Kuih kat atas tu aku beli untuk berbuka tadi..2 keping bengkang, 2 biji abok2, 3 keping pulut sekaya...RM2/= semuanya..Murah kan?
Memang murah gila kat sini. RM2 punya kuih dah kenyang..Alhamdulillah. Aku tak beli nasi untuk berbuka tadi sebab aku plan nak pi makan kat kedai nasi kandaq Suria Sempoi. Yang bestnya kat Gunung jerai ni berbuka awai seminit dari Aloq Setaq. Anyway lepas berbuka ngan kuih, maghrib, aku pun keluaq pi kedai. Kedai nasi kandaq ni hari ni siap buat ikan bakaq lagi. sedap pulak tu. Aku kena ikan keli bakaq sekoq ngan ayaq asam minum teh, RM4 je.
Pastu aku pun pi lah ke Mesjid untuk Isyak dan tarawih. 8:45pm start Isyak..9:00 siap. 9:05 start tarawih..9:20 siap 8 rakaat..Laju sungguh. Letih jugak. Macam buat senaman rasanya..
Esok aku rasa aku pi mesjid lain pulak lah..Testing kelajuan dia..hehehehe
WASSALAM
3 comments:
Masjid sana tak import Imam ka? Aku yakin orang di kedah masih maintain kaedah lama solat terawih. Memang seronok.
Di sebelah sini depa pakat import imam macam lah imam tempatan tak dak. Lepas tu depa tambah ada tazkirah la pulak. stat pukoi 9 habis 10.30. Yang tidak hafizd depa bubuh Quran besar depan imam.
Aku sebenarnya tak berapa setuju depa buat lagu tu. pasai banyak hari lain kalau nak tazkirah. Dalam Ramadhan kita nak terawih. reserve la tazkirah tu dalam 11 bulan lain tu.kedua, imam tempatan ni lekeh benar ker sampai kena import - ada yang dari sejauh Jordan.
Ketiga dalam berjemaah, sunat pendekan surah sebab makmum ada macam-macam - tua , uzur, etc etc. Kalau nak baca panjang-panjang buat qiamulail kat rumah sendiri-sendiri.
Aku pun tak tau la kita la ni. Suka buang yang sunat-sunat tapi ambil yang khilaf.
Sini tak dak import2 nye..semua ori Kedah punya..
Salam,
Aku suka ISA kupas tajuk2 gini dari sudut yg berbeza. Aku stuju tentang "pembanjiran" imam2 import ni sbagai "over" la sikit. Tandus dah ka al-Hafiz2 local? Yg lebih menakutkan ialah timbul nya riak dlm nak buat keputusan mengimport imam ni. Maklum lah AJK masjid lain tak buat inisiatif gini. Nauzubillah.
Berkenaan bacaan surah2 yg panjang tu tak payah dkupas lagi, ISA dah explain dgn jelas. Pada mlm 1st tarawih, aku n Mrs aku yg ke Masjid Al-Falak berdekatan rmh aku ni dok debate tajuk ni jugak la. Arguement yg kami bawa pun sama lah dgn hujah ISA. Tapi kalau orang2 yg serba cetek ilmu n amal mcm aku ni pun nampak arguement ni, pasai apa depa yg terbilang ni lepas pandang isu2 gini? Hairan bin Ajaib kan???
Yg tazkirah tu aku berpendapat berbeza sikit dari ISA. Bila kata berbeza, tak bermakna pendapat ISA tu salah. Mungkin aku nampak dari sudut yg berbeza. Mungkin sudut ni lah yg dterima pakai. Aku rasa rasional nya mengadakan takzirah dlm Ramadhan ni ialah kerana ingin memperbanyakkan amal n ibadah. Takzirah termasuk dlm kategori amal n ibadah. Kan? Beside that, mungkin AJK masjid melihat kesempatan ramai jemaah yg hadir memberi peluang utk depa buat takzirah ni. Bulan2 lain, keadaan masjid tak semeriah d Ramadhan ni.
Well, tajuk2 gini memang menjemput pencurahan pendapat.
Semoga semua yg kita pikiaq n suarakan ni tak tersasar dari lunas2 ibadah yg sama2 kita cuba lipat gandakan di Ramadhan yg extra special ni.
Wassallam,
CIOW.
KODEN.
Post a Comment