Saturday, May 17, 2014

A Few Years Back..

Salam sejahtera,

Pagi 25hb, bertolak dari Paka bersama2 ngan Zanif, technician yang sama kerja ngan aku, menuju KL. Pukui 8 lebih dah gerak..

Saperti biasa, minyak kena taruh, ayaq kena check bla bla bla...jalan. Perut kena isi gak sebab aku ni on medication for life so, perut kena ada makanan baru ubat boleh telan. Pesanan doktor kena buat camtu. Sampai Kerteh, ternampak kereta berderet parking kat tepi jalan, slow sikit nampak ada kedai makang kat situ, orait lah..STOP.

Menu dia heavy belaka, segala jenis nasik, lemak, dagang, kerabu, minyak, goreng dan sebagainya...Nasik goreng ngan teloq mata satu, kawtim.

Lepas makan, stering kereta aku bagi Zanif je..Aku layan lah dia bawak keta..Kalau aku lena, seriau dia pun lena sama..hahahha..

First RnR stop kat Gambang rasanya, suddenly aku tengok ramai lah pulak "travellers" yang stop kat situ. Kebanyakkan nya keluarga bersama anak2. Yang dok makan kat pondok wakaf, jenih bawak makanan sendiri tu mengenangkan kembali zaman aku kecik2 dulu, kalau travel jauh sikit je, mak aku akan prepare nasik lemak ngan sambal tumis sotong kering, teloq goreng dan timun. Zaman tu mana ada RnR macam lanie kan? So tang mana nampak teduh sikit dan pemandangan cantik ka, ada sungai ka, mesti stop dan makan..I miss the good old days...Anyway, scene yang aku tengok kat Gambang tu membuatkan aku senyum serta flashback mai bertalu talu.. Sedih pun ada..

Oh ya..Rupanya cuti sekolah dah bermula. Orang Kelate, Orang Ganu dah start cuti dah..Patut lah berjalan sakan..Ada jugak yang ambik peluang shopping untuk Raya, sebab tak lama dah nak puasa.. Yang buat kenduri pun berlambak jugak..

Genting sempah refill minyak lagi. Sampai KL, teruih  pi ke Pudu sebab Zanif ni nak balik ke Gurun

Artikel kat atas ni aku dh tulih bertahun tahun yg dulu, tapi tak post.. Hahaha... Hari ni aku tasa nak post.....Awat tak bole ka?

2 comments:

glassman said...

boleh haihh,,,

Paket Karimun Jawa said...

sangat menarik sekali, salam
karimun jawa adalah pulau yang mempunyai keindahan wisata bahari terletak di jepara yang sudah terkenal akan ukiran dan mebel atau furniture cocok untuk liburan Anda.