Sunday, December 7, 2014

WhatsApp Group...

DARAH59 & THE TIME ZONE...

Kalau dengaq nama dah macam tajuk wayang Star Wars lah pulak.. Anyway ni lah WApp group yang terbaru yang di initiatekan oleh Zainuddin Idrus aka Koden.. Birth place group ni kat Kuantan lah agaknya sebab kalau tak silap aku dia ada kat Kuantan lani..rumah mertua.. Mungkin masa tercetus idea ni sebab dia boring dok rumah mertua, tak tau apa nak buat, dia molalah mereka reka.. Dia ni pun baru je belajaq segala whatsapp ni.. 20hb Okt 2014 baru dia boleh WApp.. Sebelum ni dok pakai SMS lagi.. Tu pun pasai kami start grup SATS.. kalau tidak mampih dia x tukaq fon.. Kenai sangat aku ngan mamak ni..

Anyway satu idea yang murni untuk mendekatkan yang jauh... Lagi pun senang nak kontek mengontek antara satu sama lain.. Teknologi terkini maaa...

Amboi sakan nya Cheng "Fire Extinguisher" punya dok mengata aku.. Mengheloh la, keraih la, tak bayaq telepon la..semua ada..cit..yennada...

Yang sebenaqnya aku syok dok baca kisah silam depa.. Dari mola Koden start aku dah baca dah and aku memang ambik keputusan nak usharrr dulu..Why? Sajaaaaa...

The best part is Kurnia dah senyum..tapi disebabkan dia jarang senyum makanya gambaq dia jadi kelabu daaa..hahaha..




 Hasaza Hanafiah

 Chew Seng Onn

 Fatimah Zaharin

 Hang Jebat

 A'maduddin Arshad

 Cheng

 Ta

 Non Jalil the NewsMan

 Mat Lazin

 Ah Huat

 Smiling? Kurnia?

 Noor Jasman Nayan

 Tina Turner

Ismail (Mc E) Ahmad

 Puziah

Zulkifli(Jon)Ibrahim

Tadi ada gak nampak nama Jeffrey Teh, punya dok pikiaq pastu dok ikut text depa baru tau Teh Kok Wei..Loyar Cerai..

Tadi best gak bila Koden text aku tanya apasai tak masuk group, dia risau ada apa yang tak kena..tu sebab aku sayang dia walau kerap kalinya aku meluat..

At 11.17pm aku kelui dah DARAH59...apa aku dapat? Depa kutuk lagi kuat..

Good Night...

ALOQ SETAQ

Salam Dunia...

Sejak posting terakhir "lazy bug" dah gigit aku lagi sekali..tak boleh nak buat apa2... Last skali aku balik Aloq Staq ari tu lah bawak mak aku balik ..

First time semenjak dia kena stroke ni aku tengok dia senyum dan seronok dan ceria sekali bila memba dia meneru mai rumah bila dengaq dia balik...Bila mai hari nak balik dia buat perangai tak mau balik KL lah pulak adusss...

Walau apa pun, trip tu memang berbaloi sangat untuk dia dan kami semua...

 Mami Shah...The first visitor..

 Ni lah keadaan bila dah lama sangat tak jumpa..


2nd day dapat jugak kami pi breakfast kat Kopitiam yang dulu kat Convent, lani dah pindah pi "Setesen bas baru" bagi kita2 yang tau lah. Lani dah tak jadi setesen baih dah...Pastu pi CIMB dan alhamdulillah dapat lah buat kad untuk mak aku nih selepas terlalu banyak songeh bila cuba nak buat kad yang hilang ni kat Kota Damansara..Perrgghhh...

 CIMB Mergong..

Gambaq kat bawah ni kami dok breakfast bersama kat depan rumah...my sis n hubby Iskandar n mom

 Hana, anak penakan..

 Meronda kat kawasan perumahan kami ...

 Hari nak balik KL..Mengamuk dia tak mau balik...Nasib baik kawan2 dia nasihat...





Iskandar Shah..adik ipaq..

Lain kali kita balik lagi Mak..Insyaallah..

Tuesday, October 21, 2014

GEBENG, PAHANG...

Areebaaa....

Salam semua...

Time now 11.11 am, aku kat Gebeng, baru habis Kick Off meeting untuk satu projek ciput je. Petang ni nak kena buat safety briefing lah pulak... Hmmm..la ni sampai 2:30pm lama lagi tuuu...

Anyway, malam ni aku akan bertolak ke Subang Bestari sebab besok aku ngan adik aku dah plan untuk nak bawa Bonda tersayang balik menjengah kampung di Taman Setia Berjaya, Aloq Setaq. Dah lama sangat dia tak balik. Tiap kali bila aku tanya..."Mak nak balik Aloq Setaq ka?", dia akan anggukkan kepala.. So this is the best chance so far yang tiada halangan untuk bawa dia balik 2/3 hari.

Ini adalah kali ketiga kami plan nak bawa dia pulang ke Aloq Setaq. Kali pertama...Sebulan dua yang lalu.. Esok tu nak balik, mak aku pulak "tarik" . Kata Doktor, stroke patient akan melalui ini sebab kurang garam dalam badan dia... Dinasihatkan makan sayoq selalu.. Camana? Makan nasik pun sikit2 je, tapi lani dah control lah diet dia. Kali kedua... Lusa nak balik AS, adik aku plak sakit perut. Bawa pi spital, rupanya appendix dia dah tahap bahaya dan terpaksa di bedah segera..

Ni kali ketiga...pagi tadi aku call tanya adik aku Ida, katanya tomorrow morning ON. Deepavali.. pulak tu.. Happy Deepavali...hmmm tapi ada orang kata yang kita tak boleh ucap kan Happy Deepavali sebab itu adalah perayaan ugama, maka sekiranya kita ucap maka kita bersetuju dengan agama depa. maka adalah hukum yang dikenakan di sebabkan kesalahan tu. Semakin susah lah pulak nampaknya kalu nak berinteraksi ngan bangsa lain yang mana aku ada ramai kawan. Daripada kecik aku dok ucap kat depa ni, tetiba lanie aku dilarang berbuat demikian. Aku rasa janggal gila. Anyway... HAPPY DIWALI to all Hindus.. Though I wish you, nothing changes my heart from maintaining my Islamic faith... Fuh..lega rasanya plak...

Aku ada satu lagi benda nak share. Bulan Ramadan yang lepas, adik aku n family gi shopping kat some shopping complex somewhere..hehehe.. Masuk waktu maghrib, dia ngan daughter dia gi menunaikan solat kat surau yang disediakan. Dalam surau tu walaupun ramai yang masuk untuk menyembah Allah, ada gak syaitan yang sesat atau disesatkan. Handbag adik aku telah di compomise walaupun masa tu anak perempuan dia duduk sebelah bag tu.. habih hilang duit utk shopping, IC dan segala kad bank termasuk kad CIMB mak aku.. Buat report, kansel kad dan sebagainya..normal lah.

Kad CIMB mak aku nilah pencen aruah bapa aku dimasukkan.. Duit ni lah dok buat belanja untuk ubat, pampers dan sebagainya untuk dia. Bila bawa dia pi nk  buat kad tu, bnyk songeh lah officer tu sampai nak kena pi buat surat sumpah lah macam2 yang depa nak without taking into consideration yang dia tu uzur..

Kami pun dah naik menyebai, bila adik aku kontek ngan member dia depa kata actually ataih budi bicara bank officer tu je.. "Kalau kat Aloq Setaq nih, aku boleh pi rumah hang amik cap jari mak Tom" kata dia. So this is also salah satu sebab kami nak balik.

Ok lah for now...Will update dari Aloq Setaq nanti..

Chow..

Monday, October 20, 2014

Jeng Jeng Jenggg...

Areeba Angareee...

Bila aku dapat message ni minggu lepas, teruja gak aku...



Aku pung teruih setuju and aku mintak dia arrange kan meeting tu. Pada aku kalau setakat nak makan2 tu tak bermakna sangat jadi aku adalah beberapa idea yang boleh kita beramal towards our old school - Sultan Ahmad Tajuddin School (SATS) 



Well Koden...apa nak buat masa ni Dude sibuk.. Kalau xsibuk dia suruh pi amik dia plak..
Anyway, Yang berjumpa malam tu Aku, Chong + wife, Mail Ahmad, Cheng and Kurniawati..

ALL OF US 

MAIL(Mc E) N KURNIAWATI

KODEN, CHONG N WIFE(KIM)

CHENG N KODEN

So ProTem Committe dah ada.. 

