Monday, August 24, 2009

HAPPY BIRTHDAY...


Assalamualaikum....

23hb Ogos 1989... Mohammed Zaqwan Aizat di lahirkan kedunia ini. Maka hari ni genaplah 2o tahun umoq dia.. Happy Birthday...Semoga panjang umur...

Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa. Cuaca di Pulau Pinang ni amatlah baik sekali. Hari pertama, lepas sembahyang subuh je...hujan turun ngan lebat sekali..sampai tengahari. pastu cuaca mendung sepanjang hari..cool habis. Lagi pung aku tak keluaq rumah pun. Cuma petang tu keluaq lah sat ronda kat Penang Street. Kat sini lah terdapatnya nasi beriyani dan sebagainya. Area ni kira mamak conquer habis. Tapi memang lauk kat sini best2 belaka. Aku pi kat situ lepas asaq, dah kosong periuk2 kat situ. Adus..tak pa lain kali je lah..

Last2 aku dah pi kedai Misai kat Tamil Street, beli kari ikan. Masa aku sampai tak ramai orang kat situ. Cuma ada 4 orang depan aku. Tapi nak sampai kat aku lebih kurang 30 minit. Apa nak buat sorang order 10 bungkuih, jenuh lah mamak tu nak buatkan. Anyway tak kisah lah. Aku dapat kari je teruih belah balik.

Lepas maghrib, aku pun dok ready lah nak pi tarawikh. Ingat nak pi Mesjid Negeri lah sebab meriah kat situ. Dekat nak sampai, hujan punya lah lebat. Tak nampak jalan. Orang pulak punyalah ramai. Nak parking dengan hujannya, maka balik ke surau dekat rumah lah jawabnya..hehehe..

Tapi hari kedua dapat gak aku bertarawikh kat Mesjid Negeri. Tercapai hasrat. Esok dah nak balik Gurun..tarawikh disana pulak...

WASSALAM

1 comment:

KODEN said...

Salam,

Happy birthday Zaqwan. Kira2 dia ni bernaung d bawah bintang yg sama dgn anak bongsu aku (Hazwani) yg dlahirkan 21 hari selepas Zaqwan pada tahun yg sama.
Aku tumpang happy kat sahabat aku yg dah dpt 2-3 kepuasan d awal Ramadhan. Telioq dengaq hang dok beratoq kat nasi Kandaq Misai. Lepaih tu cerita nak p masjid negeri tergendala sbb ujan tapi tercapai juga hasrat tu the following nite. Syukur n tahniah sbb awai2 posa hang dah dpt kepuasan2 kecil Ramadhan.
Atas worry dgn wabak H1N1, aku telah buat 1 Major decision. Ramadhan ni family aku akan makan makanan yg dmasak d rumah saja. Anak2 yg duduk d kampus, dberikan kenderaan utk berulang alik berbuka n bersahur d rumah.
Jadi tahun ni kami tak lumayan pilihan la tapi yg pastinya syok sbb semua pun pakat2 tolong wife aku d dapoq.
Dok pikiaq juga murtabak TTDI tapi terpaksalah berkempunan. InsyaALLAH d sebalik setiap musibah tu pasti tersembunyi hikmah NYA.

Wassallam,

CIOW.

KODEN.