Thursday, March 5, 2009

KARANGAN....

Salam semua...

1:55am - Tak leh tidoq lagi. Check email, dapat satu karangan...Buat aku, laaagii tak leh tidoq..

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.

Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.

Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.

Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah
bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi.

Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

OLEH : "Budak Darjah 4"

DITERIMA DARI : SITI NL

WASSALAM

9 comments:

Anonymous said...

Aku pernah dengark kisah ni, kononya, budak skolah tulih dalam ujian kelas ka apa ka, tak kisah lah, tapi tu laa crita dia, asyik dok tengok TV saja punya penangan laa ni kot?

Anonymous said...

Inila kehidupan sebenarnya..jangan la di perlekeh kan kewibawaan seorng budak darjah 4..menulis karangan.

pada kebenaran mesej yg cuba disampaikan adalah relevant dengan kehidupan insan sekiranya tidak di plan dengan systematic dia akan jadi tonggang tebalik macam karangan ini.

Bila kita baca kita akan ketawa sendirian tapi kebenaran kita ketawakan diri sendiri.

zaman kini kalau dilihat anak perempuan dah tak segan silu merokok didepan orang ramai,anak anak dibawah umur dah nak menikmati kehidupan sex yang mereka tak berhak lagi, anak anak dah berani lawan ibubapa di mahkamah , letak ibubapa di rumah org tua, pendapatan tak kira halal atau tidak asalkan pokek penuh...dan macam2 lagi kehidupan.

dari sini tak disalahkan dalam alquran ada menyatakan org perempuan banyak yg ditempatkan dineraka kemudian hari.

kalau dikaji kekurangan disiplin,tiada nilai murni diantara kita sesama sendiri apakah sebabnya....ya semua ini adalah disebabkan tiada didikan yg betul. Ibu dah bkerja. Masa tiada unt anak2.Anak boring so isi masa lapang dgn intenetla,gamela, tanpa pengawasan ibubapa...jadi bila jumpa yg baru ingin mencoba..

Inila kehidupan sekarang..jangan hairan dan ketawa dengan karanagan berikut...

Anonymous said...

Maka tersebutlah sebuah kisah negeri diatas angin yg dibawa ceretera oleh yg empunya ceretera...

Anonymous said...

Salam,

Banyak persoalan yg timbul bila aku baca karangan ni. Akhirnya aku yakin ni cerita dongeng yg di buat2 oleh tah sapa. Berat juga nak percaya yg budak tahun 4 yg kuat khayal mempunyai perbendaharaan kata n susunan ayat serta climax cerita dgn begitu baik.
OK la, mungkin juga dia boleh tulis gitu. Next one is the "Kelajuan Cahaya". Tahun 4 dah belajaq ka tajuk ni? Mungkin dia tengok TV n dia dengaq benda ni n dimasukkan dlm karangan nya. Tapi bila dia boleh culculate larian mak dia kena 2X kelajuan cahaya...., yg tu dah clear kat kau yg ni bukan kerja budak tahun 4.
Kesian kat kita yg kena pikiaq utk buat komen kepada cerita dongeng ni.

Wassallam.

CIOW

KODEN

glassman said...

tu semua aku tak kisah laa koden, yang aku tak nampak, tang mana kisah tu di perlekeh pun aku tatau.
50/50 laa aku bagi possibility budak buat karangan ni pasai hanya yg bentangkan crita ni saja yg tau kebenarannya. tafsiran pun tak brapa nak layak laa pasai tak logic di akhir cerita pencerita sendiri mati. tinggalkan saja sebagai khayalan kanak2.

Anonymous said...

Aku rasa ini mesti cerita dari kawan2 kita juga yg banyak berangan

Anonymous said...

La ni aku cadangkan kat hampa semua,sesuai dgn blg kita,tok sah dok pikiak teruk2 nak menulis dalam blog ini,sesuai dgn blog kita sekolah ,so bagusnya cerita diri sendiri yg syok waktu kita sekolah,mengingat nostalgia masa silam.Dapatlah kenangan lama itu kembali,kalau anak2 kita baca pun baru depa tau bapak dia dulu macam mana..THWL

darah59 said...

Aku setuju sangat ngan cadangan THWL tu. 100%..setuju.

Anonymous said...

Salam,

Cih cih cih. Aku karan tengok komen Tn Hj. Kiliaq p kiliaq mai, dia sendiri tak mula juga.
Ni Tn Hj, kalau rasa tak terdaya, ngaku saja macam aku ni. Dari awai2 hang bunyi berkobar2 tapi sampai la ni hang dok cadang kat orang saja.
Tn Hj ni putaq alam betoi.
Tak kan lama ni dok pikiaq, Tn Hj tak dpt ilham lagi kot?

Wassallam.

CIOW

KODEN