Next year program akan jalan Insyallah...


Salam to All


Salam..salam...

Fuhhh..dah lama sangat tak berinteraksi nih... Dah ingat ingat lupa lah plak...

Banyak sangat tragedi yang aku lalui sejak 17hb Mei 2013....

17th May 2013 - Dapat berita Mak aku jatuh dalam toilet at 7am... She had a stroke.. Right hand and right leg tak boleh gerak.. The worst part is she can't talk...till today..

First few days kat Hospital

6th Jul 2013 - Bapak aku, after spending almost two weeks in Sultanah Bahiyah Hospital Aloq Setaq, aku bawak bapa aku pi Subang Bistari, rumah adik aku Ida sebab mak aku ada sana.



My last teh tarik with him..

7th Jul 2013 - Anak sulong aku Hafriz bertunang ngan Zaheera kat Ampang. Semua selamat, majlis jalan lancar. Jumpa parents aku di Subang sebelum aku balik Ganu, 9pm flight. Sampai Kuala Terengganu 10pm+. Nizar, colleague aku mai amik kat airport..pi makan la apa la, sampai Paka 12 tgh malam. Tak dan nak unpack lagi adik aku call....

8th Jul 2013 - Pak aku dah takdak in his sleep...Innalillah.. Aku call Nizar minta tolong bawa keta pi KL... Sad day... Banyak sangat yang aku tak dan buat untuk dia..banyak sangat yang aku bersalah ngan dia..banyak, banyak, banyak...Ya Allah....

 


Well..pada aku itulah Qada' dan qadar yang termaktub untuk aku lalui...Ana terima..
Al Fatihah




Adik aku Farahida resign her job to take care mak aku.

Mak aku ngan cucu2 dia.
Well itu je lah ringkasan cerita sejak kehilangan aku dari cyberspace ni.. Anyway aku rasa cam nak start balik lah.... Reason being.....


Saturday, May 17, 2014

A Few Years Back..

Salam sejahtera,

Pagi 25hb, bertolak dari Paka bersama2 ngan Zanif, technician yang sama kerja ngan aku, menuju KL. Pukui 8 lebih dah gerak..

Saperti biasa, minyak kena taruh, ayaq kena check bla bla bla...jalan. Perut kena isi gak sebab aku ni on medication for life so, perut kena ada makanan baru ubat boleh telan. Pesanan doktor kena buat camtu. Sampai Kerteh, ternampak kereta berderet parking kat tepi jalan, slow sikit nampak ada kedai makang kat situ, orait lah..STOP.

Menu dia heavy belaka, segala jenis nasik, lemak, dagang, kerabu, minyak, goreng dan sebagainya...Nasik goreng ngan teloq mata satu, kawtim.

Lepas makan, stering kereta aku bagi Zanif je..Aku layan lah dia bawak keta..Kalau aku lena, seriau dia pun lena sama..hahahha..

First RnR stop kat Gambang rasanya, suddenly aku tengok ramai lah pulak "travellers" yang stop kat situ. Kebanyakkan nya keluarga bersama anak2. Yang dok makan kat pondok wakaf, jenih bawak makanan sendiri tu mengenangkan kembali zaman aku kecik2 dulu, kalau travel jauh sikit je, mak aku akan prepare nasik lemak ngan sambal tumis sotong kering, teloq goreng dan timun. Zaman tu mana ada RnR macam lanie kan? So tang mana nampak teduh sikit dan pemandangan cantik ka, ada sungai ka, mesti stop dan makan..I miss the good old days...Anyway, scene yang aku tengok kat Gambang tu membuatkan aku senyum serta flashback mai bertalu talu.. Sedih pun ada..

Oh ya..Rupanya cuti sekolah dah bermula. Orang Kelate, Orang Ganu dah start cuti dah..Patut lah berjalan sakan..Ada jugak yang ambik peluang shopping untuk Raya, sebab tak lama dah nak puasa.. Yang buat kenduri pun berlambak jugak..

Genting sempah refill minyak lagi. Sampai KL, teruih  pi ke Pudu sebab Zanif ni nak balik ke Gurun

Artikel kat atas ni aku dh tulih bertahun tahun yg dulu, tapi tak post.. Hahaha... Hari ni aku tasa nak post.....Awat tak bole ka?