Tuesday, March 11, 2008

KEDAH

Assallamualaikum,

Nala betoi Dtk Nalla ni.
Tapi sorry la, selagi kata depa ni ada tempias2 interest in politics.... sekoq pun tak boleh d percayai!!!
Aku akan percaya statement dia ni kalau
1- proven beyond reasonable doubt, ada support dgn bukti.
2- dare to say it dlm forum where dua2 boleh table their claims n defend the accusations.

Kalau tak, my advise is... DON'T B FOOLED BY THESE POLITICAL DRAMAS. SEMUA NI NAK CARI PELUANG NAK BUAT DUIT SEMULA.

Don't get me wrong, aku tak sokong Anwar Ibrahim! Aku juga tak sokong BN. Tapi aku akan sokong kalau all accusations can b proven. Jgn la tauk orang masuk jail dgn kes yg tak boleh dbuktikan.
Bob Marley kata " u can fool some people sometime but u can't fool all the people all the times"

Well, at least our politics dah tunjuk a level of maturity tapi semua kena ready for the repercussion la. Don't blame sapa2 kecuali those yg terlalu besaq kepala when they were in office.

Fikir2 lah.

Wassallam

Tu dia, hampa kena dengaq Koden ounya hujah. kalau nak suruh depa tu dok sekali berhujah, kena pi US lah baru kita semua dapat tengok. Buat masa sekarang disini, tak tau lah boleh ke dak. Tapi kat Penang boleh kut sebab la ni kami dok dalam negeri yang DEMOKRASI.

Bob Marley ni kata kata dia ni memang syok dengaq. Lagi satu it goes like this,

Emancipate Yourself From Mental Slavery
None But Ourselves Can Free Our Mind
Have No Fear For Atomic Energy
But None Of Them Can Stop The Time
How Long Shall They Kill Our Prophets
While We Stand Aside And Look
Ooh, Some Say Its Just A Part Of It
We've Got To Fulfill The Book

Hampa interprete lah sendiri kata kata tu. Tapi jangan ambik dictionary dan terjemah seketui seketui. Dia atas intepretasi hampa sendiri. Aku rasa ada kena mengena dengan PRU kita yang baru ni lah. Aku punya intepretasi dong....

Aku dengaq kemarin katanya ramai orang pi ke Kepala Batas, kampung Pak Lah, nak suruh dia resign. Aku pun tak tau apa tujuan depa buat disitu. Mungkin untuk tunjuk kat pimpinan je kut. Tak tau lah aku nak kata apa ngan situasi sekarang ni.

Di Seberang Perai dimana Melayu is the majoriti, mungkin depa akan rasa kesan dia, samada lebih baik atau sebaliknya. Tapi aku rasa mungkin lebih baik kut sebab Pak Lah punya area menang tetapi Anwar punya area pun menang. Mesti best punya sebelah tu. Kepala Batas kerajaan Persekutuan jaga dan Permatang Pauh kerajaan Negeri jaga. Alangkah bahagia nya depa. Kat Pulau tak tau lah camana. Dulu Cina respek kat orang Melayu, mungkin pasai UMNO dok 2nd man, tapi la pun sama lah jugak kut pasai PKR dok no.2.

Kedah best sekali. Hotel kat sana pun dengaq kata dah buang dah segala iklan dan pump beer yang kat coffee house depa tapi depa kata masih juai lagi. Uniform kat hotel pun dah bertukar katanya. Tak dak skirt2 lagi dah, dan peniaga tudung kepala pun akan mendapat durian runtuh pasai staff kerajaan semua kena pakai tudung la ni kut... Alhamdulillah.

Nanti kita balik buat gathering kat Jitra ni kita boleh tengoklah samada ada perubahan atau tidak kat Kedah...Syok tu..

Tapi harap harap jangan lah dok tutup Supermarket awai macam Kelantan tu, gelap gulita Aloq Setaq. Mula lah kutu kutu semua pi ke Danok, sebab sana Kota Keriangan. Macam macam ada. Nak shopping ada, nak hiburan ada pendek kata cuma Mak ngan Bapak je yang tak dak.

CHOW

WASSALAM

Saturday, March 8, 2008

Datuk Nalla

Assalamualaikum...
Aku teruja tengok video ni. Aku rasa nak share ngan hampa yang dok jengok kat blog aku ni.

