Sunday, June 29, 2008

KITA SERUPA

Salam semua,

Jus Sulaiman, budak Sarawak dulu kat SMJ telah pun menyatakan persetujuan dia untuk hadir di perjumpaan kita pada 26/7 ni. Dia nak mai ngan famili dia dari S'wak. Selamat Datang dan aku pasti hang takkan menyesal kerana dapat berjumpa kembali ngan kawan2 yang dah berpulohan tahun tak jumpa.

Bila terdapatnya orang2 yang camni, yang sanggup mai untuk menghidupkan kembali nostalgia semasa zaman sekolah dulu, maka aku rasa yang dok di semenanjung ni dan masih belum menyatakan persetujuan untuk hadir, sangat sangatlah menyedihkan.

Aku hairan jugak bila ada yang kata tak mau berjumpa ngan gang gang lama sebab malulah, seganlah, depa dah jadi orang besaqlah, depa tu mai dari KL lah dan macam macam lagi. Tujuan utama kkami merancangkan perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan kembali silaturrahim kita semua. Kita semua dari sekolah yang sama, walaupun tak sama kelas, tak sama tahun, tak sama aliran tetapi kita pernah bersua muka suatu masa yang lalu. Kita sama sama menyokong sekolah yang sama tiap kali ada pertandingan bolasepak, ragbi, hoki dan sebagainya. Kita mengenali guru yang sama. Kita ikut undang2 sekolah yang sama. Kalau buat equation, jawapan akhir dia adalah KITA SERUPA....Hahahaaha..Lagu Headwind...

JAdi aku mohon sangatlah agar perjumpaan ini kita buat dengan semegah yang boleh, semeriah yang boleh, seanggun yang boleh. Tetap ini semua takkan jadi sekiranya terdapat perasaan rendah diri, malu dan segan terhadap kawan kawan yang lain, hanya disebabkan kawan kita tu berkedudukan lebih tinggi dari kita.

Aku nak kita semua tinggalkan perasaan malu dan segan tu dirumah bila hampa semua hadir nanti. Dan sekiranya ada kawan kawan yang rasa segan nak hadir, hampa hendaklah memujuk dan buat sedaya upaya agar dia hadir jugak di hari tu. Kalau depa tak mau mai jugak, hampa habaq mai, kita pi ramai ramai rumah dia dan kita terjah dia....hahahaha.

Ini lah satu lagi tugasan yang aku nak suruh hampa semua buat. Sesiapa yang baca blog ni dan tahu ada kawan2 yang tak mau join, hamoa buatlah apa yang aku kata tu, Insyaallah, mujarab.

No comments: