Sunday, June 29, 2008

KAWANG

Salam,

Aku ni bukanlah nak meratuih ka apa ka, tapi kalau aku rasa aku nak buat sesuatu, aku suka kalau kerja yang aku lakukan tu mendapat kepuasan hati "pelanggan" aku. Jadi, kekadang aku cerewet sikit. Setelah aku sedaq hari ni cuma tinggai 26 hari lagi, aku pun hantaq SMS kepada beberapa sahabat handai yang aku rasa aku boleh guna pakai pemikiran depa ni untuk buat keputusan terakhir bagi majlis yang akan diadakan pada 26/7 nanti.

Aku sebenaqnya hantaq SMS kat Jit minta permisi untuk interaksi ngan dia, pasai aku nak pandangan dia. Dia terus call aku dan bagi tau dia ada kat Kuala Pilah kut, tengok anak dia yang kat Sek Sains tu lah kut.. Bapa mithali dia ni. Anyway kerja pi tengok anak kat asrama ni aku dah buat lama dulu dah. Maklumlah, kawin awai, anak pun awai jugak lah. Aku dan mungkin ramai yang lain lagi dah sampai tahap anak boleh mai ambik aku bila aku sampai kat airport ke, kat bus station ke. Hehehe...anak dah besaq2 la tu...

Ok, melalut dah aku ni dari apa yang aku nak kata sebenaqnya. Bila Jit call aku pun tanya dia samaada dia akan hadir dan katanya buat masa sekarang ni boleh consider kata dia akan hadirlah. Aku paham situasi dia ni. Sibuk. Tugas dan tanggung jawab dia terhadap negara ni besaq.

Lepas cakap ngan dia, aku decide to SMS nama2 ini bertanyakan 2 soalan sahaja. Bukan soalan kimia ka, fizik ka, matematik ka, tapi soalan yang berkaitan ngan perjumpaan kita nanti. Aku tanya setujukah ngan 1. Tempat (klab/lain) dan 2. Siang/malam. Aku expect utk dapat balik jawapan dia tentang 2 perkara ni saja. Dan aku kan gunakan jawapan ni sebagai keputusan umum untuk terus membuat persediaan selanjutnya. 12:53 lebih kurang masa yang aku hantaq SMS tu. 7 orang semuanya yang terpilih untuk jawab soalan cepumas aku tu. Tepat jam 1:06:14pm aku dapat jawapan yang pertama dari Jit. "Siang.Klab". Jawapan kedua aku dapat jam 1:16:12pm dari Koden. Jawapan dia ni panjang sikit, tapi aku paham "Siang/Klab". Jawapan yang ketiga, jam sekarang menunjukkan pukul 3:28:28pm masih tak masuk masuk lagi. Aku pun tak tau apa masaalah depa ni, mungkin ada yg dok diluaq negara, mungkin dah habis kredit atau mungkin berpikiran "mampuih pi la siang atau malam dan klab ka mana pun"

Well mungkin jugak server down dan depa tak dapat terima SMS aku tetapi setahu aku 019 dan 012 dah pun berjawab.

Inilah kawan kawan aku yang tercinta.....

No comments: