Thursday, March 19, 2009

KRAF

Salam semua....

Pertama sekali, aku nak ucapkan berbanyak terima kasih dari ujung rambut sampai ujung kaki diatas kesudian kawan2 semua menghadirkan diri di alam siber yang serba canggih ini..Menceriakan kampung kita ni dengan pelbagai komen2 yang bernas, yg berbentuk pengajaran, agama, sinis, teghejai dan sebagai nya lah..Tak lupa jugak yang hanya menjengok dan berlalu, mungkin senyum sorang2 macam apa yg Mazlee buat dulu..Tapi Ah Teik punya pasai lah dia pun dah pandai bersuara la nie..

Ada sikit aku nak saran kan lah..Apa kata kalau kita be honest atau jujur sikit dalam teguran dan komen hampa semua. Jangan lah sampai kisah keluarga apa semua hampa bawak keluaq, rasa cam tak best lah. Memang tak best lah bagi aku. Sekiranya perlu sangat nak diluahkan, jangan berselindung dibalik nama samaran, berani buat kena berani tanggung lah kan? Saja lah Tok Penghulu nak nasihat..Takut sat gi ada yang bermasam muka..Tua tua tak elok aih..Kampung siber kita ni kena ceria selalu..

Poster sebelah ni pun aku tau dari Manggis. Aku dengaq habaq, satu booth berharga RM300 for 2 weeks. Ok gak tu kan Dude? Hang tak try masuk ke atau hang tak layak ka atau konsep tak kena ka? Kalau tidak kita boleh pakat2 macam dulu. Dekat sikit dak? Anyway sesuatu yang menarik dan unik dijanjikan pada pameran tersebut. Yg dekat terpa pi lah..Aku pun nak drop by sebelum dia habis. Manggis ada kat Booth 001, Khemah Hasil Rimba. Sajalah tolong promo memba cikit.

Hamsan call aku pagi tadi utk memberitahu yang dia jugak ada kat depan Gano Excel Jitra masa banjir tu, selepas baca blog. Tapi tak mau komen apa pun dalam blog. Kesian kat blog..Uhukk..

WASSALAM..

14 comments:

Anonymous said...

Dah dekat pukoi aku belum tidok,ini semua kerana sarang burung baru aku,aku la hoby dok buat sarang burung pula,he...he

Anonymous said...

Silap pula tulis almaklumlah dah dekat subuh dok buat kerja lagi,aku jadi nyanyok,DAH DEKAT PUKUL 5 PAGI NI DZ,KERANA HANG LA NI HE HE,AKU SUKA

Anonymous said...

Salam,

Aku AMAT-AMAT stuju dgn nukilan Dz dlm tajuk ni. Melawak, menyakat, gletek n sebagainya, aku rasa ok. Itu pun kalau orang yg kita nak melawak tu tau kita.
Kalau pakai nama samaran n tembak "point blank" kat kwn2..., wah! yg tu aku pun kurang stuju. Seperkara lagi ialah mengungkit cerita suku-sakat "sasaran" juga aku anggap amat keterlaluan. Apatah lagi bila bersembunyi dibelakang nama samaran.
D KAMPUNG SIBER NI KITA MELAWAK SESAMA KITA YG MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN DGN PENGAWASAN PENGHULU SSIBER KITA -DZ.
Jadi aku nak cadangkan kat Dz, kalau ada lagi pengguna nama samaran yg nak menyedap mulut tapi nak kekal anonymous or mengguna nama samaran..., DELETE saja lah komen dia.
Jgn salah faham, aku mengalu-alukan kwn2 yg nak pakai nama samaran. Tapi aku all against penggunaan nama samaran sebagai perisai nak teghejai kat orang lain.
Dalam bahasa d Kedah, "Kalau orang jantan dok teghejai tapi pengecut nak bubuh nama tu, lebih baik tok sah jadi jantan sebab tindakan ni MACAM ORANG TAK DAK T....! (sory kena sensor sbb kurang sopan). Hehehe
Pikiaq sendiri la T....! tu menatang apa.

Wassallam.

CIOW

KODEN.

Anonymous said...

T tu totey

Anonymous said...

pada pendapat hamba, mereka2 itu nak berselindung pun ada hak mereka juga, mungkin ada hikmahnya, kita mana tau kan. jadi biarkan saja dulu. Jikalau dah terasa nak melarat baru lah kita keluarkan kuasa Tok Penghulu?

Tok Penghulu? Bila naik pangkat ni?

Anonymous said...

salam semua,

aku respect sahabat2 yg comment tanpa berselindung..dah tua2 ni x usah baling batu sembunyi tangan..

darah59 said...

Y must hang selalu against apa yg orang nak buat..Anti establishment lah hang ni Dude. Tak perlu naik pangkat ka apa ka..Kampung ni aku yg buka. Nak jadi Raja pun tak pa. Any more comments dude? Tak perlu cari populariti dengan membiarkan penyokong hang buat sesuka hati..Penat nak handle nanti.. Tapi aku tau hang mesti ada sesuatu yang akan kata..

Anonymous said...

aku tak against apa2 aih, . cakap camtu pun dah nak melatah. aku tak ada apa sesuatu pun aih. Apa yang terbit dari pala otak aku, tu la yang aku kata. kadang2 tak betoi jugak. maybe slalu yang tak betoi kot? hehehehe jangan laa marah saya abang dz sayang oi....

Anonymous said...

ini blog bebas biak depa nak pakai nama apa pun dz,ada juga yg masih dok belajak it ni,cuma yg melampau atau mencarut didelete,aku bagi pangkat CAMAT pula kat DZ

darah59 said...

Tak marah aihh..Geram je..

Anonymous said...

TAK PAA DZ MERANGKAP PENGULU..DEPA NAK PAKAI NAMA GHAPAA PUN LET THEM BE...DEPA2 NIII DOK TAKUT TAK TAHWAN HALA..

KALU DEPA DOK PANAHHH I PONG I KNOW HEROO2 I SURE DEFEND I.

LAGI PUN BIAQ PI LA DEPA NAK CAKAP APA2 PUN NAK MENAGATA KAT ABANG I KAA, KAT ADIK I,ANAK2 I KAA,APA2 PONG LAA..LET THEM DO IT..

PASAI DEPA PONG NAK TAU AND LEARN KALU BUAT SILAP...

ORANG LAIN I TAK TAU TAPI KALAU FADZILAH..I M VERY OKAYY.

LAGI PUN BAPAK TALIBB N MADUD ADA AND PANGLIMA BUKIT GANTANG PING ADA....

FAZIE.

Anonymous said...

Pukoi 3 pagi baru siap sarang burung,dua malam tidok lambat,tadi pagi awai2 DZ dan Dik Di dah sampai rumah aku,depa ni dah ketagih ayaq ketom...ha...ha,lepas tu depa heret aku pula pi Sg Petani,sampai pukoi 12 malam,balik baru boleh buat sarang burung aku,nasib baik bini aku teman.Ingat Fazie Bakri best aku

Anonymous said...

Salam Kawan2, aku ingat Dz is doing a splendid job la nie (I hv full trust in him). Smlm dia ada censor satu komen, xtau sapa punya, naseebla.. Sbb tu kita bleh panggil dia Tok Pgulu. Tapi mcm dia katala, bila dia rasa nak veto komen kita ni - nothing much we can do. Aku stuju ngan madud, klau ssiapa rasa x confident nk tmpilkan diri ngan nama sbnaq, biaq pi kt dia. asalkan jgn tembak org x tntu pasai sudah, i.e. jgn jadi batu api. lama2 dia msti nk crita kt kita jgak apa yg dia komen, tidak org lain dapt credit... tapi blog ni aku rasa bagi kita LEBIH MESRA smbil tu dapt recall old memories wlaupn sketika dgn GENG.
McE (sats 1966-71)

Anonymous said...

Salam, salam jugak. Aku pun serba salah. Segan pun ada, tapi oleh kerana perot, aku redah laa juga, McE bila nak mai ambik barang?