Salam...
Khas utk Kamal :
Yati ni aku ingat dia masa kat SATS je. Masa SMJ aku tak tau dia ada lagi ke tidak.
WASSALAM

Salam semua...
Takziah pada Tal18 atas musibah yang menimpa cucunya dan syukur kerana diberi Allah kesihatan yang beransur baik sekarang ni...
Pada teman-teman yang kan menyertai BB50nanti, kita cuma tinggal 9 hari saja lagi untuk bersama-sama, cukup atau tidak BB50 kita jalankan jugak, kita lakukan sekadar termampu, berkumpul bersama-sama memeriahkan majlis kita ini.. pada yang datang nanti bersama anak2, bersama cucu dan mungkin juga bawa ibu bapa yang dok sekali, dialu-alukanlah kedatangan tuan/puan semua..
Kisah saya.
saya punyai 3 org anak (2 lelaki dan 1 pompuan) 22, 21 dan 11 tahun.. Tahu ajalah bila anak2 dah besar panjang ni susah sikit depa ni nak jalan2 dengan kita, mcm2 alasan yang depa bagi, itu lah inilah.. tapi untuk BB50 ni, saya minta mereka luangkan masa mereka untuk bersama bapak dan mak depa ke BB50, bukan apa, cuma nak bagitau ni la kawan2bapak depa....ermmmm... dah 50 dah yer umur kita...itulah realitinya....
Berbalik pada BB50...pihak penganjur telah menyediakan hadiah yang agak istimewa, mai la ambik kepada yang mendapat cabutan bertuah.. antara
hadiah2nya .....ooo sorry tak boleh habaq...rahsia..hehehehehe..
apa-apa pun tuan-tuan dan puan-puan adalah dialu-alukan menghadiri majlis ini bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara kita....
Semoga Allah memperkenankan nita suci kita ini....
Sekian, salam untuk semua....
salam tuan-tuan dan puan-puan kawan semua... akaun saya tak bertambah pung.... masa dah pelan dekat ni... boh ler.. lepaih boh sms ka call ka bagitau saya..pengulu kita dah usaha sungguh-sungguh tu.. sian dia....sekali lagi saya tulih no akaun saya kot2 ada yang terMiss... Mayban S/account No. 157112134710.. TQ.
andai kata gath bermula acara hiburan selepas waktu isyaq, di sarankan di sini, kita buat majlis tahlil pada waktu marghrib untuk semua para ayahanda bonda mana2 kawan2 kita yang pulang ke rahmat tullah
Salam semua....
Dari hari ke hari, masa dan saat berjalan hanya tinggal lebih kurang 2 minggu lagi BB50 tu... Perancangan telah di atur, mula aku bercadang nak p dengan Mrs aja, tapi fikir punya fikir, hanya inilah masanya aku dapat kenalkan pada anak2 aku pada kawan2 aku masa sekolah dulu, so aku ambik keputusan akan bawa semua anak2 aku p kat BB50 nanti..boleh aku bagitau kat depa, ni la kawan2 aku dari aku sekolah dulu...
Sebenarnya aku bangga punya kawan2 yang sanggup untuk sama2 berjumpa ketika kita di usia senja ni dan lepas ini generasi kita disambung pula oleh anak2 dan cucu kita.. Ketika kita berusia 50 dan ada yang 50++ kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama, alangkah indahnya masa tu.. dan kesempatan ini kita ambik dan kita gunakan sebaiknya..
Kad undangan Perkahwinan dari kawan dan saudara jauh dan dekat dihulur setiap minggu menjemput untuk bersama2 kemajlis perkahwinan anak2 mereka diterima, antara tarikhnya adalah 6.6.2009, iaitu satu tarikh yg kita telah pilih untuk bersama2. Agar tidak terhiris rasa kecewa pemanggil yg menjemput kenduri, aku menelefon mengucapkan tahniah atas kawan yang menerima menantu dan disusuli dengan memohon ampun dan maaf atas ketidakhadiran aku dan keluarga kemajlis itu nanti kerana pada aku kedatangan BB50 ini hanya sekali saja dan peluang ini tak mungkin aku sia-siakan... dan aku juga mengharap kawan dan saudara jauh dekat yang mengadakan kenduri pada hari itu faham situasi ini..
Aku juga mengharapkan kawan2 ku yang seusia ku ini dapat bersama-sama memeriahkan majlis 'KITA' ini.. harap sangat-sangat...
Salam dari ku....