Sunday, June 15, 2008

CADANGAN

Salam & Sejahtera ,

Aku 2/3 hari ni sibuk sikit sebab lepas projek dah commissioned, kena buat Golf Challenge pulak untuk plant yang kami dapat kontrek tu.

Itu lah yang sat sat ada Kuantan sebab Challenge tu kat Pekan Pahang. Pantai Lagenda Golf Resort. 14hb hari tu settle lah semua dan majlis tu berjalan lancar walau pun ada yang kata nak hadir tapi last last minit hilang tak sampai sampai. Bini marah lah tu kut..

Kami ada satu guest selebriti hari tu..Dia ni kalau berlakon dalam TV boleh terbang, boleh lari laju dan boleh masuk rumah melalui dinding. Dahsyat dia...Sapa lagi kalau bukan KABER HERO KABER ZERO.. Haru biru Kaber ni. Pasai perangai dia sama cam dlm siri TV tu. Cuma tak leh buat perkara yang extra ordinary tu sajalah.


Gah ada tanya samaada dia boleh bawa suami atau anak ke, actually kita tak kisah nak bawa berapa orang mai pun.Cuma kali je lah ngan 35. Maka itulah tiket nya. Sebenaqnya perjumpaan ni open lah untuk sesiapa saja yang nak bawa partner. Kita mengalu alukan. Tak dak halangan. Marilah sama sama kita memeriahkan majlis ini. Ini majlis kita. Kami disini cuma tolong organise.

Tentang car pooling tu pun adalah suatu idea yang amat baik. Memandangkan dengan harga minyak yang melambung ni, memang best sekali kalau boleh convoy balik 2/3 kereta, pakat share duit minyak dan toll.

Koden ada cadang start journey dari KL, pastu pi ke Lumut ambik Li Puteh, pastu teruih balik Jitra. Syok tu idea tu. Mesti merapu sepanjang jalan. Orang tua tua nanti keluaq perangai budak budak balik..Hahahaha. Tapi yang dok jadi buat kerja yang gila gila sikit ni, selalunya 3 ekoq saja. Yang sekoq tu ada 2 bini, sekoq lagi major kepada bini dan yang satu lagi langsung tak dak bini... hahahaha...Bapak suka.

Anyway, aku teruja jugak dengan nama nama yg ada disebelah ni sebab Nor Jasman tu lama sungguh aku tak jumpa.

Aku masih lagi mengharap agar Jit dapat cari gang yang lain lagi supaya lebih lebih lagi meriah.

Lagi satu kita masih belum book tempat perjumpaan tu, kerana masih nak tunggu bagi cukup 50 orang, dan algi satu ada jugak cadangan kata nak buat kat tempat lain. Tapi cadangan2 tu masih tinggai cadangan sebab tak dak sapa nak follow up kut. Atau pun yang cadang tu merasakan dia dah cukup berjasa dengan hanya memberi cadangan. It doesn't work that way here. Buat lah sedikit kajian dan kita bentangkan..hahaha baru ada gaya. kalau tidak cadangan nanti tinggai cadangan, pastu bila majlis dah jalan baru nak dok sembang "kalau buat kat sana lagi best atau kalau buat kat sini lagi best". Kita tetapkan secepat mungkin.

Last sekali aku nak mintak ialah supaya yang mana nak bawa partner kena bagi tau la nie supaya kita dapat buat perancangan lebih teliti dan elakkan pembaziran. Nama nama yang telah dimasukkan tu pun diharap dapat menyatakan sekiranya nak mai ngan partner atau sorang diri.

WASSALAM...

No comments: