Wednesday, January 7, 2009

HAPPY BIRTHDAY

Salam...

Dude tima kacih lah atas nasihat hang berkenaan kerja tu. Lagi satu pasai bowling ni yang hang dok ajak main banyak2 game tu buat apa? Lengoh seluroh bahu lah. 3 game elok lah.. Aku jngat nak ajak hang lawan makan kacang tanah lah...Amacam? Tak aci pakai blender. Hahahaha.

23 tahun dulu hari ni, 7hb Jan adalah hari yang ghaplah dan juga gembira pada aku. Ghaplah sebab bini aku dah masuk hospital 4/5 hari dah sebab due. Masih tak keluaq lagi. Suboh dia dah mula sakit, tapi tak dak doktor around plak masa tu. Early morning depa(hospital bersalin P.Pinang) call kata nak kena operate sebab Mrs aku dah weak. Lagi ghaplah. 1st child...tau saja lah. Aku terpa pi hospital, dia dah masuk O.T.

9 something, dia selamat bersalin. Forcep. Bila depa bawak keluaq tunjuk anak aku, ada mark kat muka dia. Aku panik...Misi tu kata mark tu akan hilang punya. Pasai forcep punya hal lah tu. Aku realise kaki dia macam lebam sikit..Bila aku tanya depa, terus depa bawa masuk balik ke dalam. Rupanya he has breath in ayaq apa depa panggil tu bila nak beranak kan? Masuk dalam depa cucuk paip kut situ sini. Panik lagi lah aku bila tengok. Hanya parents je yg boleh melawat. Grand parents pun tak leh masuk. Mak aku apa lagi...Muka dah macam harimau sebab ni cucu dia yang 1st sekali. Finally auntie aku, matron kat hosp A/Staq perbetui bagi dia tengok dari luaq saja. Still tak leh masuk.

Masa tu lah aku ni pikiaq macam2 lah kesalahan yang dok buat dulu, takut Tuhan tunjuk kat anak aku. Ghaplah bersambung selama 2 minggu. Baru discharge. Dok dalam incubator tu lah dia. Badan dia besaq. Tapi tak berapa sihat.

Bila bawak keluaq je, mak aku teruih kidnap. Actually masa tu aku kerja kat Bandaq Baru Kedah dan Mrs kat Penang. Memang dah plan yang mak aku akan jaga anak aku sampai umoq dia 6mths. Mrs aku pun dok ngan dia masa dalam pantang.

Dua2 anak aku memang camtu arrangement nya. 1st 6mths of their life, depa dok ngan mak aku. Pasai tu sampai lanie pun depa ni amat manja sekali ngan mak aku.

Selamat Menyambut Hari Lahir - Mohd Hafriz Aizat..... Love you...

DUDE


Assalamualaikum...Salam sejahtera....

Apa yang Koden kata tu betui gak..Tapi so far aku tengok Dude memang kalau senyum, senyuman dia tu tersimpul....Mulut tak buka luas...Sopan santun dia ni, dari dulu lagi camtu dia...hahaha. Petua lagi satu yang dia selalu bagi tau ialah makan makanan yang lembut agar senang intestine kita yang dah berumoq tu kerja. Itulah agaknya pasai apa dia awet muda kut... Hampa tengok je lah gambaq kat atas tu...Tak buka mulut dia...

Tuesday, January 6, 2009

SALAM




THANK YOU N CONGRATS kat blog moderator la. Aku ni boleh la tak-teh tak-teh dgn menatang puter ni so, selagi hang buka cerita hollywood ka, bollywood ka greenwood ka (ada sapa2 ingat ka tempat ni???)..., kalau tak dak "jenalu", insyaALLAH aku akan terus jampok n sokong your GREAT effort ni.
Bila hang buka tajuk buka sekolah ni, aku dah termasuk dlm golongan yg "tak Terlibat". Tapi tak masuk kelompok tokwan lagi. So aku pass la tajuk ni. Tak berani jampok takut tekeluaq tajuk.
Oh ya, just nak bagi tau yg bukan Own sorang yg ada anak kecik. Ada lagi kawan2 yg buka cawangan baru pun sah akan ada anak kecik.
So Dz, kalau hang dah buka cawangan baru, hang pun dah kena beli kereta besaq la.

