleh kerana hujan dan Koden tak leh kerja dia ajak aku jumpa awai sikit dan cadang nak pi tengok perangai penyokong Kedah dan Selangoq kat Stadium Bukit Jalil. Not a bad idea actually. Aku pun minta kamera SLR dari anak aku, tup tup dia tinggai kat opis dia. Frust nye aku. Last2 bawak la compact cam tu. Punya lah tak puas hati. Tapi apa nak buat.
Hari tu dok hujan, Kodeb siap suggest bawa baju spare takut lencun. Ada dress code pulak tu...Hijau atau kuning atau kedua2 nya sekali. Aku mana ada baju kuning atau hijau, jadi aku pakai selipar kuning...hahahaha.
Anak aku hantaq aku ke Summit dan Koden mai ambik aku. Dia ngan anak dia dan anak penakan dia. Bila sampai sana, meriah betui. Aku ni "perak"(baca guna E tande) sikit dan teruja ngan suasana tu.
Masa dok jalan nak pi stadium, gang Selangoq dok keriau kutuk kata Kedah kalah, sebab Shafiq anak Koden dah pakai jersey Kedah..hahahaha..semangat gila.
Ternyata malam tu kat Bukit Jalil rasa cam dok Aloq Staq sebab bunyi cakap kiri kanan serupa je..Memang banyak Kedah dari S'goq.
Hijau Kuning sampai ke rambut..Cool..Peminat setia.
Suasana dalam Stadium Bukit Jalil.
Tempat duduk yang dikhaskan untuk penyokong Selangoq kat hujung sebelah sana kureng penyokong.
Topi kontrek pun tulih Kedah gak
Lautan Hijau Kuning atau "Green Army". Banner tu ada yang dari Tokai, Pida 3,Kota Sarang Semut dan ramai lagi lah.
Suasana dalam Stadium Bukit Jalil.
Tempat duduk yang dikhaskan untuk penyokong Selangoq kat hujung sebelah sana kureng penyokong.
Topi kontrek pun tulih Kedah gak
Lautan Hijau Kuning atau "Green Army". Banner tu ada yang dari Tokai, Pida 3,Kota Sarang Semut dan ramai lagi lah.
No comments:
Post a Comment