Sunday, July 27, 2008

AKUR

Buah yang dalam gambar inilah yang Awang tolong hinggutkan.
Salam semua,

Akhirnya hari yang ditunggu tunggu dah tiba dan ia berjalan lancar walaupun seperti yang aku duga, terdapatbeberapa kerat dari kita yang tidak hadir walaupun telah menyatakan persetujuan untuk hadir. Memang tepat sekali tekaan aku. Memang apa yang aku jangka akan terjadi benar2 terjadi.

Kita membuat tempahan berdasarkan persetujuan mula, tetapi pihak yang menyatakan persetujuan telah tak ambil pot langsung dan akhirnya tidak hadir tanpa menenggung apa apa kerugian, walhal semua kawan2 yang bertungkus lumus untuk menjayakan majlis sekali lagi terpaksa menanggung segala sengsara yang menimpa. Walau bagaimanapun kami yang menganjur ni berharap sangat agar segala majlis yang akan datang akan dibuat lebih baik lagi dan lebih teratur lagi.

Walau camana pun, pagi ini telah bermula dengan sedikit kelam kabut apabila Dik D yang sepatutnya mengambil kami di Jetty Butterworth telah tidak dapat dihubungi. Janji jam 8am, bila start call kul 7.30, telefon tak aktif. Adus..terkendon aku memikirkan. Aku pun habaq kat Koden yamg dok bilik sebelah kat rumah aku. Dia pun start call, tapi tak leh thru jugak. Apa lagi kami pun terpaksalah cari alternatif lain dan Siti Naqiah setuju untuk menghantar kami sampai ke Jitra.

Kami pun bertolak dari rumah dan bila tepat jam 8am, Koden kata nak buat last call. Seperti sebelumnya lah, telefon Dik D masuk voice mail. Kami kecewa sungguh ngan dia dan mulalah andaian dan teuri teoridikeluarkan. Kami bersetuju bahawa dia terpaksa AKUR dgn kehendak isteri dan biaq kami terkapa kapa tanpa kenederaan utk ke Jitra.

Since kami nak pi Jitra , elok sangatlah kalau berhenti untuk breakfast dulu. Tengah dok b/fast tu lah Koden dapat call dari Dik D dan kami decide jumpa dia kat penghujung jambatan Pulau Pinang sebelah B'worth.

Oleh kerana panas hati terasa di tipu oleh Dik D, kami decide nak marah dia dan juga decide akan berhenti selepas Gurun saja. Pok pet pok pet lah mulut Koden...aku jampuk lah sikit2....Kami "akur" kepada ketetapan yang kami buat jadi, selepas Gurun kami berhenti...Hahahaha.

Kami buat janji utk jumpa Hamsan, Gah dan Kamal di Kelab jam 10:30am. Nor Jasman yang aku tak pernah jumpa selama 35 tahun pun aku dapat jumpa. Teruja sungguh sebab dia mai lepas kami berbincang. Hasaza pung ada.

Kami bincang sikit kat klab dan Gah sampai ngan Tharu. Bincang lagi dan atur barang2 kaca pas tu kami dijemput oleh Hamsan untuk ke dusunnya yang sebenaqnya di belakang klab tu saja. Best nye makan buah buahan. Durian, rambutan, dukong dan manggis...pluck direct from tree one... And this is where the birth of a new handle for Dik D. Here he was known as Awang...
Gambar aku akan upload bila aku masuk dalam 3G punya kawasan lah. Sini tak dak 3G jadi masaalah lah sikit. La nie aku kat airport A/Star...Tunggu belon...

No comments: