Sunday, June 29, 2008

POLL SMS

Finally aku dapat 5 jawapan. Yang terakhir dalam pukul 7mlm. Masih ada satu Hawa dan satu Adam yang tak jawab langsung. Ok lah. Yang tu dia memang camtu. Dia ikut mood. Klu dia rasa nak jawab dia jawab lah. Silap rasanya bila aku dah terhantaq SMS kat dia. Tak pa nanti aku hantaq SMS tarik balik soalan tu semua.

Mat Lazim ada bagi info yang sangat berguna juga dan juga sedikit pandangan. Dia ada menghadiri mesyuarat di Kelab tu baru baru ni dan katanya kalau pool side masa tengah hari amatlah panasnya. Dia juga lebih menyukai sebelah malam. Tapi aku mintak tolong dia untuk pi berjumpa ngan kelab dan bincang ngan Nani, aku rasa sales exec kat situ dan cuba mendapatkan maklumat yang lebih lanjut berkenaan majlis kita tu. Dia akan bagi feedback esok.

Gah jawab kul 6 lebih dan lebih suka siang dan kat kelab. Kamal call pukul 7 dan cemas pasai aku hantaq soalan tu kat dia. Lepas aku explain dia kata dia prefer malam, tapi dia akan setuju mengikut kehendak ramai. So aku dapat 3 siang dan 2 malam. Aku base hak ni sajalah senang sebab 60% prefer siang, maka kita putuskan buat siang.

Walau bagaimanapun, aku ingin mengucapkan berbanyak terima kaseh kepada semua yang telah membantu untuk buat keputusan siang atau malam ni.

WASSALAM

KAWANG

Salam,

Aku ni bukanlah nak meratuih ka apa ka, tapi kalau aku rasa aku nak buat sesuatu, aku suka kalau kerja yang aku lakukan tu mendapat kepuasan hati "pelanggan" aku. Jadi, kekadang aku cerewet sikit. Setelah aku sedaq hari ni cuma tinggai 26 hari lagi, aku pun hantaq SMS kepada beberapa sahabat handai yang aku rasa aku boleh guna pakai pemikiran depa ni untuk buat keputusan terakhir bagi majlis yang akan diadakan pada 26/7 nanti.

Aku sebenaqnya hantaq SMS kat Jit minta permisi untuk interaksi ngan dia, pasai aku nak pandangan dia. Dia terus call aku dan bagi tau dia ada kat Kuala Pilah kut, tengok anak dia yang kat Sek Sains tu lah kut.. Bapa mithali dia ni. Anyway kerja pi tengok anak kat asrama ni aku dah buat lama dulu dah. Maklumlah, kawin awai, anak pun awai jugak lah. Aku dan mungkin ramai yang lain lagi dah sampai tahap anak boleh mai ambik aku bila aku sampai kat airport ke, kat bus station ke. Hehehe...anak dah besaq2 la tu...

Ok, melalut dah aku ni dari apa yang aku nak kata sebenaqnya. Bila Jit call aku pun tanya dia samaada dia akan hadir dan katanya buat masa sekarang ni boleh consider kata dia akan hadirlah. Aku paham situasi dia ni. Sibuk. Tugas dan tanggung jawab dia terhadap negara ni besaq.

Lepas cakap ngan dia, aku decide to SMS nama2 ini bertanyakan 2 soalan sahaja. Bukan soalan kimia ka, fizik ka, matematik ka, tapi soalan yang berkaitan ngan perjumpaan kita nanti. Aku tanya setujukah ngan 1. Tempat (klab/lain) dan 2. Siang/malam. Aku expect utk dapat balik jawapan dia tentang 2 perkara ni saja. Dan aku kan gunakan jawapan ni sebagai keputusan umum untuk terus membuat persediaan selanjutnya. 12:53 lebih kurang masa yang aku hantaq SMS tu. 7 orang semuanya yang terpilih untuk jawab soalan cepumas aku tu. Tepat jam 1:06:14pm aku dapat jawapan yang pertama dari Jit. "Siang.Klab". Jawapan kedua aku dapat jam 1:16:12pm dari Koden. Jawapan dia ni panjang sikit, tapi aku paham "Siang/Klab". Jawapan yang ketiga, jam sekarang menunjukkan pukul 3:28:28pm masih tak masuk masuk lagi. Aku pun tak tau apa masaalah depa ni, mungkin ada yg dok diluaq negara, mungkin dah habis kredit atau mungkin berpikiran "mampuih pi la siang atau malam dan klab ka mana pun"

Well mungkin jugak server down dan depa tak dapat terima SMS aku tetapi setahu aku 019 dan 012 dah pun berjawab.

Inilah kawan kawan aku yang tercinta.....

KITA SERUPA

Salam semua,

Jus Sulaiman, budak Sarawak dulu kat SMJ telah pun menyatakan persetujuan dia untuk hadir di perjumpaan kita pada 26/7 ni. Dia nak mai ngan famili dia dari S'wak. Selamat Datang dan aku pasti hang takkan menyesal kerana dapat berjumpa kembali ngan kawan2 yang dah berpulohan tahun tak jumpa.

Bila terdapatnya orang2 yang camni, yang sanggup mai untuk menghidupkan kembali nostalgia semasa zaman sekolah dulu, maka aku rasa yang dok di semenanjung ni dan masih belum menyatakan persetujuan untuk hadir, sangat sangatlah menyedihkan.

Aku hairan jugak bila ada yang kata tak mau berjumpa ngan gang gang lama sebab malulah, seganlah, depa dah jadi orang besaqlah, depa tu mai dari KL lah dan macam macam lagi. Tujuan utama kkami merancangkan perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan kembali silaturrahim kita semua. Kita semua dari sekolah yang sama, walaupun tak sama kelas, tak sama tahun, tak sama aliran tetapi kita pernah bersua muka suatu masa yang lalu. Kita sama sama menyokong sekolah yang sama tiap kali ada pertandingan bolasepak, ragbi, hoki dan sebagainya. Kita mengenali guru yang sama. Kita ikut undang2 sekolah yang sama. Kalau buat equation, jawapan akhir dia adalah KITA SERUPA....Hahahaaha..Lagu Headwind...

JAdi aku mohon sangatlah agar perjumpaan ini kita buat dengan semegah yang boleh, semeriah yang boleh, seanggun yang boleh. Tetap ini semua takkan jadi sekiranya terdapat perasaan rendah diri, malu dan segan terhadap kawan kawan yang lain, hanya disebabkan kawan kita tu berkedudukan lebih tinggi dari kita.

Aku nak kita semua tinggalkan perasaan malu dan segan tu dirumah bila hampa semua hadir nanti. Dan sekiranya ada kawan kawan yang rasa segan nak hadir, hampa hendaklah memujuk dan buat sedaya upaya agar dia hadir jugak di hari tu. Kalau depa tak mau mai jugak, hampa habaq mai, kita pi ramai ramai rumah dia dan kita terjah dia....hahahaha.

Ini lah satu lagi tugasan yang aku nak suruh hampa semua buat. Sesiapa yang baca blog ni dan tahu ada kawan2 yang tak mau join, hamoa buatlah apa yang aku kata tu, Insyaallah, mujarab.

Saturday, June 28, 2008

Lanjutan TUGASAN

Salam.

Tima kacih Gah. What you can do I guess is try to get more participation of the ladies lah. KL area and also friends yang kat Jitra and Alor Setaq. Nasib baik Koden tau nama anak hampa, kalau tidak terpinga pinga lah bapak...tak tau sapa dia yang masuk komeng.

Janna Syazira says....

Assalammualaikum. Kesian nya kawang kita dok melaung sorang kat Tganu nun. AWAT tak ada kaa insan yang berhati mulia dan prehatin untuk kebaikan kita semua. Semuga selepas ini akan lahir lah perasaan simpati di antara kawan-kawan kita kat utara tanahair. Insyaallah. Sabar Dz. Depa bukan tak mau buat tapi I ingat, depa tak mau memandai sendiri kot. Kan dah jadi lumrah kawang-kawang kita low profile. Apa-apa pun biar orang pi dulu, biar orang buat dulu. Tapi kalau dah tak dak orang lain dah insyaallah depa boleh buat kan kawan-kawan. Dz toksah nak stress sangat. Well at this fergile age we have to take it easy ok. Now tell me, what I can to assist in making this gathering as interisting as possible. We have to bear in mind if we want to have more gathering in the future then every body have to play their part. If not lambat laung sapa pun dah tak mau participate bila kita nak buat gathering in the future. takat ni saja lah I merapu. Wassalam

Zainuddin Idrus says

Comel nya Gah, dok pakai nama anak s her blog name. Dz have every reasons to feel the way he feels bcos dia memang pulun utk nak jayakan Perhimpunan ini.

HELLO, HELLO, HELLO kawan2 d Aloq Staq n Jitra, mai la sama2 kita jemput sorang sikit supaya sepinggan usaha nak jayakan Perhimpunan ni. Mat Lazim ka, Fisol ka, Tom ka, Hoch Hin ka, Tahir ka..., tak kira la sapa pun. Mai la tolong dng sukarela. 29 hari memang dah tak lama.

Sapa2 yg d utara yg baca ni, tolong la war-warkan s.o.s. ni k

Tuan Hj yang teruja bila nama dia disebut kata

wow..... nama aku kat front page, kira hebat juga tu.

Terima kasih banyaklah atas sokongan hampa ni. Tak lah terasa keseorangan. Betui apa yang Gah kata tu, at this fragile age tak leh dok stress tak tentu pasai. Bukannya stress tapi rasa macam preparation tu tergantung. Tak dak penyelesaian lagi. Nak buat kendurilah katakan, tak mau berbunyi kemudian hari. Kalau kita boleh seal the deal now, lagi baguih. Tunggu hari tu saja. Tak yah dok pikiaq apa apa dah.

Koden I thought hang kena come out with something lepas kita jumpa malam tu. How is the progress? Hope everything goes as planned.

Kalau dalam seminggu ni, kita masih tak dapat feedback from their side di utara nu, no choice aku rasa kita kena terjun pi lah sat. Carilah satu hari yang sesuai. Kalau boleh balik ngan hampa 2/3 orang pun syok jugak. Kita boleh tengok tempat, kita finalise ngan klab and kita balik. Tak yah pikiaq apa apa lagi.

Kalau macam Amin punya cadangan untuk cari bendahari pun bagus. Tapi klu Jit susah sikit sebab dia dok jauh di dalam dunia dia tersendiri. Cuma sekali sekala saja dia dapat berinteraktif dengan rakyat jelata. Aku suggest ada seorang focal person kat Aloq Setaq atau Jitra, so that senang kalau hampa rasa nak collect duit dulu. Aku pun prefer collect duit dulu supaya kita tak membazir. Sebabnya, ada yang akan rasa tak terikat dan take things easy dan tak hadir, walhal dah confirm utk hadir. Kita order makan dan sebagainya, last2 baziaq saja. Aku ingat elok jugak yang di Aloq Setaq pi bayaq kat JPJ kaunter 11 kut... Di KL bayaq kat Koden lah sapa lagi. Dia saja yang aku boleh harap dan sanggup buat kerja ni tanpa komplen. Kan! Koden kan! Atau Koden boleh bagi akaun no dia dan boleh buat bayaran terus. Sebab KL ni susah nak jumpa. Di Aloq Setaq senang.

Amacam??

Friday, June 27, 2008

TUGASAN

Salam semua,

Mula sekali aku nak ucapkan selamat datang kepada Tuan Hj Hanin Hashim yang telah menjinakkan diri untuk memasukkan komen dalam blog. Untuk yang dari Ganu kite tu, kalau mu dak kenal, biarlah dia jadi bunian....

Kalau mengikutkan countdown yang aku boh kat dalam blog ni, lanie dia menunjukkan 29 hari lagi kita sampai ke tarikh yang ditetapkan untuk perjumpaan tu. Aku ingin nak ucapkan ribuan terima kasih kepada yang bersusah payah untuk menyebarkan berita dan juga mendapatkan pengesahan kehadiran sahabat sahabat semua. Tetapi masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk merealisasikan pertemuan ini. Mat Lazim...Hallo..Hallo..Langsung tak dengaq berita dari dia. Mula dulu aku mintak tolong dia untuk uruskan disebelah Jitra nu.. Call 2/3 kali, ada juga respon, cuma lepas tu macam hilang kontek pulak. Kalau terbaca ni, kontek lah aku. Aku nak kontek hampa, takut sat gi hampa rasa aku dok mengacau pulak.

Aku cadang seperti yang aku sebut dalam forum agar ada sesiapa yang sanggup menawarkan khidmat untuk pi bincang ngan kelab. Kalau tak dak nampak gaya, aku nak kena uruskan jugak lah. Jauh tu dari tempat aku bermastautin lanie. Ada sapa sapa ka? Kamal, aku tau dia boleh buat, tapi dia pun dok jauh jugak. Bagan nu... Aku lanie mengharap kat Roshita atau pun Mat Lazim je untuk jalankan tugas ni. Tu pun kalau rasa tak berat sangat lah.

Hallo...Hallo..Calling..Calling...

Wednesday, June 25, 2008

Aduhai sahabat2 sekelian....

Apa nak jadi...Apa nak jadi...Piala F.A Kedah menang lagi....


Saturday, June 21, 2008

AGENDA POLITIK

Sebenaqnya aku kena buat cerita ni selepas perjumpaan kami hari tu kat Shah Alam, tapi hampa tau sajalah, lanie asyik lupa saja...

Dik Di ada dapat satu SMS dari salah seorang sahabat kita lah jugak berkenaan dengan perhimpunan ini yang mengejutkan aku jugak. SMS tu meminta agar kita jangan membabitkan isu politik UMNO dalam perhimpunan nanti. Aku heran lah jugak, sebab sejak dok buat perjumpaan yang sebegini rupa, tak pernahlah pulak aku dengaq sapa sapa yang dok berkempen atau sesiapa yang dok mengutuk parti politik mana mana pun.

Walau camanapun, sapa sapa yang nak bercakap pasai politik ka, ugama ka, apa ka, kita tak leh nak halang. Kalau ada sapa2 yang nak sponsor majlis hari tu, walaupun dia seorang ahli politik ka, atau orang yang baru nak berjinak ngan politik ka, selagi dia ada kena mengena ngan sekolah kita dulu, aku rasa tak salah kalau kita terima. Kalau Pak Lah ka, Khairy Jamaluddin ka, Anwar Ibrahim ka nak sponsor, apa salahnya..Kalau Tun kata nak sponsor aku terus pi jumpa dia dan ambik duit tu...hahahaha.

Bila sahabat ni kata tak mau agenda UMNO dimasukkan dalam majlis itu, aku nak tanya lah jugak. Agenda parti lain ok ke? PKR ke, PAS ke atau mungkin DAP, boleh ke?

Aku mungkin nak gunakan platform ni untuk bertanding dalam pilihanraya yang akan datang. Amacam? Ada penyokong ke? Parti baru..59ers namanya...Hahahahahaaa..........

Al - Fatihah

Assalamualaikum,

Kemarin aku dapt SMS dari Kamal memberi berita Pak Mud Kantin SMJ meninggal dunia. Aku sebenaqnya dah tak ingat dia ni. Walau camana pun, Innalillah.....

Ada juga terdapat komen dalam posting aku yang terakhir hari tu, tapi cuma kata "Haia". Mungkin kah itu Poh Tee? Setakat tu saja ka yang dia nak kata? Sesiapa saja yang nak masuk komen, sekurang kurangnya tulis lah nama. Senang kita kenai siapa. Aku boleh set supaya yang tak dak nama, tak leh masuk komen, tapi aku tak mau nak susahkan kawan2 semua. Lepas komen tu tulis saja nama kat bawah...

Masih tak berubah lagi kita punya kehadiran, cuma Amin confirm berdua. Mat Lazim apa cerita? Langsung tak dengaq habaq. Mentang2 lah beras naik harga la nie, dia sibuk dok kira untung BERNAS kut.

Sambil dok menulis ni aku nampak Khyril score gol kedua Kedah!!! Malam ni Kedah main bagi aku sakit jantung betui lah. Kyril dah berapa bijik dia terlepas..Tapi oklah tu. Bukan senang dok dalam padang tu...

Mai lah kita ramai ramai hadiah Al Fatihah kat Pak Mud..Al Fatihah.....

Tuesday, June 17, 2008

TEH TARIK

Assalamualaikum,

Pertama sekali aku mohon ampun dan maaf kalau gambaq tu buka klas F5B. Aku dapat email menyatakan itu klas 5B. Jadi silalah hampa marah si penghantar email itu.

Aku juga rasa teruja apabila mendapat komen dari Osmat di Sarawak yang tahu akan perjumpaan yang akan kita adakan nanti. Aku tak perasan siapa Osmat ni dan mungkin dia pun tak perasan aku. Walau camanapun kita sama2 SMJ dari tahun '72.

Ini komen yang Osmat tinggai utk kita semua....
Assallamualaikum wbt..
Aku dapat tau dari Kamal dan kak zita ttg perjumpaan ini kira-kira sebulan yang lalu.
Telah begitu lama aku berhasrat nak jumpa member lama SMJ tu dan nak pi jitra. Alhamdulillah tahun lepas aku berpeluang pi jitra apabila aku kebetulan ada mesyuarat di A.Star dan berpeluang ke SMJ dan ke Kg. Teluk Kelubi ikut kawan.Tapi tak berkesempatan jumpa kawan lama kecuali Hj. Mahzan Arifin yg kini bertugas di A.Star. Sebelum tu pernah beberapa kali aku bermimpi ttg kenangan silam waktu bersekolah di SMJ dari th 1972 hgga 1976.
Tetapi utk hadir ke majlis ini nanti aku tak pasti samada dapat pi atau tidak. Walau camanapun buat member yang masih ingat sama gua, bolehlah rujuk kak zita atau kamal untuk menghubungi sama gua. SMJ sentiasa dalam kenangan.
Wassalam dr Osmat di Sarawak.

Terima kasih Osmat, dan aku harap mana lah tahu pada tarikh tu lu mungkin ada mesyuarat lagi sekali di Kedah atau yang berdekatan. Majlis itu terbuka utk hang sekiranya hang ada di sini..Take care man...

Sebelum aku balik dari Paka tadi aku dah SMS gang KL ajak kena teh tarik. Respon bagus. Akhirnya 4 org dapat hadir. Jit sibuk seperti selalu lah. Letih dia kata, pasai layan delegasi dari Rep Checz. Koden kata mungkin dia letih langut kut sebab depa tu semua tinggi2 belaka..Tapi pada aku, mungkin dia sorang je kut yang kerja la nie. Sebab tu lah letih. Kami semua kuat kuat belaka, terpa dari T'ganu pun boleh dan, jumpa kawang2.

Dik D hantaq SMS masa aku sampai kat Genting Sempah dan kata dia tak leh attend sebab something came up. Bila di interrogate oleh Koden maka reason dia dah bunyi macam Rajan pulak. Tapi dia mai lah jugak selepas kena hamput ngan Koden.

Cheng tak sedap badan, jadi tak leh mai. Mc E' ada tetamu dirumah, maka tak leh mai jugak. So finally aku, Koden , Hasaza dan Dik D. Pastu Mat Lawi join kami. Adik Fatimah Zaharin.
Lama aku tak jumpa Mat Lawi ni. Banyak perubahan dia. Muka dia dah semakin panjang dari dulu. Muka dia start dari tengah kepala sampai ke dagu...panjang kann...? Tapi hemsem...

Anyway kita dapat berbincang lah sikit sebanyak untuk nak buat acara pada hari tersebut. Jadi harap hampa semua tunggu dan lihat....

Hasaza seperti jugak Madud mencadangkan agar di buat perjumpaan tu siang hari bermula dari
2ptg.. Jadi aku akan boh peti undi kat sebelah ni utk tengok penerimaan ramai diatas cadangan tersebut...Sila lah undi. Hak kita semua...

Monday, June 16, 2008

GAMBAQ

FORM 5B.

Aku telah diarahkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk memaparkan gambaq ni supaya sesiapa yang lain yang ada gambaq boleh lah scan dan hantaq kat aku. Ini adalah untuk menyahut cadangan GAH supaya kita hadiah gambaq kat CikGu yang hadir. Jadi aku kena buat arkib lah gambaq gambaq ni semua.
Kalau hampa rasa tak reti nak scan ka apa ka, tanya lah Jit atau hampa tanya anak2 hampa..Depa mesti tau nak buat camana. Scan bagi pixel dia tinggi supaya bila enlarge dia tak pecah pecah rupa paras hampa semua.
Sekiranya sesiapa saja yang ada gambaq sekolah dari darjah 1 sampai hampa kahwin pun, hampa hantaq lah kat aku.Kita share share ngan gang lain. Tak kira sekolah mana. Kita kan semua memba....

Sunday, June 15, 2008

CADANGAN

Salam & Sejahtera ,

Aku 2/3 hari ni sibuk sikit sebab lepas projek dah commissioned, kena buat Golf Challenge pulak untuk plant yang kami dapat kontrek tu.

Itu lah yang sat sat ada Kuantan sebab Challenge tu kat Pekan Pahang. Pantai Lagenda Golf Resort. 14hb hari tu settle lah semua dan majlis tu berjalan lancar walau pun ada yang kata nak hadir tapi last last minit hilang tak sampai sampai. Bini marah lah tu kut..

Kami ada satu guest selebriti hari tu..Dia ni kalau berlakon dalam TV boleh terbang, boleh lari laju dan boleh masuk rumah melalui dinding. Dahsyat dia...Sapa lagi kalau bukan KABER HERO KABER ZERO.. Haru biru Kaber ni. Pasai perangai dia sama cam dlm siri TV tu. Cuma tak leh buat perkara yang extra ordinary tu sajalah.


Gah ada tanya samaada dia boleh bawa suami atau anak ke, actually kita tak kisah nak bawa berapa orang mai pun.Cuma kali je lah ngan 35. Maka itulah tiket nya. Sebenaqnya perjumpaan ni open lah untuk sesiapa saja yang nak bawa partner. Kita mengalu alukan. Tak dak halangan. Marilah sama sama kita memeriahkan majlis ini. Ini majlis kita. Kami disini cuma tolong organise.

Tentang car pooling tu pun adalah suatu idea yang amat baik. Memandangkan dengan harga minyak yang melambung ni, memang best sekali kalau boleh convoy balik 2/3 kereta, pakat share duit minyak dan toll.

Koden ada cadang start journey dari KL, pastu pi ke Lumut ambik Li Puteh, pastu teruih balik Jitra. Syok tu idea tu. Mesti merapu sepanjang jalan. Orang tua tua nanti keluaq perangai budak budak balik..Hahahaha. Tapi yang dok jadi buat kerja yang gila gila sikit ni, selalunya 3 ekoq saja. Yang sekoq tu ada 2 bini, sekoq lagi major kepada bini dan yang satu lagi langsung tak dak bini... hahahaha...Bapak suka.

Anyway, aku teruja jugak dengan nama nama yg ada disebelah ni sebab Nor Jasman tu lama sungguh aku tak jumpa.

Aku masih lagi mengharap agar Jit dapat cari gang yang lain lagi supaya lebih lebih lagi meriah.

Lagi satu kita masih belum book tempat perjumpaan tu, kerana masih nak tunggu bagi cukup 50 orang, dan algi satu ada jugak cadangan kata nak buat kat tempat lain. Tapi cadangan2 tu masih tinggai cadangan sebab tak dak sapa nak follow up kut. Atau pun yang cadang tu merasakan dia dah cukup berjasa dengan hanya memberi cadangan. It doesn't work that way here. Buat lah sedikit kajian dan kita bentangkan..hahaha baru ada gaya. kalau tidak cadangan nanti tinggai cadangan, pastu bila majlis dah jalan baru nak dok sembang "kalau buat kat sana lagi best atau kalau buat kat sini lagi best". Kita tetapkan secepat mungkin.

Last sekali aku nak mintak ialah supaya yang mana nak bawa partner kena bagi tau la nie supaya kita dapat buat perancangan lebih teliti dan elakkan pembaziran. Nama nama yang telah dimasukkan tu pun diharap dapat menyatakan sekiranya nak mai ngan partner atau sorang diri.

WASSALAM...

Thursday, June 12, 2008

HJ SHAFIE MD NOOR

Assalamualaikum....
Salam Sejahtera......

Aku ada sms empat orang sahabat hari ni untuk depa tolong war war tentang kematian pak penakan Kamal. 2 daripada sahabat aku ni acknowledge terima. Sorang lagi tak bunyi langsung.... Yang last ni , aku dapat SMS dia masa aku dok drive tadi ke Kuantan. La nie aku dah ada kat Kuantan. Katanya, "Aku dah mai tengok pak penakan Kamal, mewakili hampa semua yg dok jauh".
Aku pung jawab, "Ampun pak....Terima Kasih...."

Sama samalah kita hadiahkan Al Fatihah kepada allahyarham Pak Hj. Shafie bin Md Noor , pak penakan Kamal. Semoga dicucuri rahmat keatasnya.

Talib telah mewakili kita semua katanya. Maksud aku kita yang tak gi ziarah lah.

Thank you, terima kasih Lid...

Al - Fatihah

Ismail Shukor is the latest entry....

Aku dapat berita bapa saudara kepada Kamal telah pulang ke rahmatullah pagi tadi. Harap kawan kawan dapat sedekah Al Fatihah kepada allahyarham.

Wednesday, June 11, 2008

SYED RAJAN A/L SINNIAH BAPPU

Salam guys,

Selepas ada orang mempertikaikan nama bapa Rajan maka aku pun terus SMS dia untuk confirm. Selepas 3hari baru aku dapat SMS dari dia mminta maaf kerana lambat jawab. Tanya pulak pasai apa aku nak nama bapa dia dan confirm yang dia akan attend perhimpunan tu. Aku pun ingat nak tunggu 3hari baru jawab tapi tak leh dah, jadi pagi ni aku jawab lah... Dengan bangganya aku nak bagi tau hampa semua, yang nama bapa dia yang aku boh tu memang betui sejibik...

Terima Kaseh...

Tuesday, June 10, 2008

JEMPUTAN

Malam ni aku dapat SMS dari Kamal..Fadzillah dan Twinny nak join sekali 26/7 ni. Alhamdulillah. Bertambah lagilah kehadiran kita..Walau camana pun countdown kat atas tu menunjukkan berapa hari lagi nak sampai 26/7 jam 8mlm. Banyak hari lagi. Jadi aku tak risau sangat pasal kehadiran ni , besar kemungkinan lebih ramai lagi yang akan join.

2nd SMS dari Kamal adalah menyatakan bahawa Fadzillah boleh cari sehingga 10 orang Che' Gu untuk dibawa bersama malam tu dan meminta agar di FOC kan Che'gu2 ni. Maka jawab ku, memang depa ni semua adalah jemputan kita, jadi tak yah lah di kenakan apa apa bayaran. Memang itu dah jadi prinsip kita. Jemputan tidak dikenakan apa2 bayaran. Seniors kita yang dijemput masa kita gather kat Shah Alam dulu pun tak dikenakan bayaran jugak. Inikan pula cikgu...

