Wow.. thats a long one from Kurniawati.. Bahasa dari pakar bahasa ni lain feel dia bila kita baca kan? WOW... Tak yah waste time nak tengok komen dia..aku boh kat depan..
kurnia said...
Salaam semua, mula sekali saya ingin nyatakan bahawa pandangan saya hanyalah dari seorang yang memang cintakan Malaysia walaupun selalu disalahertikan. Saya sudah biasa sangat dengan tindakbalas yang teramat negatif kepada pendapat saya tetapi demi Malaysia dan demi bangsa dan agama, saya terus buat muka tak malu tetapi tak pekakkan telinga. Mengenai isu Dr. Asri dan segala tuduhan terhadapnya, terutamanya mengenai “highway” dan kenderaan yang beliau pilih dan gunakan untuk menuju kearah yang sama – kesejahteraan ummah – tidak menghairankan langsung ianya terjadi. Namun, saya yakin Dr. Asri tidak akan berputus asa dengan segala tol, roadblock dan segala Ops itu dan ini di highway yang digunakannya, demi agama dan bangsanya.
Jika kita selidiki bahasa dan istilah berbagai bangsa dan budaya, “latah” dan “amok” hanya terdapat dalam budaya dan bahasa Melayu, dalam rumpun bahasa Astronesia. Orang Melayu memang cepat melatah dan bila tak dikawal, jadilah amok. Latah dan amok berbagai lapisan pula peringkatnya, ada yang sederhana dan ada yang ketahap merbahaya. Pantang besar pula dalam adat Melayu bila orang muda menegur yang lebih tua, yang lebih lama makan garam. Orang tua yang telah lama makan garam, apabila ditegur oleh yang lebih muda, cepat melatah, kadang-kadang terus mengamuk. Ada juga yang selepas muka sudah basah kuyup akibat kena air ludah sendiri (bila dah melatah sambil mendongak ke langit!), baru nak beristighfar. Itu pun ada juga yang katakan mukanya basah kena air yang orang lain curahkan. Orang Melayu juga mudah dan selalu lupa serta salah tafsir dan menafaatkan peribahasa “sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri (suami?) tinggalkan-tinggalkan.” Apa yang kita lihat banyak berlaku ialah terlalu banyak contoh filem “Anakku Sazali.” Adakah orang Melayu hendak tunggu sehingga Melayu/Malaysia dah jadi seperti Sazali baru nak sedar? Bagi Melayu/Malaysia, siapa pula bapa Sazali? Adakah bapa Sazali seorang saja yang bertanggugjawab membentuk Sazali?
November 4, 2009 12:40 PM
kurnia said...
salaam, comment tadi saya click publish sebelum sempat sign off. so, maaf dipohon jika dengan tidak sengaja telah terguris, terluka atau tersinggung hati dan perasaan sesiapa. niat saya hanya untuk memberi pendapat sebagai anak melayu yang sedih dan kesal melihat orang kita yang telah banyak berpecah belah akibat politik.
DZ, boleh nyanyikan lagu Anakku Sazali?
wassalaam
November 4, 2009 3:07 PM
Tak leh nak kata apa hanya setuju sepenuhnya ngan apa yang Kurnia kata. Pastu la nie dah keluaq pulak cita kata Phd dia pulak palsu..Ish koi sakan nampak gaya depa attack mamat ni. Ni yang membuatkan aku lagi teruja nak pi dengaq dia bercakap, bercerita, memperjelaskan segalanya...
CERAMAH DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN
"GELOMBANG FITNAH"
KHAMIS - 5HB NOV 2009
JAM 8:00 MALAM
KOMPLEKS MASYARAKAT PENYAYANG
PULAU PINANG
-SEBARKAN-
"GELOMBANG FITNAH"
KHAMIS - 5HB NOV 2009
JAM 8:00 MALAM
KOMPLEKS MASYARAKAT PENYAYANG
PULAU PINANG
-SEBARKAN-
Aku dapat SMS dari SNQ semalam seperti diatas. Insyaallah aku sampai. Insyaalah...
Aku tak lupa jugak untuk layan request dari Kurnia utk aku nyanyikan lagu Anakku Sazali..better still..P.Romlee nyanyi sendiri daa...
3 comments:
I've read Kurnia's comments and totally agree.Some people think Islam belongs to them, even some yang dah sampai mekah pun masih tak nampak islam, apa nak kira malu, cerita filem hong kong,producer tu nak cash in the video sales dari dunggu2s malaysia saja,welcome to real world politics. Dari isu MAZA sampai currency exchange to oil royalties,submarines to patrol our pulau di tengah laut china selatan, just connect the dots
aku juga baca komen kurnia tapi for the time being tak nak komen pandangan dan pendapat dia. bageimanapun isu seumpama ini wajar diberi perhatian. elok dikupas satu persatu, especially berkenaan dr asri. masa dia pegang jawatan mufti apa dia buat, apa yang dia larang, tidak sokong atau tegah.
umumnya, umat islam malaysia berpegang atau pengikut mazhab shafie. fahaman lain tidak semuanya salah. akan tetapi kenapa kita tolak syiah, wahabi, sebagai contoh. rasanya ramai ketahui kenapa???
dr asri seorang muda. ilmu mungkin banyak tetapi bagaimana dengan amalan dia. amalan di sini bermaksud sehebat mana dia beramal untuk mencapai tahap atau makam insan kamel, alim dsbnya.
ramai cendiakawan islam ada title dr dan prof yang pandai berhujah, pidato dan banyak cakap. terlalu sebok sehingga tidak berkesempatan untuk beramal bagi mencapai tahap tadi.
cakap terlalu mudah. 'highway' dia pilih nampaknya makan diri sendiri. itu yang aku nampak. dulu pandangan, cara dia mengutarakan pendapat (berdasarkan beberapa tulisan dia yang aku baca) lebih condong kepada ajaran wahabi. sebab dia banyak buat short-cut, malah alim-ulamak islam disifatkan tidak cukup berani. itu aku setuju. tetapi dia juga telah melarang pendakwah dari yaman berceramah di perlis hanya kerana mereka pengikut mazhab shafie.
APA JENIS MANUSIA NIHHH!!!
masa dia kena macam2lah yang tidak betul.
pendakwah ni macam2. lihat saja kes al-arqam. pendakwah ni bila bebas, tidak dipantau dengan mudah boleh pesongkan orang. bukan sembarangan orang...golongan profesional pula.
wajar sekali pihak berkuasa agama negeri mengambil tindakan. apa negara ni tak ada undang2 ka. tatal freedom hanya mengakibatkan kesan yang lebih buruk. kalau kat indon atau thailand mungkin ok jugak sebab pemerintah di sana tidak berapa kesahh.
islam milik umat allah swt. melayu islam di malaysia masih terlalu rapuh sebab tu masih ramai bengkang-bengkok. orang sembahyang sehari semalam lima waktu, dia satu, dua waktu dah ok. terang2 perkara haram pun ok. SIS in Islam pun satu hal.
tanggungjawab jenerasi la nih...anak-anak kita. macam mana kita didik mereka untuk perbetulkan perjalanan ini. inilah cabaran yang perlu dihadapi.
sekiang dulu.
Salam,
Aku terpanggil juga utk menyapa bila tengok Non Jalil komen dgn bernas sekali. Jgn salah faham. Ini tak bermakna hujah Kurnia tak bernas. Dua2 bernas. Malah boleh d tanak jadi nasi utk santapan kita. Aku tak berani nak komen pro/kontra on this topic sbb aku pun tau cerita heboh-meboh ni dari media massa n blog saja.
Masa Pakatan Alternatif anjurkan kempen boikot media massa main stream dulu, aku sokong dlm sengap. Atau dgn kata, lain aku always sceptical with our main stream media.
Atas pembentukan minda yg sedemikian, aku tertarik dgn komen Non yg dbuat berdasarkan rujukkan sampingan. Kudos to Non.
Aku tau Kurnia pun ada asas dlm hujah dia.
Cuma apa yg aku nak utarakan ialah kita harus faham juga yg d dlm pekerti Islam, diam tu tak bererti kalah atau tak menjawab (dlm konteks ni). Dr. Asri ni sanggup go to the extend of having a ceramah utk menegakkan pesepsi n hujah dia. Yg kumpulan ulamak lain pula, setelah mengutarakan pendapat n pendirian, memilih utk menjawab secara berdiam diri apabila issue ni go public. Not for me to say one side is better then the other sbb aku cetek ilmu agama. Tapi aku tepikiaq juga, is it good to wash linen in public?
Now the question is..., sapa kah yg dok terjah Dr Asri ni? Kalau tak salah aku, geng ni adalah segelintir melayu/islam yg nak some form of milage from this issue. Kalau betul apa yg aku katakan ni, aku minta kita keluaq dari band wagon melayu/islam bengak ni n cari fakta2 utk kita membuat pesepsi sendiri tentang issue ni tanpa dpengaruhi media massa main steam yg syok mensensasikan komen melayu/islambengak ni.
Kita dkurniakan akal utk menimbang,memikiaq n merasionalkan sesuatu yg terjadi, i.e. d sebalik musibah pasti tersembunyi hikmah. Lets b wise n not cleaver. Afterall umoq pun dah cecah setengah abad!!!!
Anyway, aku salute Kurnia n Non on their views on this issue. Bebeza pendapat tapi dua2 tak salah.
Thank you for your pencelek minda.
Wassallam,
CIOW.
KODEN.
Post a Comment