Wednesday, March 4, 2009

CITA LAH LAGI...

Salam semua..

Tak rugi aku masukkan cerita curi ayam ni, kerana sekarang kita dah tau ada orang ketiga..Bersubahat...siap dapat F&N ngan laksa kat kantin Pak Mud lagi..Hahahaha..

Aku nak buka lah untuk hampa menceritakan kisah2 yang tak dapat dilupakan ka, lucu ka, atau pun menyedihkan ka yang berlaku masa zaman persekolahan kita dulu..Best tu sebenaqnya. Sebab bila ada orang yang bersangkutan ngan cita tu, mesti dia teringin nak jampok. Maka bertambah lagi lah "khariah" kita ni...Kan?

Seperti biasa, samada masuk dalam komen atau email aku kat dzamriabdulrahman@gmail.com.

Marilah beramai2 asah bakat menulih..Tak dak cikgu nak luku kalau salah...

7 comments:

KODEN said...

Salam,

Aku minat dgn kesungguhan Dz mempelawa kita menulis utk blog ni.
InsyaALLAH aku akan perah otak yg dah nak pakiaq ni utk tulis 1 artikel selepas aku baca 1 artikel sumbangan dari THWL kita dulu.
Amacam Tn Hj...? Boleh kot ya? Jgn risau Tn Hj, Dz dah kata kalau tak elok pun no problemos. After all aku pun minta Tn Hj sumbang saja.
So jgn risau kalau dia memang betoi2 jadi SUMBANG bro.
Start la perah otak Tn Hj. Perah jgn tak perah. Pikiaq jgn tak pikiaq Tn Hj.
Pikiaq sampai pakiaq!!!

Wassallam.

CIOW

KODEN

darah59 said...

Lambat tidoq nampak?

Anonymous said...

Artikel 2

LAGENDA JITRA

Ana merasakan sedikit kecewa dengan sahabat2 sekelian yg tidak menerima pelawaan Dz untuk menyumbang artikel untuk darah59 ini, Apatah lagi penyumbang komen yg begitu lantang. Pandai memberi idea tajuk yg harus diutarakan tapi hakikatnya beliau sendiri terus tidak menyumbang dan dipersoalkan kewujudannya oleh rakan2.
Atas semangat TERUS MENYOKONG perjuangan Dz, ana terasa ingin bertanya samada anda semua menyedari yg Jitra telah menghasilkan banyak lagenda dalam bidang masing2.
Jitra telah menghasilkan ramai tokoh2 yg ana amat bangga dalam pelbagai bidang seperti Pentadbiran Awam, Koperat, Sukan dan politik.
Tak kurang juga yg akan terus di ingati sebagai penyangak besar. Ana tidak berhajat untuk menulis tentang tokoh2 yg dibanggakan atau pun yg dicercakan tetapi mengutarakan lagenda jalanan Jitra masa zaman persekolahan serta remaja kita dahulu.
Ana lebih berminat untuk mengimbau kembali ingatan kita kepada seniman2 jalanan Jitra yg pernah mewarnai dan mendenyutkan nadi Jitra.
Adakah sahabat2 sekelian sudah lupa kepada En Gila? Bisu Stesyen Teksi? Ah Teik? Darai Malau? Meh Tunjang? (Adakah lagi nama2 lagenda jalanan yang ana miss?
Dak Bangau pasti mempunyai banyak cerita untuk berkongsi dalam tajuk ini. Ana rasa Dz pun mempunyai cerita2 nostalgia tentang lagenda2 ni. Ana yakin Dz mempunyai cerita tentang Meh Tunjang kot.
Ana difahamkan Mazlee pun sering mengintai darah59. Mungkin sudah sampai masanya untuk Mazlee membuka sedikit cerita Ah Teik pula.
Ana kurang minat dengan tajuk2 nak cerita kekayaan duniawi yg bertanah banyak, berduit banyak, berkereta accord, berkonsesi balak dan sebagainya. Kalau udah kaya, bersyukur lah kepada ALLAH s.t. dan berdoa lah supaya terus mengurniakan kepada kita rezeki yang HALAL!
Adalah menjadi harapan ana, artikel ini mendapat pelbagai komen. Tak kira lah positif atau negatif. Apa yg penting ialah interaksi sesama kita dan tegur-menegur demi kebaikan bersama.

Anonymous said...

ANONYMOUS NI McE ya..

Kalau u nak jumpa dengan EN GILA..dia ada kat KG MALAU.Dok pakai mcm tu jugak.Tak ada pbezaan.
Kalau jumpa kita sua lah makan minum bagi dia. Dia masih kuat bjalan macam dulu gakkk.

Bisu jitra dah tak nampak tapi dah diganti ngan hasan gila.. hasan ni dulu kerja kat lab SMJ. Dia ni kembar from Langkawi. Harta cukup banyak tapi dia tak nak..lebih suka dok macam tuu. Sekali we had took him back to Langkawi dgn ptolongan my father(aruah) tapi dia lari balik naik boat lain balik perlis.

Meh Tunjang tak dapat detack.
Darai Malau I tak ingat.
Kak Som Polis yg dok tunggu bas Tunjang dulu dah meninggal a few yaers back. I pi tengok on her last day di Tunjang.

Ingat dak Tomboy, kulit hitamanis dok kat jalan sungai korok. Berbadan tegap...la ni dia dok kat johore buat perabut secondhand.

Ingat Mr Fong ajak kita masa std 5 english class. Masih ada kat jitra. I jumpa dia last week, Rambut masih hitam...still ingat nama I...dok macam tuu gakk.

yg lain tuu..kalau ingat i bagitau.

fazie.

Anonymous said...

KEMATIAN CIKGU MOHAMMAD MAIDIN.

Tentu kawan2 semua tak lipa akan cikgu mamak Maidin yg ajaq kita bm masa form 5.Cikgu yg selalu suruh kita tengelam..bila kita dok ghalid dalam class.

Ya..masa kematian cikgu mad maidin I dgn Husband Jo ada menziarahi hari akhirnya. U all ingatkan lagi rupa cikgu yg gempal dan bkulit hitam ni kan...

tapi masa I ziarah tuu..agak terkejut juga perubahan pd cikgu kita nii..rupa cikgu nampak ceria ,kulit cikgu dah tak hitan sama putih dgn kulit dz masa sek rendah dulu putih dan badannya dah tak gempal. nampak sihat jaa.

Yg I tau cikgu spai akhir hayat tak tingai solat and dia baik dgn ibu dan isteri dia. suara dia aja kuat...

Fazie.

Anonymous said...

Lupa...sama2 la kita sedekah fatihah kepadanya dan juga kpd umat islam yg mati baru dan mati lama.

Kuda Tua said...

Artikel (Lost count!)

SELUAR KHAKIS BERKANJI

Selepas mandi dan bersiap untuk keluar berurusan, ana pun ambil baju dan seluar untuk dipakai.
Kebetulan anak ana sudah iron seluar Khakis untuk ana pakai. Dan ana pun pakailah seluar yang telah disediakan itu.
Dalam sesak2 jam di KL ini, ana mengelamun tentang fesyen seluar yg kita telah lalui. Straight cut, boot cut, bell bottom, baggy dan yankee tight. Semua tu dah kita lalui. Masa Form 5, Omaq Shaifuddin, Kamal dan Eop Din Kerap adalah diantara yang pakai bell bottom besar dan sapu sampah sekali, pastinya di samping budak2 Sarawak yg seolah-olah mendapat "tajaan" syarikat nila.
Tapi ana lebih teruja kepada lamunan ke zaman SATS. Zaman seluar pendek khakis berkanji. Zaman 1 dalam 30 saja yang memakai seluar dalam. Seluar pendek khakis berkanji ni mampu berdiri jika ditinggalkan selepas ditanggal. Yes! Memang seluarnya keras sekali.
Aduh! Bayangkan lah kesengsaraan memakai seluar itu dihari pertamadibuka dari lipatan.
Kalau ingatan ana masih tidak kabur sangat, Madud, McE, Loceng dan Own pun senasib dgn ana yg pakai seluar khakis berkanji semasa Std 2-4.
Boleh kongsi pengalaman bro2 sekelian tentang pengalaman berseluar pendek khakis berkanji?
Sis2 pun ada juga yg pengalaman uniform khakis berkanji ni
So apalah kiranya kita "LET THE GOOD OLD TIMES ROLL".