Tuesday, January 15, 2008

Majlis Makan Malam Kelab Shah Alam

Aku bertolak dari Paka pukul 4:30 ptg. Hari tu hari sabtu, jadi tak lah sangkut sangat sebab org gomen off hari Sabtu tu. Kalau tidak masak lah aku dekat jambatan di Kemaman tu,sibuk gila time 5:00 – 5:30 sebab org balik kerja dan tempat tu pula jadi cam bottle neck.

Pas tu berhenti pulak cari kepok(keropok) lekor untuk mak aku yang mai all the way dari Alor Setar dan dok ada di rumah adik aku kat Kg.Melayu Subang. Dia mai pasai teman anak aku dan ibunya yang mai nak hantar dia masuk akademi Air Asia tu…oklah..

Aku sampai kat Genting Sempah je, Koden sudah sms Tanya aku kat mana. Terus aku cal dia dan dia habaq dia on the way ke TTDI dan akan proceed dulu la dengan askar tu. Aku pung apa lagi,speed lah. Manage sampai kat depa about 9pm kut.Makanan depa baru sampai, jadi tak lewat sangat lah aku.Sepatutnya Jit Md Noq pun join tapi dia bagi sms kat Koden katanya dia tak dak permit malam tu.

Anyway.takpa lah kami pun sembang punya sembang sambil makang.Aku kena dua gelas Nescafe tarik.Tak ngantuk lah malam tu. Bila aku mention pasai Rajan saja Koden bagi tau dia tak mau call mangkuk tu pasai dia ni banyak masaalah dan mesti banyak reason dia bagi sebab tak leh mai gathering kita tu.Aku pung cal lah…Jawab2 je, dia marah dah pasai kita buat makan tu hari jumaat. Dia sibuk nak hantaq anak pi tuitionlah,music class lah dan macam2 lagi..Last sekali aku bagi tau dia kata sebab aku call tu adalah supaya dia ignore jemputan yang dia dapat tu sebab kawan2 lain semua tak mau dia hadir... Wah dia hot dan terus kata apa pung dia nak mai jugak walaupun lambat ...Hahaha..lawak lah dia ni.

Malam tu adik ipaq Koden Tat pung join kami aps tu adik dia Norehal yang dulu sekeping tu dan la ni nampak mcm berkeping keping pung join jugak...Yan jgn marah, dlm blog ni kalau aku mengata tu menandakan aku ingat dan sayang kat hampa...hahahaha..Tat juga yang kurus..senang hati lah tu bini Tat..Dulu Koden habaq kata dah jadi macam peti ais aku tak percaya tapi la ni pung aku tak caya lagi...Aku cerita lah kat Leha, kawan sekolah Yan yang juga aku punya ehem2 dulu, dia tanya aku “kalau tengok muka dia boleh kenai ke tak?”..Jawab aku...muka dia tak berubah mana..

Sorry lah kalau hampa marah aku dok mengata ni but everybody change as we grow older...Physically,mentally,materially and whatever mesti berubah..Perception seseorang terhadap yang lain pun berubah juga...Cara sembang pun lain. Tapi apa pung kita ni semua mai dari school of thought yang sama...hahahaha..JITRA banyak mengajaq yang jahat dan yang baik...Ataih hampa la nak ambik yang mana dak?

Setakat ni yang dah kompom mai adalah :

1. Teh Hamid & Suami

2. Saadiah & Adik

3. Sharehah Salim

4. Roshita Mansor

5. Roshdi Abdullah(Mualaf)

6. Kamal

7. Jit Md Nor

8. Hasaza Hanafiah

9. Rosli Bakar

10.Koden

11.Aku

12.Madud

13. Rajan

14.Pauziah & Suami

15.Bangau

Yang belum kompom dan aku dan Koden konfiden mai:

16.Zainuddin Ahmad & Isteri Bandungnya

17.Azizan Darus

18.Ismail Ahmad

19.Jan Loceng

20.Hassan

21.Fatimah Zaharin

22.Hanin

23.Hasni

Chot(mansor) ada cal Koden bagi tau tak leh mai dan kirim salam semua.

Aku ngan Koden ada bincang dan aku rasa Hasaza pung involve dimana kami rasa benda yang kita buat ni adalah untuk kebaikan semua dan kita harap ia berterusan.

Kami dengan sebulat suara dah setuju untuk menjemput 2/3 org dari alumni SMJ, juniors kita pung banyak yang enquire supaya benda ni tak mati dan bertambah meriah lah kita.Tak rugi dan tak menyakit hati...hampa dengaq lah cakap aku.

