Monday, July 14, 2008

MUSIBAH

Salam gang semua,

4/5 hari ni sibuklah aku. Pi Gurun, pas tu masuk sampai ke Siam. Kerja punya pasai, hampa jangan dok pikiaq yang bukan bukan.

Anyway senang hati sikit bila dengaq lapuran dari Koden yang dia dah kutip RM245/= sehingga hari ini dan time ni. Baguih lah tu respon nya. Tapi macam Gah katalah, depa ni kebanyakkan nya suka last minit punya cerita, baru nak kelam kabut. Kita akan order food ikut duit yang masuklah senang supaya tiada pembaziran yang berlaku. Oleh itu harap harap kawang2 semua pikiaq pikiaq lah tengok agar kita boleh buat majlis ni dengan lancar...

Aku di timpa musibah hari tu bila pi Gurun. Wallet aku tercicir lah...Tak tau tang mana jatuhnya. Duit tak hilang banyak, about RM50 je, tapi segala IC, Bank card, NIOSH Petronas card,PM Care medical Card...sedih aku. Tu lah pasai aku 2/3 hari ni kena buat segala macam benda. Nak nai kapal terbang pun tak leh IC tak dak. Kereta aku dok kat airport Kuala Terengganu semenjak hari Khamis malam hari tu. Tak tau apa dah jadi. Tapi aku confident tak dak orang mau kereta aku. 1- Sebab dah buruk. Cat pun dah terkeluaq. 2- Kereta camtu dizaman minyak mahai ni, orang tak mau pun. Jual kati boleh lah. 3- Cuma tayar aku saja yang aku risau depa balaih. Hahahaha...

No comments: