Sejak posting terakhir "lazy bug" dah gigit aku lagi sekali..tak boleh nak buat apa2... Last skali aku balik Aloq Staq ari tu lah bawak mak aku balik ..
First time semenjak dia kena stroke ni aku tengok dia senyum dan seronok dan ceria sekali bila memba dia meneru mai rumah bila dengaq dia balik...Bila mai hari nak balik dia buat perangai tak mau balik KL lah pulak adusss...
Walau apa pun, trip tu memang berbaloi sangat untuk dia dan kami semua...
Mami Shah...The first visitor..
Ni lah keadaan bila dah lama sangat tak jumpa..
2nd day dapat jugak kami pi breakfast kat Kopitiam yang dulu kat Convent, lani dah pindah pi "Setesen bas baru" bagi kita2 yang tau lah. Lani dah tak jadi setesen baih dah...Pastu pi CIMB dan alhamdulillah dapat lah buat kad untuk mak aku nih selepas terlalu banyak songeh bila cuba nak buat kad yang hilang ni kat Kota Damansara..Perrgghhh...
CIMB Mergong..
Gambaq kat bawah ni kami dok breakfast bersama kat depan rumah...my sis n hubby Iskandar n mom
Hana, anak penakan..
Meronda kat kawasan perumahan kami ...
Hari nak balik KL..Mengamuk dia tak mau balik...Nasib baik kawan2 dia nasihat...
Iskandar Shah..adik ipaq..
Lain kali kita balik lagi Mak..Insyaallah..
No comments:
Post a Comment