Aku dah buang clip ni, kalau hampa nak tengok masuk dalam you tube dan cari.

http://www.youtube.com/watch?v=qIjdbymVcIw

WASSALAM

UNDI LAH KITA SEMUA

Assalamualaikum,

Pagi ni aku bangun dengan perasaan teruja. Aku tak tau sebab apa tapi rasa teruja. Tengok fon nampak pulak SMS dari Mc E. Pukui berapa dia hantaq aku pun tak sedaq sebab fon aku dalam silent mode. Dia fwd kan SMS tu actually. Blog address yang memasukkan video sex Khairy Jamaluddin(alleged). Seems the video will be taken out in 3 hrs.
http://www.antikhairy.blogspot.com/

Lepas aku tengok klip tu aku rasa tak konfiden yang tu Khairy. Bukan lah nak mengatakan aku ni kenai rapat ngan KJ ni tapi pada pandangan aku lah tak nampak macam dia. Mungkin video tu masa dia muda dulu, masa teenage ke, masa dia student ka, tapi nampak jam tangan tu macam mahal lah.

Bila aku pikiaq pikiaq balik, pasai apa orang ramai tak suka kat KJ ni? Pasai dia menantu PM ke? Pasai dia jadi No.2 dalam Pemuda UMNO ke? Atau pasai dia ni pandai membawa diri dia untuk mencapai cita cita dia ke?

Aku ni bukan lah penyokong atau pun pembangkang yang taksub pada KJ ni. Aku adalah pemerhati dan pendengar hikayat KJ ni.

Aku mula dengaq pasai dia ni apabila dia mula masuk Pemuda UMNO dan bertanding untuk post No.2 dalam Pemuda. To be able to do that, you needs a lot of guts and support. First sekali aku rasa dia ni berani. Dua, aku rasa he is an intelligent guy. Third, he's a real strategist. Easily summed up, he's a fu@%#ng brilliant guy.

Sepatutnya orang kena look up at him sebab dari dia mula mengorat Nori anak Pak Lah dan later berkahwin, pas tu dia work his way up jadi No.2 dalam Pemuda dan finally jadi calun Parlimen Rembau. itu semua menunjukkan kata dia ni orang yang ada wawasan. Ada hala tuju dalam hidup dia.

Kemungkinan besar sebagai menantu Pak Lah dia dapat banyak kemudahan yang orang lain tak dapat. Tapi dia kerja keras juga untuk jadi menantu Pak Lah. Jodoh dia dah termaktub.

Bila dia bagi speech sulong dia kat perhimpunan agong Pemuda, dia kena boo kaw kaw punya. Tapi dia tak give up. Dia kerja lagi kuat. Sampai lah la ni. Sapa tak kenai KJ. Sapa yang berani boo dia lagi?

Kalau lah dia ni bodoh. tak tau apa apa dan tiba tiba di ambik letak kat jawatan yang ada sekarang dan orang nak marah sebab tu aku sokong. Yang orang dok marah la ni sebab depa punya libang dah di kambuih oleh gang2 KJ. Hahaha...semua ni pasai duit sajalah. Apa pun la ni kalau marah ni adalah pasai dia tak dapat apa yang orang lain dapat, jadi dia akan buat fitnah dan berjaja cerita yang bukan2 merata rata.

Yang dok hingaq bingaq pasai KJ ni pun adalah gang tua tua lah semua nya. Macam mana gang gang Ghafar Baba dan Daim dok bising dulu kat Anwar Brahim. La ni gang lama batch2 Anwar ni lah dok bising kat rising force baru ni. Benda ni dok berpusing macam tu je lah. Naik budak muda saja, orang tua marah.

Aku rasa peluang peluang yang dia dapat pun bukan Pak Lah yang bagi arahan, tapi kutu tu semua nak be in the good books of Pak Lah sebab dia ni menantu Pak lah. So, amacam? Biaq pi kat dia lah dan kita tunggu dan lihat apa nak jadi nanti. Semua orang yang dinamik ni, selalunya mempunyai banyak halangan untuk mencapai cita2 depa kerana faktor umoq. Kita memerlukan orang yang dinamik ni dalam Malaysia. Tak ramai yang ada dalam negara kita la ni. Yang dok dinamik kat kedai kopi dan laman blog ramai lah. Hahahaha.

