Monday, May 25, 2009

SALAM

Salam semua...

Dapat perkhabaran bahawa cucu kepada TAL18 sakit dan mendapat rawatan di hospital. Di Pahang katanya. TAL18 ada kat sana. Latest aku dengaq, dah keluaq spital dah. La ni ada kat rumah. Mula tu demam panas, pas tu dia tarik.. Kecik lagi, baru boleh jalan.

Alhamdulillah...dah sihat dan sedang recuperate lah kat rumah dia la nie. TAL18 pun dah dok bersedia nak balik ke Jitra dah. Yang bestnya cucu dia ni dia panggil Sincan..yang macam katun jepun tu..

Tentang BB50 ni, walau sejuk mana pun, walau gedi mana pun, yang mana dah confirm dan dah bayar jangan risau kita tetap akan adakan jugak. Dengaq habaq kawan2 banyak yang dah decide nak bawak family pulak memandangkan sambutan kengkawan tak berapa memberangsangkan. Bestgak tu..Kita buat family gathering lah sambil menyambut BURSTDAY.. Janji kita bagi meriah seadanya.

Bagi yang 50/50, kalau rasa nak mai hari tu, mai je lah. Huloq RM60/=, kita jalankan majlis. Tapi kalau dah yang kena pi kenduri yang ternyata lebih mendapat tempat di hati hampa, ok lah. Enjoy lah kenduri hampa tu. Tinggailah kawan2 yang lama tak jumpa ni. Pi mai pun dah lama tak jumpa, kalau tambah 4/5 tahun lagi pun tak kisah. Tu pun kalau umoq panjang lagi lah dalam 4/5 tahun yang akan datang nih.

Semoga selamat semua dan berbahagia selalu.

ASSALAMUALAIKUM.

2 comments:

Madud said...

ni habark bagi kat hangpa semua, budak2 kalau demam panaih,, jangan dok ikut petua orang tua2! depa kata tak boleh mandi lah, tu lah,. ni lahh.. Yang sebenarknyaa kita kena bagi mandi, bagi turun suhu badan dia, akuyang tua ni pun kena bagi mandi, doktor bagi aku baring ataih stretcher getah tu, dia curah aihh ketoi atas aku,, aku tak tau laah berapa baldi, nak bagi suhu badan turun lekaih2.

tuu aku!! kalau budak2 kecik? camna laa gamaknya kalau tak di buat macam tu , jadi ingatlah.. kalau budak2 kecik terasa demam panaih tu, don't play-play. lekaih2 bagi mandi, jangan dok biark suhu badan depa naik.

mazlee said...

Salam semua...
Takziah pada Tal18 atas musibah yang menimpa cucunya dan syukur kerana diberi Allah kesihatan yang beransur baik sekarang ni...

Pada teman-teman yang kan menyertai BB50nanti, kita cuma tinggal 9 hari saja lagi untuk bersama-sama, cukup atau tidak BB50 kita jalankan jugak, kita lakukan sekadar termampu, berkumpul bersama-sama memeriahkan majlis kita ini.. pada yang datang nanti bersama anak2, bersama cucu dan mungkin juga bawa ibu bapa yang dok sekali, dialu-alukanlah kedatangan tuan/puan semua..

Kisah saya.
saya punyai 3 org anak (2 lelaki dan 1 pompuan) 22, 21 dan 11 tahun.. Tahu ajalah bila anak2 dah besar panjang ni susah sikit depa ni nak jalan2 dengan kita, mcm2 alasan yang depa bagi, itu lah inilah.. tapi untuk BB50 ni, saya minta mereka luangkan masa mereka untuk bersama bapak dan mak depa ke BB50, bukan apa, cuma nak bagitau ni la kawan2bapak depa....ermmmm... dah 50 dah yer umur kita...itulah realitinya....

Berbalik pada BB50...pihak penganjur telah menyediakan hadiah yang agak istimewa, mai la ambik kepada yang mendapat cabutan bertuah.. antara
hadiah2nya .....ooo sorry tak boleh habaq...rahsia..hehehehehe..
apa-apa pun tuan-tuan dan puan-puan adalah dialu-alukan menghadiri majlis ini bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara kita....
Semoga Allah memperkenankan nita suci kita ini....

Sekian, salam untuk semua....