Thursday, April 16, 2009
SOLUTION...
Untuk perhatian semua, aku dah masukkan nama dan no. telefon kawan2 yang ada dalam simpanan aku disebelah kanan, bawah blog ini. This will be a permanent fixture kat situ, supaya senang kawan2 nak kontek. Especially untuk Koden yang perlu menjalankan tugas yang telah diberikan.
Aku dah pun email ke Merdeka Beach Resort to ask for quotation dan juga proposal depa untuk kita menyambut BB50. Kemungkinan besar esok kalu aku free sikit aku akan turun pi lah. Regardless of samaada dapat email atau tak.
BATU API
- Kuda Tua said...
-
Artikel 10
SARANGGENG
Terpanggillah ana untuk merangsang sahabat handai yg masih suam dgn agenda BB50 kita ini. Ana memilih tajuk ini sebab baru2 ini ana telah mendapat jemputan utk "join" SARANGUANG.
Bukan lah tujuan ana utk berbicara tentang saranguang. Dah masuk atau belum? Kalau dah masuk, berapa banyak untung yg diraih? Kalau masih belum, persoalannya, bila lagi? Dan kalau tak berminat memasuki, persoalannya, Kenapa? Bukan niat ana menulis tajuk Saranguang.
Tapi ana tersa teringin utk menggeletek @ menyakat @ menyucuk kwn2 agar melatah sedikit kpd 1 cadangan yg ingin ana utarakan. Berasaskan sistem Multi-Level Marketing (MLM), apalah kiranya kita menyediakan 1 insentif kpd kwn2 yg aktif mempromosikan BB50.
Tujuan cadangan ini ialah utk kita terus menarik lagi bro/sis yg masih belum pernah "join" aktiviti kita lagi. Dengan sendirinya akan bertambahlah jumlah kaum kerabat kita.
Contohnya gini :-
1- Jika ana dapat membawa 3 orang bro/sis baru, maka ana pun terkecualilah dari yuran sendiri.
2- Jika Dz dpt bawa 1 orang Cikgu, pun dikecalikan dari dikenakan yuran.
Dan sebangainya lah.
Ana sekadar melontar idea. Mungkin Dz, AJK dan penaja boleh memikirkan cara dan pendekatan utk menjayakan idea ini. Itu pun kalau ianya didapati bernas. Jika tidak, humban sajalah idea ini kemana2 pun. - Good Idea tu..hahaha siap ada sistem MLM lagi untuk menjayakan majlis kita nie. Tapi aku rasa tak perlu lah kita sampai ke tahap tu, Takut terlampau ramai yg bawak mai, duit kita nak buat majlis pulak tak cukup. Tapi, ini adalah satu saranan yang baik. Lebih baik lagi kalau kita terus saja kutip 150..hahahaha..
Seronok sungguh la perangai buddak2 yang nak mencecah separuh abad ni. Aku kata budak2 sebab kat sini je kita boleh buat perangai budak2 kita tu..kalau diluaq, depa kata gila la kita nie.
WASSALAM
Wednesday, April 15, 2009
SALAM JIT
SMS diatas aku terima dari Jit pada jam 06:42:38pm. Masa tu masih kat PFK, baru la nie aku dapat postkan.
Aku jugak dapat call dari Fazie selepas aku terima SMS diatas. Depa pun dok kira nak pi melawat kut. Dengaq kata depa berdua. Mungkin depa pi malam kut..
WASSALAM
Tuesday, April 14, 2009
JENAZAH
Baru balik dari menziarah jenazah Hj Md Nor Ahmad, ayahanda kepada Aziz Md Nor, di Bukit Tinggi Kepala Batas.
Aku date ngan TAL18 kat kedai nasi lemak Datuk Hashim depan Mesjid Kepala Batas. Lepas kena nasik lemak kami pun terus kerumah Jit. Sesampai disana, Hamsan pun baru nak turun dari keta dia. Jumpa ngan Jit, pastu depa pun dah sibuk nak mandikan jenazah.
Jumpa gak ngan Cikgu Jaafar. Dia ni kan selalu dok jaga masa kat Pavillion dulu, tunggu nak berator ke kelas..Masa Form 1 & 2 dulu lah. Dia kan cengeh juga dolu. La nie dia nampak steady lagi...
WASSALAM
Monday, April 13, 2009
Al Fatihah
05:25:22pm aku dapat msg berbunyi begini " Salam. Dimaklumkan bapa saya Hj Md Nor b. Ahmad tlh kembali ke rahmatullah jam 4:45 ptg td. Al Fatihah. Aziz KDN Putrajaya."
SMS ni aku terima dari Kamal, terus call dia to confirm dan pas tu call Jit. Ucap takziah, dia pun dok kelam kabut nak ambik anak2 dia, pas tu baru balik ke Kepala Batas. Katanya, depa 3 beradik ada kat KL la nie dan akan balik sat lagi, so tentatively upacara pengebumian dijangka akan dijalankan esok pagi jam 10. Katanyalah..So kawan2 sebelah sana boleh lah ziarah, insyaallah aku akan sampai pagi esok kalau tak dak aral melintang. Aku dapat tau dari Jit, Aruah berumur 85 tahun. Aku pun berbunyi lah kata oi, sama ngan Mahathir lah tu..Dia jawab , ha, mungkin lepas ni dia pulak kut. Anyway..TAKZIAH Jit n famili. Al Fatihah...
Jit boleh dihubungi melalui 019 228 6675.
WASSALAM
Artikel 11.
JENAZAH.....SOLUTION
Ana agak tertarik degan komen 1 TAL18 dlm tajuk JENAZAH. Mula2 Ana langsung tak faham apa yg hendak diutarakan oleh TAL18. Rupa2nya ada unsur suspense dlm komennya. Rupa2nya ada urutan.
Menariknya solution TAL18 ini ialah, beliau melihat dari sudut yg satu. Ana rasa tiada siapa yg berhak mengatakan cadangan TAL18 itu salah. Kerana itu lah sudut yg dlihatnya. Kepada yg masih hidup, mesti teruskan kehidupan dan terus2lah menggunungkan kekayaan.
Tapi dari pengalaman ana yg dah "veteran" dlm menghadapi kematian orang2 tersayang, berbeza pula sudut yg ana hayati. Dalam setiap kematian, ada pengajaran kepada yg dtinggalkan. Segala ungkapan baik tentang jenazah harus diukur ke diri kita. Kalau terasa tiada/berkurangan kualiti itu pada diri, bersungguh2lah mencapai nya.
Disebaliknya, jika terdapat ciri2 negatif yg diperkatakan tentang jenazah, harus dijadikan garis ukur kelemahan pada diri kita. Semestinya ia perlu dikikis.
Pokok pangkalnya, pada usia yg sangat teruja utk merayakan BB50, kita seharusnya mempunyai kewibawaan dan kematangan utk menyusun priority halatuju kita.
Jangan salah faham, ana amat teruja utk bertemu d BB50.
Mungkin d tarikh itu nanti ana akan meminta Dz memperkenalkan siapa itu Kuda Tua. Kenapa tidak ya?