Aku ada surprise untuk hari tu,sebuah kisah yang aku nak hampa semua share ngan aku. Kisah seorang Biduan...oh biduan pujaan..pujaan tua muda..kau ditaburi cahaya dan sinar xxxx...dan riuhnya tepukan dan riohnya tepukan...Hahaha..tunggu dan lihat.

Bilik untuk yang jauh boleh disediakan dengan bayaran. Kami boleh lah cari yang murah2 dan tak membebankan. Jgn takut kat Shah Alam tak dak hotel macam Chow Kit..

Deposit untuk tempat dan makan dah pung di bayaq..Jadi hampa semua jangan dok buat leceh..Mai sajalah.

Aku baru cakap ngan Kamal tak sat dan dia ada bagitau yang Mazlee masih tak kompom,Mat Lazim ada enquire,Pauziah kompom,Bangau kompomdan Jamal juga enquire. Aku tak taulah pulak tentang orang kaya Jitra, kawan yang hadiah Gen 2 untuk memancing tu sama ada nak mai ke tak? Harap2 mai lah dan memeriahkan lagi suasana dengan gelak hilai org kaya cam Aziz Satar buat dalam Ali Baba Bujang Lapok tu...

Kami belah dari kedai Penang mari malam tu pung dah kul 12 lebih selepas Koden dapat arahan suruh balik ngan segera pasai bini dia nak tidoq dah..Kalau tak saheh dinner tu pung tak leh pi.

Keesokan hari tu aku pi shopping untuk anak aku yang masuk akademi tu,pastu hantaq dia pi rumah sewa dia kat Nilai...malam baru settle. Tidoq sat...5 pagi belah mai Ganu balik. Sampai Paka kul 9.30pagi.Tu pun pasai JPJ buat roadblock kat Kerteh, klu tak awai lagi sampai..

Hope semua mai dan majlis ni jadi amat meriah...Masih lagi tak dapat kontek sekoq pun budak2 cina klas kita dulu..Hindu je yang mai.Koden suppose to kontek Tharu dan jemput Herjit Singh sekali,tak tau dia buat ke dak. Yang aku tau hari ni dia cakap ngan Rogayah Baharum..siap bawa tali pengukoq sekali.

Okay..WASSALAM..

1 comment:

Anonymous said...

Assallamuallaikum,

Jen Jen Jen.... aku lagi yg mula2 jampuk. Sebelum nak jampuk ni, aku nak cerita sikit pasai kasih aku kat blog ni.

Ni nak habaq betoi2 (cakap mesjid la), yg sebenaq nya aku ni dah tak pernah tepikiaq nak rajin mengarang n bercerita gini. Mula ataih dasar kesian n nak give support kat Dz, la ni aku dah jadi dekat2 nak gian dah utk menjampuk ni. Patut la budak2 kalau dah ngadap komputer ni sampai tak mau pi mana dah. So,mulalah jampukkan ku dgn tajuk jamuan kita.

PERINGATAN: Jamuan ni jgn d salah sebut jadi JEMUAN pula, sebab kalau jemuan, taukeh blog ni sorang saja yg masuk dlm katagori tu.

Satu permintaan kpd taukeh blog ni is to do a tunjuk arah ke Kelab Shah Alam dlm blog ni d masa depan (yg terdekat). Teh dah tanya aku mcmana nak p kelab tu. Kalau nak xplain dlm sms, berkajang la. Jadi aku minta la sahabat aku jemuan yg budiman ni utk TALAkan kwn2 yg akn tergagau2 nk p ke kelab tu. Aku tau hang tere dlm hal2 tala-menala ni.

Tadi Loceng dah kompom. Correction sikit dari list, Mae dah kompom minggu lepaih lagi. Tharu pun aku dah sms n minta sms aku tu d forwardkan kat Herjit. So far no respond yet. Maybe Gah can put her personal touch kat Tharu kot. Jgn la dok personal touch kat Herjit pula....he he he.

Syok sungguh aku baca tang hang dah ready dgn 1 KISAH SEORANG BIDUAN. This shows how xcited you r to meet n begebang dgn gang kita. Prelude to that cerita, aku pun dah ready dgn 1 mukadimah to that story. Mukadimah tu bertajuk KELEBIHAN N KEKURANGAN DALAM SETIAP INSAN.

Ceh Ceh Ceh, macam Fezilah Kamsah pula nooo....

Alamak aku nak kena stop dah sbb petang ni aku start kerja at 3pm. Nak kena p dah.

Wassallam.

CIOW

KODEN