Friday, July 31, 2009

KANGTOW


Assalamualaikum...

Thank you Fazie for updating kisah H1N1 di Aloq Staq. Merebak sakan penyakit ni no.. Berjaga jaga lah semua..Jaga kebersihan..

Pagi tadi aku tengah breakfast, Koden dah call aku. Dia nak maklum bahawasanya dia dah pun kontek Madud dan didapati Madud masih boleh menjawab dan berjanji akan ke Spital hari ni. Kalau dia takleh nak pi dia akan call Koden lah kut. Thank you very much Koden..

Dengaq habaq kata la nie nak masuk KL pun masaalah cikit sebab depa dok screen orang masuk keluaq..betui ka? Ni semua pasai perhimpunan yang dirancang esok tu lah..Nak tunjuk perasaaan lagi..Nak habaq kata "NO TO I.S.A". Aku pun tak tau lah berapa kali depa nak kena habaq, dan nak kena tunjuk perasaan. Tak dak gunanya lah aku rasa. Menghabihkan boreh yo.. Just a small portion out of berapa million, tak carry weight lah.. Tambah sesak lalu lintas depa berjaya lah setakat ni, aku rasa...

Dulu tahun 70an kerap lah kita dengaq tunjuk perasaan sana sini, tak puas hati sana sini. Aku pun ada gak terbabit sikit masa tu..Half way aku dah seriau yang amat sangat dan takut teramat. Sebab feel aku kuranglah ngan issue masa tu kut..Aku pun terus diam dan self recluse. Hahahaa..those were the days my friend ...we thought would never end.. Tapi la dah start balik pulak..Towkay bangsawan yang sama agaknya...Jgn marah bro..Joking je..

Aku ada "kangtow" untuk supply tong dram(2nd hand) ke Terengganu..besaq amountnya. Sapa2 ada meniaga tong dram ka? 2 orang kawan sekolah yang aku kenai, dimana kaum depa kerap buat bines cam ni tapi sayangnya sorang kerja Telekom dan sorang lagi kerja kat kilang Jepun mana ntah...so kawan2 lain klu ada give me a tinkle..

WASSALAM..


Thursday, July 30, 2009

H1N1 @ B4B1

(Dok tengok gambaq masa sekolah rendah kat Kelab Shah Alam recently)

Assalamualaikum...

Dengaq habaq kata Madud demam teruk la nie..Aku baru dapat message dari dia, jadi kalau hampa terasa nak jengok2 dia ka atau bantu dia sikit sebanyak ke, sebab aku risau dia nak pi spital pun tak leh kut. Risau gak ngan kes segala selsema B4B1 yang dok merebak la nie...Aku dok jauh, jadi kalu rasa boleh bantu..hampa hoit2 pi lah kat dia sat..Dia tu sebatang kara..."Peti ais" dia pun dah tak dak la nie.. Koden..! Ambik pot sikit...

UiTM Merbok dah tutup, UiTM Pmtg Pauh pun dah tutup, USM kat Nibong Tebal pun tutup gak, banyak lagi yang tutup sebab suspek penyakit selsema B4B1 ni kan.. Aku kat Gurun ni pun bukan nya jauh sangat ngan tempat2 yang aku mention kat atas tu..Cuma kalau ada kes kat PFK ni maka kena quarantine satu plant lah nampak gaya nya..2000 lebih org pekerja yang terbabit tu la niee...Walau camanapun, la nie dah 4 mangsa yang meninggal..

Kemarin aku pi Pendang...melawat memba TNB dulu. Che Pazin nama dia. La nie dah Pengurus Cawangan TNB Pendang..Sembang pi sembang mai keluaq lah cita yang bini dia la nie ada kat Penang. Memang lah bini dia asal dari Penang, jadi aku pun curiga lah..Rupanya dia kena pi treatment kat Mt. Miriam Hospital everyday for 5 weeks selepas dia di diagnose as having womb cancer at stage 4A. Terkezut gak aku..Selalunya kes kes gini kita dapat tau lambat sangat kan..! Aku pun secara bodoh aku ni tanyalah samaada rahim tu boleh dibuang terus untuk mengelakkan cancer tu. Rupanya bila kata stage 4A ni, dia dah merebak ke merata tempat dah..Dan treatment yang dia dok lalui sekarang ni is more for survival dari cure. Kata Pazin, chances untuk cure tu cuma 25% saja...Kesian dia..Ghaplah gak kepala otak tu..

Nak gak kata ghaplah popia, tapi sat gi Fazie querie pulak. Actually, ghaplah popia tu orang Penang kata ghaplah yang teramat sangat lah..Aku pun tak tau camana nama popia tu boleh masuk, hampa jangan tanya. Tau sajalah gang boria ni, macam2 term depa pakai.Macam gak kita dok kata mangkok hayun lah..Camana dia boleh mai, sapa yang reka, tak siapa tau..Pakat guna dan ada interpretasi masing2.."DA OH" Semelit hampa ingat ka at one time dulu kita pakai banyak..Camana perkataan tu timbul ha? La nie dah tak dak org guna lagi term tu semua kan...! Ada orang boleh explain ka? Ada teori ka? Cita lah cikit..


RANTINGS...


Assalamualaikum...

Terima kasih yang teramat sangat kepada ibnusamanaljawali kerana menerangkan perkara yang kelabu pada diri aku, kisah Yasmin.

Semalam terdapat gak kisah wartawan yang marah dan tak setuju dengan paparan kisah Yasmin yang di keluarkan dalam Kosmo tempoh hari. Marina Mahathir pun marah, kononnya tak elok cerita2 camtu di siarkan kepada umum. Tetapi apa masaalahnya yang sebenaqnya? Kita sebagai pembaca perlu tahu perkara yang sebnaq. Tambahan pulak dia tu orang Islam. Aku rasa kalau benda yang complicated camni tak di sebarkan pada umum, salah besaq tu. Kita perlu tahu sesuatu yang pelik dan tak pernah terjadi ini supaya kita mengambil iktibar darinya.
Memang betui dia tu seorang yang berbakat besar, itulah lagi yang membuatkan ramai orang ingin tahu perkara yang sebenar..Aku terutamanya, ingin sangat nak tahu camana jenazah nya diuruskan dan sebagainyalah, mengikut Islam. Aku bersetuju sangat kalau cerita sebegini disebarkan agar umat Islam di Malaysia ni lebih prihatin akan kes2 yang sebegini nanti. Surat bantahan yang dikirimkan ke Kosmo aku masukkan diatas. Ambik dari Rocky Bru.

Anyway...sedih gak aku dengaq yang hampa dah decline jemputan Maklang CT tu. Aku sebenaqnya teringin nak pi, kalau hampa semua pi lah. Kalau hampa semua tak dak aku lagi lah lost. Tak kenai sapa sapa pung. Yang aku heran ni, orang yang patut uruskan untuk darah59ners pulak yang terpaksa menarik diri..Aduh sedih.. Mungkin boleh kita buat lain kali. Bila aku balik menetap kat Shah Alam, kita buat lain lah no.. Minta ampun dan maaf banyak2 pada maklang CT dan ibnusalam diatas cancellation ini.

WASSALAM


Tuesday, July 28, 2009

SERONOK

Assalamualaikum...

Dengaq habaq hampa semua pakat berseronok kat rumah kenduri anak penakan Mazlee noo.. Baguih la camtu..Mengeratkan silaturrahim sesama kita..Alhamdulillah..

Plan cerita nak ke rumah Maklang CT pun dah diwar warkan oleh Koden, tapi nampak gaya cuma yang tak leh pi je yang jawab. Tapi orang yang jawab tu aku tau dia memang tak berapa nak pi majlis camtu..Aku kenai sangat dia tu..Hehehehe..

Aku ni insyallah, kalau ada di sana masa tu, akan sampai lah aku. Tapi baguih jugak kalau kita buat rendezvous atau pun meeting point kat mana2, pastu berkonvoi bersama. Atau pun buat car pooling pung baguih gak. Save minyak cikit.

Al Fatihah.. Agar roh Yasmin@Zulkifli selamat sejahtera. Bila terima berita pemergian aruah, aku terus teringat cerita bahwa dia bukanlah gender yang dia portraykan selama ini. Camana ha? Cerita dalam paper pun cuma Kosmo je yang keluaqkan semalam..Yg lain tak dak apa pung.. Bukan niat aku nak kutuk ke apa ke, cuma kita kena ambik iktibarlah bila kes2 macam ni timbul. Mungkin juga Allah swt nak test kita camana nak handle perkara sebegini kut..

WASSALAM

Thursday, July 23, 2009

Maklang CT

Assalamualaikum...

Lupa nak mention bahawasanya aku terbaca dalam blog ibnusaman yang dia ajak gang Koden berjumpa untuk hiKopi di rumah Maklang CT kat Taman Keramat, 6/8/09 nanti.. Tapi nampaknya Koden tak dak mention apa2 pung dalam blog ni..Mungkin line down pulak lah kut atau pun dok berebut puter lagi..

