Wednesday, July 15, 2009

KT KEMBALI..

Salam...

Dia dah mai dah...Welcome back KT..long time no hear...

KUDA TUA said...
KUDA TUA KEMBALI LAGI

Sahibul wal hikayah, maka tersebut lah al-kisah Kuda Tua menyepi. Ana bersyukur kehadrat illahi kerana dgn limpah dan kurnia nya ana masih sihat dan ligat memperkayakan diri secara menyeluruh. Mencari rezeki untuk kehidupan dunia tanpa melupai janji hari muka. Merapatkan silatul-rahim sesama insan sambil lebih berjinak2 mendampingi NYA.
Menyepinya ana selama ini bukan lah bererti yang ana telah gulung tikar. Berkali-kali ana berhajat menaburkan sepatah dua ayat untuk di kongsi niat. Tapi ana selalu kelu sebab pelayaran di blog darah59 dilihat kerap sekali dilambung ombak dan badai.
Syukur semua nya sudah kembali tenang. Sekalung penghargaan ana hulurkan kepada pengasas/penghulu blog. Bijak benar beliau membiar dan membuang mana2 komen yg keterlaluan.
Dari suara yg ana terima, baik di BB50 mau pun di Hi-Tea KSA, masih ada yg bertanyakan "sapa Kuda Tua tu?". Que sera sera, whatever will be.., will be.
Antara sebab ana terkedu menyepi ialah status ana sebagai anonymous. Terdapat terlalu ramai yang menghadirkan diri di blog59 dengan status anomymous ini. Dan dari yang ramai, terdapat beberapa yang menggunakan status anonymous ini untuk menerjah dan berkesat bahasa kepada sipolan-sipolan.
Maka ana pun memuhasabah lah. Adakah ana tergolong dalam golongan "anasir sabversiv" di blog ini? Apabila ana benar2 yakin yang ana tidak begini, maka ana kembali.
Ana berpendapat status anonymous ini harus digunakan dengan berhemah. Teguran yang hendak dibuat, harus dibahasakan secara am.
Oleh yang demikian, ana ingin mencadangkan kepada semua sahabat2 supaya tidak melayan/menjawab/melatah kepada sebarang komen2 sensitif/peribadi yang diutarakan oleh anonymous/nama samaran (yg tak dikenali). Tindakan menyeluruh yg begini akan mampu membenteras kehadiran komen2 yang tidak beretika. Kita tidak boleh mengharapkan Tok Penghulu untuk mengawasi kemasukkan komen2 nista ini selama2nya.
Hanya dengan kerjasama semua serta respon menyeluruh akan dapat memertabatkan semula blog DARAH59.

JULY 15, 2009 3:48 PM

Apa yg KT sarankan tu amat bernas sekali..Memang betui sangat dan hampa semua pun patut ambik iktibar...

Keep it coming bro.. Aku ada edit sikit sebanyak tulisan mu ni agar tak mendatangkan masaalah pada aku ...hahahahaha...

WASSALAM.

ZUL...

Assalamualaikum...Salam sejahtera..

Aku dapat satu berita dari TAL18, kul 7:39pm tadi..Zulkifli Ramli(Tok Wan @ Zul Bukit Wang), masuk ICU di KMC Alor Setar pagi tadi kerana diserang penyakit jantung. Aku pun tak tau keadaan nya yang sebenaq, mungkin sesiapa yang ada berita yang lebih lanjut mungkin dapat war warkan pada blog ni dan juga blog kawan2 yang lain. Kita sama sama lah mendoakan agar dia cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Saudara Zulkifli ni dari aliran Melayu masa kat SMJ dulu, tetapi masa ni apa lagi nak kira tingkatan ka form ka..kita semua dari Sekolah yang sama dan semuanya dalah saudara kita gak..

Satu lagi berita yang aku nak masukkan disini adalah juga dari TAL18, iaitu undangan kenduri kawin dari Nik Ruslan Nik Hamid, pada 26/7 hari Ahad, di Kg Kelubi Dalam, Jalan Taman Tunku Sarena, Jitra. Nik bertugas di PEJABAT TANAH JITRA.

Satu berita sedih dan satu lagi berita gumbira..Camanapun berita ni adalah untuk semua kawan2 yang melayari blog ni...

WASSALAM..

Monday, July 13, 2009

KSA


Assalamualaikum ...

Gah start hoit kat Koden, Koden pun mula hoit kat sapa saja yang dia ingat, maka terjadilah kenduri kecik kat Restaurant Kenanga Kelab Shah Alam dalam suasana yang amat tenteram dan ceria.

Memang kena buat camtu je la nie. Kalau dah secara formal jadi kelam kabut, kita hoit2 je lah. Fazie..thank you for coming all the way from Alor Star. Paling jauh lah tu. 2nd jauh, anak cikgu rahman dari Gurun..hahaha..

Aku bertolak dari Penang Airport kul 9:20am dan sampai LCCT abaout 10:30 camti lah kut. Anak aku siap dok tunggu dah bila aku sampai so, kami terus gi Shah Alam, lepak kat Pelita sat dan pastu balik rumah aku kat U5, Subang.

Majlis ni lebih kepada meraikan kawan2 yg tak pernah jumpa macam Choon Tian, Hong Khoon, Chean Cheong dan Kurniawati. Thank you very much for coming.

Walaupun Koden dah plan nak buat collection untuk makan2 tu, tetap ada hamba Allah yang telah sponsor semuanya sekali, tanpa mau dihebahkan namanya. Tima Kasih..

Mael Luntoq pung ada, Mc E pung ada, Syed Rajan Tengku Sinniah pung ada, walaupun as usual lah dia banyak komitmen yang terpaksa di lakukan dalam hidup seharian nya.










Friday, July 10, 2009

I'LL BE THERE

Salam semua..

Memberangsangkan sambutan yang diberi untuk Hi Tea ni. Walau pun tak ramai tapi kesediaan hadir tu lah yang memberangsangkan. Orait gak tu, ada 1 Malaysia nampak nya. Semua bangsa malaysia ada pada hari 12hb ni. Kalau tak dak aral yang melintang, I'll be there...

Tuesday, July 7, 2009

HI TEA

Salam...

Kerana pulut santan binasa...Untuk informasi Fazie, bertanya sesuatu bukan bermakna seperti yang U bayangkan. Banyak sangat bayangan dalam otak hampa tu. Kadang2 ada orang boleh terima, kekadang ada gak yg tak leh terima. Seperti yang semua tahu pun, blog ni semua nya pakat dok baca. Ada yang bini baca, ada yang laki baca dan anak2 baca. Kalu "CINTA" aku baca dan merajuk camana? Hahahaha...Lets cut the crap..

TARIKH : 12HB JULAI 2009
JAM : 3PTG.
TEMPAT : KELAB SHAH ALAM
HI - TEA

Ni lah program yang di utarakan oleh Koden dan Gah. Eloklah tu. 12hb hari Ahad pulak.

So sesiapa yang terbaca dan ingin tahu lebih lanjut sila kontek Koden 0123168555 atau Gah 0123813890.

WASSALAM