Monday, June 16, 2008

GAMBAQ

FORM 5B.

Aku telah diarahkan oleh Kementerian Dalam Negeri untuk memaparkan gambaq ni supaya sesiapa yang lain yang ada gambaq boleh lah scan dan hantaq kat aku. Ini adalah untuk menyahut cadangan GAH supaya kita hadiah gambaq kat CikGu yang hadir. Jadi aku kena buat arkib lah gambaq gambaq ni semua.
Kalau hampa rasa tak reti nak scan ka apa ka, tanya lah Jit atau hampa tanya anak2 hampa..Depa mesti tau nak buat camana. Scan bagi pixel dia tinggi supaya bila enlarge dia tak pecah pecah rupa paras hampa semua.
Sekiranya sesiapa saja yang ada gambaq sekolah dari darjah 1 sampai hampa kahwin pun, hampa hantaq lah kat aku.Kita share share ngan gang lain. Tak kira sekolah mana. Kita kan semua memba....

5 comments:

Anonymous said...

Habg nak kena marah dgn Kementerian Dalam Negeri kot? Jgn sampai kena ISA sudah la. Ni bukan gambaq 5B tapi 4A la. Baik hang minta ampun cepat2. Nanti dia antaq hang ke Kamuntibg baru hang tau. Wassallam.

KODEN

Anonymous said...

Assallamualaikum wbt..
Aku dapat tau dari Kamal dan kak zita ttg perjumpaan ini kira-kira sebulan yang lalu.
Telah begitu lama aku berhasrat nak jumpa member lama SMJ tu dan nak pi jitra. Alhamdulillah tahun lepas aku berpeluang pi jitra apabila aku kebetulan ada mesyuarat di A.Star dan berpeluang ke SMJ dan ke Kg. Teluk Kelubi ikut kawan.Tapi tak berkesempatan jumpa kawan lama kecuali Hj. Mahzan Arifin yg kini bertugas di A.Star. Sebelum tu pernah beberapa kali aku bermimpi ttg kenangan silam waktu bersekolah di SMJ dari th 1972 hgga 1972.
Tetapi utk hadir ke majlis ini nanti aku tak pasti samada dapat pi atau tidak. Walau camanapun buat member yang masih ingat sama gua, bolehlah rujuk kak zita atau kamal untuk menghubungi sama gua. SMJ sentiasa dalam kenangan.
Wassalam dr Osmat di Sarawak.

Anonymous said...

pembetulan,
dari tahun 1972 hingga 1976.
BUKAN dari tahun 1972 hingga 1972.
mohon diperbetulkan.

osmat

Anonymous said...

Assallamualakum....
Kali ini aku nak tulis ttg kenangan di asrama.Kepada kekawan yang sama-sama di asrama dulu(1972-1976)- teringat pokok keriang di tengah asrama waktu itu..Bila kebetulan buah keriang dot tu berbuah, ada member yang sanggup panjat nak ambil buahnya. Kebetulan warden asrama (Cikgu Mydin)mai lalu - apa lagi kena lah depa tu...kena suruh turun, pastu kena tibai dgn. rotan atau kekadang kena suruh tekan tubi.Masihkah kalian ingat?? Azizan, Ramli, Unggot,mahzan, Sobri,Ibrahim Chin, Suhaimi, Abu Hassan,Idrus, Osman Walad, tawian,Kesevan, ...dan kawan2 asal Guar Napai dulu, di mana agaknya la ni??Zamri pun aku tak ingat, aku tau melalui Kamal suruh pi web site ini.
Salam nostalia...selepas ni aku akan tulis untuk ruangan ini.
drp-osmat

Anonymous said...

assalammualaikum,
bila tengok gambar di atas (Form 5B, sebenarnya Form 4 kot) teringat masa muda2 dulu, la ni tak tua lagi cuma nak masuk 1/2 kurun dah. kalau nak tau sapa saya, saya berdiri di barisan belakang no. 4 dari kiri. boleh ingat lagi tak?
sekian dulu wassalam.

Daripada: Hanin bin Hashim