Sunday, May 31, 2009

FLORA FEST

Salam semua...

31st May sampai 7th June berlangsungnya pesta bunga di Kebun Bunga Penang. Kalau org Penang dolu2 panggil Jln Waterfall lah kat situ. Actually dari rumah aku dok la nie, berjalan kaki sajalah.

Hari ni pembukaan Pesta ni. Tadi aku pun pi lah melawat. Toh Puan isteri Gabenor ngan isteri Lim Guan Eng meresmikan pembukaannya. Macam2 jenih bunga yang dipamer dan dijual. Kalau yang suka gardening dan nak dapatkan bunga2 ni hampa mailah melawat. Paling elok kalau yang gang dari Kedah tu, hampa mai melawat pagi hari Sabtu ni, 6hb Jun, sebab pagi tak panas dan menyamankan. Pastu lepas makan tengahari hampa balik lah dan teruih singgah kat Pantai Merdeka pulak untuk majlis BB50..Amacam? Lagi pun hari Sabtu depan mesti banyak barang depa dah start lelong, definitely hampa boleh dapat harga yang amat berpatutan. Kan?

Semasa pembukaan tadi adalah persembahan tarian dari Sarawak. Best jugak. Memang teruja aku tengok.

Hampa tengok2 lah gambaq yang dipaparkan ini..



Ini adalah gubahan bunga dari Penang Flower Society kut kalau aku tak silap.







Ni pun something unique jugak kan..





Kaktus ni memang buat bagi aku teruja. 3 for RM10.

Assalamualaikum..

3 comments:

aku kot said...

wahhhhhhh!!!! cantek chantek Chantik cantik

TAL18 said...

Aku dah hero bunga,tak gaduh pi kot,lagi pun bunga tu bukan aku suka sangat,aku suka bunga yg manja2,lemah lembut,puteh gebu

Bulat said...

Tal18..kalau nak bunga yg manja2lemah lembut & putih gebu..ambil saja BUNGA TANJUNG PERAK..