Assalamualaikum & Salam 1M,
Aku memang dok kira dah nak sentuh kisah Dr Asri ni, tapi nampak gaya Mazlee dah 1 step ke depan..
Mazlee Kata....
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggesa Jab. Agama Islam Selangor (Jais) memberi penjelasan yang munasabah atas kejadian penangkapan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.
Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dusuki Ahmad, menyifatkan penahanan bekas Mufti tersebut sebagai tindakan kurang wajar dan kurang bijaksana kerana katanya jika ada pelanggaran undang2 dan peraturan, tokoh seperti Dr. Mohd Asri bukanlah sasaran, malah laporan orang ramai terhadap salah laku agama yang dibuat hendaklah disiasat secara terperinci dengan mengambil kira kepentingan umum.
Perdana Menteri pula mempersoalkan tindakan JAIS atas tindakan tersebut dan Dr. Mohd Asri disifatkan sebagai seorang yang yang berterus terang tetapi percakapannya sentiasa disokong dengan dalil yang konkrit. Katanya lagi, Kerajaan pusat tiada kena mengena dengan penangkapan tersebut dan beliau tidak tahu apa motifnya.
Kenyataan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata kerajaan Selangor dan JAIS perlu bertanggungjawab dalam soal ini dan tampil menyelesaikannya.
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi menyatakan dalam kenyataannya bahawa Datuk Dr. Mohd Asri ditahan kerana mengajar Agama tanpa tauliah di sebuah rumah di Taman Ukays. Penahanan dibuat dibawah seksyen 119 (1),Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003...
JAIS pulak dikatakan memiliki kuasa yang bebas dari kekangan kerajaan negeri dalam menguatkuasakan Enakmen Agama Islam Selangor..
Kita lihat dan kita baca kita perhati kita timbang dan kita cari dimana salah silap yang berlaku. Ramai menuding jari, ramai yang mengelak diri, bukan salah aku, bukan arahan aku, semuanya bukan dari aku...
fikirlah carilah yang terbaik..
November 3, 2009 11:15 AM
Dr Asri pun tak dok diam..Dia pun dah ready utk melawan. Malam ni sapa2 yang dok dekat2 tu dan interested, pi lah dengaq. Klu segan tunggu news je lah..
Dr Mohd Asri ni pun memang banyak kontroversinya. Jadinya kontroversi dari pandangan aku ialah sebab dia ni bawa perubahan dalam cara approach dia terhadap Ugama Islam nih. Kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau banyak yang menempelak muka ulamak lain. Dah kebiasaannya lah dalam negara kita ni, bila ada pembaharuan sikit saja, banyak yang tak setuju just for the sake of nak bersuara. Nawaitu serupa tapi satu ikut highway dan menggunakan peralatan canggih serta mempunyai minda yg terbuka luas walhal yang satu pihak lagi masih nak ikut cara lama, cara kuno yang turun temurun.
Kalau hampa rasa nak bagi sokongan kat Dr Mohd Asri, sila klik kat poster diatas...
WASSALAM
3 comments:
Salaam semua, mula sekali saya ingin nyatakan bahawa pandangan saya hanyalah dari seorang yang memang cintakan Malaysia walaupun selalu disalahertikan. Saya sudah biasa sangat dengan tindakbalas yang teramat negatif kepada pendapat saya tetapi demi Malaysia dan demi bangsa dan agama, saya terus buat muka tak malu tetapi tak pekakkan telinga. Mengenai isu Dr. Asri dan segala tuduhan terhadapnya, terutamanya mengenai “highway” dan kenderaan yang beliau pilih dan gunakan untuk menuju kearah yang sama – kesejahteraan ummah – tidak menghairankan langsung ianya terjadi. Namun, saya yakin Dr. Asri tidak akan berputus asa dengan segala tol, roadblock dan segala Ops itu dan ini di highway yang digunakannya, demi agama dan bangsanya.
Jika kita selidiki bahasa dan istilah berbagai bangsa dan budaya, “latah” dan “amok” hanya terdapat dalam budaya dan bahasa Melayu, dalam rumpun bahasa Astronesia. Orang Melayu memang cepat melatah dan bila tak dikawal, jadilah amok. Latah dan amok berbagai lapisan pula peringkatnya, ada yang sederhana dan ada yang ketahap merbahaya. Pantang besar pula dalam adat Melayu bila orang muda menegur yang lebih tua, yang lebih lama makan garam. Orang tua yang telah lama makan garam, apabila ditegur oleh yang lebih muda, cepat melatah, kadang-kadang terus mengamuk. Ada juga yang selepas muka sudah basah kuyup akibat kena air ludah sendiri (bila dah melatah sambil mendongak ke langit!), baru nak beristighfar. Itu pun ada juga yang katakan mukanya basah kena air yang orang lain curahkan. Orang Melayu juga mudah dan selalu lupa serta salah tafsir dan menafaatkan peribahasa “sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri (suami?) tinggalkan-tinggalkan.” Apa yang kita lihat banyak berlaku ialah terlalu banyak contoh filem “Anakku Sazali.” Adakah orang Melayu hendak tunggu sehingga Melayu/Malaysia dah jadi seperti Sazali baru nak sedar? Bagi Melayu/Malaysia, siapa pula bapa Sazali? Adakah bapa Sazali seorang saja yang bertanggugjawab membentuk Sazali?
salaam, comment tadi saya click publish sebelum sempat sign off. so, maaf dipohon jika dengan tidak sengaja telah terguris, terluka atau tersinggung hati dan perasaan sesiapa. niat saya hanya untuk memberi pendapat sebagai anak melayu yang sedih dan kesal melihat orang kita yang telah banyak berpecah belah akibat politik.
DZ, boleh nyanyikan lagu Anakku Sazali?
wassalaam
Pak Maon setuju benaq pandangan Kurnia dgn kajian asal usul latah & amok dlm budaya Melayu untuk kiaskan sikap yg masih dibawah kehari ini,begitu juga perpatah siapa dulu makan garam. Tapi kalau dah dia dulu makan garam dah bertong alamatnya dia dulu kena darah tinggi,itu sebab dok latah & pas tu mengamok tak tentu pasai.Hanya manusia yg lemah akal saja yg tak pernah puas & cukup dgn apa yg dapat.Selalu saja pandang yg di atas.Cukup sekadar apa yg ada, kalau nak lebih usaha sendiri jangan dok kacau orang.Hidup biar berkawan jangan makan kawan, from Pak Maon
Post a Comment