Anyway kalau Koden initiate..sapa2 yg berkesempatan janganlah lepaskan peluang..TERJAH je..

WASSALAM

KAULAH YG 1....

Assalamualaikum..

Ha tudia..ibnusalam pun kata Dhalan Zainuddin sinonim ngan Kisah Seorang Biduan. Aku pung dak tahu nak komeng lebih lebih..Korek pi korek mai, memang sah lah penyanyi asal lagu Dhalan tu adalah Bimbo, dari Indon. Trio Bimbo yg aku boh tu, original singer lah..Asal nama lagunya Balada Seorang Biduan...

Amacam..tak dak feedback ke tentang Dusun Ulu Langat dan cruise yang dicadangkan oleh kawan2 tu? Diam je semua..


Recently aku ada dapat satu email, cerita kisah melawak2 dan gempaq2 dari tingkat atas bangunan..Last2 ronta pi ronta mai, tergelinciaq dan terjatuh..Cerita ni katanya kat Shah Alam lah..Hampa ada dengaq ka?

Wednesday, July 22, 2009

BIDUAN


Assalamualaikum...

Aku tak dapat tidak nak menceritakan kisah seorang biduan.. Aku tengok dalam you tube lagu ni Indon nyanyikan..ya.. Lagu ini dia orang yang punya ke Pak? Waduh..ngak tahu aku sehingga hari ini..Ingatkan Dhalan punya...


Anyway, Jumaat malam..jam 11malam..aku terima panggilan dari kawan aku, bukan kawan SATS atau pun SMJ atau pun SMTAS. Dia ni sudah musibahkat Sungai Besi..Mintak tolong.. Aku ni ada kat Tg Dawai masa tu, baru sudah attend dinner kontraktor friend. Dia dah tak dak sapa2 yang boleh tolong dia masa tu. Mungkin dia pun dah ghaplah popia kut..Aku pun pikiaq pi pikiaq mai, Dude lah yang aku call. Tanpa berlengah, Dude terus sampai dan bagi bantuan. Sekian lama jugak Dude kat sana, sampai pagi baru boleh balik dan macam2 dugaan yang dia harungi semasa membantu kawan aku tu..Aku nak ucapkan berbanyak banyak TERIMA KASEH dan Dude..I owe U 1..You've got a good heart bro..Thanks again..

Ni lah biduan yang aku maksudkan tu...

DUSUN KITAK?

Assalamualaikum...

Sahibul hikayat, arakian maka terserlah sudahlah kesibukan yang ana lalui selama sejak dua menjak ini..Aku main hentam saja daaa..

Aku memang sibuk lanie. Penghujung projek memang gini lah selalunya. Tambahan pulak ngan Turn Around (Shutdown) kat PFK, dengan ramainya pekerja2 mai dari seluruh pelusuk Malaya..WOW...

Aku pun tak sedaq kata ada komen2 baru yg masuk kedalam KSA until Koden shout. Haru sungguh moderator camni kan..Nasib lah...

kurnia said...
salaam semua,
petang semalam saya cakap dengan gah pasal ni dan pagi tadi dengan koden pulak and they suggested i post this idea here. my idea/suggestion ialah, selain dari ke kucing untuk gathering seterusnya (yang mana mungkin ramai yang tak mampu masa, kewangan, dan sebagainya), kita boleh buat kita punya gathering, termasuk family juga, di dusun paksu saya di sungai congkak, hulu langat. it's just about half an hour's drive from ampang/ulu kelang. kat dusun tu ada anak sungai bukit, air sejuk cantik jernih (kalau tak hujan hari sebelum tu la) dan siap dengan picnic area yang ada tables and benches, ada chalets, bilik air/mandi dan ada padang kecil untuk kalau nak main bola, nak main kejar-kejar ka, lawan tarik tali ke tarik apa-apa ka... kalau kita nak masak ka, nak bbq ka, nak masak apa-apa yang simple ka, semua boleh...nak buat secara pot-luck pun ok juga. kita boleh sehari suntuk di situ atau kalau ada yang nak tidur kat situ pun boleh...dalam chalet ka, berkhemah ka...asal jangan tidur atas pokok ja dah, insuran tak cover :-)
kita boleh buat gathering ni samada sebelum puasa atau selepas raya, as an eidul-fitri gathering. tempat ni dekat and within driving distance for those of us yang tinggal di kl dan kawasan2 berdekatan. tak perlu planning/organisation sangat2, tak perlu sewa bas rombongan atau cari flight tickets yang murah atau cari hotel dan sebagainya. cuma tetapkan hari, let me know at least 2 weeks before the day/date so that i can inform my paksu and maksu. kita buat macam gathering di shah alam hari tu, ad hoc saja, siapa boleh join, good; siapa tak boleh, semuga di lain kali boleh.
ok, that's my idea.
~kurnia~

JULY 16, 2009 4:00 PM

Not a bad idea..bila dah ramai berjumpa ni, macam2 idealah yang keluaq kan? Well guys, get to it, while the fruit season is still on..hahahaha.

Actually sambil aku dok post ni, aku dengaq lagu Bellamy Brothers, teringat plak nak ajak hampa dengaq sama, selak dalam You Tube, ada dua versi pulak tu..yang muda dan yang tua..

Macam kita jugak lah..Dok bercerita kisah yang muda sebab kita semua dah melalui banyak pengalaman dah kan?


WASSALAM...

Saturday, July 18, 2009

MAL 2 - 3 MAN U.




Assalamualaikum...

Ok lah tu kan score 3-2, Malaysia kena...Aku pun nasib baik dapt tengok menerusi internet, 2 gol yg Malaysia score melalui Amri Yahyah. Apa nak expect dari Malaysia, depa defend je lah kan. Memang tak terlawan lah ngan depa nie. Tapi hari nie main siang, maka fair pada kedua pasukan. Malaysia sendiri jarang main sebelah siang dalam negara sendi
ri..


Rooney, Nani n Owen untuk Man U dan mesti lah akan di gembar gemburkan dalam paper esok
Amri sebagai hero Mlaysia. Tapi gol dia pun not bad..Terpedaya keeper tu.

Gambaq tunjuk tendangan Owen yang mengalahkan pasukan Malaysia...
Well Done Boys...Malaysia Boleh..tahan..

Kat bawah menunjukkan rakyat yang lebih sayang barang luaq dari produk negara sendiri..

Wassalam








Friday, July 17, 2009

MAN U..MAIN U

Assalamualaikum...

The Red Devils are in town...Adakah kawan2 yang pi tengok malam ni? Nampaknya masa depa training pun dah ramai orang pi ushar..Tengok lah gambaq sebelah...

Aku sbenaqnya syok nak tengok Owen perform alongside Rooney tu kan. Sure best punya..Macam masa depa main ngan England dolu..Agak2 berapa lah depa nanti kena ngan Malaysia kan? Eh eh..betui ka statement aku nie. Terbalik kut no!. Tak pa lah besok kita boleh lihat siapa yang kena....

So kalau ada sesiapa yang pi ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok, cerita2 lah sama no..Share lah ngan kita yang tak sampai nak kesana tu..

WASSALAM

POLKA DOT

Assalamualaikum...

1. Kisah anonymous ni dah lama sangat kita dok bincangkan. Madud yang komputer savvy pun dah banyak kali dah dok bercerita camana nak buat dan sebagainya. Kalau yang interested tu boleh lah suruh Madud ajaq. Upah dia tak mahai. Tembakau yang busuk tu je..
Aku pun dah banyak kali sound gak kisah anonymous dok mengata orang dan sebagainya. Pikiaq pi pikiaq mai, senang je..Dah tak mau dengaq cakap, tak mau nak tonjol diri, kita delete je lah. Trend dia, bila nak mengata orang je depa tak berani boh nama..Seriau jugak..

2. Aku tak berapa faham ngan Fazie ni..sat dia kata jangan merokok, tetiba dia nak tolong gi beli tembakau kat Madud pulak. Merokok ni membahayakan kesihatan. Tak baik..sikit hari aku pun nak berhenti dah la..So tak yah lah dok encourage lagi orang merokok by helping them buy and what not..Tak yah dok susah payah lah Fazie oi..LAgi pun tembakau tu busuk. Merosakkan alam persekitaran.. Kat Gurun ni banyak jagung, nanti aku kutip kan bulu jagung tu bagi buat tembakau...Bau dia lebih wangi lagi..

3. Aduss..cuaca kat Gurun ni amatlah panas lanie. Tambahan pulak kilang Petronas Fertilizer Kedah ni akan jalankan Turn Around dia pada 21hb ni. Ramai sangat pekerja2 yang masuk ke sini. Di sini juga dah jadi cam tempat reunion utk gang2 Oil n Gas ni bertemu dan berpisah. Lepas ni tak tau nak jumpa kat mana pulak. Tapi its a nice feelinglah bila kita dapat jumpa balik gang lama2..Cam kita buat reunion gak lah.

