Wednesday, January 30, 2008

LAUT BIRU...

Tiga Dara Pingitan
ASSALAMUALAIKUM,

Kalau Ain baca dan tengok gambaq tu dia mesti gelak, sebab malam tu aku dah sebut dan dia kata "Nak masuk blog lah tu"

Anak dara kat atas tu...yang khusyok tengok big screen tu tengok tennis kut...sebab yang aku tau dia ni juara lah bhgn tu, atau pun dok pikiaq banyak mana duit dalam account dia sebab kata bapa dia, pompuan ni pandai simpan duit.

Yang dok tengok screen fon tu mungkin dok find out camana nak lega cepat dari kayap kut...hehehe

Dan yang tersenyum kat hujung tu realise aku nak ambik gambaq dan siap posing lagi. keturun mak dia lah pasai tak lokek ngan senyuman...

Biaq aku kenalkan depa ni from L-R...Anak Koden,Anak Koden,Anak Ain....Hahahaha kenai? Uncle dah lupa nama hampa cik oi...

Cuaca di Paka hari ni terik dan very clear..Baru nampak laut yang biru tu.. Aku pung baru balik dari melawat site..So far so good..Kerja berjalan lancar.

Balik tadi aku ajak member pi minum, terus dia bawa aku pi kedai yang nelayan selalu frequent punya..Kopi dia best. Aku tengok menu dia pelekat kat dinding, ada satu makanan yang aku mula hairan lah apa ke bendanya. Mee Goreng Mamat. Pikiaq punya pikiaq rupanya mee goreng mamak lah...Depa ikut camana depa cakap la tu. Order lah kami pung mee goreng tiga pinggang.
Presentation cantik...tapi manis tu masih ada. Lapaq punya pasai, bedal saja lah. 3 org makan dan minum 14 rial. Ok lah gak dak?

Balik office, buka email, jawab email...tut tut dapat call dari Kamal. Dia bagi tau kata dia dah hantaq duit tu kat Ta dan dia dengan Jamal ada pi ronda kut Jitra tu untuk cari tempat nak buat gathering bulan 7 ni..Ada lah 2 tempat yang dia mention...nanti dia dapatkan quotation dan mungkin kita jumpa lagi...kat Jitra this time.

Pas tu aku call Ta...tapi dia tak jawab. Later dia call balik guna no 013. Dia masih on leave lagi dan mak saudara aruah da menemani dia begitu juga anak dia sorang hanya akan balik bersekolah after Chinese New Year. Dia tanya aku ada kat mana? Aku jawab lah kat Ganu sebab ada projek...Dia mention kata aruah memang plan nak gi Ganu cuti nanti, nampak gaya tak sempat lah..Aku pung dengaq dia masih sedih so, dia kirim salam member semua dan berterima kasih amat sangat diatas sumbangan kita semua dan dah pung pi bank in duit yang dia dapat kerana takut simpan kat rumah. So, itulah saja tele conversation aku ngan dia.Tak panjang dan aku pung tak tau apa nak tanya sebab aku masih rasa kesedihan dia tu dan tak mau nak bagi dia recall benda yang menyayatkan hati dia. Maybe next time bila dah lama sikit boleh berbual panjang kut.

Aku belum merasa lagi kehilangan seorang yang amat rapat ngan aku cuma aku rasa hilang tok dan wan aku. Semua depa ni masa meninggal aku tak sempat jumpa...

First tok sebelah pak aku...masa tu aku sekolah rendah lagi. Masa dia nazak tu, aku adalah pi tengok, tapi malam tu dia suruh pak aku balik sebab aku nak sekolah pagi esok. Sampai rumah, ada orang mai bagi tau kata dia dah tak ada.

Lepas tu aku hilang pulak Tok Wan aku sebelah mak aku...Aku ada break dari Politeknik masa tu dan masa nak balik ke sana pi jumpa dia...Dia pesan kat aku .."Kalau Wan mati, baca Khul Huwallah banyak2 untuk Wan"..aku ingat sampai la ni..because the next semester break aku balik, bila sampai rumah akt Quarters Sek Men Pulau Nyior tu, rumah aku kosong. Tapi kunci memang tau dok kat mana jadi aku masuk, tengok note dari pak aku suruh aku call rumah tok aku bila sampai. Aku call dan dapat news Tok Wan aku meninggal. Pak aku mai ambik aku dan aku dapat lah tengok jenazah sebelum di kebumikan.

Ada lagi cerita yang menyayatkan hati aku, tapi aku pulak rasa sedih sebab masa aku dok tulis ni, mesjid sebelah opis aku ni berkumandang ayat2 Quran, prelude to Zohor...Tiba2 aku sedih...

Anyway aku dapat berita hangat today so aku nak share ngan hampa semua lah!!

Y.A.B Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menubuhkan satu badan khas untuk menyelesaikan masaalah kaum India dan telah mengarahkan Dato' Samy Vellu menjadi kepala kepada badan ini yang diberi nama 'Badan Untok Tolong Orang Hindu'. Jadi Samy lah yang jadi kepalanya....

Aku juga teringat masa aku balik Penang hari tu, member sana bagi tau bahawasanya Pak Lah ni lebih hebat lagi dari Harun Din. Kalau Harun Din setakat boleh halau dan tangkap hantu dan jin, Pak Lah bukan setakat tangkap jin, malah boleh menelanjangi Jin...Dahsyat tu.

Anyway aku harap semua berada didalam keadaan yang sihat walafiat dan bergembira selalu ngan keluarga dan Mc 'E' ada tinggai sepatah dua kata untuk aku..aku bagi hampa tengoklah..

Dz, kesian kat hang. p mai p mai nak bagi kwn2 jumpa, hang dah nk demam. kalu demam sapa jaga hang... nmpaknya kna cari pnjaga no.. nnti umoq mningkat lagi haghu.. McE

Thank you for your concern..Penjaga tu ada cuma dok jauh...Umoq dah memang meningkat tapi alhamdulillah belum ada penyakit yang hinggap lagi. Kalau dah Dia nak bagi kita terima sajalah..
Demam sekepoi camtu tak pa..Aku punya medical is still covered by TNB.No prob. Aku ni di iktiraf sebagai pesara TNB.

Oh..ini ada satu cerita baik jugak.Tapi dia concern aku ngan Koden la benda ni..sebab nama Koden ada mention.

Masa aku dalam perjalanan balik dari KL hari tu, aku terima SMS dari Muttalib memberitahu kata dia sedang berada di rumah Roshita masa tu. Kata dia Ta sunyi dok sorang, dan aku pun dok sorang. Dia nak suruh aku ni take over Ta lah...Pastu dia ada mention Fadz kalu jadi cam Ta, Koden boleh take over...Aku tak larat nak layan dia sambil dok driving jadi aku berhenti kat RnR terus jawab kata" Kalau hang jadi cam laki Ta, jangan takut, aku sedia dengan rela hati jaga janda hang. Hang dok dalam pung boleh senyum"...Marah dia...pastu baru diam. Hehehe. Gebu tu...Jadi abang ipaq dia pung ok gak...Kan Koden kan? Hahahaha.

Oklah merapu je lah.

WASSALAM..Koden sibuk ngan India punya cerita kut la ni..

dz


Monday, January 28, 2008

Makang Ikang Balik....

Blues Gang SMJ

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh...

Koden kata:

Assalamualaikum,

Alhamdulillah agenda brsahaja yg kita nak maintain, dpt d maintainkn.
Aku tak dak words to tambah utk nak stuju dgn Dz tentang "suasana kebetulan Kesedihan" yg jadi prelude to the dinner n how we should face it with grace. TQ Dz. Well put.
Yg penting, sedih berpada2 n....KITAYG DOK QUEUE NI, BUAT AMALAN BANYAK2 LA!!!!
Aku mnta maaf bnyak2 sbb aku pun tak sangka yg aku boleh naik hiba mcm tu. Agak nya makin tua ni makin senang tersentuh kut. But on a positive note.., tht shows how strong our bond is. You all r my true bro n sis.
Gah offered her house (with Zaki's consent)for a tahlil utk Shukri . Klau ada sapa yg terasa nak join for this, tolong kompom dgn aku a.s.a.p. We can decide any mlm btween Khamis, Jumaat or Sabtu. Tolong get back to me please.
Mlm tu McE suggested kita buat 1 lagi get together tapi on a different mask pula. Maybe kita buat lawan BOWLING ka! I like the idea. So now, aku harap dpt respon dari lebih ramai bro/sis.
This will b a better avenue utk kita bawa anak/bini/hubby to come n have fun n get to know.
Mlm dinner tu, aku bawa handycam n suruh anak2 aku tembak la kat mana2 yg patut. Depa balik gitu saja, haram tak tembak langsung. Kamera tu dah break record of "tak pernah ambil gambaq sejak dbeli". Dah lebih setahun beli, sekali pun tak shoot lagi. Ghaplah betoi anak2 aku ni.
OK got to go sbb anak aku nak guna internet pula.

Wssllam.

CIOW

KODEN
L-R, Datuk Badar, Abang Mehat & Kak Noni

Alhamdulillah lah kalau Gah dah offer rumah dia untuk buat Tahlil...Hampa pikiaq la camana nak buat dan bagi tau aku. Aku cuba make time, insyaallah.

The idea of going out on a bowling game si very noble. Best gak tu, aku setuju. Hampa bincang dan count me in.Kalau boleh buat after March ni cantiklah sebab proj aku settle March, boleh gak join main bowling yang dah lama tak main. Aku nak praktis bowling kat mana di Paka ni...Golf ada lah...

Ada juga kawan kita yang aku rasa sungguh sensitif dengan kehilangan Ta..Aku turut bersimpati dan appreciate sekali apa yang di lalui oleh Gah. You are a very good friend and only now do I see this part of you and I rasa bangga to have known you all this while. All of us feel the lost, but you feel it harder. Take care...

And Gah says:

Assalammualaikum.Alhamdullillah
.Ipun turut bershukur yang tidak lah hampa dan sia-sia harapan sahabat kita yang datang dari jauh dan dekat. Di sini I would to ambil kesempatan to minta ampun dan maaf for dissapointing some of our friends by not showing up that night.Its just that we are all different in so many ways. Allah has made us that way.EVENTHOUGH I feel that Shita is closer to the boys but some how or rather I felt her lost quite deeply, even though I never got a chance to meet him personally. But as a friend and awife myself I guess I could feel her sorrow, so if I had gone that night I guess, its like I'M turning my back on her. But then again, please.... I hope that nobody would be offended by the way I feel cos thats me. So please accept my appology and deepest regret for not being able to bring myself to attand the dinner.

Saya sangat-sangat berharap semuga kita dapat bergabung semula untuk menyumbang sekalong doa semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh allahyarham saudara Shukri. Amin. Semuga pengalaman ini akan lebih mengeratkan lagi siratulrahim antara kita semua. Semuga kita akan sentiasa bersama di hati wakau pun kita berjauhan.Insyaallah kita akan bertemu juga jika ada rezki.THATS ALL FOR NOW. WASSALAM

Aku boleh rasa sorrow dia dalam tulisan dia tu. Aku respek how she feels. Nobody yang marah kat you cos you tak mai. I know all of them understand and appreciate it. So, no worries mate. We'll get together again sooner or later. Time will tell.

Aku betui betui tak pernah tau this side of Gah, although aku ngan dia dulu pung bukannya sembang banyak, tau sajalah dulu2,kalau sembang saja depa kata gofren, boyfren lah..Yang membuat kan aku remeber Gah ni adalah, she's slim and tall and always terkezut kalau kita approach dia..Dan kalau bercakap dia selalunya lembut...

For your info,Mr.Ainon la ni ada di Thailand. Jumpa ngan adik beradiklah kut. We dapat news ni dari Chop Pak Mae yang telah mengontek anak Mr.Ainon dan seterusnya menyebarkan berita ini. Now that we have contacts, mungkin lain kali kita dapat jemput dia untuk bersama sama ngan kita bila kita get together lagi.Syukur.

Lagi satu berita yang quite hangat kita dapat malam tu ialah, rupanya one of our seniors malam tu ya itu Abang Mehat adalah abang kepada Kurniawati. Jadi one more contact established. So all in all tak sia sia jugak lah malam perjumpaan tu...Hehehe.

Mc 'E' ada meninggalkan sepatah dua kata, katanya:

Salam smua,

Alhamdulillah dapat juga brtemu dgn kwn2 lama dan dapt buat kwn baru hasil dari titik peluh Dzamri, Koden, Hasaza n the rest of xSMJ. Yg bestnya exco alumni SMJ, Abg Mehat britaw dia ada simpan members list of not only xSMJ but also xSATS. Jadi aku bleh join jgak sbb aku kat SATS from 1966-1971, sama Gah, Dz, Kden, Rajan, Cheng,etc. Yg bestnya ada batch junior SATS yg mai mlm Jumaat tu, unfortunately xdan nk introduce to Dz, the event organizer - jgn mrajuk ye...

It was very unfortunate that our friend's spouse, Bro Shukri had to leave us forever esp. his wife n family. Moga2 Ta kuat smangat even though I haven't seen her for ages.

As for the rest, I hope to meet again mayb waktu main Bowling or some other time. Tnx again Dzamri, Koden, Hasaza for taking the xtra effort to gather old friends. Next time mayb bleh knal lbih rapat dgn yg lain, like Teh, Di, Ain, Jit,etc.2

Salam dari McE.

p/s Koden, ur right I was talking to Chop Pak Mae (jr. kita 4yrs) at the parking lot of Klab Shah Alam after u,Dz n Kamal went for teh tarik at 1 am - hang tau pkul 2.30 pagi baru habih cakap ngan Chop dkat parking lot tu!.. tapi tak pa,kwn lama..

You are welcome Mc 'E'... Memang betui lah apa yang Koden kata tu...Kalau dia sembang mesti panjang punya cerita dia. Patutnya malam tu hang mai la jumpa kami kat kedai mamak..Hahahaha.

Aku enjoy malam tu, although tak sepenuhnya, tapi enjoy. Puas hati pasai dapat mengumpulkan begitu ramai sahabat2 yang tua dan yang muda untuk bersama2 dalam satu majlis. Common ground "SATS/SMJ"

Dan aku juga harap hampa semua dah cuba korek telinga hampa ngan kaca yang Madud buat, but make sure masa korek tu hampa pejam mata dan bayangkan majlis malam tu. Jangan dok bayang muka Madud sudah sebab dia tu ada sikit.... Artist lah katakan.

Satu ucapan WELCOME aku nak sampaikan kat junior kita ni yang baru pertama kali komen kat sini,dan aku appreciate apa yang dia kata.

NAMASTE Yan...:

bagi pihak juniors yang tak berapa junior dah, kami extend ucapan terima kasih kami pada 59ers yang dah jemput kami join gathering tu.Kami juga minta maaf lah pasai lupa nak hot2 setengah seniors tu, terlalu asyik jumpa gang yang tak pernah jumpa dari darjah 6 sampai lupa orang keliling. Ada terlintas nak tegur tapi seriau tengok muka...ranggi la, berkabung kot..Tapi kami tegur juga yang kenai2 tu. Anyway ..maafkan kami, maafkan kami.


Cool...Nampak gaya macam depa ni la yang nak menyambungkan kita punya perhimpunan ni. Good, ada masaalah tanya Koden..Dia cekap pasai hal ni semua.

Lagi satu aku nak bagi tau hampa semua, aku ada pegang sejumlah wang yang kita kutip malam tu. Ada orang politik dan Kementerian Pertahanan telah sanggup untuk bagi sumbangan...Jadi aku ngan Koden bincang kami akan simpan duit ni dan kita akan buat sesuatu dengan RM tu.

Malam tu selepas dinner tu kami ada berbincang ngan Kamal untuk buat nexr gathering kat Jitra. Koden nak buat dalam kelas SATS, tapi ada gang yang bukan SATS pulak.Kita kena cari satu tempat yang senang untuk semua. Tetapi masaalah dia, sapa nak coordinate kat sana? Tak nampak lagi muka2 yang boleh sanggup buang masa dan tenaga depa untuk nak buat benda ni. Kamal ada lah..Tapi dia pun duduk kat B'worth. Kesian kat dia jugak. Kena cari seseorang lah. Lepas aku dok pikiaq aku rasa Fadzillah boleh jugak hala benda camni. Kalau hampa ada terpikiaq sapa2 yang rasa boleh tolong bagi tau dan aku akan cuba kontek depa tu..Maybe Bangau? Who knows, kan dia selalu terbang sana sini...hehehhe
Maybe Yan can update me on the names of the above..tak kenal lah. But anyway they are our juniors who accepted our invitation and came to the gathering. Cool gals..

Tak dan Yan nak habaq dah ada orang lain cerita sapa depa ni..TQ very much NORI.
Gambag 3 ladies tu.. Woman in black - Zaharah; in white Mahanum n yang lagi sorang tu takkan tak cam muka tu kot..cuma rambut tak kerinting macam abang dia, Rafi; she's Norliza Salleh Khan.

Oklah..Bapak dah tak larat dah..Tadi baru habis meeting. Banyak kerja. Nak balik rest dan maybe tidoq kut..Angin laut kat Paka today sejuk lah..Rasa cam nak demam.

All of you can check out the pix here:

http://picasaweb.google.com/dzamriabdulrahman/KelabShahAlam

WASSALAM

dz

Sunday, January 27, 2008

CHEER's


Assalamualaikum,

Amboi letih lah aku ni...Dah lah sibuk ngan dinner tu, pas dinner pi kedai mamak lagi ngan Koden n Kamal kira duit dan bayaq duit sampai kul 2:30am kut.Pas tu balik tidoq. Esok pagi tu dah bangun awai awai pi settle lagi apa yang sepatutnya settle hal hal kelab tu, pastu pi cari jeans kat anak aku sebab dia dah start practical dia kat Air Asia tu dan nak pakai jeans utk kerja.After that pi office aku kat TTDI Jaya ambik tender yang dah siap di isi untuk nak bawa balik Ganu and submit on Sunday, pastu pi lunch kat Cili Merah Shah Alam. Lepas makan dah pi jumpa anak aku yang eldest tu dan download semua gambaq dari kamera ke laptop aku and straight away pi Nilai hantaq anak aku ke rumah sewa dia. Lucky dia yang bawa kereta, jadi aku sempat lah tidoq sat.

Lepas bersalam ngan anak aku, terus lah aku sambung journey back to Paka Trengganu. That was about 3:30pm aku start journey.

Sambil bawa kereta tu, teringatlah semua apa yang jadi, sapa yang jumpa, apa info baru yang dapat dsb.

Malam sebelum dinner tu, masa kami finalise tentang dinner ni, ada 4 kepala masa tu. Kepala aku, Koden, Hasaza dan Mc 'E' Ahmad yang handsome dan licin tu...Hehehe jangan marah Mc'E' aku bukan kata apa apa cuma you have a longer face now..Tapi character tu ada...Salute.

We talk, we joke, we plan, we drink and we basically discuss about apa nak buat malam esok. Dalam semua 4 ekoq kami ni tak dak sapa pung bring up the idea of cancelling the gig sebab kematian suami Ta...Jangan silap faham...Kami sedih for her tapi keadaan akan jadi lebih sedih sekiranya perjumpaan ni di batalkan. Easy untuk orang yang cuma dapat jemputan dan bayaq RM30 to ask for cancellation, but very difficult bagi kami yang plan, design dan implement benda ni untuk tutup buku begitu saja. Kami terpaksaa take so many things into consideration. Jemputan yang dah sampai dari Langkawi, yang bersiap siap mai dari Lumut, yang tergedik gedik tak sabaq nak jumpa member yang berpisah selama 30/40 tahun dan yang tak dapat permission suami nak mai tiba tiba lepas pujuk termasuk aku pung yang tolong pujuk dalam blog dah sedia nak mai, kita nak kansel ka? Put yourself in our shoes.

Aku respect kawan kawan yang bersedih, tapi adakah sedih dia tu terubat dengan dok di rumah dan tak mai jenguk kawan yang ramai nak mai ni. Bukan nya selalu kita buat benda ni. Kalau selalu ok jugak lah tak mau jumpa sebab dah boring selalu sangat jumpa. Lagi pun, kita ni kalau ikut norm dia, sepatutnya dah dekat lah nak buat journey of no return tu.So apa salah nya kita bermesra dan who knows next time we meet up sorang dah tak dak...Boleh jugak kita kata "Haa..last sekali aku jumpa dia kat Kelab Shah Alam lah...Innalillah...Dan juga sembang ngan dia malam tu.." Hampa semua jangan dok ghaplah bila aku kata camni..ini satu example saja...Hahaha...Atau pun..."Hari tu je dia dok nangis masa cakap pasai Ta...ni dia pulak..."..lebih kurang camtu lah...Nauzubillah...

Upacara malam tu di mulai dengan Al-Fatihah untuk dihadiahkan kepada Allahyarham Shukri suamai kepada Roshita Mansor.

Apa pung deep down aku rasa amat bersyukur dapatnya kawan kawan macam hampa semua. Deep down juga aku,koden dan yang terbabit terasa amat berbangga sekali dapat mengumpulkan begitu ramai X-SMJ malam tu..daripada yang masuk SMJ tapi bersekolah di Jenan sebab SMJ belum siap sehingga lah yang keluaq tahun 78 atau ada lagi yang muda pada tu ka?

Tak lupa juga yang tak masuk SMJ tapi X-SATS namely Cheng ngan Mc 'E' yang mai dan bercampoq ngan semua orang. Hampa best lah.

Malam tu memang amat colourful sekali hadirin hadirat sekelian..yang bertudung, yang berambut, yang beruban, yang kurang rambut yang muka dah panjang sebab muka dah bersambung ngan dahi sekali sampai ke atas dan jugak yang wayar sikit...Ada juga yang berpangkat Datuk yang dianugerah Sultan dan ada juga yang berpangkat Datuk di anugerah oleh anak-anak. Alhamdulillah.

Di dalam komuniti yang berumur 45 and above ni, ada juga yang mai bagi tau nak kena balik awai sebab anak menangis kat rumah..Banyak yang tergamam. Pasai apa tergamam? Sebab kalau cakap budak dok menangis ni semua dah berpangkat cucu, bukan anak lagi...tapi ini lah dia anugerah bini muda..Dari Bandung ya...

Semua mai dengan ikhlas, nawaitu betui, alhamdulillah majlis telah berjalan lancar walaupun pada permulaan bila MC hiba sikit, aku dah takut majlis tu nak jadi suram...Tapi thanks to the MC yang berperwatakan Rajinikandh ni, dia turn around balik terus meletup...Duussshhh...

Seperkara lagi yang aku nak tegur sikit kat sini adalah pasai ada juniors yang aku tak kenai dan juga tak ambik effort untuk mengenalkan diri pada yang lebih tua..Tau tau sajalah orang tua tua ni dia cepat kecik hati. Mungkin depa segan, tapi culture kita ni camtu lah...Whatever it is thank you for coming and Tat nampaknya sibuk ngan Yan dok gather segala database kawang2 depa semua.Good move and hope you guys carry on the good work. Aku nak pesan kat Yan ngan Tat, kalau hampa rasa nak dapat terima kaseh for doing all this, jangan lah harap sangat, tapi janji hampa puas dengan apa hampa buat dah kira Alhamdulillah....

Untuk pengetahuan semua, kita berjaya kumpul RM680/= untuk sedekah pada Roshita Mansor diatas kehilangan suami tercinta nya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.


Last but not least I wish to thank all of you for making the night a wonderful and unforgettable one...

Cheers...Hip hip hooray...

To our super duper seniors.....Datuk Badarudin, Abang Mehat, Abang Ali, Abang Shamsudin and Kak Noni, Ampun dan Maaf di pinta sekiranya ada salah dan silap dari pihak kami dan terima kasih yang tak terhingga kerana hadir dan memeriahkan majlis ini.