Hang pikiaq2 la cadangan aku ni.
Hehehe

Wassallam

CIOW

KODEN

January 5, 2009 1:20 PM


Asm wm.,
Dz, mu ada aura tersendiri. Bila tengkok 'ayat' x ada idea nak celoteh tu, yang saya nak respong ni: Idea akan sentiasa mengalir bak air terjun yang mencurah-curah sekiranya 'berteman!'Cakap sorang2 mana ada umph! Nak berteman, baru laju: Ada saja nak kerunaih nanti.Actually, I'll be very happy if u... (apa-apalah nanti!).
Pasai hati yang dipanah tu..cukup cantik! Berdarah lagi.. macam-macam makna tersendiri (even if u already explained early): Tak nak komen panjang, memadai nak kata: U ada aura tersendiri!
Pasai anak-anak kecik, memang seronok, dan insya-Allah, jika umur panjang, dan telah bersara wajib, memang salah satu tugas wajib ialah hantar anak-anak ke sekolah: Tengok depa terus membesar dengan pelbagai kerenah untuk dilayani. Macam juga sebagai Tok Wan: Kita ada "P-A-C" dalam diri nanti iaitu as parent, as adult, and as child: lagilah teruk anak-anak dan cucu-cucu layan nanti.
Specially 4 Dz: Sumbangan tuan besar maknanya kepada "Dunia ini."

January 5, 2009 1:28 PM


Own dah pandai kerunaih metanang puter ni, koden jugak kena sign atas comment untuk kuark nama dia,, kalau tidak .. keluark laa anonymous said lagi macam biasa. den dah kobarkan.. kat bawah tu ada bulat2 yg salah satunya ada titik tu, klik saja kat name/url . boh saja nama.. jadi bila orang start baca dah tau dah sapa yg menulis.. tak payah nak baca sampai habis baru nak tau.... jgn kata hang sengaja suruh org baca sampai abis pasai tu hang choose an identity anonymous plak.. bab2 kenapa MADUD tak berjaya dan terkenal,,, aku tatau nak cakap laa. kluark surat khabark dan kat TV tak kira dah berapa kali ,, majalah pun ada kluark,, tapi mesti ada sebab nya kan.. hanya ALLAH dan aku saja yg tauuuuuuu.. and lastly,, You've done a great job dzamri, i love u . heheheheeh

January 5, 2009 9:55 PM

Assalamualaikum....

Salam sejahtera. Semoga semua nya sihat2 belako..Seronok aku bila tengok kawan2 respon. Memang syok betui.

Bila cerita pasai bukak sekolah di utarakan, ada yang kata depa dah tak terlibat sebab anak dah besaq semua. Aku pung camtu jugak. Anak dah besaq, depa belajaq di tempat yang lebih besaq. Duit belanja pung otomatik lebih besaq...

Ada jugak yang mention tentang cawangan kedua. Cawangan kedua ni pada pahaman aku adalah famili kedua atau pun bini nombor dua lah kan? Yang aku tau kawang kita....Roshdi Abdullah sajalah yang ada lebih dari 1 bini. Sorang kat Putrajaya dan sorang di Sg Petani. Tulah pasai yang dok ulang alik, pi mai pi mai...tapi la nie perjalanan dia lagi cepat dah sebab dia selalu terbang. Dulu dok naik bas...lambatlah. Busuk2 pun 5 jam. Tapi la nie dia dah berjaya beli "BAS MINI" mewah. Kalau nak drive pun ok.

Dah melalut pulak. Cakap pasai cawangan kedua ni, tentulah ada anak kecik yang bersekolah lagi. Itu lah yang aku nak kata sebenaqnya. Sebab aku dok nampak Own je yang ada anak kecik. Jadi, sibuk jugak lah bila bukak sekolah ni. Din "I Love U" pun ada anak kecik jugak ngan bini yang baru ni..Pompuan anak dia. Cute2 belaka. Macam bini dia gak lah...hahahaha. Darah Bandong pak!

Ramai ibu bapa yang tak puas hati pulak la nie pasai yuran sekolah tak diberitahu atau depa belum tentukan harga nya lagi. Orang kita ni camtu lah. Bila tak dak yuran depa komplen kata kena bayaq hak tu hak ni...Bila kerajaan tak mau kutip apa2 macam la nie pun depa bising jugak. Own mesti tau pasai ni sebab dia kat Pendidikan.

Aku rasa orang yang paling lama sekali menghilangkan diri dari alam siber kita ni adalah Jit. Tak tau apa dia dok buat. Sibuk kut pasai nak tukaq PM nanti ni. Masa cuti sekolah dia mesti sibuk ngan anak2 dia. La nie sibuk ngan kerja dia lah tu..All the best Jit.

Lepas aku tulih para atas tu aku teruih call Jit sebab aku dah jadi teringat kat dia. Dapatlah sembang sat ngan dia dan ternyata dia dok ikut blog lagi. Cuma tak jampok je...Aku tanya dia bila cuti penggal pertama sekolah, malangnya dia depend anak dia bagi tau kata cuti, baru dia tau cuti dah bermula. Aku suggest nak tanya Own, Jit setuju yang Own is the best man to answer. Jit tambah yang Own boleh bagi tau lagi haribulan apa ada kaunseling kat mana2...hahaha. Nakai dia ni....