Jit ada kata dia tak ingat Cikgu Wan Bin ajaq apa tapi ingat laki dia pulas perut dan suruh budak main ragbi...Hahahaha..Aku langsung tak ingat laki dia ajaq aku... Tapi aku ingat Wan Bin, dan dok tunggu masa bila dia nak ajaq aku, tapi apakan daya bila aku terpaksa keluaq SMJ dan tak sempat di ajaq oleh Wan Bin. Aku ingat dia...Suka aku tengok dia..Bapak suka....

Friday, June 6, 2008

RANGGI TAK TENTU HALA

Salam,
Kalau hampa rasa nama Rajan tu tak betui, hampa suruh dia masuk komen dan betulkan. Kalau tak, aku biaqkan camtu saja..hahahaha.

Utk.Dik D,
Aku tanya hang hari ni berkenaan gang lain kat KL dah confirm ka belum, hang tak perlu jawab hang tau kerja hang. Kalau hang rasa apa yang aku minta hang buat tu membebankan sangat, habaq mai.Jangan dok cakap bagi menyakit hati.Hahahaha...aku saja masuk blog bagi semua orang tau...

Thursday, June 5, 2008

CHEERS

Hampa ni asyik komplen je aku buat tu tak kena, aku buat ni tak kena..Merajuklah aku camni.

Ok lagi satu aku nak bagitau kat hampa semua... Kalau kita boleh touch 50 orang baru kita boleh buat makan BBQ ni. Kalau tak, depa tak layan.

Koden kena get in touch ngan Mr Inon dan Law Wai Fong.. Date dah confirm...Jangan tunggu lama lama.

Aku nak seru disini sesiapa saja yang ada kontek guru guru kita dulu, hampa jemput sajalah, pas tu bagi tau aku. Cik Gu semua on the house.

CONFIRMATION

Salam semua,

Aku la nie 6:56pm 5hb Jun 2008, ada kat Kuantan dan mendapat perkhabaran dari Dik D yang menyatakan ada 4 orang lagi yang confirm hadir untuk gathering kita tu. Alhamdulillah...semakin memberangsangkan nampak gaya. Bapak suka...

Thank U Dik D....

MINYAK oiii...

Stesen Petronas kat Paka, Trengganu. Pekan "minyak" ni pun jam dengan kereta orang minyak bila minyak naik harga. 9.00mlm. Polis pun sibuk kena jaga trafik.
Jam lebih kurang 1km...
Stn ni lagi panjang more than 1km...Nampak polis dok mundar mandir jaga trafik.

Aku pun sampai tak jadi nak boh minyak semalam sebab trlalu ramai org.Kalau dok tunggu dalam jam tu pun dah terbakaq jugak minyak aku. Last last aku balik tidoq.

Wednesday, June 4, 2008

STUART LITTLE

Salam semua,
Kemungkinan terdapat penerimaan 2 SMS jemputan dari dua orang yang berlainan. Tapi walau camanapun itu semua adalah dari Pakatan yang sama. Tak perlu risau. Dengan sapa pun boleh confirm.

Sekiranya sesiapa ada nak cadangkan tempat perjumpaan yang lebih best sila cadangkan, sebab kita masih ada banyak masa lagi.

Dik D melapurkan dia dah SMS semua yang ada no dalam fon dia dan sedang menunggu jawapan. Syabas kerana menjalankan tugas dengan sempurna setelah di hamput...hahaha.

Aku ada habaq nak cerita pasai Stuart Little kan? Kita semua ni ada dua orang Macho dalam kumpulan kita. Tapi baru baru ni aku dapat tau kutu Macho 2 ekoq ni takut sangat sangat ngan TIKUS. Depa dua ni boleh lari dok dalam kereta sekiranya nampak tikus kat jalan. Ada pulak yang sorang tu, bawa famili pi makan kat mana ka, tiba tiba nampak tikuih. Dia tinggai dui kat famili dia dan dia teruih pi menyorok dalam kereta. Kalau hampa nak tau sapa dia tu, hampa bawa mai lah tikuih ka hampster ka sekoq pada hari perjumpaan ni nanti. Kalau yang menjerit tu dia lah. Aku kalah ngan ulaq. Nampak ulaq mati kat atas jalan pun aku dah tak lalu lagi kat situ dah..hahahaha...Jgn bawak mai ulaq hari tu dah la. Aku mesti balik teruih punya..

Tuesday, June 3, 2008

26 JULAI 2008

Salam semua,

Setelah berbincang dan jugak setelah dapat feedback yang memberansangkan dari Kamal maka dengan ini saya mewakili pemegang mohor 59ers menetapkan tarikh perjumpaan kita pada 26hb Julai 2008.