Terlupa pulak aku nak masukkan komen kawang2...yg. pertama

Salam geng, amacam Dz dah smpy KL ke blum? Aku jealouslah bila Dz bleh post gambaq mak ngan pak dia, depa cun2 plak tu.. mcm aku ni dah jadi anak yatim piatu, maklumlah umoq pun dah stngah abad. Jadi utk sapa2 yg tak dak mak atau pak atau kedua2 skali kita sdekahkan alfatihah dan doakan agar roh mereka dcucuri rahmat. Semuga pak n mak hang, Dz sihat walafiat (dan yg layin gak).

Jadi, bsok jadilah kita jumpa no? Tapi sekoq pun aku granti tak knai sbb dah dkat 40 tahun x jumpa.

Qrius jugak - bsok tak dak surprise guest ka - kot2 sapa2 bawak Siti Nurhaliza ka sbgai kawan, Fasha Sanda ka (dia kan org utara) atau Pak Lah atau Cik Det ka. Bleh jumpa patient yg dia masuk jawikan dulu.. he..he

Hampa dok tulih aku tak paham, jumpa besok d Kelab Shah Alam. Hampa panggie aku Zorro, so I cu tmorow!!

Pas tu ada gak lagi...

Inna Lillahi Wainna Ilaihi Raajiuun. AlFatihah.

WASSALAM.

Friday, January 25, 2008

Al - Fatihah

Assalamualaikum,

Kita telah dikejutkan dengan berita pulangnya ke rahmatullah En. Shukri, suami kepada sahabat sekolah kita Puan Roshita Mansor. Marilah beramai ramai kita hadiahkan Al Fatihah kepadanya......Semoga rohnya di cucuri rahmat.

Al - Fatihah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِ

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

Iaitu jalan orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.

Amin.

Jam lebih kurang 6.00 petang 24hb.Januari 2008...Aku dok bawa kereta, baru lepaih Kerteh, sms masuk kat fon aku, aku biaq dulu sebab kereta sibuk masa tu..Jalan kecik pulak kat situ.
Pas tu aku dapat call..Kelam kabut juga akau sebab hands free tak pasang lagi, sempat juga aku jolok menatang tu dan jawab...Koden on the line...Aku terus habaq kat dia kata aku baru je keluaq dari Paka dan on the way now..Definitely lambat sampai KL. Malam ni kami sepatutnya jumpa sebab nak finalise pasai gathering ni. Aku kata lagi suruh depa carry on je lah dulu without me.

Dia tanya aku hang dah tau ka? Tau apa? Shukri laki Ta baru meninggal. Aku tersepok. Aku sempat ucap Innalillah.....

Macam macam dalam otak aku masa tu. Dia tanya camana kita nak buat ni.."Kalau hang sampai awai, aku nak ajak hang balik Kedah. Kita pi ziarah. Kalau hang tak larat aku bawa kereta." kata Koden.

Aku pung tak tau nak jawab apa. Dok pikiaq letih jugak tu. Tapi kalau dah Koden sanggup aku nak ikut je lah.

"Kita tengoklah sat lagi bila aku sampai KL" aku jawab.

Dia pung kata at a loss, tak tau nak buat apa, pasai dinner lagi, berita camni lagi, nak carry on ke atau nak cancel ke...And last dia kata " Bukan senang aku nak cari orang yang satu kepala ngan aku nak balik Kedah ni..."

Ok lah..we hang up after that.

Otak aku memberontak. Terbayang juga Ta ni camana kat sana. Ada ka orang atau kawan yang tolong dia. Aku tak nak call dia sebab, this is not the right time sebab kematian tu baru sangat dan Koden kata bila dia cakap tadi Ta menangis. Lagi satu, benda benda yang sedih camni aku tak reti sangat nak handle. Lupa sat pasai Ta. Aku konfiden dia boleh handle ngan elok.

Aku tengok fon aku ada msg. Check..ada miscall dari Kamal. Oklah, mesti news yang sama. Aku call Talib. Minta dia mewakili kawan2 pi melawat Ta atau buat apa yang patut as a friend. Malangnya dia ada kat rumah anak dia di Ipoh.

Sampai lah aku kat trafik light nak masuk Kemaman..Fon bunya lagi. Aku tak dak time nak tengok sapa dah sebab dok drive...teruih jawab. Gah on the line. Gah suggest kami cancel sebab berita ni dan kata dia Roshita lah yang paling excited nak mai join. So not fair for us to be happy during her grief. Aku diam je. " Tak pa I sanggup bayaq tapi tak mau pi..U nak balik Kedah ke?" kata Gah. Aku bagi tau kata Koden intend nak balik tapi aku belum tau lagi cos I am still in T'ganu. Then I said " Janda lah Ta now dan I ni duda..." Baru Gah gelak dan kata ha eloklah kita postpone dan buat gathering tu lepas 100 hari... So aku kata kami memang nak jumpa malam ni utk finalise pasai dinner tu, then only we tetapkan lah nak "on" ke "off.". " You all ni asyik meeting saja...hahaha jangan lah marah, saja kacau ja"kata Gah sebelum we hang up.

What Gah says ada truth nya. Tapi apa yang dok main dalam kepala aku ni pung ada juga point dia.

Gaya nak keluaq dari Kemamang, fon aku bunyi lagi. "Assalamualaikum" suara Fadzillah berkumandang.

"You ada kat mana ni?..Tau kah about Ta? You tak balik Kedah ka? You all nak carry on juga ka? Gah dah confirm tak pi you know! I pun cancel tak jadi pi. La ni I nak pi rumah Ta"

"Ok lah kalau tak mau mai..Kirim salam kat Ta" jawab aku.

Pastu nyonya aku pulak call...Aku bagi tau the news and maybe we have to cancel. Dia sigh. Aku pulak tanya dia pasai apa tak sebut innalillah..dia kata"I don't know how to say but I did say in my heart "Daripada Allah kau datang, kepada Allah kau kembali"...Tersenyum aku..bangga.

Pastu mungkin nak balik Kedah ngan Koden melawat..tapi rasa letih sangat. Maybe we cancel the dinner. Dia kata good lah why don't you turn back.No need to go KL.

Tiba2 aku angry. Aku rasa macam dia ni tak suka aku nak berjumpa ngan hampa semua..aku pung sound dia "You are not happy aa with all this, me going to see my schoolmate and all!"

Wah...dia pung hot jugak pasai tone aku kata tu.."I'm only not happy if you **** another woman!!!" Dam...hang up.

Menyesal lah pulak aku.

Enough about me..

Tapi all the time masa driving tu aku dah adamant tak mau cancel gathering ni. Reason being:

1. Aku dapat tau kata ramai yang sanggup ambik cuti untuk hadir.
2. The confirmation was damn good. 30+ orang.
3. Dalam 4/5 hari ni blog aku dapat hit banyak dan aku rasa its because of the gathering.
4. Aku rasa lots of people yang akan rasa dissapointed kalau cancel or postpone.
5. Tak semestinya kita bergembira macam orang gila bila jumpa, definitely kita akan sembang pasai Ta punya kesedihan dan tumpang bersedih dengan dia dan boleh juga ajak kawan2 hadiah al fatihah kat aruah.
6. Kalau salah seorang dari kita yang kembali ke rahmatullah, aku tak akan teragak agak untuk terus cancel benda ni.

Aku dah janji ngan diri aku nak bagi tau gang yang nak berjumpa kat Penang Mari TTDI malam ni berkenaan ngan decision aku tu.

Sampai Gambang aku dah lapar. Aku berhenti dan makan nasi lemak bungkus dan minum Nescafe . Pas tu terus belah..Keluaq sat saja Hasaza call, tanya kat mana dan juga bagi tau kata dia tak leh lama malam ni sebab esok dia ada medical check up dan nak kena tidoq awai.Dia ini ada high blood pressure.

Aku pung speed lah. Kalau sempat pun sempat lah.Kalau tidak thru fon ajelah.

Aku sampai kat Ikea Hasaza call lagi. Aku pung terkezut sebab ingat dia dah belah...Bila aku kata kat Ikea, dia kata ok...Boleh tunggu...

Sampai sana , Koden, Hasaza and Ismail Ahmad ada..Kami sembang sampai tengah malam.

Alhamdulillah bila aku sembang dengan yang lain depa setuju. So I hope to see all of you tonight.

WASSALAM

dz

Wednesday, January 23, 2008

Come Together..Right Now..Over Me..

Sejambak bunga untuk yang hadir ke Majlis "Come Together...Right Now..Over Me"

Assalamualaikum,

Amboi alhamdulillah...ramai sungguh yang akan hadir lusa..Syoknya aku rasa..Tak sangka no. Baguih la kalau camtu...Lega rasa hati..Cuma risau klu makan tak cukup saja...Tapi mai bukan pasai makang kan? Hahaha...

Menu makanang dia pung simple je...Bukan kenduri kawin. Hak mana yang vegetarian tu bawa lah makanan sendiri, lagi pung kat sebelah parking lot tu ada lalang ngan rumput. Boh kicap pedas kalu boleh tahan gak. Aku boleh mintak depa tu prepare kan. Khas untuk yang nak makan sayoq..Payah la nak prepare untuk sorang ..Banyak songeh lah hindu tu...Thaipusam punya pasai kut..C what I can do lah...But I will definitely come up with something. Don't worry brader..wail wail...adichaaa. Up sere na petay betui.

Pasaran saham kehadiran tutup bercampur2 hari ini. Sentimen saham lebih ke arah kehadiran. Jumlah saham naik +- 7% lagi.

1. Fatimah Zaharin DAH KOMPOM MAI dgn hubby n anak.
2. Din Ahmad yg baru balik dari you know where akan mai dgn Des.
3. Amin Bahari akan sampai esok n most likely anak aku akn antaq dia n kwn ke Quality Hotel Sh Alam.
4. Ismail Syukor ada urusan d luar KL, so masih dok pujuk bos to exclude him from the assignment.
5.Amir Din yg dok d Kerteh, kirim salam sbb tak boleh mai. Tapi kalau d takdirkan mungkin dia sampai.
6. Rajan nak korbankan tuisyen anak demi persahabatan kita (paitikare...). Kompom mai tapi nak minta menu vegetarian.
Aku habaq kat dia kalau Dz tak buat menu vegetarian, aku akan kutip pucuk2 pokok bunga kot luaq kelab tu n pejamu dia.
7. Gang Yan/Tad dah jadi 9 instead of 7 sebelum ni.
Takat tu lah lapuran saham kehadiran yg dapat saya sampaikan.

Laporan diatas telah dikirim oleh Zainuddin Kutty daripada Tamil Nesan ...hahaha jangan marah..aku sayang kat hang Koden. Tak dak hang aku sunyi dalam dunia cyber ni...Hang la sorang yang boleh harap dalam kerja2 camni semua.

Nice to hear that Fatimah Zaharin "finally" jadi mai. Alhamdulillah. Make sure everybody semua make all our friend's spouse feel at home.That is one of the rules that you guys have to adhere too..Klu tak lain kali susah la depa nak mai.

Husband Teh dah ok dah ngan kita semua aku rasa..dia tu peramah dan juga entertainer on stage.

Dess call me petang tadi, pastu pass kat laki dia.Dengar suara punya lah letih..sebab baru balik dari Bandung ya...Din punya sora lah letih...bini dia dengaq ceria je...Baru balik kampung lah katakan.

Amin tu la ni tengah dok berkempen lah tu...Staunch UMNO supporter...Kata angin, pilihanraya 8hb Mac...Mungkin Amin ni salah sorang calun kut..Klu jadi baguih lah tu..

Hope Ismail Shukor can make it too...Amir Din ada Kerteh? Dekat ngan tempat aku dok la ni lah..Only tak dengaq cerita Hasaza kata nak jemput sepupu dia..Norjasman yang dok ada kat pusat serenti la ni..Tak tau lah boleh keluaq ka dak dia tu.Lama betui tak jumpa sekoq tu.

Glad also to hear junior kita dah capai 9 kepala..Baguih sunggoh.Pengganti kita nanti untuk sambungkan perkara yang baik kita dok buat la ni. Aku juga berharap jemputan kita dari Alumni SMJ akan hadir bersama sama untuk memeriahkan majlis yang akan menjadi sungguh unsangkarable ni.