Aku pulak engineering part utk projek kat Gurun dah siap jadi la nie dok tunggu approval supaya boleh order materials. Thats why la nie aku balik ke Shah Alam. Hujung minggu ni ada mesyuarat kat Gurun, terpaksa pi lah. Pas tu balik ke Shah Alam pulak.

Kita harapkan tahun 2009 ni aman sentosa dan isu Israel - Gaza tak berlanjutan sampai jadi perang Dunia 3 sudah lah...kan?

Anak sulong aku pun akan grad tahun ni dalam Jurusan Mass Communication (Broadcasting). Kena start2 cari kerja lah tu kan? Sapa2 ada setesen TV ka, kompeni dok buat video shoot atau editing ka atau anything to do ngan broadcasting, kontek2 lah aku. Kut2 boleh tolong bagi kerja kat anak aku tu...

Aku teruja nak main bowling lah...BILA???

WASSALAM



Sunday, January 4, 2009

TAHUN BARU


Salam semua...

Sunyi sepi je kan tahun 2009 ni. Yang ada anak2 bersekolah maka sibuk lah masa ni. Nak hantaq lagi, naka check ngan bas sekolah lagi, potong cerita, sebulan dua ni memang kelam kabut sementara nak menyesuaikan diri. Tambah lah yang baru nak masuk sekolah kan? Ada lagi kah kekawang yang ada nak kecik2 lagi? Yang aku tau Own ada lah.. Jit pun kecik gak lagi, anak dia maksud aku, tapi kalau tak silap dah bersekolah semua.

Kami2 yang lain ni kalau ada pun, cucu2 lah nak masuk sekolah. Hahaha..Tok Wan kena kelam kabut jugak ka? Tak payah lah kut no..Bagi mak bapak depa handle lah pulak..

Mak aku pun dah sampai sini sebab nak tolong jaga anak adik aku yang baru nak masuk Tahun 1. Sementara nak dapat tempat yang tetap untuk jaga dia, jadi terpaksalah Mak aku kena jaga. Lagi pun, cucu ni kesayangan dia la nie...Pompuan sorang je dia nie..

Aku dah jadi macam ada writers block la nie.. tak dak idea nak berceloteh. Taip je sikit, hilang idea. Tak tau apa nak kata.

Gang Jitra ada bertanyakan keadaan Madud. Aku pun cerita lah seadanya. Depa pun khusyuklah mendengaq. Ada yang heran pasai apa Madud tak leh jadi terkenal ngan kerja dia sebab dia ni di takrifkan sebagai anatara pioneer dalam bidang glass art ni..Well Madud je lah yang boleh jawab soalan camtu.

La nie kawang2 semua dok tanya pulak sapa2 yang dok tak mau boh nama bila komen atau pun shout. Aku amat teruja sekali. Syok lah aku sebab ada backing.

Untuk menjernihkan suasana...
1. Hampa jangan terkezut klu ada salji dok turun dalam blog sebab aku saja boh snow effect.
2. Gambaq hati yang di panah tu adalah sebagai menyokong bloggers kebanyakkan nya yang tak setuju sekiranya IJN di ambik alih oleh Sime Darby. Nothing political. Setakat menyatakan sokongan saja.

Gambaq hati tu aku takut Own salah anggap, dan dia akan perli aku pulak..hahahaha....

Actually 16hb November hari tu genaplah umoq blog ni setahun. Aku pun lupa nak war war. Kira 1st birthday dia aku sendiri pun lupa nak celebrate. You all has played a very big part in making it grow gracefully.

Kalau setahun jagung, kira baru boleh berjalan2 jatuh lah. Masih banyak yang boleh dibuat, masih banyak yang boleh dicapai dan masih banyak kawan2 yang tak ambik pot langsung untuk masuk bergebang. Tapi aku tak kisah lah. As long as ada jugak kekawan yang dok jengok, kira ok lah aku ni. Tiap kali ada komen dan ada orang shout, aku senyum gembira...

THANK YOU ALL FOR YOUR SUPPORT.....

WASSALAM

Friday, January 2, 2009

Al - Fatihah.

Salam semua..

Don, kekanda kepada Sharehah Salim, telah pulang ke rahmatullah..Smoga rohnya di cucuri rahmat..Al Fatihah....

Aku terima sms dari Fadzilah gak tadi, tapi aku dok driving masa tu, on the way ke Shah Alam from Penang. Pastu aku pun dah lupa, sibuk pi ambik anak aku kat Nilai pas tu hantaq balik dsb.

WASSALAM