Tinggai 10 hari lagi kut kita nak beraya. Maka moga2 kita semua dapat menyambut Hari Raya kali ini dalam suasana yang meriah dan aman damai. Kepada yang nak balik kampung tu berhati hati lah dijalan raya. Ops pun dah mula la nie. PLUS pun dah buat offer bagi 20% discount untuk pennguna lebuhraya selama 6 hari ( tak ingat tarikh nye daaa), tetapi waktu nya hanyalah dari 0000hrs - 0700hrs. So kena start jalan malam lah kalu nak save 20% on toll. Tapi kalu naik motor memang free all the way lah..Pi utara pun free, pi Timoq pun free atau pi ke Selatan pun free. Cuma bila hujan je yang tak berapa nak best tu...
Bila Datuk Seri Najib bawa keluaq slogan 1 Malaysia dan senantiasa menyebut 1 Malaysia sampai salam dalam berita TV pun dah jadi wajib untuk menyebut salam 1 Malaysia. Ia sebenaqnya menampakkan kesedaran kerajaan bahawasanya rakyat kita ni tak berapa nak boleh bersatu bila kita bercakap tentang ethnic dan agama. Pada pandangan aku lah kan.... selepas kita bina dan membenarkan sekolah sekolah ethnic tumbuh dengan suburnya maka dari situlah bermulanya segregation atau pemisahan/pengasingan grup2 etnik yang berbilang yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang berwarna warni dari segi budaya dan adat. Akalu dah dari kecik tak leh nak dok bawah satu bumbung, camana nak bercampoq bila dah dewasa.
Zaman kita dolu, ada sekolah rendah kebangsaan aliran Melayu, sekolah rendah aliran Inggeris dan sekolah aliran Cina serta sekolah Tamil. Bila mai nak masuk sekolah menengah ada pilihan lagi pulak tu samada nak masuk aliran Melayu atau Inggeris. Kalau yang dari sekolah bukan aliran Inggeris maka kena masuk kelas remove setahun. Mai SMJ tinggai dua aliran sahaja. Melayu dan Inggeris. Cina dan India banyak berada dalam aliran Inggeris. jadi daptlah kami bercampoq dengan mesra semasa tuh. Walaupun macam ada gap sikit antara aliran Melayu dan Inggeris dulu, tapi itu hanyalah perasaan rendah diri sifat yang payah lekang dari orang Melayu.
Bila dah keluaq kerja dan bertemu balik selepas berpisah 2/3 dekad aku nampak gap tu masih ada jugak. Jenis2 yang tak boleh bercampoq ngan orang ni pun satu masaalah jugak. Kesian kat Najib yang cuba nak menyatukan bangsa dalam negara ini tetapi ada kejadian antara kita dimana dok dlam satu sekolah dan berlainan aliran pun tak leh nak campoq. Camana tuh?
Aku teringat dengan satu kawan yang amat teruja sekali bila kami gather buat kali pertama 3/4 tahun sudah. Dari situ kami mula bergerak dan selalu buat perjumpaan. Tapi masaalah dia ni ialah dia tak leh nak bercampoq ngan gang yang tak sealiran ngan dia. Masa awai dulu memang aku pun terasa kekok nak campoq sebab tak dak benda yang common atau perkara yang sepakat yang lazim dapat di bicarakan tetapi lama kelamaan benda sepakat yang aku nampak ialah kita semua dari SMJ. Walau pun dok di sekolah dulu tak pernah bertegoq sapa tapi la nie dah tak kisah lagi. Boleh campoq dan bertukar tukar pendapat. Menambah kan kawan2..memanjangkan silaturrahim... Tapi kawan aku yang comel ni tak leh sampai sudah. Tup tup dia pulak yang menghilangkan diri selalu bila kita gather. Diam teruih. Tak jampuk menjampuk langsung.