Li Bakar pun tadi kata dia mungkin nak kena balik ke Lumut immediately after the function sebab kerja, tapi salute kat dia sebab sanggup juga mai walau pung keadaan kelam kabut dan sibuk. Dia bagi tau aku dia ada call Rogayah Baharum baru ni...But Gayah tak leh mai lah seperti laporan En Zainuddin kita yang terlebih dulu meneroka ke situ.

Mamat yang aku boh kat bawah ni Koden panggil Zorro sebab bila dia komen dia tak nak boh nama dia..Hahahaha..Aku rasa aku tau sapa!! Ting...Ting...Ting...

salam.. hampa klau bleh convince rajan atau harjit mai aku bleh salutelah.. hasaza pun dah masyuk dah..tu ptanda baik. Pnat lelah Dz mmang bbaloi. tapi aku tak sure program apa dmalam 25 jan nnty. bleh bagi hint tak? ada boria ka, dikir barat ka, krk ka atau musical chair ka.. atau tunggu mr ainon panggil kita nyanyi choir.. klau nyanyi kna biaq kt hampalah.. kita org srender.. ain tu sapa.. sy norain ke.. fadzilah? asma? jasman? md lazim? ada mai ka.. sori, lost touch. k, gotta go..

For now aku pung panggil hang Zorro lah, sebab nama tu sedap gak daripada nama hang la ni...Rajan memang mai, tapi Herjit cuma sorang je yang boleh pujuk dia dan aku rasa he won't turn down, tapi org tu la pulak tak tau mau ajak dia ke tak! Yang tau tu tau lah...Cerita lama. Siap cucuk ngan pensil masa tu..hehehehe Masa tu HERJIT DOK BAWA BOLA HOKI KAT ATAS KEPALA DIA..

Berkenaan program malam tu..aku pung tak tau lagilah nak buat apa..Kalau nak buat musical cahir aku takut berebut korsi sat gi jatuh patah pinggang...40 tahun dulu boleh la berebut rebut. Nak tunggu Mr Ainon suruh nyanyi koir pung aku rasa tak tau nak cakap sebab till now aku masih tak leh get dia punya kontek. Fyi zorro, fazilah is coming with the hubby and kids, nor asma tak leh mai, jasman as I mention earlier, Md.Lazim pung aku tak dapat feedback. Ain tu bukan Sy Norain. Ain ni masa dok SMJ..hang dah melingkup pi tang lain dah...jauh hangpi.

Haa...ni ada sorang lagi kawan aku yang rajin jengok kat dunia cyber ni sebab laki dia tengok TV..

Assalammualaikum. tahniah Hazaza. But at the same time rasa la juga terkilan sikit dihati ni, mana pi semua kawan pompuan kita hah? Masa sekolah dulu macam sama banyak or almost the same number of girls and boys kot. Tot-tot bila dah tua hilang semua. Awat jadi lagu tu. Sedih la juga dok jampok orang jantan saja sembang. Mr Ainon mai ka malam tu. Nak bagi dia buah tangan or flowers ka? Mai la kita kutip duit ambik hati dia. Habaq ok apa keputusan semua.By tge way, oleh kerana I terlalu banyak masa buat masa ni I dah masok blog Dz yang dua lagi. Amboi blog glassware tu sunyi senyap macam siuman ja. Hah tu dia blog Angsa pulak I macam dapat merasakan kemeriahan suasana pada masa tu. Macam terdengar rioh rendah music, peluh para peserta dan juga pengunjong yang berpesta dengan sepenuh hati. Wow SYABAS Dz. U are a good photographer. You captured tge real situation and I FELT AS IF I WAS SUCKED IN AND I COULD FEEL THE MOMENT. Seram tu. SAJA LA BUKAN APA, tennis season kan tak abis lagi. So bear with me la sat saja lagi. Dah cukup merepek for one day till next time....WASSALAM. GAH

Tak kisah Gah oi..Jenguklah selalu.Bapa suka..Awat hampa dok cakap pasai Mr.Ainon ni? I wish I could get him to join us...but so sorry. Amboi Gah..u puji berat sangat pasai foto tu..seronok rasa..hehehe thks.

Last but not least I present to you my closest buddy on the blog..The 1st to enter and comment since the day I started it...

Assalamuallaikum,

Ni sapa pula yg cita2 nk jadi Zorro ni???? Jampuk dia memang masuk daun punya tapi maintain anonymous. Tu yg tak karan sikit. Cek ni sapa cek? Habaq mai sat... Bang Ali sikit pun tak marah.
Aku baca blog ni before zohor tadi tapi ni dah nak masuk 'isya baru la aku boleh jwb.
Sbb nya aku tekejut baca Hsza jampuk.Kelu lidah, kaku jari, manggu mata,dungu otak akibat tekejut Hsza respon. Lepaih tu bila aku kembali sedaq d alam nyata yg memang benaq Hasaza Hanafiah dah jampuk,..... aku punya gelak tegulin gelantang sampai dahi yg jendoi ni terantuk kat kaki katel. Bincot dahi aku pasai Hsza jampok blog. Tapi aku puaih hati. Aku tabik betoi la kat sahabat aku ni.
Calon bakal KSU kita bila nak mola jampok????
Orait, the merapu must stop n kita balik ke tajuk yg sedang kita sama2 dok count down.
Jit kompom kat aku kemarin yg Amin Bahari @ Amin Bughong nak mai dgn kawan dia. Tadi Gah pula tanya nak bawa kawan dia. Jawapan nya..... Mai jgn tak mai!!!
Macam Dz kata la TU DIA ... DIA DOK MAI. DOK MAI DOK KATA TAK MAI.
(jgn mamai sudah)
Betoi la, Zorro tu tanya apa agenda kita mlm tu. Yg kompom dah is agenda i) gelak ii) kutuk iii) tanya background rmhtgga iv) tanya kerja apa v) makan/minum.
Takat la hat tu saja la, insyaALLAH mlm Khamis ni aku, Hsza n Dz akn jumpa utk finalise jumlah n agenda.
Mai la join kami bincang mlm tu nanti. Sapa nak mai, contec aku 021-3168555 n aku akn habaq kami jumpa d mana.
OK aku nak kena stop, Mrs dah 2X cekak pinggang d belakang ni, dia kata nak ajak makan pun susah semenjak gila blogging ni.

Wssllam.

CIOW

KODEN

Memang semua orang gila gila bila Hasaza masuk jengok...Semua ceria Sapa yang kenai dia mesti sengih walau pung depa tu tak pernah jampuk...Hahaha well done again Hasaza.

Time now is 11mins past one..Dah sejuk angin laut kat Paka ni dok hembuih..Aku nak balik rumah dulu..Esok long journey back to Shah Alam...Friday...nananana hey hey hey..goodbye...

WASSALAM

dz

Monday, January 21, 2008

4 HARI LAGI.....

Assalamualaikum.....

Hari ni 21hb. Januari 2008. Hari paling gembira dalam hidup aku sebagai Blogger sebab.....ada orang yang tak reti nak sms, tapi komen dalam blog..Alhamdulillah..bertambah lah komuniti ni gamak nya...

Ini lah komen nya....

Assallamualaikum.

Cobaan, cobaan. Kalau betui alhamdulliallah. Ini bukan kali pertama saya cuba nak `jenguk'tapi dah banyak kali tapi masih macam orang buta dok menggagau dalam gelap, nak tanya orang semua kata `pi kat bawah pas tu klik pas tu komen la. dia ingat senang. Semenjak dapat sms dari Dzambri hari tu dok baca tengok blog ni tapi tak reti nak komen. tapi kalau dah pandai tak nak la jadi macam koden kalau tak bukak terketak-ketak takut orang kutuk dia.
Sebelum ni memang dah banyak benda yang saya tulih tapi Dzambri tak dapat, nak email dia tak bagi jadi dengan penuh kesabaran saya dok cuba dan cuba lagi. Kalau dok melalut kali pertama ini jangan dok marah la dan dok kutuk. Lain kali tak pa.
Sekian dulu Dzambri kalau kali ni belui baru saya akan jenguk lagi, kalau tidak penat dok tulih.

Wassalam

Hasaza

Ooooiiii...Dahsyat tu...Tahniah...Berjaya jugak akhirnya. Koden dah tak leh mengata dah la ni. Sebab Hasaza dah terror masuk dan komen dalam blog. Aku harap gang yang lain yang baca ni pun hampa ucapkan lah tahniah kat dia.

Itulah kan...mau seribu daya. Apa pung tak kering gusi aku rasa pasai terkezut kat Hasaza.
Ada sorang lagi hamba Allah yang aku tak dapat nak check URL dia...Ada meninggalkan message dia yang berbunyi.....

keep it up girls n guyz.. way2go.. sorry, gotta go...

Ok lah tu kan..Biaq lah sapa pung tapi kawan2 lain nak tau juga identiti..Aku buat search pung tak dapat..Anyway, thank you for dropping by.

Dapat khabar berita yang baik dan tak berapa nak baik...Yang baiknya,Fadzil Hashim ( Din Koya ) n Abu Hassan is coming.. Yang tak berapa nak sedapnya, Saadiah pulak la sakit kaki. So macam Koden katalah, sapa sapa yang dok kat Sg.Petani ka, yang lalu kat Sg.Petani ka, pakat pakat lah singgah..beli lah buah2 apa ka..Aku kalau boleh pung nak bawa pi keropok lekor ka, keropok kering ka..Tapi apakan daya ...jauh nun disana.

Aku cuba call Roshita, tapi dapat dengar lagu dangdut semut merah. Tak jawab dia. Just to find out kut2 dia ada address Saadiah, aku nak boh kat hampa semua. Jalan Ampas dah tutup, mungkin lah kat tempat lain kut.

Aku ni terberhenti lama tak sat sebab tiba tiba aku jumpa game PAC-MAN dalam Google...aku main lah dulu..Syok gila..tengok2 dah 2 jam aku berhenti.

Koden pun jampuk gak:

Assalamuallaikum,

Hari ni aku nk jampuk strait to the point saja. sbb nya.... letih n stressful sikit.
Letih pasai kerja n p urusan merisik untuk anak abang aku Malek. Ni baru sampai balik.
Stress sbb anak aku Syazalina kena serious kes of kayap. Aku sayu tengok perit dia dok tahan bila sakit tu mai sesekali. Yg ni manja kat aku, n aku pun manja kat dia. Tu yg cubit peha kanan, kaki kiri nak terajang tu.
Anyway, Smlm Jit sms aku ckp Fadzil Hashim ( Din Koya ) n Abu Hassan kompom coming. So eksyen2 Jit pun, baguih tau dia ni. Aku sayang hang la Jit. Klau jadi KSU..... bisness tolak kat aku sikit k.
Tadi Mohydin Osman ( tak dak kena mengena dgn Mary OsmanD k ) sms minta maaf tak dpt join kali ni. Saadiah pun sms ckp dia tengah sakit kaki sampai tk boleh jalan. Jadi dia pun tak mai.
Kita doa lah agar dia cepat sembuh. Sapa2 bro/sis yg dok dekat2 Sg. Petani, kalau sempat, p la tengok dia k. Wakil kpd kita semua yg lain2 ni.
Aku yakin yg ni kalau kita p tengok, tak jadi dah kes yg "pesakit telah ghaib". Kurang2 pun dokumen pendaftaran n discharge akan ada lagi.
Tengok Dz ni, aku tuleh yg serious pun hang dok nak gelak. Ni yg aku nak marah kat hang ni.
Pasai aku marah, aku nak berenti dah la.
Gd nite semua.

Wssllam

CIOW

KODEN

Apa yang serios tu yang hang tuleh? Pasai permintaan kaum ibu ke? Aku pung serius lah tu..hahahaha..merajuk pulak. Aku tau kita semua cepat kecik hati bila tua2 ni...hahaha.

Kalau ikut kata Koden hari ni sepatutnya jemputan kita boleh kompom...aku harap pung depa kompom lah. Kita berdoalah semoga sapa2 yang sakit tu cepat baik, sapa2 yang laki tak bagi mai tu terbuka hati depa nak bagi mai..Itu lah saja harapan aku dan juga semua penganjur makan ni. Seramai mana yang mai pung kita terima saja.

Tak dak ka cikgu2 kita yang terbaca ka dan nak mai ka? Tak dak sapa ka yang hampa boleh kontek? Kalau ada best kan...Depa pung mesti dah tua dah...Kita pung dah nak 50,apa lagi depa...80?

At least 60+ lah kan?

Oklah sebagai pesanan terakhir untuk yang nak hadir especially jantan semua, ada 2 laranagn kat kelab tu...

1. No roundneck T-shirt.
2. No slippers.

Hak lain ok...Tau je lah..Kelab Shah Alam..

So aku chow dulu..Ngantuk juga aku pung. But whatever...HASAZA dah jengok...
WONDERFUL

cheers

wassalam
dz

Sunday, January 20, 2008

http://darah59-glassart.blogspot.com/

Assalamualaikum....

Waduh,waduh,waduh....kok rajin sekali kawang2 aku ini menjengok ke teratak cyber aku ni...Aduh.. Ampun,kok aku sudah lihat semalam, tapinya enggak senang, lalu ku simpan aja dulu. Pikir ku kapan ku senang baru ku mulain lagi...Agghhh...

Ada yang laki dok tengok TV depa buka blog, ada yang baru balik dari mana2 pung buka blog..Rasa syok lah aku bila memikirkan ada kawan kawan dok melawat, pastu menjampuk..memang klas gitu.

Gah...I tak marah aih kalau you dok masuk selalu..Bapak suka...Kalau u kata I boring dengar celoteh you dan you suruh buka blog lagi satu dan jangan kasi tau you kan? Well tengoklah tajuk diatas tu...I nak habaq kat you juga..Masuklah melawat lawat..Actually yang tu kira macam Gift Shop lah. Kalau rasa2 nak membeli present kat sesapa ka...orderlah. Ini untuk kawan kita juga. Nak berceloteh pung boleh dalam tu, tapi saja kami tulih omputih supaya bangsa lain kut terjumpa,mau lah juga depa dok tinjau... Melawat lawatlah..dan bagi bagi taulah, war warkan lah,anak sapa nak kawin ka? Cucu sapa nak kawin ka? Laki sapa nak kawin lagi satu ka? Ooopps silap...Sensitif...

Bila Gah kata dia ingat SATS dulu papan dan tingkap nacor dawai besi jerejak square, sedap lah kata2 tu. Ooohhh jadi hamap dok stat terkejut dari SATS lah? patut lah sampai ke la ni pung ada gak sikit2 tu..

Betuilah...tuhan pun dah tukaq kita banyak kali dah..antara sedaq dengan dak saja..Walau camana pung selama ni kita jumpa tak dak la sapa2 yang nampak riak merak buih pulak.Walau pun tempieh tempieh tu adala sikit.. But so far gang kita tak dak lah yang terlalu perasan,terlalu nak menunjuk nunjuk, atau terlalu mau dihormati..So far so good. I'm talking about SATS now. Hak sekolah lain tu ada yang eksyen2 sikit...umpamanya Jit Md Noq...eksyen tu mamat tu. Tapi eksyen pun kena ke dia..Hahaha Jit...ensib lah kalau nak marah. Dia di didik macam tu dalam PTD, jadi marah lah kat kerajaan. Aku la ni sanggup marah kerajaan. Tapi dulu time Tun aku tak marah langsung walau pung kadang2 aku terkilan. Aku ni kan masuk jawi kat Tun dulu. Respect dia habis...

Ada juga yang pakai kereta yang tak dak lagi dalam Kedah dan Perlis masa dia beli tu..Tapi bila tanya dia , kata dia aku tak riak...cuma nak bagi taulah takat kereta aku ni tak dak sapa pakai lagi dalam Kedah dan Perlis..Maka gah lah satu kampung adanya, dengan kebangkitan kembali anak watan yang lama menghilangkan diri, membawa balik harta berguni guni setelah menghilangkan diri atau lari? tapi sebenaqnya dia berlari pun bawa guni..Hehehehe.

Aku hari ni baca Sunday Times, ada lah nama nama yang terima anugerah dari Tuanku. Tercari cari lah juga aku kut kut ada nama kawan yang ku kenali ni, tetapi apakan daya, hilang gigi tinggai gusi...Mungkin di lain kali. Jangan bersusah hati, gunung di kejar takkan lari, melainkan depa mai korek berlori lori. Seronok rasanya kanda berbicara begini, tak selalu tapi sekali sekali,agar dapat menghiburkan hati, kepada orang yang tak dak gigi..hihihi.

Aku ni sebenaqnya semalam tak tidoq sejerit pung..Banyak kerja nak buat la kat sini. Lagi pung OPTIMAL plant ni memang banyak sangat documentation dia jadi aku terlalut buat sedaq sedaq dah pagi. Tadi kul 10:30 ada meeting, pas balik tu aku tidok kat meja aku masa lunch.La ni dah 8pm..aku rasa ngantuk pulak dah.

Untuk pengetahuan Koden, aku bukan cerita pasai SATS specifically dalam blog yang previous...aku teringat nak cari badge sekolah kita dan nak tampai...dalam dok cari2 tu lah terjumpa SMKJ dan SKAT. SMJ tak aktif dah portal dia..ada badge ja. Aku lebih kepada nak cari badge SATS tapi tak kejumpaan.Maka aku memutuskan untuk memasukkan badge SMJ jadi tak lah orang yang lain drpd SATS terkilan. Our common ground is the pavillion SMJ. So am I right or am I right?

Whatever!!!!..Aku akan bertolak dari PAKA hari Khamis pas kerja. Insyaallah sampai sana about 9 kut, macam hari tu lah. Kami ada perjumpaan tu malam tu, aku, Koden n Hasaza.Hampa pikiaq lah tempat mana2 pulak..Tempat tu hari tu park kereta lama2 penoh ngan tahi burung lah.

Ok guys I'm counting the days now....ngam ngam 5 hari lagi aku jumpa hampa semua..Offer baguih dah bagi..tak dak tambahan lagi ka? Junior dah dengaq ada 7 orang...meriah lah tu.

Ok..Gah kata:

Assalammualaikum. Jampok lagi. Bukan apa, selalu nya buka computer ni sari sekali ja. Tapi la ni TV Zaki punya. Dia belek kotak bergambar dok tunjuk jantan dan bertina tungin tunggu bola nak hawin reket. I sampai tak boleh nak celah tengok manusia jalan tegak langsong. Dok tungin, tak lengoh ka pulak nooo.. Sory Koden no offence. Bukan apa geram rancangan kegemaran I pun terlepas. So, that is why lately I rajin jampok. Kena la pula dia banyak hari tak keja. Bila time reunion, kita pun tak mau tengok TV jam tu la dia baru nak pi kerja. Kalau tidak kan senang nak pi ada teman. Ni terpaksa la ugut kawan to accompany me malam tu.Ada ka patut. Tersentuh juga perasaan baca sejarah sekolah kita kan.Dulu sekolah papan and tingkap nacor. tak lupa dawai besi jerejak square.I dont know about you all, tapi bila hujan lebat I takut sangat kilat and guroh. Rasa masa tu macam tadak protection against the weather. Terkejut every time. La ni amboi tengok sekolah dah tak cam. Berlain langsong, takdak rupa macam sekolah dulu langsong. Macam tu la kita semua nooo. Dah banyak kali Allah Taala buat renovation atas diri kita dalam sedar tak sedar sampai rupa dan perangai kita jadi macam ni hari ni. Alhamdullilliah. Tapi foundation nya tetap sama kan. Sory la kalu I merepek banyak sangat, bukan apa selalu nya dah tak dak kerja opis la katakan. Orang pencen muda, its either tengok TV, hang on the phone or keluar dengan kawan. Ni banyak hari la pulak Zaki kat rumah semua kena tanggoh. so please bear with me. Promis not for long. Dz menyesai ka habaq kat I pasai blog dia. Kalau ya buka blog lain and dont tell me k. Ok lah. Kalau you all need any help in organaising the reunion please do not hasitate to let me know k. Thats it for now, bab Zaki dah keluar nak jemput anak I daripada main Tennis dengan idola dia Uncle Koden. BYe.

Tingkap nacor besi jerejak square....hahahaha

Kodeng kata:

Assalamuallaikum,

Amboi tak sangka aku ni dah 1/2 abad pun masih dok jadi idola tenis lagi. TQ la Gah.
Gah ni memang isteri mithali la. Zaki nak tengok tv saja, dia mengalah. Ya la Gah, dia dok terbang keluaq Malaysia, nak tengok tv pun tak dak mood. Lagi pun I would consider you as a very fortunate lady sbb dia tengok tv d rumah saja. Kalau dia libat dlm hobby di luar rumah yg you tak boleh tengok.... lagi la pening.
Asam garam suami isteri la... muncong memuncongi, geram menggerami, bebel membebeli, jealous menjealousy. Alamak aku dah cerita pengalaman pula ni. Sory la kena tukaq tajuk cepat2.
Balik ke cerita Dinner kita ni, tadi aku dapat call dari Yan (adik aku yg Dz kata dah berkeping2) habaq yg 7 orang dari badge depa akan join malam tu nanti. Makin meriah dah ni.
Ni, nak tanya Dz sat. Hang ni confuse sikit kot. Yg hang p bubuh badge SMJ kat cerita pasai Mat Tajudin, apa hai???
Tapi kira OK la tu. Kalau bubuh badge Sekolah Keb. Jejawi Perlis, lagi kacau. Kan?
Aku tak mau melalut malam ni sbb aku letih kerja hari ni n pening dok hambat peluang nak pencen cepat ni. Sampai tidoq pun tak ok semalam.
So malam ni aku nak masuk tidoq awai. Kalau ada permintaan kaum ibu pun mungkin kena KIV dulu kot ( kesian kat Dz... dia tak paham tajuk ni... piii rah!!! )

Wssllam.

CIOW.

KODEN

Hahahaha...ada lagi rancangan Permintaan Kaum Ibu ka? Aku ingat tu rancangan radio time Pak Chat dulu..Masa dengaq radio pendidikan dalam bilik guru!!!!

La ni aku dengaq HOT FM.....HOT.....HAhahaha.

Well she's a 1 man woman, she's a 1 man woman...And I'm a 2 timing man...

Cheerio guys...sehingga berjumpa lagi di udara..sambut lah salam selamat malam...

dz

Saturday, January 19, 2008

Dari Sebuah Desa....Berbekal....


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh....

Hello everybody!!!

Terdahulu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan kawan yang sudi kompom untuk hadir ke gathering kita ni. Respons dia bagus sekali.. Masih ada 6 hari untuk sampai 25hb. Aku pung dah ambik cuti siap.

Lagi satu terima kasih aku nak ucapkan kat Gah ngan Koden kerana masuk jengok dan jampuk dalam ni dan juga mengoffer kan diri untuk jadi penyelamat untuk sesiapa yang memerlukan kenderaan atau yang tersesat ka... Cool guys.. Bapa sayang kat hampa semua.

Hasaza ni tak tau apa habaq la ni...Diam terus sejak malam tu. Mungkin sibuk. Tapu dia ni punya contribution towards ni adalah dalam diam2..sebab asker dia selalu serang hendap. Depa tak bising. Bila menembak je pong pang pong pang. Selepas balik daripada jumpa Hasaza ngan Koden kat TTDI malam tu, aku ni dah bawa kereta dari Paka,letihlah...terus tidoq. Dok pagi esok bila aku bangun aku tengok ada sms kat fon dari Hasaza bertanya camana nak jampuk dalam blog..aku pung cerita kat dia...pastu dia diam teruih. Sampai lah la ni...Aku nak sms dia la ni tengok apa dia nak jawab. Selalunya dia nanti cal balik..Tapi Koden kata dia dah pandai jawab sms dah...hope dia jawab segera.

Dia dah call...La ni dia ada kat Jitra..Dia kata dia sibuk la,thats why dia tak interact. Lagi satu dia habaq kata dia ada jumpa sorang kontraktor buat kerja kat kem dia budak SMJ. Dia dah paksa kawan tu mai gathering dengan ugutan,sekiranya tak mai, kawan tu tak leh masuk dalam kem dia buat kerja dah..Dahsyat asker ni. Dia ada habaq juga yang dia try nak komen tak leh..Hampa yang selalu komen ni tolong sat mamat ni. Since dia ada kat Jitra aku suruh dia cari gang2 kita yang ada sana supaya war war kan lagi.

