Sunday, July 6, 2008

BAYARAN

Salam semua,

Good news... Tempat untuk adakan majlis perhimpunan kita dah pun di tempah dan ia adalah atas hasil usaha Kamal, Mat Lazim dan Roshita Mansor. Aku nak ucapkan berbanyak terima kaseh kat hampa semua dan aku rasa tak salah kalau aku kata aku mewakili semua sahabat2 yang lain.

Untuk yang memerlukan bilik untuk menginap, sila buat tempahan dan kita boleh block book sekali dan besar kemungkinan kita dapat rate yang lebih murah. Jadi seeloknya lah kalau hampa masukkan dalam komen sekiranya perlu. Jangan pulak lupa untuk memperkenalkan diri.

Aku nak cadangkan Roshita Mansor yang bertugas di JPJ Aloq Setaq sebagai salah seorang wakil untuk buat kutipan. Jadi sesiapa yang ada di Aloq Setaq boleh lah kontek Ta 019-4816300. Aku rasa Ta ni paling strategik sekali sebab dia sentiasa ada di opis.

Wakil kedua ialah Mat Lazim yang berpengkalan di Jitra. Bagi yang dok sebelah Jitra sila hubungi 019-4185020. Dia ni mungkin liaq sikit sebab kerja dia memerlukan dia keluaq dari opis. Walau bagaimanapun, sila buat temujanji ngan dia dan buat bayaran.

Untuk yang lebih jauh lagi sila masukkan dalam Bank Akaun Koden. Nama Zainuddin Idrus, Maybank 114271318009. Pas hampa masuk hampa kontek lah dia at 012-3168555.

Harap harap kita dapat kumpulkan awai supaya segala persiapan boleh berjalan lancar.

WASSALAM guys and gals.

4 comments:

Ir Fitri said...

Ahmad Fitri Inshaallah akan hadir. Tapi kalau ada orang peringat tu baguih la. Koden lama sunggoh tak dengar cerita.

darah59 said...

Selamat datang Ahmad Fitri. Aku rasa aku tak berapa nak kenai hampa ni. Mungkin aku dah keluaq baru hampa masuk kut...Anyway, kehadiran anda di alu alukan.

Anonymous said...

Aku amat teruja bila Mat Fitri cal aku semalam. Aku pun mcm Dz.., dah lupa Mat ni. Tapi bila dia introduce sikit saja, terus aku ingat. Senior kita (59ers) setahun saja. Headboy SMJ masa kita Form 4.
Welcome Mat. Harap terus aktif dlm usaha kita nak menghidupkan ukwah n menyatu umat2 SMJ am nya n yg lapih2 kita khas nya.
War-warkan kat gang2 lapih hang k.

Wassallam

CIOW

KODEN

fitri said...

Tu baru betoi Koden. Depa kata junior. Teruja aku.