Monday, July 14, 2008

YURAN

Salam semua,

Aku ada kontek Mat Lazim, Ta dan jugak Kamal berkenaan pembayaran yuran majlis, tapi nampaknya respon sebelah utara slow sikit.

1. Ta cuma dapat call dari Amin sahaja.
2. Mat Lazim dapat call, tapi banyak yang minta untuk buat bayaran pada hari majlis.
3. Kamal pun macam Mat Lazim jugak.
4. Koden dah dapt kumpui banyak jugak.

Majlis ni dibuat untuk kita. Tak dak taukeh dalam majlis ni. Tak dak tuan rumah. Majlis ni adalah untuk semua kita kita sahaja. Jadi, kami yang memulakan langkah untuk majlis ni pun tidak mendapat apa apa keuntungan melainkan kepuasan hati semata mata apabila kita dapat bertemu dan bersembang serta mengeratkan silaturrahim kita semua.

Jadi disini aku nak mintalah agar kita dapat kumpoulkan duit tu sebelum majlis agar perancangan kita tak terbantut. Kita perlu untuk menjelaskan deposit pada 20hb ini. Segala persiapan lain juga memerlukan wang dan aku harap hampa faham dengan apa yang aku nak kata ni, sebab aku rasa macam frust sikit kalau kita tak cukup dana untuk nak buat deposit.

Jangan lupa...MAJLIS ni hak kita semua. Cuma kami tolong memulakan langkah, kita patut berkerjasama semua untuk menjayakan majlis ini.

Sekian WASSALAM.

2 comments:

Anonymous said...

Assallamualaikum,

Kebetulan aku tengah dok bergayut kat laptop, so terbaca lah luahan rasa Dz. Sebenaq nya serba salah juga nak jampuk ni, takut tersalah tafsir n berlaku terentak hati. Kalau terjadi gitu.., awal2 aku minta maaf sbb langsung tak bertujuan gitu langsung. Hakikat nya KITA sama2 niat nak jayakan Perhimpunan ni. Nak start idea ni n terus utk menjayakan tujuan ni, sapa2 pun tak dak duit extra. Dan selepas tamat Perhimpunan KITA, tak ada tujuan sapa2 balik dgn extra juga.
Macam2 agenda yg d rancang berkaitan dgn Perhimpunan ni memerlukan belanja. Takkan kita nak suruh Mat Lazim n Ta yg dok p tebai muka jumpa n urus tempahan tempat keluaq duit poket kot utk mengesahkan tempahan????
Oleh itu, aku setuju sangat2 macam Dz dok war-warkan, tolong la huloq2 duit kat sapa2 yg d amanahkan kutip tu dgn kadar segera.
Untuk makluman rakan2, Perhimpunan ini d jangka akan menjadi yg terbesar dari 4 Perjumpaan2 sebelum ini. Dan di setiap perjumpaan, ada saja 2-3 orang kawan2 kita yg sumbang lebih utk tampung perbelanjaan yg TAK PERNAH CUKUP. Kami dah malu dgn kejadian gini. Tolong la, harap2 kita tak payah la mengharapkan bantuan gini lagi.
Amacam...??? Tolong la fikir2kan. Kalau terkasar, dengan penuh takzim, aku minta maaf.
Apa yg aku komen ni iklas untuk KITA juga.

Wassallam.

CIOW

KODEN

Anonymous said...

Hampa dah lupa kat aku,apa lagi Koden,aku dok cadang nak bagi RM 500 (Lima Ratus Ringgit)sorang pun tak hubungi aku,dok sebut Ta,Mat Lazim,Aku dok tunggu2 la kot Koden hubungi aku