Gah masuk jengok pukui 9:30++, Koden come in 1hr later...Depa ni best lah. Tak sangka aku yang depa ni rajin sampai camtu atau pung Gah nak perbetui apa yang Koden kata kut...hehehe. Whatever it is aku appreciate sangat komitmen depa. Aku pung dah dapat kan anak aku untuk hadir bersama maybe can help out masa prep dan juga penyelamat mamu mamu dan mami mami yang sesat. Anak dara Koden mungkin boleh jadi usherer..Tolong tunjuk bilik tempat perjumpaan kaum kaum yang dah nak separuh abad dalam masa 2 tahun lagi..Hahaha dah nak 50 dah.

Ini ada sesuatu yang aku nak share ngan hampa benda yang aku terjumpa dalam internet.

SEJARAH SEKOLAH

Dibuka pada 11 Januari 1956 dengan nama JITRA SCHOOL. Dibina di atas tapak seluas 13,0436 ekar di KM 2 Jalan Changlun, Jitra. Kedah.

Pada peringkat awal penubuhannya sekolah ini hanya mempunyai 63 orang murid (lelaki dan perempuan) serta 6 buah bilik darjah sahaja.

Upacara perasmian JITRA ENGLISH SCHOOL telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Muda Kedah Tunku Abdul Halim Mu'azzam Shah pada 09 November 1956. Bersempena dengan perasmian itu, maka pada tahun 1957 nama JITRA ENGLISH SCHOOL ditukar kepada SEKOLAH SULTAN AHMAD TAJUDDIN.

GURU-GURU BESAR

En Lim Sin Chaw 1956 - 1965

En Thong Yin Yeow 1966 - 1981

En Mohd Inon b Din 1981 - 1991

En Ramli b Yaacob 1991 - 1994

Tn Hj Zakaria b Othman 1991 - 1994

Pn.Hjh Azizah bt Abd Razak 1994 -Jan 2006
En. K.Thacanamurthy
Feb 2006

Aku dah email kat sekolah tu minta alamat Mr.Inon dan harap2 depa taulah..Thats the best I can do.


Bila aku tengok portal SATS aku hairan la pasai apa tak dak badge dia..Aku selak merata rata tak juga jumpa...last sekali terpaksalah hantaq email kat administrator portal. Anyway hope for the best.

Oklah..inilah kata2 hikmat dari jampukkan kawang2:

Gah says...

ASSALAMMUALAIKUM. Ramai juga yang sudi sambut seruan kawan-kawan kita. Alhamdulillah. Tak dak ka guru-guru kita yang masih berupaya yang sudi meluangkan masa untuk bermesra kembali dengan kita . Amboi Koden nak pebetoi sikit cerita pagi tadi, ....dak aih bukan cek cemburu tapi pompuan tu tak betoi. Apa lagi jantan ni la jadi mangsa. Sekali sekala excercise my rights apa salah nooooo. Amboi segaknya mak Dz. Sayang dia tak ikut macam mak dia. Nak buat macam mana tapi jangan marah kawan melawak ja.Tapi kita semua tau hati kawan kita ni baik. Kalau tak pecaya cuba belah dada dia dan tengok. Betoi dak Dz. Kalau ada kawan-kawan kita yang nak mai dari Kedah and kalu tak da transport kalu cek boleh tolong ambil Please let me know. Insyaallah kalu nak I boleh tolong ambik juga. so last but not least if there is anything that I can do to assists please let me know. So thats it for now. See you all then. Bye. Gah

Thank you so much Gah....

Koden says:

Assallamualaikum,

Dah tak larat sangat2 ni sbb baru sampai balik dari KL dgn Mrs n daugther Syazalina. P pulun urusan nak pencen cepat la katakan.
Tapi sbb adik Saadiah (Khatijah - harap spelling betoi)sms tanya adress blog kita. Otak ni pun dah lembab dah, jadi kena refer baru boleh jwb sms tu. Alang2 refer, aku jampuk la sekali.
Memang le terharu kalau ada kwn2 yg tersepit d kedudukkan telan mati mak, luah mati bapak. Nak suruh kulum... takut dia sendiri yg mati pula. Buat la keputusan yg terbaik. Major or minor decision, doesn't matter.
Pelawaan Gah utk nak ambik kwn2 pun amat lah menyentuh hati aku sbb it reflects how akrab our bonds are.
Aku pun dah ckp kat my son Syafiq to free himself petang n mlm tu, kot kot ada yg perlu transpot.
Tapi apa yg lebih menyeronokkan aku is that my whole family mungkin join the dinner. Mungkin depa ciow awai sikit tapi enough time for me to introduce them (Anak2 dah kompom, Mrs saja nak pikiaq before nak buat major decision). Kan itu antara vision aku for our group. Syukur.
So cukup la for tonite. Ngantuk pun Ngantuk dah. Esok pagi aku kena p kais pagi makan pagi lagi.
So ingat kwn2 yg baca .........
WAR WARKAN N KEMPEN HABIS-HABISAN. MAI LA KITA BERJUMPA 25hb ni k.

Wssllam.

CIOW

KODEN

Yes...offer dah bagi dalam blog semalam, nasihat pung dah bagi, pandai2 hampa lah camana nak kelentong. Tapi walau apa sekalipung, mai ka tak mai ka...hampa semua kawang aku jugak..Love u all.

Bye...Cheers...

WASSALAM.

Friday, January 18, 2008

Uhuk Uhuk Uhuk...Sedihnya Aku...

Aku rasa cam nak nangis pun ada, rasa cam nak marah pung ada..Tapi aku pendam lah benda ni sebab amat lah sensitif adanya.

Nak nangis pasai Ain jampuk hari ni dan dia bagi reason pasai apa dia tak kompom. Aku amat bersimpati ngan dia dan kalau aku stat nangis jadilah macam hujan di PAKA ni yang dah masuk hari kedua...Berhenti sat..pastu angin kuat...pastu hujan lagi..Ain ni baik hati dia, sampai dia tak tau nak buat camana. Kalau bagi tau tak leh mai, satgi kawan2 kecik hati. Tapi dalam hati dia nak mai. Whatever it is Ain...family first. Like what u said tu betul, kita ada mode of communication macam lain lagi. Wa respek lu punya decision whatever it is.

Mula mula aku rasa nak marah tapi kalau aku put myself in their situation aku paham gak lah akhirnya.

Aku ni pung dulu masa ada spouse pung lebih kurang lah..Klu spouse aku ada function ngan opis mate dia ka ngan member sekolah dia ka, aku kalau boleh memanglah tak nak join.Senang cakap memang aku tak mau join lah. Tambahan pulak kalau kena bayaq.

Reason yang aku tak mau join ni bukan pasai apa! Cuma aku ni bukan pandai sangat nak socialise ngan orang yang baru kenai. Rasa kekok. Jadi kalau aku pi pung aku rasa cam tak selesa dan kira nak ajak balik awai lah kan, walhal kita yang dah kenai daripada sekolah ni, ada saja topik yang nak bercakap. Tak berhenti2. Kekadang naik jealous pulak kita ni tengok bini kita dok cakap ngan jantan mana ka dan boleh dok bergelak ketawa dengan penoh mesra. Bila pikiaq balik kita kena paham bahawasanya depa ni kenai sebelum kita kenai bini kita lagi. Dah macam adik beradik lah..sebab kita kalau jumpa sama2 kita, kita akan bercerita pasai kawan2 kita. Dia ni dok tang mana? Hang jumpa dia ka? Anak berapa? Mak hang apa habaq? Ada lagi ka bapak hang? Hang ingat dak masa kita.....? Macam2 lah yang nanti keluaq..

Aku rasa aku akan terima banyak soalan pasai Pak aku yang sakit hari tu sebab Madud ngan Kamal sudah war war kan. Aku ucap terima kasih kat depa ni..Pak aku sihat dah la ni. Dok pi jamming studio dah la ni... Dia menyanyi berlirikkan ayat ayat Allah...Alhamdulillah.

Kalau Fadzillah ngan Roshita tu tak dak lain lah depa nak tanya kat aku...Status aku lah top priority depa..Tapi aku bersabar menjawab..Hahahaha. Dah lalut aku ni dari apa yang aku nak bicara...Dah nak biar bulan bicara pulak.

Ok, balik pada topik diatas tu, aku nak suggest lah macam mana Koden kata. Hampa pakat2 pujuklah pelan pelan. Takkan nak marah lagi kut.Hampa mesti pandai punya camana bagi dia ok. Masih ada masa...Kalau dia tak mau mai juga, bawa lah anak sorang sebagai teman. Oleh kerana nakkan hampa semua hadir juga, sapa2 yang bawa anak atau suami mai ke gathering tu(seorang sahaja) dikecualikan daripada fees. Ini hanyalah untuk sister2 kita sahaja okay. Tidak termasuk kepada suami yang bawa bini. Macam ni:

1. WANITA (SATS/SKJ/SMJ) + SUAMI = RM30 sahaja.
2. WANITA (SATS/SKJ/SMJ) + ANAK = RM30 sahaja.
3. LELAKI (SATS/SKJ/SMJ) + ISTERI = RM60 sahaja.

Hampa agak2 hampa boleh paham dak? Jualan murah ni dibuat setelah penganjur mengadakan mesyuarat tergempar melalui SMS dan telah bersetuju dengan sebulat suara untuk memudahkan lagi bagi kawan2 pompuan kita hadir sebab tau lah kan, depa ni kebanyakkan nya tak dapat kelebihan untuk membuat keputusan dalam keluarga walau minor sekali pung, jadi ini kami bagi sebagai insentif.

Kalau husband tak mau mai, bawa lah anak sebagai teman. Kalau dia nak ikut sekali alhamdulillah penganjur sanggup sponsor untuk dia. Kami bukan nak untung tapi kami nak tolong.

Kalau aku ni berkemampuan aku sanggup pi ambik hampa yang pompuan2 ni di rumah...bawa mai ke Kelab...pastu pi hantaq balik. Tapi apakan daya setakat nak waive fees to boleh lah walaupun ada sedikit kepayahan tetapi kami sanggup untuk menempoh kepayahan,kesusahan dan kerugian supaya hampa semua dapat mai dan kita sama2 bernostalgia mengingati zaman teenage kita dulu. So..Anchua? (makna nya dalam Hokkien ialah amacam?).

Lagi satu aku nak stress kat hampa lah kan..Kami buat ni semua lima ret pun tak dapat. Habis kut atas lagi ada. Tapi kami (aku,koden,hasaza) rasa bangga dan seronok dan berjaya sekiranya kami dapat kumpulkan semua gang2 yang ada ni. Aku harap jugak lah kita boleh cari sapa sapa yang se berani ngan kami yang sanggup buat di Utara..selain daripada Kamal. Bukan apa sebab dia dok buat pun sorang2..aku kesian kat dia. Kami di sini Superman semua...hahahaha. Nak cakap besaq tu tak dak lah, tapi aku kalau sorang2 saheh tak leh buat. Nasib baik Koden ni bila bab2 camni dia sekepala ngan aku..pastu kami heret Hasaza untuk menjaga keselamatan sebab dia asker...(baca perkataan tu umpama E tande)...

Komen dari Ain berbunyi begini :

Assalamualaikum
first n foremost i nk minta maaf bebanyak pasai perjumpaan ni...(sbb x respon dan dok diam je), bukannya apa hati ni berbelah bagi..(nak sgt pergi tapi x leh)lagi satu tak sampai hati nak bagi tau u all. so sorry kawan2...ada masa, ada rezeki n panjg umur kita jumpa lain kali. 4 ur info i ni salah sorang yg rajin masuk blog ni..tapi tu la i x pandai bercerita sbb tu i jampok sekali sekala. apa2 pun i enjoy sgt baca "usik mengusik" u all (esp. koden n Dz).

p/s utk kawan2 semua,walaupn tak dpt bersua muka tapi kita masih ada ruang untuk berkomunikasi, walaupun jauh di mata tapi dekat di hati! (esp. melalui blog ni..so my special Thanks to DZ!)- Ain

Menitik nitik ayaq mata aku baca komen dari Puan Fatimah Zaharin. Cheerio Ain..Ada rezeki kita jumpa.