4. Malam ni, PFK ada buat appreciation dinner utk staff dia. Bertemakan Polka Dot. Aku adalah sangkut paut sikit ngan event management dia malam ni..Aku terpaksa pusing Penang cari kain Polka Dot utk buat hiasan dewan, punya lah susah dapat. Akhirnya dapat gak lah kat Bazaar Penang tuh..Tak murah bro..RM100 utk 40 ela. Anyway deco pun dah siap, sound check pun dah siap, tunggu malam jelah for the event proper.

Aku dah nak masuk plant balik..Kerja aku dah 99% siap dan nak commission sepenuhnya..Pas tu, Selamat Tinggal Gurun...

WASSALAM


Wednesday, July 15, 2009

KT KEMBALI..

Salam...

Dia dah mai dah...Welcome back KT..long time no hear...

KUDA TUA said...
KUDA TUA KEMBALI LAGI

Sahibul wal hikayah, maka tersebut lah al-kisah Kuda Tua menyepi. Ana bersyukur kehadrat illahi kerana dgn limpah dan kurnia nya ana masih sihat dan ligat memperkayakan diri secara menyeluruh. Mencari rezeki untuk kehidupan dunia tanpa melupai janji hari muka. Merapatkan silatul-rahim sesama insan sambil lebih berjinak2 mendampingi NYA.
Menyepinya ana selama ini bukan lah bererti yang ana telah gulung tikar. Berkali-kali ana berhajat menaburkan sepatah dua ayat untuk di kongsi niat. Tapi ana selalu kelu sebab pelayaran di blog darah59 dilihat kerap sekali dilambung ombak dan badai.
Syukur semua nya sudah kembali tenang. Sekalung penghargaan ana hulurkan kepada pengasas/penghulu blog. Bijak benar beliau membiar dan membuang mana2 komen yg keterlaluan.
Dari suara yg ana terima, baik di BB50 mau pun di Hi-Tea KSA, masih ada yg bertanyakan "sapa Kuda Tua tu?". Que sera sera, whatever will be.., will be.
Antara sebab ana terkedu menyepi ialah status ana sebagai anonymous. Terdapat terlalu ramai yang menghadirkan diri di blog59 dengan status anomymous ini. Dan dari yang ramai, terdapat beberapa yang menggunakan status anonymous ini untuk menerjah dan berkesat bahasa kepada sipolan-sipolan.
Maka ana pun memuhasabah lah. Adakah ana tergolong dalam golongan "anasir sabversiv" di blog ini? Apabila ana benar2 yakin yang ana tidak begini, maka ana kembali.
Ana berpendapat status anonymous ini harus digunakan dengan berhemah. Teguran yang hendak dibuat, harus dibahasakan secara am.
Oleh yang demikian, ana ingin mencadangkan kepada semua sahabat2 supaya tidak melayan/menjawab/melatah kepada sebarang komen2 sensitif/peribadi yang diutarakan oleh anonymous/nama samaran (yg tak dikenali). Tindakan menyeluruh yg begini akan mampu membenteras kehadiran komen2 yang tidak beretika. Kita tidak boleh mengharapkan Tok Penghulu untuk mengawasi kemasukkan komen2 nista ini selama2nya.
Hanya dengan kerjasama semua serta respon menyeluruh akan dapat memertabatkan semula blog DARAH59.

JULY 15, 2009 3:48 PM

Apa yg KT sarankan tu amat bernas sekali..Memang betui sangat dan hampa semua pun patut ambik iktibar...

Keep it coming bro.. Aku ada edit sikit sebanyak tulisan mu ni agar tak mendatangkan masaalah pada aku ...hahahahaha...

WASSALAM.

ZUL...

Assalamualaikum...Salam sejahtera..

Aku dapat satu berita dari TAL18, kul 7:39pm tadi..Zulkifli Ramli(Tok Wan @ Zul Bukit Wang), masuk ICU di KMC Alor Setar pagi tadi kerana diserang penyakit jantung. Aku pun tak tau keadaan nya yang sebenaq, mungkin sesiapa yang ada berita yang lebih lanjut mungkin dapat war warkan pada blog ni dan juga blog kawan2 yang lain. Kita sama sama lah mendoakan agar dia cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Saudara Zulkifli ni dari aliran Melayu masa kat SMJ dulu, tetapi masa ni apa lagi nak kira tingkatan ka form ka..kita semua dari Sekolah yang sama dan semuanya dalah saudara kita gak..

