Thursday, July 17, 2008

PUTRAJAYA

Salam semua,

Aku terpaksalah bersusah payah 2/3 hari ni untuk settle segala kehilangan yang aku alami. Alhamdulillah....Semua settle.

Hari Selasa 15hb. Julai 2008, aku dapat buat IC sementara aku kat Shah Alam. Banyak ratus jugak yang kena mulanya, sebab ikut rekod depa aku dah hilang IC 3x. 300 lebih lah aku punya bill untuk buat IC baru. Pegawai Pejabat Pendaftaran yang melayan aku tu bertanya kat aku samada nak teruskan buat IC selepas dia bagi tau yang aku kena RM310/=...aku pun dengan sedihnya kata apa nak buat, terpaksalah.

Aku tanya dia samaada aku kena bayaq kat kaunter dia atau kaunter yang lain, dia kata boleh bayaq sini. Aku pun huloqlah RM350/= sambil dok menyesal dalam hati sebab aku tak berhati hati ngan wallet aku tu.

Dia pulak tanya "En tak de duit RM10/= ke?". Aku cakap tak dak lah boss... Dia print bill dan terkezutnya aku bila dia huloq aku balik RM200/= dan meminta aku agar jangan bercerita kepada sesiapa. Dia takut nanti semua orang mai minta diskaun dari dia. Katanya lagi kalau kita dirompak, ada repot polis dirompak oleh orang bersenjata ka apa ka baru boleh dapat free. RM10/= kena bayaq lah jugak. Aku berterima kasih kat dia tak kurang dari 15x sebab dapat balik RM200/=.

Memang dia minta aku jangan cerita kat orang tapi aku nak jugak share cerita ni bgan hampa semua sebab aku rasa dia tu seorang insan yang baik hati. Ada toleransi walau pun aku tak mintak kurang. Mungkin jugak sebab muka aku yang jujur ni maka dia bertindak demikian...

Terma Kaseh banyak En.....

Bila aku keluaq dari Pendaftaran, aku tengok cuaca dah gelap dan hampir nak hujan, aku pun SMS Koden tanya apa dia buat? Dia terus call aku kata dia nak pi Putrajaya dan tanya samaada aku nak ikut. Apalagi, aku pun OK saja. Dia mai ambik aku kat TTDI Jaya dan kami pun sembanglah dalam kereta. Kami bercadang nak jumpa Jit Md Noq dan Dik D, tapi Dik D tak cenang sebab dia dapat kontrak besaq la nie...Juta juta jugak dengaq habaqnya. Syukur kawan aku sorang tu. Jit pulak suruh call dia bila sampai nanti.

Pas Koden pi hantaq invoice dia kat Yati Pak Daud, kami pun pi cari Jit kat opis dia. Aku dah pesan kat Jit agar jjgn pakai kot, sebab keta Koden panas. Hahaha. Dia turun bengan tienya. Aku pun ubah tempat duduk lah, dok di belakang. Koden dah bawa Satria anak dia, maka aku terpaksalah atoq barang kat belakang keta dia yg berselerak tu untuk duduk. Mcm keta aku jugak, selalu berselerak. Jit boleh tanya samaada ni kereta Alam Flora ka? Hahahaha...mulut dia ni kadang2 memang pedas pada yang tak tahan..hehehe.

Dia pun bawak kami pi makan kat bawah mesjid tu, tepi tasik...sembang2, mengata kat Dik D sikit, pastu hantaq dia balik dan kami pun celah...

2 jam di Putrajaya bersama Jit & Koden.

7 comments:

Anonymous said...

DOK HILANG I/C SELALU TU PASAI DIK DI BINI 2 LA,SATU DI PUTRA JAYA ,SATU DI SUNGAI PETANI,DAH GADUH APA TAK HILANG

darah59 said...

Hilang IC tak dak kena mengena ngan Dik D. Aku tak dak 2 bini. Hahahaha.\. Nak jaga sekoq pun ghaplah

Anonymous said...

Assallamualaikum,

Sapa yg komen ni? Dz ni jgn kan 2 bini, 1 pun belum tentu lagi la. Tapi jgn dok pelekeh dia. Walaupun tak dak bini, tapi dia dah d booked oleh orang Penang. Sbb tu aku dok jaga dia bila dia balik KL..., takut dia buaih!!
Yes that day was a good day out sbb kerja aku pun settle n dapat spend alot of time dgn Dz sembang tentang Perhimpunan. Lepaih tu jumpa orang kecik pangkat besaq pun best juga. Banyak betoi kami bincang.
TQ Jit yg dpt luang masa dok ho ha dgn kami walaupun dia banyak masaalah negara yg perlu d tangani.
Yesterday Kamal sms kat aku no. tel Miss Chew Gim Peng (ajaq Geog) n aku terus call dia. Aku teruja betoi dpt cakap dgn cikgu yg aku suka ni. Dia nak mai tapi kena tengok keadaan sbb dia dok jaga mak dia yg dah uzur. So dia akan sampai kalau mak dia takdak hal on that day. So Dz, aku rasa tak salah kalau hang masuk nama dia dlm senarai cikgu2 yg nak mai.
OK la for this time.

Wassallam.

CIOW

KODEN

Anonymous said...

salam sejahtera,
aku masih ingat cikgu chew gim peng tapi dia pasti tak ingat aku. dia masih single ke? perjumpaan kali ni aku miss lagi pasai lenguh badan nak drive. cukup takat ni dulu.

From: HH, KL

Aisy Faris & Aisy Fitri said...

ic tu harta nasib baiq orang tu baik kalau melayang duit 200

xan said...

Haa.. dia pesan jgn cerita dekat orang.. tapi dia tak pesan jgn tulis dekat blog ..
Bro.. blog you ada lagu lagu lama laa.. nostalgia pulak.. ghasa mcm nak balik kampung la la ni jgak..

darah59 said...

Alrite xan...Bagi lu dengaq lah dah lama dok perantauan...