Penjampuk tetap blog ni pula berbunyi begini....

Assalamuallaikum,

Andre Andre... YaRiva YaRiva...Knock knock... who's there?

Aku lagi.....

This morning I had breakfast dgn Gah n Zaki. Zaki is not well but Gah is extra well. Siap cemburu depan2 aku. Nasib u la Zaki... sapa suruh handsome sangat. Cuba u tu "well done" mcm I ni, tak dak sapa yg nak jelous.

Gah habaq Tharu tak boleh mai sbb kalau dia mai banyak kes mahkamah Aloq Staq kena tangguh. Tengok, 1 lagi kes study aku tentang tajuk KELEBIHAN N KEKURANGAN..... yg aku nk sentuh nanti. Noor Asma pun tak boleh mai, d samping Ain (Ain dah crita masaalah dia, so aku tak payah nak crita la).

Before aku p Jumaat tadi Gah cal habaq Fadzillah tak boleh kompom lagi sbb dia tengah sebok dgn bisness, tapi Gah rasa kemungkinan besaq dia akan mai kot. Jadi Dz, kita masuk dia dlm budget order makan. Nanti tak cukup makan kat dia, dia semboq hang, aku tak tau. Aku ada imunisasi... dia tak kan semboq!!! hehehehe

Lepaih Jumaat, dapat sms dari Jit tanya berapa kutipan yg kita nk kenakan. Aku dah jwb panjang lebaq n dia pun dah senyap. Senyap Jit ni, kena tunggu gedembai tempit la baru dia bagi salam pula.

Aku rasa ada sis-sis kita susah sikit nak mai sbb nak keluaq rumah mlm. Mcm Dz kata la..., kami ni mcm pakai kain pelekat, tutup muka... betih terserlah. tutup betih..., dada tenganga. Jadi harap maaf la.

I would like to suggest to all our sis to invite n pujuk ur better half to join us sama. Masih sempat to pujuk tau. Lepaih tu kompom dgn kami.

So Ain pun, we r still hoping to see u n ur hubby on that nite.

Cukup la for this round of jampukking. Kalau Dz contribute lagi, u can count on me to continue my jampukking.

Last but not least.... sejuk hati aku tengok gambaq Mak Tom kat sebelah tu.

Wssllam.

CIOW

KODEN

Okay Den...for your info gambaq mak tom tu was 2 years ago..La ni lagi cantik lepas cucuk botox...Hahahaha..lawak je. Mak aku baca kalu mampuih dia maki.

Aku baru saja telefon kat Fadzillah dan dia dengan senang hati nya suruh boh nama 4 orang utk mai 25hb... Ha amacam? Dia + hubby + 2anak. Okay tuan penyimpan kira2, masukkan 4 orang lagi..Alhamdulillah syukur nikmat.

Okay dibawah ni aku updatekan sahabat2 ku yang telah pung kompom mai....

1. Teh Hamid & Suami

2. Saadiah & Adik

3. Sharehah Salim

4. Roshita Mansor

5. Roshdi Abdullah(Mualaf)

6. Kamal

7. Jit Md Nor

8. Hasaza Hanafiah

9. Rosli Bakar

10.Koden

11.Aku

12.Madud

13.Rajan

14.Pauziah & Suami

15.Bangau

16.Ismail Ahmad

17.Jan Loceng

19.Fadzillah + hubby +2anak

Hak lain lain ni camana ha? Jan Darus, Hasni, Mail Shukor, Lan Pak Noq, Hassan, Nazri Zakaria, Khalid, Rogayah Baharum, Mat Lazim dan lagi2 yang aku dah tak ingat...mai la woi...

C U There...25hb Januari 2008.

Wassalam.





Thursday, January 17, 2008

Ya ampun..Gua Gian Mau Jumpa Lu Olang...

Hahahahaha...Nak tergelak la kak chah...Koden dah gian...jangan sampai herot muka sudah. Gian sikit2 tak pa. Suka aku kalau hang gian sebab ada jugak kawan dalam dunia virtual ni...klu dak aku sorang je dok pok pek pok pek. Tapi tak pa, aku stat ni pung tak dak sapa suruh..sendiri mau.

Gamaknya lah...klu aku ngan Koden ni tak mau bersusah payah cam hampa semua, benda ni tak jadi lah kut.. Betui hampa semua sibuk aku paham...saja lah nak kurang ajaq ngan hampa sikit...takkan nak marah kut.

Kalau nak kata sibuk, Koden lagi sibuk...Dok kepong anak jantan dia yang dengaq habaq dok angau kat Gunung Kinabalu yang berambut serabai tu...betul ke Syafiq? Jangang gitu bah..hehehe. Pas tu dia nak kepong anak dara dia dua orang lagi..berat tu tugas dia. Tak termasuk segala decision yang dia kena terima sebab dok tunggu major decision dia yang tak tau bila...I pity u my friend and yet you have time to come look see my blog...4 that I respect you n love U...

Wokey..Pagi ni cuaca kat Paka sejuk sekali sebab hujang. Laut nampak gelap suram dan menakutkan. Tapi mai tengahhari ni cuaca dah cerah...ombak dok stat pukui pantai ngan ayaq dia yang nampak kehijauan dari opis aku ni.

Koden kata:

Assallamuallaikum,

Tu la aku dok kata dah...,
aku ni dah memang gian dgn blog ni. Ngam2 sampai balik dari "kais pagi makan pagi", mcm Mat Gian, aku terus ON komputer. Padahal breakfast pun dak lagi ni.

Anyway, aku suspek betoi la kat Dz ni. Aku cadang saja suruh dia buat tunjuk arah, dia respon teruih. Caya lu la Bro!!!

Tapi aku lebih setuju dgn counter cadangan Dz yg nak minta Hasaza guna papan tunjuk arah askar. Apa2 pun jgn sampai dia terbeban n di anggap salahguna kedudukan pula. Ni la yg aku maksudkan dgn KELEBIHAN N KEKURANGAN SEORANG INSAN.

Yang sebenaq nya ada 2-3 jalan lagi nak mai ke Kelab Shah Alam tu tapi aku tak berhajat nak confuse gang yg baca. Stick to the tunjuk arah yg Dz bagi n kalau hampa beteraboq juga, cal lah aku or Dz or Din Ahmad ka. Jangan cal Rajan. Walaupun dia kerja d Shah Alam, dia lebih cekap jalan d Sunway sbb tiap2 hari antaq anak2 p swimming la, tusyen la, tae kwondo la, sumo la d Sunway (pernah dengaq ka hindu masuk sumo???).

Ni la Kisah Seorang Rajan. Selagi dia boleh jolok anak dia masuk, aktiviti apa pun dia nak boh anak dia. Gah! U buka kelas masak, dgn dia2 sekali mai.

Betoi mcm Dz kata, tudia dia dok mai...dok mai dok kata tak mai...

Sampai saat ni aku tak dapat apa2 tambahan confirmation dari kawan2 yg lain. Woi... kompom la cepat!!! Kesian la kat kami yg nak budget tempat n makanan. Kalau dah kompom n baca blog ni, tolong lah war-warkan kat gang kita yg lain k.

OK takat ni saja la kot. Esok Dz tuleh lagi..., aku jampok pula.

Wassallam

CIOW

KODEN

Ha..klu ada yang dak kompom lagi tu, kompom la cepat2 sikit dak? Kite nak buat bagi sempurna, supaya tak dak sapa nak komplen lepastu.Tapi kalau ada yang komplen pung nasiblah. Kami ni umpama pakai kain pelikat. Nak tutup seluruh badan tak leh. Tutup dari kepala nampak kaki, tutup kaki nampak kepala..The moral of the story is...tak leh bagi happy semua dan kalau nak tutup seluruh badan pakai la selimut...

Lagi satu kalau hampa semua nak mai dari aloq setaq bawa mai sepat ronggeng sikit..teringin nak makan lah...hahahaha..dan jangan lupa kuah rojak untuk Koden....dia suka.

Angin kuat kat T'ganu nih...Hujan la pulak.

Kita dah ada more than 20 org dah la ni, jadi kalau boleh dapat la lebih lagi sebab kita nak cari penganjur untuk nak buat di Utara lepas ni...Takkan aku ngan Koden ngan Hasaza lagi nak kena arrange kut... Masa kita berjumpa ni kita pikiaq pikiaq la tengok camana kan?

Aku pung rasa letih dah dan aku ingat takat ni lah dulu kut...Semoga hampa semua dapat hadir dan kita semua dapat bergumbira...Tapi aku heran sikitla sejak dua menjak ni, Fatimah Zaharin terus diam..tak jampuk lasung...(bukan spelling mistake) Gah pung dok diam jugak.Takkan tak dak idea yang bernas kut...Mc E pung tak jampuk..Dik D telah la...Aku harap Dik D bawa kamera dia dan boleh ambik gambaq kita semua dan simpan dalam kamera dia sebab dia tak reti nak download dan hantaq kat kawan2...hehehehe.

Take care..C U on the 25th....

Cheerio...Adios sabata.

WASSALAM.

Wednesday, January 16, 2008

Tudia Dia Dok Mai..Dok Mai Kata tak Mai


Ni gambaq mesjid Shah Alam bukan Kelab Shah Alam.
Assalamualaikum semua ,

Wow today depan opis aku ada pasar malam da... Aku dok opis tak senang sebab bau makanan dok masuk kut tingkap. Terus turun...Jalan punya jalan...jumpa sata ngan pulut udang yang kecik kecik tu..Aku terus beli sata 2 rial dan pulut udang 1 rial..Shooor merenam jokar. Sedap tu sata dia.

Hah...good news. Ada ramai lagi nampaknya yang kompom mai. Bestnya. Tak sabaq cek nak jumpa hampa semua. Awat Fatimah Zahrin, Hanin,Hasni, Nor Asma and sapa tu runner masa kat SATS tu tak kompom ke? Tak tau ke? Sampai hati hampa...Kami buat teruk2 tak mau mai. Norizan la nama pompuan tu kan? kalau dia cakap telepong..ya ampun..sakit telinga den sebab terlalu lama. Nak halau tak sampai hati..layan je lah...hahahaha.

Koden mengata kat aku la hari ni...tapi tak pa..dia nak balaih balik pasai aku kata bini dia order dia balik segera malam tu..Tak kisah..inilah kata2 nya:

Assallamuallaikum,

Jen Jen Jen.... aku lagi yg mula2 jampuk. Sebelum nak jampuk ni, aku nak cerita sikit pasai kasih aku kat blog ni.

Ni nak habaq betoi2 (cakap mesjid la), yg sebenaq nya aku ni dah tak pernah tepikiaq nak rajin mengarang n bercerita gini. Mula ataih dasar kesian n nak give support kat Dz, la ni aku dah jadi dekat2 nak gian dah utk menjampuk ni. Patut la budak2 kalau dah ngadap komputer ni sampai tak mau pi mana dah. So,mulalah jampukkan ku dgn tajuk jamuan kita.

PERINGATAN: Jamuan ni jgn d salah sebut jadi JEMUAN pula, sebab kalau jemuan, taukeh blog ni sorang saja yg masuk dlm katagori tu.

Satu permintaan kpd taukeh blog ni is to do a tunjuk arah ke Kelab Shah Alam dlm blog ni d masa depan (yg terdekat). Teh dah tanya aku mcmana nak p kelab tu. Kalau nak xplain dlm sms, berkajang la. Jadi aku minta la sahabat aku jemuan yg budiman ni utk TALAkan kwn2 yg akn tergagau2 nk p ke kelab tu. Aku tau hang tere dlm hal2 tala-menala ni.

Tadi Loceng dah kompom. Correction sikit dari list, Mae dah kompom minggu lepaih lagi. Tharu pun aku dah sms n minta sms aku tu d forwardkan kat Herjit. So far no respond yet. Maybe Gah can put her personal touch kat Tharu kot. Jgn la dok personal touch kat Herjit pula....he he he.

Syok sungguh aku baca tang hang dah ready dgn 1 KISAH SEORANG BIDUAN. This shows how xcited you r to meet n begebang dgn gang kita. Prelude to that cerita, aku pun dah ready dgn 1 mukadimah to that story. Mukadimah tu bertajuk KELEBIHAN N KEKURANGAN DALAM SETIAP INSAN.

Ceh Ceh Ceh, macam Fezilah Kamsah pula nooo....

Alamak aku nak kena stop dah sbb petang ni aku start kerja at 3pm. Nak kena p dah.

Wassallam.

CIOW

KODEN

Hampa ingat dak lagu kat atas tu...sapa masuk scout tau lah..cuba hampa nyanyi kuat2 bila hampa baca blog ni...bagi bini ngan anak hampa terkezut sikit...hehehehe. Jangan lupa tempo dia dan juga melodi nya...Waduh...nostalgia gitu dong.


Bila dia kata jemuan, jadi aku pung jawab kat dia yang nak mai semua pung jemuan jugak. Oklah aku cuba talakan..tapi aku nak minta tolong Hasaza suruh askar dia boh board tu yang selalu askar boh untuk tunjuk hala bagi senang semua orang.

1. Dari Federal Highway menghala ke Klang.

a)Hampa akan jumpa tol yang berharga RM1 ka atau dah naik aku pung tak ingat dah. Lepas je tol tu ada susur sebelah kiri tunjuk pi Shah Alam. Hampa masuk situ sampai ke trafik light. Keep right. Kalau hijau hampa kona kanan..Terus je tapi try to keep left. Hampa nanti nampak bangunan nama BRUNSFIELD sebelah kiri. Pas bangunan tu hampa belok kiri. Terus kalu nampak Stadium Shah Alam. Anyway ikut je jalan tu sebab dia gradually belok kiri (memang tak leh pi terus pung) hampa terus pi...nampak TESCO EXTRA sebelah kiri. Terus lagi nampak stadium Melawati (indoor) sebelah kanan. Petronas station with Dunkin Donut on your left. Terus...Jumpa roundabout. Bila hampa berhenti kat roundabout tu nak bagi kereta lain lepas, hampa tengok kat depan jauh nun disana ada satu bukit dan atas bukit tu ada bangunan. Itu lah Kelab Shah Alam. Hampa ambik pukul 12 lah kat bulatan tu dan terus jalan perlahan lahan sebab ada simpang sebelah kiri untuk nak pi kelab tu. Masuk simpang kiri, jalan sat nampak kat sebelah kanan ada pintu pagar dan ada sekuriti tunggu kat situ. Bagi lah lampu isyarat untuk belok kanan sebab kat situ leceh sikit, kereta akan ikut dari belakang hang dengan dekat sekali.
Jadi untuk mengelakkan dari sakit hati kena langgar patuhilah undang2 jalanraya. Jangan lupa angkat tangan kat sekuriti tu sebab depa pun manusia macam kita yang sedang menjalankan tugas mereka dengan dedikasi sekali. Lepas tu hampa bawa lah kereta ka lori ka terus mendaki bukit. Hampa terus saja sampai hujung dan carilah parking yang bertanda guest. Masa hampa nak masuk parking tu hampa nanti nampak lah sebelah kiri hampa tu ada entrance to tempat perjumpaan kita. Sila kunci pintu selepas keluar dari kereta dan menyusur lah ke pintu masuk yang disediakan. Masuk dalam tu nanti hampa khetiaq cari lah.Definitely kita akan ada orang usher hampa. Sebelum masuk huloq duit dulu...hehehehe. Hope u can find the way. Klu sesat just give a call kat aku ke (0162180574) atau Koden(0123168555).

b) Klu hampa mai dari PLUS HIGHWAY, sampai Rawang hampa nanti tunggu tengok signboard Shah Alam / Klang..Guthrie Expressway kut. Masuk kiri dan terus saja. hampa nanti melalui 3 toll. Toll last sekali ialah Bukit Jelutong. Hampa teruih je...Nampak lah kilang FLEXTRONICS seblah kiri. Pas tu kat depan tu hampa nanti nampak cabang 2. Satu pi KLIA dan satu lagi pi PETALING JAYA. Masuk hak kata PJ tu dan terus sampai jumpa trafik light pertama. Right hand side u will see SHELL stn. Terus lagi but try to keep right. One more trafik light. Lepas trafik light tu dia ada simpang kanan with satu lagi trafik light. Kat situ boleh nampak bangunan BRUNSFIELD sebelah depan kanan.. Masuk kanan dan terus jumpa jambatan ada sungai kat bawah dan ikut jalan tu membelok ke kiri..hampa nanti nampak TESCO EXTRA. Pas tu hampa ikut jelah macam cerita diatas.

Waduh letih jugak buat direction kat hampa ni tapi aku harap berbaloi lah. Aku ingat nak buat plan tapi rasa segan pulak nak pakai PAINT tu..Lambat dan renyah. Hampa mesti boleh sampai punya.

Mailah awai sikit sebab bilik tu kita dapat occupy sampai pukul 12 mlm. Klu rasa tak cukup kita pi kedai mamak lah...hahahaha.

Aku harap direction yang aku buat tu terang dan senang nak ikut. Kalau tanya orang kut belah Shah Alam tu pung depa tau lah aku rasa.

Hope to see you all there and have a good time...RASTAMAN..tudia dia dok mai...dok mai kata tak mai...dok mai kata tak mai....

WASSALAM MUALAIKUM WARAH MATULLAH...

dz signing off...over & out.

Tuesday, January 15, 2008

Majlis Makan Malam Kelab Shah Alam

Aku bertolak dari Paka pukul 4:30 ptg. Hari tu hari sabtu, jadi tak lah sangkut sangat sebab org gomen off hari Sabtu tu. Kalau tidak masak lah aku dekat jambatan di Kemaman tu,sibuk gila time 5:00 – 5:30 sebab org balik kerja dan tempat tu pula jadi cam bottle neck.

Pas tu berhenti pulak cari kepok(keropok) lekor untuk mak aku yang mai all the way dari Alor Setar dan dok ada di rumah adik aku kat Kg.Melayu Subang. Dia mai pasai teman anak aku dan ibunya yang mai nak hantar dia masuk akademi Air Asia tu…oklah..

Aku sampai kat Genting Sempah je, Koden sudah sms Tanya aku kat mana. Terus aku cal dia dan dia habaq dia on the way ke TTDI dan akan proceed dulu la dengan askar tu. Aku pung apa lagi,speed lah. Manage sampai kat depa about 9pm kut.Makanan depa baru sampai, jadi tak lewat sangat lah aku.Sepatutnya Jit Md Noq pun join tapi dia bagi sms kat Koden katanya dia tak dak permit malam tu.

Anyway.takpa lah kami pun sembang punya sembang sambil makang.Aku kena dua gelas Nescafe tarik.Tak ngantuk lah malam tu. Bila aku mention pasai Rajan saja Koden bagi tau dia tak mau call mangkuk tu pasai dia ni banyak masaalah dan mesti banyak reason dia bagi sebab tak leh mai gathering kita tu.Aku pung cal lah…Jawab2 je, dia marah dah pasai kita buat makan tu hari jumaat. Dia sibuk nak hantaq anak pi tuitionlah,music class lah dan macam2 lagi..Last sekali aku bagi tau dia kata sebab aku call tu adalah supaya dia ignore jemputan yang dia dapat tu sebab kawan2 lain semua tak mau dia hadir... Wah dia hot dan terus kata apa pung dia nak mai jugak walaupun lambat ...Hahaha..lawak lah dia ni.

Malam tu adik ipaq Koden Tat pung join kami aps tu adik dia Norehal yang dulu sekeping tu dan la ni nampak mcm berkeping keping pung join jugak...Yan jgn marah, dlm blog ni kalau aku mengata tu menandakan aku ingat dan sayang kat hampa...hahahaha..Tat juga yang kurus..senang hati lah tu bini Tat..Dulu Koden habaq kata dah jadi macam peti ais aku tak percaya tapi la ni pung aku tak caya lagi...Aku cerita lah kat Leha, kawan sekolah Yan yang juga aku punya ehem2 dulu, dia tanya aku “kalau tengok muka dia boleh kenai ke tak?”..Jawab aku...muka dia tak berubah mana..

Sorry lah kalau hampa marah aku dok mengata ni but everybody change as we grow older...Physically,mentally,materially and whatever mesti berubah..Perception seseorang terhadap yang lain pun berubah juga...Cara sembang pun lain. Tapi apa pung kita ni semua mai dari school of thought yang sama...hahahaha..JITRA banyak mengajaq yang jahat dan yang baik...Ataih hampa la nak ambik yang mana dak?

Setakat ni yang dah kompom mai adalah :

1. Teh Hamid & Suami

2. Saadiah & Adik

3. Sharehah Salim

4. Roshita Mansor

5. Roshdi Abdullah(Mualaf)

6. Kamal

7. Jit Md Nor

8. Hasaza Hanafiah

9. Rosli Bakar

10.Koden

11.Aku

12.Madud

13. Rajan

14.Pauziah & Suami

15.Bangau

Yang belum kompom dan aku dan Koden konfiden mai:

16.Zainuddin Ahmad & Isteri Bandungnya

17.Azizan Darus

18.Ismail Ahmad

19.Jan Loceng

20.Hassan

21.Fatimah Zaharin

22.Hanin

23.Hasni

Chot(mansor) ada cal Koden bagi tau tak leh mai dan kirim salam semua.

Aku ngan Koden ada bincang dan aku rasa Hasaza pung involve dimana kami rasa benda yang kita buat ni adalah untuk kebaikan semua dan kita harap ia berterusan.

Kami dengan sebulat suara dah setuju untuk menjemput 2/3 org dari alumni SMJ, juniors kita pung banyak yang enquire supaya benda ni tak mati dan bertambah meriah lah kita.Tak rugi dan tak menyakit hati...hampa dengaq lah cakap aku.

Aku ada surprise untuk hari tu,sebuah kisah yang aku nak hampa semua share ngan aku. Kisah seorang Biduan...oh biduan pujaan..pujaan tua muda..kau ditaburi cahaya dan sinar xxxx...dan riuhnya tepukan dan riohnya tepukan...Hahaha..tunggu dan lihat.

Bilik untuk yang jauh boleh disediakan dengan bayaran. Kami boleh lah cari yang murah2 dan tak membebankan. Jgn takut kat Shah Alam tak dak hotel macam Chow Kit..

Deposit untuk tempat dan makan dah pung di bayaq..Jadi hampa semua jangan dok buat leceh..Mai sajalah.

Aku baru cakap ngan Kamal tak sat dan dia ada bagitau yang Mazlee masih tak kompom,Mat Lazim ada enquire,Pauziah kompom,Bangau kompomdan Jamal juga enquire. Aku tak taulah pulak tentang orang kaya Jitra, kawan yang hadiah Gen 2 untuk memancing tu sama ada nak mai ke tak? Harap2 mai lah dan memeriahkan lagi suasana dengan gelak hilai org kaya cam Aziz Satar buat dalam Ali Baba Bujang Lapok tu...

Kami belah dari kedai Penang mari malam tu pung dah kul 12 lebih selepas Koden dapat arahan suruh balik ngan segera pasai bini dia nak tidoq dah..Kalau tak saheh dinner tu pung tak leh pi.

Keesokan hari tu aku pi shopping untuk anak aku yang masuk akademi tu,pastu hantaq dia pi rumah sewa dia kat Nilai...malam baru settle. Tidoq sat...5 pagi belah mai Ganu balik. Sampai Paka kul 9.30pagi.Tu pun pasai JPJ buat roadblock kat Kerteh, klu tak awai lagi sampai..

Hope semua mai dan majlis ni jadi amat meriah...Masih lagi tak dapat kontek sekoq pun budak2 cina klas kita dulu..Hindu je yang mai.Koden suppose to kontek Tharu dan jemput Herjit Singh sekali,tak tau dia buat ke dak. Yang aku tau hari ni dia cakap ngan Rogayah Baharum..siap bawa tali pengukoq sekali.

Okay..WASSALAM..