Wednesday, February 11, 2009

KEDAH MENANG....

Salam semua...

Own ada sms aku balik, tapi dah lewat lah masa tu. Betullah, dia memang sibuk mesyuarat. Meeting sana sini. Tak kisah lah tu. Maybe next time. Tapi yang heran Kim Teng terus tak jawab dan tak tau berita dia. Mungkin dia tak save no aku kut..Whatever...

Finally...Kedah menang ngan menumpaskan KL Plus. Aku teringat Winning 11, proggramme game bola dalam komputer. Masa kita main game tu kekadang terasa lengoh jari dan frust bila player kita tak leh lari laju. actually thats what happen bila hang tengok local football kita main la nie. Semua nampaknya cam dok simpan tenaga atau pun tak fit untuk berlari dan mengejaq bola. Nampak letih je depa semua, walaupun 1st half. Punyalah tumpui serangan depa...Hopefully depa boleh pick up la lepas menang semalam. Tapi aku rasa sifat tamak striker tu kena kikis buang lah. Semua asyik nak score sendiri walaupun ada pemain yg berkedudukan lebih selesa utk score. Tak mau pass..Nak score gak.

Kawan aku yg kat kopitiam yg aku post hari tu dah kontek dan explain pasai apa dia pi kopitiam walaupun dia tak suka tempat tu. Betuilah cam aku kata disebabkan kawan dia tu.. Anyway semoga.....

Kemarin aku jumpa memba kat Jitra. Ada satu masaalah yg dia hadapi la nie. Aku pun kesian gak tengok dia. Anak dia yg dok bagi masaalah kat dia. Baru form 1, pompuan pulak, dok lari ikut boyfriend. Bfren pulak tak berjenis. Sekolah tak mau. Kena tukaq sekolah dulu sebab tumbuk cikgu, la nie dok bawa lari anak dara org pulak. Depa ni daring. Boleh mai rumah dia kul 3 pagi bawak keluaq anak dara memba kita ni. Memba bangun pagi sedaq2 anak tak dak dlm bilik. Cari pi cari mai dapatlah, lalu dia pun buat repot polis. Tak perlu lah aku bagi tau sapa, tapi harap kita ambik iktibarlah benda2 camni.

Bila aku korek cita dia, rupanya budak pompuan ni terlalu dikongkong oleh abang tiri dia. Terlalu sangat. Memba kita ni pun tak berani nak sound anak tiri sebab dia pun tak well off, dan kerja pun sat ada sat tak dak. So nak mengata lebih dia takut nanti patah balik kat dia. Bini dia je yg sole bread winner la nie. Susah lah kan. Anyway aku rasa dua beradik ni kena pi kaunseling lah utk bagi elok balik situasi.

Masaalah sebegini banyak terjadi di kawasan luar bandar kan? Mungkin minda depa tak terbuka sangat. Tak leh atau tak berani nak let out problem depa kat mak bapak dan famili. Jadi bila dapat sorang yang sanggup dengaq problem depa, apa lagi, dia sayang lah. Sanggup buat apa saja.

Teringat aku ngan iklan dalam radio.."TAHUKAH ANDA DIMANA ANAK2 ANDA SEKARANG?".....

WASSALAM....

18 comments:

Anonymous said...

salam dz. l know u r back in alor staq..plan nak dating dgn u but kurang sihat..batuk agak teruk jugak.we make it later ok..guy.

l nak bagi tips untuk kasihsayang rumahtangga. just for info.kalau rasa boleh ikut just proceed. l use this in my daily life as a housewife...n seriusly memang ada kesan and ada keberkatan.

1.letak suami kita paling atas selain dari Allah sbt.
(walaupun dia salah in some doing, let it be..perbetulkan bila things dalam mood baik.)
2.berdoa selalu untuk kebaikan dan kasih sayang dan keberkatan.insyaalah..tak semua sikit ALLAH AKAN MAKBUL.
3.bila kondisi dalam negatif..usually dalam hal kewangan ..jangan bgaduh kerana jalan ini ikutan iblis..berdoa..insyaalah ada jalan nya.
4.selalu ingat susah kita..ada lagi yang susah.
5.badget ikut kemampuan jangan ikut nafsu.

l berani bagi tips ini sebab l realy guna pakai. masa i kawin my salary dalam 650rm and my husband masa tu kerani dalam 700rm. kawin terus beli rumah and kena potong 500rm so the balance..itu lah yang kami guna....sampai sekarang kami rasa macam baru kawin..l tak tipu..baru ni pun just came back from bali..honeymoon yang ke 13 belas.pegi pun dgn air asia tambang pegi balik untuk 2org baru 30rm..hotel and makan ..l abis dalam 500rm.

itula tip yang i guna pakai sampai sekarang..kadang2 anak2 tak ada kami tengok tv pon pegang tangan..cinta sejati.. tamat

fazie jitra.

