Monday, March 2, 2009

CURI AYAM

Salam semua...

Masih tak dak org yang nak menulih nampak gaya. Cuma sorang je yg berani sahut cabaran dan dia aku beri nama pena sebagai "KUDA TUA".

Ahad : Aku di A/Star bawa bapa aku for check up dan sebagainya lah. Budak2 aku kerja kat Gurun, aku tinggai depa sat lah. Settle semua ngan parent aku, dalam dok pikiaq nak balik ke Gurun, aku pi lepak kat restoran Nasmir, Jitra. Bila dok dalam kedai tu, kita betui2 bertentangan ngan pintu Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra.

Nostalgia habiiisss.. Bila nak balik dari sekolah dulu kan kita kena berator dan jalan kut depan rumah HM dan keluar pagar. La nie rumah HM dah tak dak, tersergam asrama Putri pulak kat situ. Kat pintu depan tu kata kata : "INSAN MINDA KELAS SATU DILAHIRKAN DISINI"

Lepas 20 minit, memba pun mai. Memba sekolah gak lah. Budak tingkatan... Sembang pok pek, pok pek, keluaq lah macam2 cerita. Ada satu cerita yang aku nak share ngan hampa..

Tersebut al-kisah, 30 tahun yang lalu....

Kawan kita ni dulu dia berjiran ngan orang India. Rumah jiran dia ni pun daif lah. Jadi jiran dia ni selalu bila nak keluaq rumah, pi kedai ke,mana2 ke, ayam peliharaan dia akan diikat kakinya. Jadi memba kita yang otak nakai ni sudah nampak satu peluang yang baik. Dia bercadang nak curi ayam tu dan jual. Tapi dia tak berani nak buat sorang so, dia ajak sepupu dia subahat. Setujulah si sepupu ni pun.

Akai budak2 ni panjang mana kan? Depa pi market jualkan ayam tu, dapat lah 2/3 ringgit agak nya. 30 tahun dulu. Yang aku tak tahan gelak adalah apabila dia kata, "Apa lagi masa tu tengahhari kami minum ayaq F&N lah..." Hahahaha...bila pikiaq balik, luxury tu F&N masa tu. Hari Sukan kita semua dapat sorang sebotoi punyalah seronok. Terjumpa kupon ka atau ada kawan tak mai ka, ngan bangga nya dok cerita dia minm 2/.3 botoi ayaq F&N. Aku rasa ni mesti Din I.L.Y minum banyak zaman dulu, sebab tu dia semut hurong la nie..

Jiran India tu balik apa lagi, heboh lah ayam dia hilang. Cekap dia ni, pi market tanya dan dia kenai pulak tu ayam dia..Betul tekaan dia. Ayam ada kat market dan belum sembelih lagi. Dia dah korek cita tu dari pembeli Cina tu, dapatlah tau yang 2 org bidak jual ayam tu. Cina ayam tu pulak siap kenai identiti budak2 tu..Akhirnya ayam tu diserahkan balik kat tuan nya yg asal. Yg bestnya kedua2 bapa budak2 tu pun kerja market jugak..

"Aiya E..(Short for Ismail) anak hang mai jual ayam curi kat aku.." kata Cina tu pada salah seorang bapak budak tu..

Tak yah cita lah kan apa yang terjadi semasa era tu sekiranya bapak kita dapat tau kita buat jahat..

So kalau ada sapa yg tau ka, besa dengaq ka cita ni, respon lah...cERITA NI MEMANG ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP DAN DAH MATI..

WASSALAM

8 comments:

Anonymous said...

Asm wm.,
DZ - Apa pasai pi Jitra tak habak sama? Ahad 1 Mac 2009, memang free pun. Eh! Kalu tidak, boleh tumpang 'sekaki': Dok kat Nasmir, imbau nostalgia nan dulu - Masa kat SMJ. Ada suka, lara, duka etc.
Tapak Nasmir la ni, dulu - bendang. Sekarang Restoran & Hotel!
Ke hadapan - 25 years ahead!
Agak-agak, apa yang bakal kita lihat nanti (jika masih 'wujud!), setelah usia kita menjangkau 75 tahun!!

Anonymous said...

aku tak pernah dengaq cerita tu,cuma aku boleh agak la sapa dia budak tingkatan yg jahat tu,dia jahat bukan dulu saja,jahat sampai la ni,tapi bukan lah jahat sengkek,ada class jugalah dia ni,tapi maaflah kalau bukan seperti aku saqngka

Anonymous said...

Salah tu bukan bendang tapi rumah majid pomen

Anonymous said...

TANBIHUL GHAFILIN
Peringatan bagi yang lupa.
Jilid 1 & 2
Karangan: Abu Laits As- Samarqandi
Terjemahan: H. Salim Bahreisy
Terbitan Pustaka Jiwa.
Kuala Lumpur
2007

Muka surat 104, perenggan 4, menyebut seperti berikut.

Ibnu Abu Ruwad dari ayahnya berkata: “Allah swt berfirman, “ Aku-lah ALLAH yang memiliki semua raja, hati raja-raja itu semua di tangan Ku, maka tiap yang Aku redha, Aku jadikan hati raja itu rahmat pada mereka, dan tiap kaum yang Aku murka, Aku jadikan raja itu seksa bagi mereka, kerana itu kamu jangan sibuk mengutuk raja, dan taubatlah kamu kepada Ku nescayaaku lunkakkan mereka kepada mu”.

Selain yang tersebut di atas, ada riwayat, kita wajib taat kepada pemerintah selagi ia mengucap dua kalimah syahadah.

Minta maaf yaa kawan2. Lari tajuk skit. hehehehe

Tapi sama2 lah kita renungkan.

darah59 said...

Sorry own..segan nak kacau. Maybe next time..when we reach 75? Quarter century to go..
Razak Bangau nama baru dalam "kampung" ni..Selamat Ketemu..Tapi memang sah memba Jitra lah..

Anonymous said...

Nama saya Abdul Razak bin Ab.Hamid boleh cek dismj darah 59,gelaran bagau

Anonymous said...

wahhh!!! cam konpiden saja cecah 75? hehehehehhehehe

darah59 said...

Esok pun belum konpiden lagi..tapi apa salahnya mengharap..bukan kena duit..hehehehe