Tun dulu kena buang dari UMNO masa dia muda pun lebih kurang camni punya cerita jugak lah. Bila dia start melawan ngan Tunku saja dia kena lah. Kita perlukan orang yang dinamik to lead the country and a lesser one to be the No.2. Bila No.1 ni belah, No.2 ni kena dok sat saja, Jadi caretaker sat dan elect a dynamic one to lead again.

Dalam Pemuda UMNO la ni yang dinamik adalah KJ. Hisham dah tenggelam sikit. kalau dua dua dinamik, sama kuat, tak lama perkahwinan tu, mesti cerai.Yang lebih kuat akan menang. Macam kerajaan 2M dulu. Mahathir n Musa. Tak tahan lama. Dua dua sama kuat. Satu kena give way. Pasai tu dia mabik Ghafar lepas tu supaya tak melawan dia, tapi Anwar dah cantas Ghafar. So dia nampak dah ada yang lantang untuk ganti dia, tapi mamat ni sudah tak sabaq dan buat benda tak elok, dia cantas. Ambik Pak Lah supaya ganti sat tapi Pak Lah tak mau belah. Maka jadilah Malaysia ni macam la ni.

WASSALAM

Thursday, March 6, 2008

SELAMAT MENGUNDI

Assalamualaikum Dz n para kawan2 pengundi. Sebnaqnya aku hari2 jengok kt blog ni tapi xdan nk tulih apa pun. Rindu jugak nk dngaq brita dari hang atau koden atau awek2 yg lain tu. Dz, spatutnya hang bagi blogsite kedah politics tu dah lama, bleh kami tau apa yg berlaku dtmpat tanah lahir kita tu. Tapi x pa, bsok bleh baca lagi blog tu sblum buat kputusan. Tq for giving the blog address.

Actually mcm smua org dMalaysia, kita naik meluat dgn prangai YB kita dari ruling party yg sperti hang kata tu atau YB Perlis yg tak tau org kata pi, hang nak mai jugak. Yg lain di KL + Selangor pun banyak mcm tu asyik pentingkan periuk nasi depa dan kuncu2 depa saja.. yg tak syoknya they get away with it with our tax money and worse still get rewarded to be elected again for this PRU12. Pak Lah kata nak calon org bersih tapi tak kotakan janji dia.. nak pangkah parti, kita ada 2 choice saja.. jadi pikiaq habih2 no.. nak stability ke atau nak ajaq YB2 lintah darat yg ada la ni?

Selamat Mengundi!!

Salam dari McE.

Huh bersemangat kawan aku sorang ni...Tapi tak tau lah dia mengundi dimana kali ni. Undilah sapa pun, 5 tahun sekali je kita ada kuasa, tu pun kena ramai2. Sorang kalu tak leh buat apa jugak.

Apa yang Mc E kata tu has got truth in it. But come to think of it, everything nowadays perlu wang. Nak buat apa pun pakai wang. Nak kencing pun kena bayaq la ni. Cuma depa belum charge bila kita kentut saja. That one is free la bro.

Hampa tau pasai apa aku bawa subjek semua pakai wang? Sebab in order to stay in power you perlu duit. Tak dak duit you tak leh move. Tak dak duit you tak leh nak buat subordinate you move. So, dari mana punca duit tu nak mai? Create projek lah. Bagi kroni buat kerja tu. bagi cut untuk depa. Untuk parti. Bukan UMNO atau BN saja yang buat camni, di US pung camni juga. Demokrat ngan Republikan pun kena cari duit juga. Sapa nak bagi duit? Big companies akan support you in the running for Presidency. Why they support? For nothing? Amal Jariah? Perkataan amal jariah ni dah tak exist untuk penderma besaq. Dia only exist untuk kita yang bagi RM2 ka, RM10 ka, RM50 lah for that matter. Ini kita kata amal jariah lah. Kalau lebih pada tu hampa nanti kata aku bagi banyak2 dapat apa? Yang bagi banyak ni,they want something back. Mana boleh duit keluaq dari company tanpa sebab..Entertainment 100 ringgit, kita harap dapat projek 10,000 ringgit. So camana nak hapuskan kronism, nepotism dan sebagainya. It comes in a package.

You think PAS boleh buat apa yang BN buat la ni kalau dok harap derma orang ramai tiap kali Mat Sabu cakap? Mesti tak boleh. So kut mana depa nak cari duit? Kena buat juga lah camtu. Tapi depa akad dulu, tak salah lah agaknya.

Nak jadi calun saja pun dah kena bayar RM10k. Kalau kalah teruk ,burn. Dah masuk jadi calun, takkan tak kempen. Machinery kempen hang nak cari duit dimana? Sapa nak buat kerja free betui dak? Setengah orang buat kerja ni untuk cari makan. Professional. So camana. Ada juga yang sanggup buat kerja free la ni, tapi besok dah menang, dah ada kuasa hang dah terhutang ngan depa. Depa mai minta apa pun hang kena consider dengan teliti sekali sebab hang dah terhutang budi. So orang akan cakap tu kronism, nepotism but in actual fact you are just paying back what he has put forward earlier but with interest lah. A big interest.

Tapi nawaitu kita kena betui. Kita jadi calun pasai kita nak tolong orang, kita nak bagi naik taraf hidup penduduk setempat dan blah blah blah lagi tu semua aku rasa bullshit lah. Its just another job. Kerja...kita hidup di dunia hari ni kena ada kerja, baru ada gaji, ada duit dan baru boleh makan, pakai dan kencing.

Nak jadi politician ni pun hang kena ada bakat. Dia macam jadi penyanyi jugak. Bukan senang nak auta sana sini. Bukan senang nak dapat penyokong, peminat, penonton dan sebagainya. Karisma mau ada.

Aku teringat dengan satu teori yang aku dengar masa attend leadership training dolu dolu.. Maslow window theory kalau tak silap aku.
Camni lah lebeh kurang, lets share and renung whether its true...

Bila kita keluar dalam dunia ni kita tak dak mende. Kosong. Elek purchit.. Umpamanya bila kita ni susah lah . Serba kekurangan. Makan pun tak dak. Pakain apa lah lagi. But kita concentrate kat makanlah untuk hidup kan?

1. Makan pun tak menentu. Kita kerja keras untuk makan sesuap nasi. Kita dah steady sikit, kita dah ada makan. Tak perlu tanya diri kita lagi "Hari ni ada MAKAN tak?"...Duit kita memang cukup untuk makan setiap hari. Tapi nasi ngan teloq je lah..Walau bagaimanapung "ADA" makan.

2. Lama kelamaan kita dah naik sikit..Kita dah ada lebih sikit dalam poket. Jadi kita dah ada choice. Apa choice dia? Kita dah boleh tanya diri kita "Hari ni nak MAKAN apa?" Kira dah okay lah tu. Boleh pilih apa nak makan dah.

3. Sebagai manusia biasa kita ni dijadikan lengkap tapi tang kepuasan tu kita kurang. Kita tak puas. Tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup. kita akan kerja lebih kuat untuk dapat lebih banyak choice utk diri kita sendiri. You reach a level now dimana hang boleh tanya diri hang, "Nak MAKAN dimana?" Masa ni kita dah cari comfort, dah ada duit untuk spend on comfort. Dah nak pi tempat2 yang eksklusif cikit.Tempat tempat to be seen. Nak cari glamour dah

4. Bila dah dapat camtu pun ada orang yang tak puas lagi dan depa nak lebih lagi. Disini kita dah on the very thin line of RIAK oledi. Kita dah ada makan, kita dah boleh makan apa yang kita mau, kita dah boleh makan dimana yang kita mau. Next step, kita akan tanya "Nak MAKAN dengan sapa?" Now dah sampai tahap boleh bawa orang makan bersama dan di tempat yang ada nama. Nak makan dengan orang yang Hi Class la sikit so that hang pun akan tergolong dalam kelompok depa. Ni adalah tahap yang aku rasa cukup senang dah. Dah ada segalanya dah. Duit dah banyak...RM ni dah tak jadi masaalah.