Anonymous said...

wow! baguih2, carry on. some people make their own luck,right?

Anonymous said...

Asm wm.,
Tahniah kpd Pn. Fazie, Jitra atas evergreen honeymoon in marriage! Kalu pasai anak pula, banyak benda ibu & bapa kena tengok balik:
1. Diri sendiri: In & out tentang diri (Bikin srupa cakap atau tak dak bikin, cakap, cakap n cakap!)
2. Kesempurnaan solat: Rutin sahaja atau sebati dan sempurna - kyusuknya! Tawaduknya!
3. Rezeki : mai kut mana? Halai takat mana?
4. Zakat n sedekah: Clear atau ada terhutang kat mana?
5. Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak: Priority atau sekunder! Or setakat biaq depa belajark sendiri?
6. Pikiaq sendiri!
Untuk renungan : Selalu baca Yasin/Quran untuk orang sedang nazak, minta selamat nak pi haji, masuk rumah baru baru etc., tapi "jarang sekali" untuk minta perangai kita/anak-anak jadi baik!
Thousand apology jika tersentuh mana-mana pihak.

darah59 said...

Wow..Syok nya tengok kawang masuk dan bagi nasihat2..

Anonymous said...

1. alhamdulillah, syukur kepada allah swt.
2. pandangan/tips tentunya drp yang berpengalaman n matured @ maksudnya hanya yang telah melalui semua ini dpt mengungkapkan sedemikian.
3. usia setengah abad seharusnya membolehkan kita berfikir dgn matang, akan tetapi perkara yang dah sebati atau perangai semulajadi sukar diubati.
4. tidak semua manusia dijadikan sama, sempurna dlm semua hal. mcm kata madud some people make thier own luck!
5. kuncinya...always rasional dan TERPENTING jgn abaikan SOLAT.
6. sapa yang ramai anak mcm aku nih lagi la kena coool.
7. akhirnya, tips fazie jitra n Own tu elok sangat dikongsi eventhough kita semua, hopefully all of us boleh berfikir dgn waras.

Anonymous said...

Alhamdullillah syukur ramai yg dah masuk sembang n ceramah, baguih2. Own apa khabark? Lama kita tak jumpa naa.. Yang Zainal ni, yang mana satu ? Minta maaf laa saya tak berapa nak ingat. kalau boleh tolong la refresh memori kami skit. Jangan marah aaa...
Saya pun berdoa juga masa isteri mengandung dulu dan juga selepas dilahirkan agar anak2 jadi sempurna segalanya. Tapi kalau Allah Taala nak uji kita, tahan(sabark) saja lah.
Last skali, koden, takat nak view blog Dz ni, bukan lama mana pun. Sat2 lalu bengkel kawan aku, aku jengok laa kalau dia tak guna pc dia, baguih geng aku ni, semua tak kisah, pakai laa selagi nak pakai tapi tak la aku dok sampai dia tak bley pakai, heheheeh

Anonymous said...

FOR U MADUD..!!

iNSYAALAH MADUD...UJIAN U DI DUNIA..U MASIH BOLEH BJALAN,BFIKIR
DAN BCAKAP SO TERUSLA BDOA DAN JANGAN TINGAI SOLAT...INGATLA KALAU DIA TAK BAGI DI DUNIA DIAKIRAT DIA AKAN BAGI...ENTAH2 SAHAM KAMU LEBIH LAGI DARI YANG LAIN...PCAYALAH AALLAH TIDAK ZALIM..DIA LEBIH MENGETAHUI DARI KITA DAN KENAPA DIA BAGI KITA REZEKI BEGINI..SEMUANYA ADALAH YANG PALING BAIK BAGI KITA.

DUDDD..SENYUMLA SELALU..I LIKE UR WORDS DLM BLG DZ NII..AND U INGAT DAK DULU...MACAMANA U NAK TANGKAP BASAH I DENGAN KODENNN...
...AH NOW U CAN SMILE...CHAU DUDD..

FAZIE JITRA.

