Saturday, February 28, 2009

MINYAK ANGIN...


Salam...

Nampak gaya masih belum ada yang nak sahut cabaran aku suruh menulis. Walau camanapun, tunggu je lah. Ada dah sorang yg bagi tau aku yang dia akan submit artikel dia tak lama lagi.

Bila ada komen yg sebut kisah zaman kita kecik2 dok guna minyak angin tapi tak dak problem, aku amat setuju. Orang tua kita dulu apa saja mesti minyak angin. Sakit pi lah apa pun mesti minyak angin tu di gunakan dulu. Kalau masih sakit baru bawak pi klinik. Aku rasa dulu bila depa buat minyak angin, depa betui2 guna segala akaq kayu dan sebagainya untuk hasilkan minyak angin. La nie, tah apa2 yg depa guna. Janji nampak, bau dan rasa macam minyak angin. Aku pun melewar dalam internet dan dapat lah satu hamba Allah yg cita camana nak buat minyak angin..Check it out....

Ini cara nak membuat Minyak Angin, tak kira apalah jenis minyak Angin itu, bahan
asasnya sama saja:
1. Masukkan ke dalam teko stainless steel:
1 liter Mineral Oil (White Oil)
150ml Methyl Salicylate
[Ini bahan bagi Minyak Angin itu terasa panas - kalau nak buat memang
panas, atau minyak panas, tambah saja Methyl Salicylate]

2. Masukkan pula ke dalam teko stainless steel:
15g Menthol Crystals
[Kalau nak berasa angin-sejuknya lebih kuat, tambah Menthol Crystals, jadilah seperti
Vapour-rub tu melegakan selsema].

3. Masukkan pula:
30 ml Eucaplytus Oil (minyak Kayu Putih)
30 g Camphor (Kapur Barus)
15 ml Tupentine Oil
[Nota: Camphor jangan melebih 5%, salah dari segi undang-undang].
Dikacaulah supaya semua bahan larut dalam Mineral Oil itu.... Dah siap Minyak Angin.
Bila dah siap, kalau nakkan Minyak Anign itu berbau apa-apa, masukkanlah saja bau apa
nak, salah satu Bahan aditif ini:
(a) Clove Oil - berkhasiat dan berbau Cengkih
(b) Nutmeg Oil - berkhasiat dan berbau buah pala
(c) Peppermint Oil - berbau pudina
(d) Citronella Oil - Minyak Serai Wangi - berbau Serai Wangi

Kalau nak jadikan Minyak Angin itu berkhasiat apa-apa, tambahlah saja apa-apa minyak
yang ada khasiat, ini dipanggil sebagai bahan aditif: iaitu bahan-bahan pilihan sendiri;
nak masuk pun boleh, taknak pun tak apa:
(a) Minyak Gamat - jadilah Minyak Angin Gamat
(b) Minyak Ikan Haruan - Jadilah Minyak Ikan Haruan
(c) Minyak Ikan Lenang - Jadilah Minyak Angin Ikan Lenang
(d) Minyak Ikan Belut - Jadilah Minyak Angin Ikan Belut
(e) Minyak Arnab - Jadilah Minyak Angin Arnab
(f) Minyak Tongkat Ali - Jadilah Minyak Angin Tongkat Ali
(g) Minyak Daun Gelenggang - Jadilah Minyak Gelenggang
(h) Minyak Senyonyong?

Kalau nak warnakan merah, hijau, kuning - masukkan saja pewarna minyak yang dipilih
boleh dibeli - Oil-base colour powder..

Kena cari Jit cucu Tok Awang Loceng untuk cerita ngan lebih lanjut kisah ni...You can ring my bell.....ring my bell.

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Wow! Hari ni kita dpt resepi buat minyak angin ya puan-puan. Tak dak ka "garam secukup rasa"?
Tq Dz. Ada peluang mengkomesilkan resepi ni. Utk orang2 mcm aku yg kais pagi makan pagi n kais petang makan petang ni, boleh la digunakan utk mempelbagaikan mata mencarian.
La ni dok pikiaq nama minyak yg aku nak bancuh ni.

Wassallam.

CIOW

KODEN

Anonymous said...

boh saja nama, Koden Oil, special brew ka apa kaaa