Sunday, November 1, 2009

DR PORN

Salam...

Terbaca dalam blog Rocky's Bru tentang kisah nak buat post mortem kedua keatas mendiang Teoh Beng Hock. Permintaan ni telah dibuat oleh keluarga TBH sendiri apabila Dr Pornthip(pic), pakar forensik dari Thailand yang dibawak khas oleh kerajaan Negeri Selangor untuk memberi keterangan dalam kes TBH nih.

Rugged Doktor ni kan? Cool..Dia dah bagi odds 80:20 yang mengatakan TBH dibunoh dan bukan membunoh diri. Nampak gaya pakar forensik kita ni tak leh pakai ka atau tak pandai ka atau di ikat kaki tangan ka atau apa? Kacaulah camni kan, kalu pakar2 dalam negara sendiri pun tak leh pakai. Hampeh.. Tapi..betui ka theory Dr Pornthip nih?

Betui apa yang Rocky cakap ya itu, Gomen Malaysia pun kena hantaq pakar2 forensik untuk bersama2 Dr Pronthip membuat post mortem (Klu mahkamah lulus) tu. Pakar2 tu samada yang sama taraf atau lebih baik dari dia. Kira yang buat pemeriksaan mula dulu kena jugak dihantaq untuk tengok depa2 ni yang expert buat kerja. Banyak duit gak nak kena belanja tu, panggil segala expert atau pakar2 ni mai dok periksa mayat yang dah reput.

Dr Pornthip ni boleh bagi konklusi tanpa melihat mayat, cuma berdasarkan gambaq dan mungkin lapuran yang diberi sahaja untuknya menyatakan yang dia yakin TBH dibunuh. Kalau ddah dapat tengok mayat yang dah reput lah aku rasa, mungkin dia boleh mendapatkan conclusion yang lebih tepat. Aku setuju sangat ngan cadangan 2nd post mortem ni.

Kalau terbukti benar kenyataan Dr Pornthip ni, pakar forensik yang memberi keterangan dalam mahkamah tempoh hari eloklah diturunkan pangkat menjadi penggali kuboq saja..

WASSALAM

4 comments:

KODEN said...

Salam,

Menarik jugak politik M'sia ni ye. Aku tak mau komen tentang kehadiran n keistimewaan Dr. Porn ni (Nama singkat dia pun boleh buat ceghin bulu ghoma dah!!!).
Aku tak pasti samada ramai yg mengetahui bahawa satu episod skandal politik tempatan telah dfilemkan d Hong Kong. Dalam cerita tentang pembunuhan Altantuya tu, d samping watak2 yg keluaq dlm media2 tempatan kerana dsyaki terlibat dgn pembunuhan tersebut, 1 watak tokoh besar politik tempatan pun turut dkaitkan n diadakan juga dlm jalan cerita ni.
Bagi aku, kisah Altantuya yg dfilemkan pun dah amat memalukan bangsa M'sia. Kalau lah kes Teoh Beng Hock ni pun dkomesilkan oleh producer filem d Hong Kong or mana2 production house d dunia ni, maka "SUDAH JATUH DTIMPA TANGGA, BUDAK LALU TERSEPAK KEPALA, AYAM LINTAS BERAK ATAS MUKA" la kat bangsa M'sia ni.
Cuba pakat2 pikiaq n komen tengok tajuk yg Dz utarakan ni. Tajuk yg boleh memalukan SATU M'sia.

Wassallam,

CIOW.

KODEN.

Mazlee said...

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menggesa Jab. Agama Islam Selangor (Jais) memberi penjelasan yang munasabah atas kejadian penangkapan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin.

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dusuki Ahmad, menyifatkan penahanan bekas Mufti tersebut sebagai tindakan kurang wajar dan kurang bijaksana kerana katanya jika ada pelanggaran undang2 dan peraturan, tokoh seperti Dr. Mohd Asri bukanlah sasaran, malah laporan orang ramai terhadap salah laku agama yang dibuat hendaklah disiasat secara terperinci dengan mengambil kira kepentingan umum.
Perdana Menteri pula mempersoalkan tindakan JAIS atas tindakan tersebut dan Dr. Mohd Asri disifatkan sebagai seorang yang yang berterus terang tetapi percakapannya sentiasa disokong dengan dalil yang konkrit. Katanya lagi, Kerajaan pusat tiada kena mengena dengan penangkapan tersebut dan beliau tidak tahu apa motifnya.
Kenyataan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom berkata kerajaan Selangor dan JAIS perlu bertanggungjawab dalam soal ini dan tampil menyelesaikannya.
Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi menyatakan dalam kenyataannya bahawa Datuk Dr. Mohd Asri ditahan kerana mengajar Agama tanpa tauliah di sebuah rumah di Taman Ukays. Penahanan dibuat dibawah seksyen 119 (1),Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003...
JAIS pulak dikatakan memiliki kuasa yang bebas dari kekangan kerajaan negeri dalam menguatkuasakan Enakmen Agama Islam Selangor..
Kita lihat dan kita baca kita perhati kita timbang dan kita cari dimana salah silap yang berlaku. Ramai menuding jari, ramai yang mengelak diri, bukan salah aku, bukan arahan aku, semuanya bukan dari aku...
fikirlah carilah yang terbaik..

Anonymous said...

Tengok muka Dr.Porno pun macam mayat...

madud said...

aku sokong pornthip dok perati post mortem kedua keatas leebeng hockorwhat ever his name was, tapi aku nak ada dua tiga pakar dari India atau Filipina dan indonesia mai join skali,baru clear