Satu lagi berita yang aku nak masukkan disini adalah juga dari TAL18, iaitu undangan kenduri kawin dari Nik Ruslan Nik Hamid, pada 26/7 hari Ahad, di Kg Kelubi Dalam, Jalan Taman Tunku Sarena, Jitra. Nik bertugas di PEJABAT TANAH JITRA.

Satu berita sedih dan satu lagi berita gumbira..Camanapun berita ni adalah untuk semua kawan2 yang melayari blog ni...

WASSALAM..

Monday, July 13, 2009

KSA


Assalamualaikum ...

Gah start hoit kat Koden, Koden pun mula hoit kat sapa saja yang dia ingat, maka terjadilah kenduri kecik kat Restaurant Kenanga Kelab Shah Alam dalam suasana yang amat tenteram dan ceria.

Memang kena buat camtu je la nie. Kalau dah secara formal jadi kelam kabut, kita hoit2 je lah. Fazie..thank you for coming all the way from Alor Star. Paling jauh lah tu. 2nd jauh, anak cikgu rahman dari Gurun..hahaha..

Aku bertolak dari Penang Airport kul 9:20am dan sampai LCCT abaout 10:30 camti lah kut. Anak aku siap dok tunggu dah bila aku sampai so, kami terus gi Shah Alam, lepak kat Pelita sat dan pastu balik rumah aku kat U5, Subang.

Majlis ni lebih kepada meraikan kawan2 yg tak pernah jumpa macam Choon Tian, Hong Khoon, Chean Cheong dan Kurniawati. Thank you very much for coming.

Walaupun Koden dah plan nak buat collection untuk makan2 tu, tetap ada hamba Allah yang telah sponsor semuanya sekali, tanpa mau dihebahkan namanya. Tima Kasih..

Mael Luntoq pung ada, Mc E pung ada, Syed Rajan Tengku Sinniah pung ada, walaupun as usual lah dia banyak komitmen yang terpaksa di lakukan dalam hidup seharian nya.










Friday, July 10, 2009

I'LL BE THERE

Salam semua..

Memberangsangkan sambutan yang diberi untuk Hi Tea ni. Walau pun tak ramai tapi kesediaan hadir tu lah yang memberangsangkan. Orait gak tu, ada 1 Malaysia nampak nya. Semua bangsa malaysia ada pada hari 12hb ni. Kalau tak dak aral yang melintang, I'll be there...

Tuesday, July 7, 2009

HI TEA

Salam...

Kerana pulut santan binasa...Untuk informasi Fazie, bertanya sesuatu bukan bermakna seperti yang U bayangkan. Banyak sangat bayangan dalam otak hampa tu. Kadang2 ada orang boleh terima, kekadang ada gak yg tak leh terima. Seperti yang semua tahu pun, blog ni semua nya pakat dok baca. Ada yang bini baca, ada yang laki baca dan anak2 baca. Kalu "CINTA" aku baca dan merajuk camana? Hahahaha...Lets cut the crap..

TARIKH : 12HB JULAI 2009
JAM : 3PTG.
TEMPAT : KELAB SHAH ALAM
HI - TEA

Ni lah program yang di utarakan oleh Koden dan Gah. Eloklah tu. 12hb hari Ahad pulak.

So sesiapa yang terbaca dan ingin tahu lebih lanjut sila kontek Koden 0123168555 atau Gah 0123813890.

WASSALAM


Monday, July 6, 2009

NOSTALGIA.

Salam semua...

Memang betui Teluk Nibong laa nie ngan Teluk Nibong dolu dah berlainan sangat2. Memang dah tak dak lagi segala pokok getah dan segala kehijauan yg kita download zaman 60an/70an dulu dah tinggai memori sajalah. Aku pun terkezut bila semasa balik, 1 kona, 2 kona, 3 kona, tup tup dah dok depan SATS. Terkezut beruk aku. Padang yang aku rasa besaq sangat dulu tu pun dah kecik. Markas askar wataniah ka rumah pengakap ka dulu yang kat hujung padang tu pun dah tak exist anymore. Dulu dari padang kalu kita tengok terus nampak hutan dan pokok getah je..la nie dah nampak perumahan youuu...

Gambaq yang aku ambik ni pun tak lengkap sebenaqnya. Tapi battery aku hari tu dah nak kaput. Tak dan nak ambik gambaq bangunan yg lain. Memang bangunan lama tu dok ada lagi. Kena pi lagi sekali lah..ronda2 tengok. Ambik gambaq lagi..kan?

Komen Hj Hanin menceritakan kisah dia masa kecik2 dolu...

salam semua,
terlebih dahulu tahniah kat mat lazim, dah dapat menantu pon. maaf banyak2 tak dapat hadir maklumlah jauhhh. banyak nostalgia masa kat sekolah sats dulu bila tengok gambaq yg dz displaykan. Kpg. telok nibong dah berubah habis, dah hilang originality. Dulu kebun getah la ni penoh dgn rumah. ingat masa sekolah sats dulu aku pernah ambil jalan short cut sorang2 balik sekolah ikut telok nibong melalui kebun getah tapi tak jumpa jalan keluaq ke kpg. padang so berpusing pusing situlah banyak kali (sebelum ni dah besa lalu jalan tu), nasib baik akai panjang, patah balik ke sekolah dan balik via lorong alif - selamat alhamdulillah.

Aku ingat lagi yang masa dulu ada porch kat depan sekolah, tapi la nie dah tak nampak porch tu dah. Yg aku ingat dia berbentuk cam semi circle gitu kan? Betui ka? Anyway, itulah pembangunan. Tinggal memori sajalah. kalau sesiapa yang ada gambaq SATS dulu2 punya, hampa huloq mai kat aku..

RAmai dah aku rasa yang kontek Kurniawati setelah no fon nya diedarkan. Aku save je..tak call pung. Sebenaqnya tak tau nak cakap apa. Yg ni semua Koden dia boleh buatlah...Dia ni PR darah59...Hahahahaaaa... Fazie call aku semalam kata dia dah cakap ngan K'watu dan it seems depa nak jumpa kat KL Sunday ni. entah jadi ke tidak aku pung dak tahu. Tapi aku siang2 dah cakap aku cak cenang lah Sunday ni.

WASSALAM..

Saturday, July 4, 2009

TELUK NIBONG...MAT LAZIN

Assalamualaikum....

Huru hara sikit rumah aku kat Gurun ni. Nasir, hsemate aku ni, baru balik dari Filipina last week. Pas 2 hari dia dah demam. Apa lagi, dalam kepala otak aku ni kira dok nampak H1N1 je lah. Aku paksa dia pi klinik. Aku bawa dia dan Doktor bagi ubat untuk 3 hari makan. kata Doktor tu, kalau dalam masa 3/4 hari ni demam dia tak kebah, dia hendaklah terus gi ke Hospital. Pastu nampak dia pun cam ok je. Bini dia pun mai dari Seremban nak tengok dialah. 2 hari bini dia kat sini. Pas bini dia balik, dia punya demam dah semakin teruk.

Tengah hari bila balik lunch, aku tengok dia siap berselimut walaupun memakai coverall NOMEX yg kalis api tu. Panik gak aku. Petang aku bawa dia gi Hospital Yan. Lepas depa periksa dia, terus depa bawa dia ngan ambulan pi Aloq Setaq. Ghaplah aku.. Malam depa hantaq dia balik dari hospital A/Staq sampai kerumah ngan ambulan. Reason dia, sebab depa nak tau rumah dia kat mana. Dia diarah kuarantin kan diri dia didalam rumah dan mesti sentiasa memakai mask. Kami yg serumah ni pun terpaksa akurlah. H.A akan datang kerumah untuk buat pemeriksaan keatasnya hari2.

2 hari dia menunggu, HA pun tak mai. Semalam dia terpaksa balik ke Seremban..nak terima menantu jugak...hahhaaha..Nampak demam dia dah tak de lagi. Maybe result dia negatif kut, sebab tu HA tak mai lagi kerumah. Masaalahnya la nie..aku dah selsema sejak dari hari aku hantaq dia pi ke Hospital Yan hari tu..

Semalam aku dah SMS kat Mazlee kata nak ikut pi kenduri Mat Lazin. Tengah hari tadi dia mai ambik aku kat Gurun dan kami pun bertolak lah. Sampai rumah kenduri lebih kurang jam 1:15pm kut. Mat Lazin gembira sangat tengok kami.

Menu: Gulai daging ngan rebung, ayam masak kicap, acar timun dan ikan keli goreng. Pembasuh mulut pulak adalah buboq pulut hitam. Apa lagi, pulun je lah. Sambil dok makan tu, Fazie nga hubby oun sampai. Norhayati Ishak n hubby, Own n wife. Sembang lagi. Pastu kami pun pi dok sembang ngan Mat Lazin. Intention yg betui nak tunggu memba2 lain sampai lah. Yg aku dok tunggu sangat adalah Megat Fisol. Dia datang...Camana dia naik gerek dulu, camtulah dia naik moto mai. Hilang lah rindu aku kat dia. Ramai lah memba2 yg hadir. Zurina, Hamidah, Khalid Salleh, Hamzah, Jan Badak, Rashid, Hashim, Nordin Ahmad, Kamal Kassim, Kamal Attaturk, Sobri, Gah, Hamsan n wife dan ramai lagi yang aku pun tak ingat nama depa.

