Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menyambut Ramadan


Assalamualaikum...

Terasa lama jugak tak berceloteh dalam Kg Siber ni. Maklum lah sibuk sikit dan juga tak dak modai lah nak bercerita. Tup tup aku dapat sms dari Kamal katanya dia hantaq gambaq penghuni hostel SMJ. Jadi aku pun edit sikit sebanyak dan terus upload untuk tatapan semua. Nostalgia habis...

Tak berapa hari lagi kita akan menyambut ketibaan bulan Ramadan. Berpuasa lah kita. Tiap kali sampai bulan Ramadan ni teringat lah aku kisah masa budak2 dulu. Aku ngan sepupu aku dulu berniaga ais kat kampung. Alor Janggus nama kampung. Memang disitulah tok ngan wan aku sebelah mak aku bermastautin. Kg aku tu dulu pakai generator set untuk bekalan letrik. Dia cuma supply power untuk 12 jam sahaja sehari. Start dari kul 7pm sampai 7am. Berapa dia charge aku pun tak tau lah masa tu. Jadi siang hari ni memang tak dak letrik lah. Jadi ais ni menjadi keperluan yang amat sangat lah bila mai bulan puasa nih. Boleh lah dapat 2/3 kupang berniaga ais nih. Tapi tiap hari ambik modal dari Tok aku. Apa yang dapat untuk hari tu, habis kami kerjakan. Main tikam lah, beli bunga api lah, macam2 lah. Berniaga ka camtu? Hehehehe.. Budak2 lah katakan. Tapi memang suasana zaman dulu ni lebih meriah dari la nie lah kan. Bertarawikh pun dah jadi cam suatu kemestian bukannya pasai nak sembahyang tu sangat, tapi lebih kepada dapat berjumpa ngan kawan2 dan bermain. Siang tak larat..posa. Malam balun lah.

Masa kecik2 dulu memang lah kita paling seronok bila sampai Syawal. Raya sakan. Pagi ngan baju melayunya. Pas sembahyang raya, jumpak org tua2 pastu lesap ngan memba. Jalan dari satu rumah ke satu rumah, kutip duit raya. Masa tu kalau dapat 5 kupang tu kira dah besaq gila. 3/4 orang nati buat satu team jalan je satu kampung. Yang aku ingat sangat adalah apabila tuan rumah tu tanya "Nak makan ka nak duit raya".. Masa awai2 tu semua cakap nak duit saja. Tak mau buang masa. Nak collect sebanyak yang mungkin. Mai dah letih, barulah nak berhenti makan dan minum. Nasib lah rumah sapa yang kami sampai masa tu. Makan pun makan, duit raya mau jugak..hahahaha.

Aku teringat pada satu peristiwa sembahyang raya pada tahun 67/68 camtu lah. Aku ni Std 2/3 camtulah. Aku ni ikut Tok Wan aku pi sembahyang. Dia pun bawa aku dok sebelah dia kat saf paling depan sekali. Wan aku masa tu pulak Tok Penghulu situ. Jadi memang kena dok depan lah kut..kan? Anyway, masa sampai kat mesjid tu, aku dah dapat duit raya dah. Salam ngan orang dapat lah sekupang dua. Poket yang available masa tu poket atas je lah, sebab poket baju melayu yang dua kat bawah tu dah dicover ngan kain sampin. Aku pun simpan kat situ lah. Bila start sembahyang,masa rukuq tak pa lagi. Bila sujud je, duit dah bertaburan lah. Patutnya aku kena biarkan saja, nanti kutip. Tapi idea budak ni, sambil sujud tu jugak tangan aku terkumat kamit cuba mengutip duit raya aku tu. Aku pasti tak dak sapa yang sedaq bila aku buat camtu. Alangkah terkezutnya aku bila habis sembahyang, Wan aku sudah jentik telinga aku dan start gelak. Memba dia yang dok sebelah aku pun dok ketawa. "Hang punya pasai, jahanam sembahyang raya kami", kata depa. Rupanya depa realize apa yang aku buat bila duit raya aku bertaburan..Hehehehe...Nasiblah .. Teringat sangat kat Tok dan Wan aku bila menulis kisah nie..Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas mereka..Hj. Jusoh dan Hjh Mariam.

WASSALAM...


8 comments:

madud said...

Terok laa hang ni. hahahaaah ada kaaa? tapi aku senyum jugak baca hang kena jentik, hahahaaah hahmpehhsss

darah59 said...

Budak2 lah katakan..hehehehe

Anonymous said...

ZAMRYY DULU NGAN ZAMRYY LAA NAMPAK LEBIH KURANG LAA...HAHAHA!!!!

SEMPENA MENYAMBUT BULN PUASA NII..SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERPUASA DIBULAN RAMADAN BGI KAWAN2 YG MENCEBURI BLOG DARAH59 INI N JGN LUPALA KITA PAKAT2 SEDEKAH JARIAH PADA YG MEMERLUKAN.

SELAMAT BERPUASA.

FAZIE

Attaturk said...

Hang cucu Tok Penghulu rupanya patutla nakal lebih..aku pun samalah..kg Dulang Kecil..cucu tok penghulu dalam kg tu semua org tau..bila buat nakal sikit(mandi sungai,tahan taut ikut kawan2) sat saja berita dah sampai kat depa..balik kena hamputla..jadi segala pergerakan d perhati oleh org kampong..mana ada bes macam ni
SELAMAT BERPUASA

darah59 said...

Betul betul betul...hahahahaah

hjh yati hj ishak said...

salam RAMADHAN buat sume pengunjung darah59 and all umat islam...semoga keberkatan sentiasa bersama kita di bulan yang mulia ini..amin..

madud said...

AKu pun tumpang sini mohon kemaafan kepada semua rakan taulan semoga puasa kita di terima ALLAH swt

darah59 said...

SALAM RAMADAN SEMUA...