5. Bila duit dah tak dak masaalah, sepatutnya kita dah syukur, dah senang lenang. Apa lagi hang nak la ni. Step ni lah ultimatenya dalam hidup seseorang. He wants to be recognised. Hang nak di kenali, dikagumi, di iktiraf sebagai somebody. Kuasa is the word for this. Tetapi orang yang mempunyai kuasa ni tak ramai. jadi in order to get there hang kena jatuhkan orang yang diatas tu. This is the 1 million dollar question..."Nak MAKAN SAPA?"

Ini lah keadaan politician2 yang mempunyai dream yang besar. Kekadang depa terlampau dok pikiaq step ni lah yang membuatkan depa lalai dengan kerja yang sepatutnya depa buat.

Aku sampai step 3 tadi actually dah cukup. Aku ni tak lah ambitious sangat. Cukup makan, cukup pakai, aku sudah kira ok. Pemikiran melayu lama.

Ok lah..renung renung lah dan SELAMAT MENGUNDI.

WASSALAM

Al - Fatihah

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

Berita hari ini dimulakan dengan kisah duka yang menimpa sahabat kita Abdul Mudtalib Ismail. Bapa tiri nya yang disayangi telah pulang ke rahmatullah pada 4hb Mac 2008 lebih kurang jam 5ptg waktu Malaysia. Aku telah dimaklumkan sendiri oleh Talib dan jenazah telah selamat dikebumikan jam 11 pagi 5hb.Mac 2008 di Kg.Gelong. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-Fatihah.

Aku sempat SMS kat dia petang semalam dan mengucapkan takziah pagi tadi. Dia sempat juga bagi tahu aku bahawasanya Datuk Saad Man dan Datuk Zaini Japar ada datang melawat. Alhamdulillah lah kalau camtu. Talib adalah seorang usahawan yang telah berjaya jadi kita tak payah lah nak bersusah payah untuk membuat kutipan jariah tapi cukuplah dengan menghadiahkan Al Ikhlas kepada aruah.

Semalam kat depan opis aku ni ada pasar malam jadi aku pung belilah nasi kerabu dan terus balik awal sikit sebab letih dan rasa sakit kepala aku. Lepas makan dan relax dok kat dalam bilik aku , Roshita telefon. Bila aku tengok nama dia aku jadi was was sebab kalau dia nak menangis bercakap ngan aku, aku nanti tak reti nak handle. Silap silap aku nangis sama. Apa nak buat aku pun jawab lah call dia tu . As expected earlier dia nak cerita pasai kematian bapa Talib tapi dalam tu juga dia dok bercerita pasai aruah laki dia sambil tersebak sebak, mengenangkan aruah dan juga anak anak.

Aku rasa susah nak melayan, bukannya aku tak nak layan tapi aku tak tau nak layan camana. Aku tak tau nak kata apa. Aku tak dak jawapan kat dia. Asyik kata sabar je lah. Dia kata dia need to talk to someone dan aku offer lah diri aku tapi deep in my heart seriously aku tak ikhlas. Reason being sebab I just don't know what to say. Aku tak tau nak handle dia camana. aku tak tau langsung nak handle situasi ni camana. Tapi aku kesian sangat kat dia. Teramat sangat.

Anak laki2 dia yang kat MCKK tu katanya is very close to the father dan budak tu selalu sakit tetapi amat memahami hati mak dia. Itu yang membuatkan dia rasa lagi sedih. It seems Ta pi jumpa dia kat hostel masa birthday dia recently dan dia nampak kurus dan tak sihat. Ta nak beli present pun dia tak nak instead dia bagi tau mak dia yang sekarang ni bapa dah tak dak, jadi kita kena berjimat lebih. Itu yang buat Ta lagi sedih. yang membuatkan aku sedih dan tergenang air mata ialah bila anak dia bagi tau mengatakan bapa dia pergi terlalu cepat padahal dia masih memerlukannya. Aduh...sedihnya aku. Tambahan pulak Ta pun tersebak sebak bila cakap.

Entah apa lah masa dok cakap tu aku ada crack a joke dan dia bunyi macam nak gelak sikit tapi dia cepat cepat rasa sedih balik. Aku rasa dia kena cuba kikiskan cepat lah memori ni kalau tidak dia nanti terseksa teruk. Dia sendiri mengaku yang dia amat kurus la ni. Whatever it is she has to do this herself lah. Next wek cuti sekolah, dan Ta ada plan nak bawa anak2 pi Cameron Highlands kut. Ini idea dari adik dia ka makcik dia aku tak sure. But anyway it is just a thought kalau dia senang nak mai KL ka, apa kata kita ramai ramai jumpa dia?Maybe boleh cheer her up sikit. Then kalau ada sesiapa yang balik sana please gi jumpa dia.

Aku nak balik Penang 19hb ni dan balik ke Ganu 22hb. Dapat tiket RM9.99 Firefly..All in RM112. Aku will make a point balik AS dan jumpa dia. I hope you guys do the same.

Hampa yang baca blog ni check out lah link yang aku boh title gang tu. Not bad.

Koden kata:

Assallamualaikum.

Amboi lama sungguh aku tak menjampuk. Kalau nak bagi sebab, rasa2 nya jenuh taip la. Ringkas nya, sorry la ada macam2 hal yg mengambil masa aku dari blog ni.
So, apa habaq semua? Aku ingat aku sorang saja yg tak jampuk, rupa2nya yg lain pun tak juga. Semua sibuk berkempen kot.
Ain, Gah, Hsza n McE patut nya dah komen sikit pasai politik ka, pasai gelang ka. Ni arena kita. So kita share la pandangan kita tentang isu yg dcampak oleh taukeh blog ni.
As for issues on politics, aku tak pandai n thank god Im not. Dz kata aku mungkin kenai Aman Khan yg last minute tarik diri dari jadi calun BN DUN Jitra. Yes aku kenai dia ni sangat2 sbb aku jadi saksi utama (siasatan bank saja la) kes dia curi duit ASN tok wan dia. Nasib baik dia tak jadi bertanding, kalau dia jadi, aku kena balik Jitra kempen kat orang suapaya jgn undi dia. Kalau duit tok wan dia yg tengah nazak pun dia sanggup tipu, duit rakyat apa lagi.
Kelmarin aku jumpa Cikgu Sabarudin (scout) @ Din Pendek, dia kata Johari Baharom pun hangat pungkok this time. Tak tau la how far it's true.... sama2 la kita tengok nanti.
For another tajuk yg Dz buka pun aku nak respon sikit. Tak boleh respon banyak2 sbb aku tak dapat title ulamak lagi. Isu pakai gelang tu, dah lama di perdebatkan. Tapi yg sayang nya is that yg pro debat tang ni, yg kontra debat tang nu. Bila yg pro debat hari ni, yg kontra debat hari nu. Dan yg pro debat guna potongan ayat Quran ni, yg kontra pula debat pakai potongan ayat Quran nu.
Aku rasa dlm gang kita, Jit dgn aku saja kot yg pakai {gelang d tangan}. Bagi aku buat masa ni, biaq depa setle debat depa dulu. Bila keluaq statement n fatwa dari jabatan agama, aku akan comply. Semua pun tau yg aku ni aktif sports masa budak2, remaja, dewasa n sampai la hari ni aku masih aktif. Banyak la injuries yg la ni dok bagi kesan kat badan aku. Yg paling serious is my left knee injury yg buat aku siksa bila besila n duduk antara dua sujut. I have quit medication sbb all I get is just pain killer. So aku pakai la gelang yg d recomentkan oleh 1 of my student.(The best part of it is yg juai tu bilal masjid Damansara Utama n aku pilih gelang ni dalam pejabat imam masjid tu). At the same time I do exercises to strengthen my lutut. Syukur la ni aku boleh besila (tapi tak boleh lama - cepat kebaih!), duduk antara dua sujut with ease n yg dahsyat lagi, aku dah boleh jatuhkan bontot ke lantai untuk tahiyat akhir.
Honestly aku tak tau gelang ka or exercise ka yg buat lutut aku makin lega tapi for now aku nekat to keep it that way n tunggu fatwa n statement dari jabatan agama.
OK dah respon to tajuk2 yg d lontarkan oleh Dz, so la ni aku boleh stop la.
Tapi before that....my words of advice for this voting season. TO CHOSE OR NOT TO CHOSE ANYONE AS YOUR WAKIL IS YOUR 'HAK'.
Buat lah apa yg patut.

Wassallam.

Ciow.

KODEN

ok guys see u all.Take Care. Selamat mengundi. Janagan bagi BN menang semua. Bagi menang tapi jangan bagi semua.

WASSALAM.