Saturday, September 12, 2009

TG TOKONG

Assalamualaikum....

Aku baru balik dari Bazaar Ramadan Tanjong Tokong. Ini actually kali kedua aku kesana. Kali pertama aku pi 2 minggu sudah, aku dah sedar bahawa pelanggan kat situ hanya 50% Melayu. Lagi 50% adalah campuran etnik lain. Best kan..Tak rasa cam Ramadan..ingat cam pasar malam pulak. Tapi tak salah kat depa sebab ini lah masanya nak dapat bermacam2 jenis makanan di satu tempat. 1 stop center lah tu kan?

Aku sudah teringin nak makan koay teow hari ni jadi aku pun terus lah pi kat Makcik tu untuk order. Masa nak bungkuih dia dah tanya aku.."nak cabai jeruk ke.." Aku jawab "mau". Dia tanya lagi.."Melaka ka Penang"...terkedu aku sat. Baru aku nampak dia ada 2 balang jeruk. Satu cabai biasa satu lagi cabai burung. Cabai Melaka lah tu org Penang panggil. "Melaka", jawab aku..Hehehe RM1.50..

Ok..KL dah buka. Tunggu Penang now..Chow

WASSALAM

No comments: