Tuesday, October 21, 2014

GEBENG, PAHANG...

Areebaaa....

Salam semua...

Time now 11.11 am, aku kat Gebeng, baru habis Kick Off meeting untuk satu projek ciput je. Petang ni nak kena buat safety briefing lah pulak... Hmmm..la ni sampai 2:30pm lama lagi tuuu...

Anyway, malam ni aku akan bertolak ke Subang Bestari sebab besok aku ngan adik aku dah plan untuk nak bawa Bonda tersayang balik menjengah kampung di Taman Setia Berjaya, Aloq Setaq. Dah lama sangat dia tak balik. Tiap kali bila aku tanya..."Mak nak balik Aloq Setaq ka?", dia akan anggukkan kepala.. So this is the best chance so far yang tiada halangan untuk bawa dia balik 2/3 hari.

Ini adalah kali ketiga kami plan nak bawa dia pulang ke Aloq Setaq. Kali pertama...Sebulan dua yang lalu.. Esok tu nak balik, mak aku pulak "tarik" . Kata Doktor, stroke patient akan melalui ini sebab kurang garam dalam badan dia... Dinasihatkan makan sayoq selalu.. Camana? Makan nasik pun sikit2 je, tapi lani dah control lah diet dia. Kali kedua... Lusa nak balik AS, adik aku plak sakit perut. Bawa pi spital, rupanya appendix dia dah tahap bahaya dan terpaksa di bedah segera..

Ni kali ketiga...pagi tadi aku call tanya adik aku Ida, katanya tomorrow morning ON. Deepavali.. pulak tu.. Happy Deepavali...hmmm tapi ada orang kata yang kita tak boleh ucap kan Happy Deepavali sebab itu adalah perayaan ugama, maka sekiranya kita ucap maka kita bersetuju dengan agama depa. maka adalah hukum yang dikenakan di sebabkan kesalahan tu. Semakin susah lah pulak nampaknya kalu nak berinteraksi ngan bangsa lain yang mana aku ada ramai kawan. Daripada kecik aku dok ucap kat depa ni, tetiba lanie aku dilarang berbuat demikian. Aku rasa janggal gila. Anyway... HAPPY DIWALI to all Hindus.. Though I wish you, nothing changes my heart from maintaining my Islamic faith... Fuh..lega rasanya plak...

Aku ada satu lagi benda nak share. Bulan Ramadan yang lepas, adik aku n family gi shopping kat some shopping complex somewhere..hehehe.. Masuk waktu maghrib, dia ngan daughter dia gi menunaikan solat kat surau yang disediakan. Dalam surau tu walaupun ramai yang masuk untuk menyembah Allah, ada gak syaitan yang sesat atau disesatkan. Handbag adik aku telah di compomise walaupun masa tu anak perempuan dia duduk sebelah bag tu.. habih hilang duit utk shopping, IC dan segala kad bank termasuk kad CIMB mak aku.. Buat report, kansel kad dan sebagainya..normal lah.

Kad CIMB mak aku nilah pencen aruah bapa aku dimasukkan.. Duit ni lah dok buat belanja untuk ubat, pampers dan sebagainya untuk dia. Bila bawa dia pi nk  buat kad tu, bnyk songeh lah officer tu sampai nak kena pi buat surat sumpah lah macam2 yang depa nak without taking into consideration yang dia tu uzur..

Kami pun dah naik menyebai, bila adik aku kontek ngan member dia depa kata actually ataih budi bicara bank officer tu je.. "Kalau kat Aloq Setaq nih, aku boleh pi rumah hang amik cap jari mak Tom" kata dia. So this is also salah satu sebab kami nak balik.

Ok lah for now...Will update dari Aloq Setaq nanti..

Chow..

1 comment:

glassman said...

salam, chip tnb penang school and hostel mate. nanti kita boleh jumpa masa aku pi penang bnanti, mana tau hang boleh dapat projek,, orait dak?