Planning aku nak balik awai, last2 dah jadi kul 3 baru bertolak balik. Siap berhenti kat SATS..nostalgia sungguh.


Memang dah berlainan sekali dah sekolah aku ni. Kan? Tetapi masih ada lagi bangunan yang lama tu. Cuma tak dak masa nak explore sangat. Tu pun, minta permisi pengawal keselamatan sekolah untuk ambik gambaq ni.
Mat Lazin, walaupun dah penoh poket dia, masih tak mau masuk simpan dulu sebab tak nak tinggaikan kawan2 yang mai kenduri rumah dia.
Norhayati Ishak di tengah2. Dia ni pun macam dulu jugak. Muka tak banyak berubah. Dia pun dah pencen katanya. Opt out lah tu ka atau VSS ka..
Ni dia orang yang dicari cari selama ni. Akhirnya berjumpa jugak. Megat Pistol/Fisol. Gambaq menunjukkan dia dok sembang ngan Koden on the phone.

Sampai balik kat Gurun pun dah dekat kul 5. Mazlee hantaq aku kat Petronas Fertilizer, aku ambik keta, terus balik dan postkan cerita ni...

P/s...aku bukan tak nak jawab SMS Koden, tapi aku terlupa dan la nie dok sibuk testing n commissioning projek yg aku buat di Gurun ni. Dok pulun perhabis supaya boleh balik cepat. Lagi satu aku geram gak kat hampa sebab dok arrange macam2 kat KL, walhal aku kat sini lagi..Uhuk uhuk uhuk...
Harap2 tak dak lah sesiapa lagi yang nak bersungut tak diajak untuk menghadiri kenduri ni...Kan?

WASSALAM..

Friday, July 3, 2009

KENDURI MAT LAZIN



Assalamualaikum...

Kenduri Mat Lazin besok. Sesiapa yg lupa, aku ingatkan lah. Attaturk ada call aku semalam bertanyakan samada nak pi sekali ke atau camana. Aku pun tak leh nak bagi jawapan lagi. Tapi nampaknya, aku akan cuba sedaya upaya untuk hadir. Aku dah boh kad dia sekali lagi kat sini.

Macam kata Mazlee lah, peluang untuk berjumpa sekali lagi dah terbuka. Tak payah bayaq duit. Mai makan je dan sedekah banyak mana yang mampu..hahahaha..

Tak lupa jugak aku nak ucapkan selamat datang pada ibnu saman aljalawi yang juga melayari blog ini dan juga memasukkan blog add ni di dalam laman blog beliau. Semoga persahabatan kita berkekalan.

WASSALAM

Wednesday, July 1, 2009

Salam...

Fazie ada cadang suruh masukkan clip yg menyatakan MJ menyanyi lagu Give Thanks To Allah. Ok lah tu. Maka aku pun carilah dalam you tube. Tapi aku rasa rasalah, lagu ni dinyanyikan oleh Zain Bhikha.



MJ


Assalamualaikum....,

Michael Jackson @ Mikaeel telah disahkan meninggal dunia. Katanya dia dok praktis utk konsert dia kat London tiba2 terus jatuh dan jantung dia pun stop beating. Beat it..Beat it..No one wants to be defeated..Showing how funky strong is your fight..It doesn't matter who's wrong or right..Just beat it, beat it, beat it...

Sapa yang tak kenai Michael Jackson kan? Popular gila. Satu donia kenai dia. Start ngan Thriller dia tu lah yang buat ramai dok ikut cara dia menari. Adus..dia menari best betui kan. Entertainer yang tiada tolok bandingnya. Masa tu dia masih "African American" lagi. Maksud aku dia masih mempunyai warna asal dan ori lah org kata. Pas tu dia dah mula buat gila dah..atau pun dia dah gila ngan plastik. Pembedahan plastik. Aku terjumpa satu site ni yang ikut perkembangan rupa paras MJ ni dari mula sampai lah apabila muka dia dah jadi cam katun tak katun..cam tengkorak tak tengkorak..Hampa klik lah klu nak baca. History of Michael Jacksons Face.

WASSALAM