Wednesday, January 7, 2009

HAPPY BIRTHDAY

Salam...

Dude tima kacih lah atas nasihat hang berkenaan kerja tu. Lagi satu pasai bowling ni yang hang dok ajak main banyak2 game tu buat apa? Lengoh seluroh bahu lah. 3 game elok lah.. Aku jngat nak ajak hang lawan makan kacang tanah lah...Amacam? Tak aci pakai blender. Hahahaha.

23 tahun dulu hari ni, 7hb Jan adalah hari yang ghaplah dan juga gembira pada aku. Ghaplah sebab bini aku dah masuk hospital 4/5 hari dah sebab due. Masih tak keluaq lagi. Suboh dia dah mula sakit, tapi tak dak doktor around plak masa tu. Early morning depa(hospital bersalin P.Pinang) call kata nak kena operate sebab Mrs aku dah weak. Lagi ghaplah. 1st child...tau saja lah. Aku terpa pi hospital, dia dah masuk O.T.

9 something, dia selamat bersalin. Forcep. Bila depa bawak keluaq tunjuk anak aku, ada mark kat muka dia. Aku panik...Misi tu kata mark tu akan hilang punya. Pasai forcep punya hal lah tu. Aku realise kaki dia macam lebam sikit..Bila aku tanya depa, terus depa bawa masuk balik ke dalam. Rupanya he has breath in ayaq apa depa panggil tu bila nak beranak kan? Masuk dalam depa cucuk paip kut situ sini. Panik lagi lah aku bila tengok. Hanya parents je yg boleh melawat. Grand parents pun tak leh masuk. Mak aku apa lagi...Muka dah macam harimau sebab ni cucu dia yang 1st sekali. Finally auntie aku, matron kat hosp A/Staq perbetui bagi dia tengok dari luaq saja. Still tak leh masuk.

Masa tu lah aku ni pikiaq macam2 lah kesalahan yang dok buat dulu, takut Tuhan tunjuk kat anak aku. Ghaplah bersambung selama 2 minggu. Baru discharge. Dok dalam incubator tu lah dia. Badan dia besaq. Tapi tak berapa sihat.

Bila bawak keluaq je, mak aku teruih kidnap. Actually masa tu aku kerja kat Bandaq Baru Kedah dan Mrs kat Penang. Memang dah plan yang mak aku akan jaga anak aku sampai umoq dia 6mths. Mrs aku pun dok ngan dia masa dalam pantang.

Dua2 anak aku memang camtu arrangement nya. 1st 6mths of their life, depa dok ngan mak aku. Pasai tu sampai lanie pun depa ni amat manja sekali ngan mak aku.

Selamat Menyambut Hari Lahir - Mohd Hafriz Aizat..... Love you...

6 comments:

uncle madud said...

Yo !!! Bro, selamat Hepi Besday. eh silap plak,, tua 3 tahun saja dari anak aku ,, yO SONNY,,, SELAMAT hARI ulANG TAHUN, waddaya think, I tell you, biz memang d best option. memang orang kata, kerja dulu cari experience, but nothing beats the real mc coy. the thing about ur own biz is the freedom. thats all i hafta say. hang forward llaa kat dia minus this last line, hehehehe.

darah59 said...

Don't worry..he'll be reading it. Gotta walk the talk...

Own said...

Salam,
Dz, nampak macam pejuang Afganistan! Hebat!
Baka baik!
Selamat Hari Lahir.

Anonymous said...

ANAK DZ KA ANAK GHENZIS KHAN KA????..TAK DAK MUKA DZ PONG..

darah59 said...

Hahahaha...Memang ada Khan sebelah mak dia kut...

iBnUDzAmRi said...

HAHAHAHAH...Thanks for the wish..May god bless...