Anonymous said...

i bukan nak tangkap basah tapi I takut org kampung yg tangkap, I've seen the results of their actions and i worry for the both of but I guess you both misjudge me thinking I nak tangkap basah...Ha ha ha. Thats ok. No problem. I'm cool. Now you know.

Anonymous said...

woww.. mesti yg lain hairan..dari dok bagi tips..tengok2 tangkap basah pulak.
l dgn koden pi Kl..dia pi rumah abang dia nl pi umah sis l.umah abang dia satu block and level dgn umah sis l. that day dia drop kat umah sis l n we v a chat..masa tu la madud mai..dia pun tak sangka nak jumpa l ngan koden di situ. mcm tu la ceritanya..
hai mana koden,dz..takan tiap kali l visit u punya blog dia diam....

fazie.jitra/loq staq

Anonymous said...

tutup saja laa crita tu fazie oii. past is past. k`. : )

Anonymous said...

Koden,
Apa cerita ni....tak kan sampai jadi mcm tu kot? Ni cerita baru, mcm mana aku tak tau! yr comment plse1

Anonymous said...

kODEN,
Aku tak puas hati lagi selagi tak dapat komen dari hang. let it clear in this blog!

Anonymous said...

Salam,

Hehehe. Apa yg nak d komen? Betoi la tu. Aku p rumah Nuri d tingkat 4 flat Kg Baru n kebetulan terserempak Fazie yg p rmh Rodziah, aku p la rmh depa yg selang 2-3 pintu dari rumah abg aku tu. Betoi la cerita tu. Tak dak apa yg sensasi sbb tu Madud n aku dah ingat2 lupa crita ni.

Dek D, kalau hang nak tau cerita sensasi yg mana2 pun..., labur la sikit. Hang ni jenis taik hidung masin. Susah sungguh nak belanja kawan2. Aku tau Dz dok stuju dgn cadangan aku ni.

Amacam..., nak dengaq dak cerita sensasi??? Pikiaq amek la. Tapi hang kena p test dulu jantung hang. Kalau dah betoi2 sihat n tak herot lagi tangan n kaki, mai kita jumpa utk berceritera

Wassallam.

Ciow

KODEN

Anonymous said...

Koden,
He,he,he, hang memang hebat koden, bab nak provoke org, hang memang no satu. Habis tu mcm mana? Tak kan hang nak dok diam kot? Org dah buat cerita pasai hang, tak kan dok diam kot! guna la hang punya major decision.

Anonymous said...

Salam,

Eh apa yg aku nak respon. Cerita betul n ketiga2 parties yg terlibat tak dak niat buruk. D,for ur info..., Rodziah sewa rumah tu dgn kwn2. Berapa ramai, aku pun tak ingat.
Anyway, bagi aku tulisan kwn2 today tak dak niat provokasi. Kecuali yg hang punya saja la. Hehehe.

Dah tua2 ni, tang mana yg boleh ignore..., kita ignore. Tang mana yg patut komen..., kita komen berpada2.

Contoh: Bila sis kita yg ada masaalah meluahkan perasaan tempoh hari kita pakat2 respon. Bila dia cakap tak payah persue..., semua kita stop.

Betoi dak D? Hang pikiaq la waras2 n matang2 k.

Wassallam.

CIOW

KODEN

Anonymous said...

l setuju dgan koden. disini tak ada nak provoke sesiapa..hanya ingat balik cerita lama2..kita dah tua or the right word veteran,dah boleh fikir yang betul dan salah. mungkin l tersilap tulis tapi tak niat nak aniaya sesiapa. minta maaf. mungkin selepas ini akan lebih berhati2...masing2 dah ada comitment.sorry koden and the rest
l betul2 tak ada niat negatif..boleh baca balik..


fazie

Anonymous said...

salam madud

u ada lupa sama wa ka. u ada telepon sekali masa wa di shah alam. koden sama dz pong masih ingat. dia orng punya otak manyak klass...tapi lu punya stail, wa suka la. u are in u own class...that's the way i use to write. simple, short and concrete. lenggok bi sungguh menawan.

aku ambik kesempatan ni, masa kat sats dulu ada lagi bernama zainal, but nama penuh dah lupa.

rakan kita yang aku ingat (strd 6 1971) ada di kl la ni azahari haron, tk silap budak ni dok pokok nyior atau tunjang. dia baru balik dari tokyo. pengarah pejabat tourism malaysia tokyo.

Anonymous said...

mintak maaf laa sangat2 pak Jainal oii, memori aku short circuit laa. Lembab, dok pun class f, hehehe