Nampak gaya hasil usaha Kamal yang gigih, kita dah pun confirm majlis kita serta pembayaran deposit. Wang kutipan kita masih lagi berkurangan.Apa nak buat, nampak gaya culture kita dah macam tu. Sad to say, but we have to admit lah.
Walau camana sekali pun, kita harap harap perhimpunan ni akan berjaya dan kita semua dapat berjumpa setelah sekian lama tak bersembang ngan hampa semua, teruja sungguh aku nak balik Jitra. Dah tak sabaq rasanya. 6 hari saja lagi.
Aku ada jugak nak buat jualan barangan kaca yang dihasilkan oleh kawan kita jugak, dan hasil jualan tu kita nanti derma kan kepada dia. Memang dia amat memerlukan. Aku harap hampa bawa duit lebih sikit dan kita saling membantu sahabat kita yang sorang ni.
Seperti yang di war warkan, diharap semua yang telah setuju hadir tu, hadirlah. Kita memang buat booking ikut yang mana telah menyatakan persetujuan untuk hadir. Jadi supaya tidak membazirkan wang serta makanan, hadirlah beramai ramai untuk memeriahkan lagi majlis KITA ini. Jangan segan silu kalau nak bawak partner. Boleh jugak kita berkenalan.
TARIKH : 26 JULAI 2008(SABTU)
TEMPAT : KELAB GOLF DARULAMAN, JITRA
JAM : 2.00PTG
PAKAIAN : BEBAS
RM35/= SEORANG
TEMPAT : KELAB GOLF DARULAMAN, JITRA
JAM : 2.00PTG
PAKAIAN : BEBAS
RM35/= SEORANG
No comments:
Post a Comment