Sunday, January 4, 2009

TAHUN BARU


Salam semua...

Sunyi sepi je kan tahun 2009 ni. Yang ada anak2 bersekolah maka sibuk lah masa ni. Nak hantaq lagi, naka check ngan bas sekolah lagi, potong cerita, sebulan dua ni memang kelam kabut sementara nak menyesuaikan diri. Tambah lah yang baru nak masuk sekolah kan? Ada lagi kah kekawang yang ada nak kecik2 lagi? Yang aku tau Own ada lah.. Jit pun kecik gak lagi, anak dia maksud aku, tapi kalau tak silap dah bersekolah semua.

Kami2 yang lain ni kalau ada pun, cucu2 lah nak masuk sekolah. Hahaha..Tok Wan kena kelam kabut jugak ka? Tak payah lah kut no..Bagi mak bapak depa handle lah pulak..

Mak aku pun dah sampai sini sebab nak tolong jaga anak adik aku yang baru nak masuk Tahun 1. Sementara nak dapat tempat yang tetap untuk jaga dia, jadi terpaksalah Mak aku kena jaga. Lagi pun, cucu ni kesayangan dia la nie...Pompuan sorang je dia nie..

Aku dah jadi macam ada writers block la nie.. tak dak idea nak berceloteh. Taip je sikit, hilang idea. Tak tau apa nak kata.

Gang Jitra ada bertanyakan keadaan Madud. Aku pun cerita lah seadanya. Depa pun khusyuklah mendengaq. Ada yang heran pasai apa Madud tak leh jadi terkenal ngan kerja dia sebab dia ni di takrifkan sebagai anatara pioneer dalam bidang glass art ni..Well Madud je lah yang boleh jawab soalan camtu.

La nie kawang2 semua dok tanya pulak sapa2 yang dok tak mau boh nama bila komen atau pun shout. Aku amat teruja sekali. Syok lah aku sebab ada backing.

Untuk menjernihkan suasana...
1. Hampa jangan terkezut klu ada salji dok turun dalam blog sebab aku saja boh snow effect.
2. Gambaq hati yang di panah tu adalah sebagai menyokong bloggers kebanyakkan nya yang tak setuju sekiranya IJN di ambik alih oleh Sime Darby. Nothing political. Setakat menyatakan sokongan saja.

Gambaq hati tu aku takut Own salah anggap, dan dia akan perli aku pulak..hahahaha....

Actually 16hb November hari tu genaplah umoq blog ni setahun. Aku pun lupa nak war war. Kira 1st birthday dia aku sendiri pun lupa nak celebrate. You all has played a very big part in making it grow gracefully.

Kalau setahun jagung, kira baru boleh berjalan2 jatuh lah. Masih banyak yang boleh dibuat, masih banyak yang boleh dicapai dan masih banyak kawan2 yang tak ambik pot langsung untuk masuk bergebang. Tapi aku tak kisah lah. As long as ada jugak kekawan yang dok jengok, kira ok lah aku ni. Tiap kali ada komen dan ada orang shout, aku senyum gembira...

THANK YOU ALL FOR YOUR SUPPORT.....

WASSALAM

4 comments:

Anonymous said...

THANK YOU N CONGRATS kat blog moderator la. Aku ni boleh la tak-teh tak-teh dgn menatang puter ni so, selagi hang buka cerita hollywood ka, bollywood ka greenwood ka (ada sapa2 ingat ka tempat ni???)..., kalau tak dak "jenalu", insyaALLAH aku akan terus jampok n sokong your GREAT efford ni.
Bila hang buka tajuk buka sekolah ni, aku dah termasuk dlm golongan yg "tak Terlibat". Tapi tak masuk kelompok tokwan lagi. So aku pass la tajuk ni. Tak berani jampok takut tekeluaq tajuk.
Oh ya, just nak bagi tau yg bukan Own sorang yg ada anak kecik. Ada lagi kawan2 yg buka cawangan baru pun sah akan ada anak kecik.
So Dz, kalau hang dah buka cawangan baru, hang pun dah kena beli kereta besaq la.

Hang pikiaq2 la cadangan kau ni.
Hehehe

Wassallam

CIOW

KODEN

Own said...

Asm wm.,
Dz, mu ada aura tersendiri. Bila tengkok 'ayat' x ada idea nak celoteh tu, yang saya nak respong ni: Idea akan sentiasa mengalir bak air terjun yang mencurah-curah sekiranya 'berteman!'Cakap sorang2 mana ada umph! Nak berteman, baru laju: Ada saja nak kerunaih nanti.Actually, I'll be very happy if u... (apa-apalah nanti!).
Pasai hati yang dipanah tu..cukup cantik! Berdarah lagi.. macam-macam makna tersendiri (even if u already explained early): Tak nak komen panjang, memadai nak kata: U ada aura tersendiri!
Pasai anak-anak kecik, memang seronok, dan insya-Allah, jika umur panjang, dan telah bersara wajib, memang salah satu tugas wajib ialah hantar anak-anak ke sekolah: Tengok depa terus membesar dengan pelbagai kerenah untuk dilayani. Macam juga sebagai Tok Wan: Kita ada "P-A-C" dalam diri nanti iaitu as parent, as adult, and as child: lagilah teruk anak-anak dan cucu-cucu layan nanti.
Specially 4 Dz: Sumbangan tuan besar maknanya kepada "Dunia ini."

darah59 said...

WOW!!!! Menaikkan semangat lah komen Own. TQ very2 much.

What u say is all true..Celoteh sorang2 memang tak syok. Kena ada balas membalas. Baru Sedap...

Madud said...

Own dah pandai kerunaih metanang puter ni, koden jugak kena sign atas comment untuk kuark nama dia,, kalau tidak .. keluark laa anonymous said lagi macam biasa. den dah kobarkan.. kat bawah tu ada bulat2 yg salah satunya ada titik tu, klik saja kat name/url . boh saja nama.. jadi bila orang start baca dah tau dah sapa yg menulis.. tak payah nak baca sampai habis baru nak tau.... jgn kata hang sengaja suruh org baca sampai abis pasai tu hang choose an identity anonymous plak.. bab2 kenapa MADUD tak berjaya dan terkenal,,, aku tatau nak cakap laa. kluark surat khabark dan kat TV tak kira dah berapa kali ,, majalah pun ada kluark,, tapi mesti ada sebab nya kan.. hanya ALLAH dan aku saja yg tauuuuuuu..
and lastly,, You've done a great job dzamri, i love u . heheheheeh