Salam untuk semua. - "MINA...welcome to the blog"
Kamal ada hantar SMS:
"Chgu wan bin & imran x dpt hadir krna last minit kena p kursus d johor. Minta maaf pd semua, memang dia bria sngat nak mai"
Walau camanapun aku takkan buang lagi nama depa sebab mana tau kemungkinan kursus tu cancel ka, Johor banjir lagi sekali ka...kan?
Tak banyak hari lagi dah yang tinggai dan kita semua mungkin dah teruja sangat nak balik dan bertemu sahabat handai. Mungkin dah ada yang start beli baju baru dsb untk ke majlis ni. Aku tau for sure sorang dah beli baju baru. Pendek kata tiap pertemuan sebegini rupa dia nanti beli baju baru. Tu menunjukkan betapa serius nya dia bila nak hadiri gathering yang camni. Dia nak projek imej yang terbaik. Bravo...
Aku mcm aku lah selalunya. Projek diri aku yang sebenaq. Jenis tak kisah sangat pasai pakaian ni. Janji aku selesa. Aku tak ikut peredaran fesyen. Tak perlu sangat dalam pekerjaan aku sedang lakukan la nie. Jadi mungkin pasai tu lah aku tak ikut fesyen.
Walau camanapun, hampa semua tak payah lah nak bersusah payah untuk dress up. Kita buat secara kasual sahaja. Tapi kalau yang nak "dress to kill" pun apa salahnya. You are welcome to do so...
Dalam perancangan kita, ada juga sessi karaoke kalau tak silap aku. Sessi ni terbuka untuk sapa sapa saja. Kalau hampa nak practise sekarang pun kira oklah. Tak yah la kata tak praktis lagi bila aku minta hampa nyanyi nanti.
Kemungkinan besaq kita akan ada sessi suai kenal dan juga nostalgia. Kita nak semua berinteraksi. Sessi ni menarik dan akan jadi satu surprise...Aku harap dia akan berjalan lancar. Aku akan bincang ngan Koden dalam perjalanan pulang nanti. Banyak masa kami bersama.
Aku harap ssangat perjumpaan kali ini akan terpahat di hati kita semua selama lamanya...
2 comments:
kakcit nak tnya kawan kita yg sorang tu nma dia lim swee bee dah smpai mna dah x dngaq2 habaq sampai ari ne..
klo sapa taw hello2 la sama...
rindoo ne...
sruh dia mai la..
26hb ne jumpa kwn2..
tarakuca2 ca...
Amboi kakcit...Siap tarakuca2 ca lagi. Macam Saloma daaa..Swee Bee tu yang mana satu ha?
Post a Comment