Buat masa sekarang kita masih lagi berhajat untuk bertemu di Kelab Golf Darulaman. Sekirannya ada perubahan kita akan update kan dalam blog ni. Selalu selalulah jengok dan sekiranya ada yang nak confirm kehadiran ngan aku pun tak dak masaalah. Email aku atau masukkan dalam komen blog. Pasti aku dapat dan aku akan masukkan dalam senarai di sebelah.

Sekiranya ada cikgu cikgu yang baca, harap maaf saya membahasakan diri aku, ini adalah saya didalam blog...hahahaha.

HAMPUT

Salam semua,

Aku berbulu sikit hari ni bila aku dapat tau yang hamba allah dilantik untuk koordinat gang KL menarik diri atas alasan sibuk dengan meeting. Bukannya susah sangat nak buat benda tu. Sekali taip je pas tu send to many. Pas tu follow up lah. Alahai..

Bila aku hingaq depa kata aku hingaq. Tapi kalau camtu pun nak tunggu last minit baru nak buat mampus lah. Susah lah.. Penat rasa nya. Kita dok kelam kabut arrange macam2, depa dok take easy lagi.

Ni dia dah sms kata nak buat sat lagi pulak selepas kena hamput ngan aku. Buatlah apa yang patut.

Sunday, June 1, 2008

TTDI JAYA...

Assalamualaikum guys,

31hb Mei aku decide balik ngan colleague aku ayng terpaksa attend kenduri saudara dia kat Ampang. So, pas buat punch list kat Optimal Plant, dan masih lagi ada benda2 yang perlu di percantikkan lagi, so blah balik KL lah. Anyway nak juga jumpa ngan anak aku yang nak kena buat practical training dia kat Broadcasting Management companay mana entah....mula tu dapat ASTRO, tapi oleh kerana orang lain yang ada kabel yang lebih kuat lagi, maka anak aku tersadailah kat company ini pulak utk practical dia. Whatever lah, kan, kalau dah tak diizin, camano?

Nak jadikan cerita, setelah aku keluarkan barang2 aku dari Jeep aku, seperti biasalah, aku tekan lock dan tutup pintu without realising the whole bunch of keys is on the passenger seat. Kunci rumah kat Paka, rumah kat Kg Subang, Office Paka dan kunci Jeep itself.. Frust gila..Jibaok betui, aku dok maki diri. Cubalah..cari dawai dan mula la jolok sana sini, tarik pelan pelan, rasa sangkut je hope that its the right lever. Lepas sejam dan setengah kilo peloh, member pun mai rumah dan aku pun pi lah cari satu mamat ni yang kerja dekat kedai servis kereta di Paka ni yang biasa buka kereta aku tanpa kunci.

Nama dia glamour..Mat Eee Nova.. Bawa dia mari rumah dan suruh dia buka. Dia pun cuba pi mai pi mai...tak leh gak. Aku dok tepi dia nak tengok camana dia buat, pas suku jam tak leh gak.
Aku pun masuk dalam rumah nak ambik rokok dan member aku layan fon call, TAP..pintu Jeep aku dah boleh buka. Siul lah budak ni..dia jaga trade dia. Tak nak kasi orang tengok.. Terbang 20 rial.

Then kami pun mula journey balik KL. Biasalah, member beli keropok lekor dan sebagainya...Sampai Temerloh aku drive pulak. Hantar member sorang lagi kat Tropicana KL, pas tu member aku take over, hantar aku kat opis TTDI Jaya, sebab nak ambik transport utk kegunaan aku 2/3 hari ni. That time dah pukul 12 malam. Aku as usual lapaq. Pi lah MMZ restoran kat TTDI Jaya, mamak tu siap salam ngan aku sebab lama tak jumpa... Lamb shank curry ngan nasi...MMmmm..aaaammmaa. Sedap.. Lamb yang dia bagi kat aku tu besaq...Gemok kut kambing tu..hahahaha. Balik tidoq lah ...

Esok tu aku pi opis, pas tu dah sembahyanhg Jumaat, pas tu anak aku sampai dari Penang, pastu pi rumah adik aku dan biasalah..makan,sembang,makan,sembang...

Mula tu ingat nak jumpa Koden, aku tak dan jugak. Nanti aku sambung lah cita ni..La ni aku ada kat airport Sultan Mahmud Kuala Trengganu. Tunggu gang aku dari Paka mai jemput aku balik. Teksi RM95/=, baik aku belanja dan boh minyak budak budak aku ni..Lagi pun la ni SUKMA. Boleh gak tengok2 apa apa ka!!!..

31 Mei aku berjumpa ngan Dik D dan Koden join a bit later. This is the fun part. Aku ada cerita pasai Stuart Little.....Coming Soon....