Bila Koden talipon aku tadi dan bertanyakan samaada aku ada dengaq ke berita sapa sapa yang buat open house untuk gang SMJ, aku pun jawab cuma yang aku boh dalam blog ni sajalah. Rupanya dia dapat berita bahawasanya kawan aku yg comel ni pulak sudah organise perjumpaan pada hari Raya kedua nih. Tapi hanya untuk gang2 "kelas" dia aje. Tak termasuklah Koden dan aku nih. Aku lagi lah tak dak, sebab aku ni takat Form 3 je kat SMJ.
Mungkin aku nih tak dak rasa sensitif sangat atau kecik hati, tapi ada kawan yang terasa di pinggirkan mungkin..Lagi pun sifat dia yang teruih mendiamkan diri tu lah yang membuatkan kawan2 terasa kecik hati.. Aku pun harap di hari baik bulan baik ni biaq lah kita pakat2 sepakat, ziarah menziarahi dan bermaaf maafan...
Untuk jemputan yang di lanjutkan oleh Fazie ni..ianya tak lah tertutup untuk golongan yang tertentu sahaja...Bukan untuk budak form sahaja atau budak Tingkatan sahaja atau budak Science Stream sahaja atau pun Form Six sahaja...Ianya terbuka untuk semua warga SMJ. Kita semua kan brader dan sister dari satu sekolah..Same School Of Thought..
WASSALAM
7 comments:
Salam Semua,
Aku dah sms dalam 57 org jemputan untuk ke rumah Fazie raya ke2 nanti,tak tau lagi brapa org yang nak pi,setakat ni yg cnfirm dgn aku Dz,Norjasman,Roshita,Kamal Kasim dan Zul Chem..
Aku dah confirm tak pi, pasal aku tak balik,, nak balik dok mana? hahahaaha
dok lah rumah ghostbuster ka, sg petani ka...
Salam,
Kudos to Kamal n Dz yg tak jemu2 n tak habis2 stamina utk menghebah n menyelaraskan jemputan ke open house Fazie. Keep up the good work bro.
Tahun ni giliaq aku beraya di Kuantan so count me out lah. So aku pun tak faham pasai apa aku terentak hati bila terdengaq cerita yg ada kwn2 kita yg dah confirm nak buat jamuan hari raya (on 2nd Syawal) tapi jemputannya terkhusus kpd geng tertentu sahaja.
So much for SATU Malaysia!, ironi nya SATU Jitra pun tak daya dihayati. Aku amat sedih dgn cara minda sempit gini.
I speak my mind. It doesn't mean aku nak bergaduh dgn bro/sis ni. Kalau terasa aku "over", aku minta maaf n aku tarik balik statement ni. Aku setakat nak hidupkan terus brotherhood kita dari zaman dulu. Macam yg Dz kata lah, memang kekok nak mula berbual dgn bro/sis yg kita tak pernah kwn masa budak2 dulu tapi..., apa salahnya today we expend our circle of friends. After all they come from the same backyard!!!
Apa salahnya kalau depa lebih tua or muda?
Lebih ramai kwn2, insyaALLAH lebih banyak doa n Qulhu kita perolehi bila kita "padam" kelak.
Aku minta lah kwn2 yg bijak sana uth bijak sini juga n pikiaq lah apa yg aku kata ni.
Wassallam,
CIOW.
KODEN.
I IKLAS JEMPUTAN UNT SEMUA TAK KIRA SESIAPA PUN. KAMAL ADA TANYA BERAPA ESTIMATED YG I NAK JEMPUT..FAZIE KATA SEBERAPA RAMAI PUN TAK APA..CUMA MINTA KAMAL BAGITAU AWAL SIKIT SEBAB I NAK SEDIA KAN MAKANAN.. ANYHOW KAMAL THANKS A LOT FOR UR COMITMENT.
BAWALAH KELUARGA MASING2...KALAU TAK TAU RUMAH FAZIE BOLEH CAL FAZIE OR KAWAN2 KITA YG TAU .. KAMAL, MAZLI,DZ, HUAT N SHITA N D DY.
PAKAT2 LA MAI..MADUD RAYA KAT MANA??..
FAZIE.
PAKAT2 LA MAI..
madud raya sorang2 tahun ni,,
Dia raya ngan fon dia yg jadi submarine tu kut...Scorpene ka apa ka.
Post a Comment