Friday, April 10, 2009

BB50

Salam semua...

Adus..nampak gaya mulut Fazie ni dok terejai lagi lah. Dia main hentam je. Dia tak kisah benda tu betui ka, tak betui ka, samar samar ka, gelap ka...Macam org kata lah kan terlajak perahu boleh gostan, terlajak cakap, walaupun mintak maaf lepaih tu, kekadang orang masih dok ingat. Well untuk Fazie, just cool a bit, tarik nafas panjang2, pas tu baru boh komen. Seriously, memang ada suara2 yang rasa terentak ngan komen Fazie ni. Tapi aku dok pertahankan lah, reason dia kawan2. Aku nak minta hang makan Happy 5, bagi tenteram sikit bila nak menaip komen..Hehehe...

Walau camanapun, aku terpaksa tegur bila ditegur. Aku tau Fazie boleh terima dengan senyuman, sebab dia ni memang alright punya kaki lah..Cuma mulut sikit kena cabai..hahahaha..Tapi kalu tak dak dia, kurang meriah pulak. U win some U lose some..

Kuda Tua pun ada sentuh sikit apa yang aku kata..so here it is:

Kuda Tua said...

Artikel 9

BLUR @ KELABU

Ungkapan d atas kerap sungguh d ulang sebut oleh Dz. Kadang2 Koden pun menyentuh perkataan ini. Madud lah yg kerap menjadi sasaran tajuk ini.
Tak hairanlah kenapa ia berlaku sebab berulang kali Madud pun mengaku kealphaannya itu(satu masa yg lalu, ada sahabat kita menyebut kealphaan @ keALPHARDan?).
Kebelakangan ni ana terasa seriau sikit. Ana seriau BLUR @ KELABU sudah menjadi wabak yg berjangkit. Seorang lagi bro/sis kita pun ana nampak kerap "melelong" dgn komen2 nya.
Sukalah ana menarik perhatian bro/sis sekalian kpd salah satu posting Tok Penghulu kita yg menyarankan supaya kita lebih berhemah memilih bahasa kerana terdapat juga "spouses" kita serta anak2 kita yg menjengok ke Kg. siber kita ini.
Tidakkah pernah terlintas d fikiran kita bahawa ungkapan yg kita gunakan mungkin boleh memorak-perandakan rumahtangga bro/sis kita yg terbabit? Ana yakin bro/sis yg menulis ungkapan2 ini tidak mempunyai niat yg serong tetapi kita harus ingat dan prihatin tentang tanggapan "spouses" bro/sis kita. Mungkin penulis ungkapan2 sebegini hanya "kabur wawasan".
Bukanlah menjadi sifat ana (d blog ini) untuk menyebut nama sasaran ana. Ana lebih minat menulis secara am sebab ana rasa kurang Gentleman/lady lah ana ini "menembak" bro/sis dan bersembunyi d belakang nama samaran. Lagi pun, ini hanyalah teguran ikhlas yg tidak berniat utk mengaibkan sesiapa.
Ana meminta utk dhayati pantulan suara teguran Tok Penghulu ini, "ada anak2 kwn2 n suami/isteri kwn2 yg menjengok2 blog kita ni". Oleh itu ana harap jgn lah kita bertanggapan seluar Dz akan muat dpakai Koden. Gitu juga baju Hamsan sah tidak muat dpakai Tal18. Kain Fazie pun sah tak muat juga pada Gah.
Ringkasnya, sporting d mata ana, belum tentu memepati piawaian sporting "spouse" Tal18. Piawaian yg ana hendak utarakan ialah piawaian isteri/suami kita. Not our piawaian.
Pengamatan ini adalah sekadar untuk renungan bersama bro/sis yg amat ana kasihi.
Oh ya, jangan lupa untuk terus menyumbangkan cadangan bagi menjayakan BB50 kita ini ya.
Berilah sepenuh kerjasama kepada Dz dan beberapa "invisible hands n forces" yg berada padu dbelakangnya. Muga2 BB50 akan berjaya dianjurkan dgn jayanya.

Birthday Bash 50, singkatannya adalah BB50. Bukan lah no. kereta seperti yang di pikirkan. Kalu ada no. camtu, kira dah best gila tu..Cukup tua no tu..Bujang lapok punya time daaaa.. Thank you very much KT kerana menghantar artikel di atas.

Berkenaan blur ni, dulunya memang Dude sorang je yang aku nampak. Lanie pun memang dia sorang je. Pada aku blur ni kekadang dia melayang entah kemana, pastu dia turun ke bumi balik. Kan? Hahahaaa..Oh ya lagi satu untuk kawan2 semua, link Glassman says tu kalu hampa boh komen dan hendak orang baca, hampa kena kontek kawan2 suruh baca cepat. Sebab aku rasa sistem kat situ tak berapa demokratik. Apa saja hang kata yang tak menyedapkan hati Penghulu dia, terus dia boh hang dalam ISA. Deleted...Hehehehe..

Ada satu posting dalam Manggisart yang terbaru ni, dimana Penghulu dia ingin sangat nak dengar pemahaman hampa tentang kata2 nya..Aku saja tolong promo je..Kalu rajin, layarlah ManggisArt.

Cadangan Dude tentang peti undi tu pun best gak. Cuma yang last tu jelah, rasa cam tak berapa bernas. Tak dak sapa yang boleh veto apapun, tanpa persetujuan yang lain2. Kita jugak bukan nak depend 100% atas sponsorship. Kita akan gunakan duit kita untuk jayakan majlis ni. Sekiranya ada sponsor, kita boleh memeriahkan lagi sajalah. Sekiranya semua mengharapkan sponsor sepenohnya, maka takkan meriah lah majlis ni. Mungkin Madud saja yang berseronok ngan orang yang sponsor tu..Sama2 depa berpelok sambut 50 tahun..Happy Burstday ...

Tempat yang dicadang buat masa sekarang ni adalah seperti berikut :

1. Kelab Shah Alam.
2. Port Dickson. (Walaupun pencadang ini jugak yang kata aku tak pikiaq pada gang di Jitra yang tak mampu)
3. Pendang Lake Resort.
4. Taman Negara, Pahang.
5. Jitra.

Aku ada jugak terdengaq org yang marah ngan kata2 aku dalam blog ni. Mungkin ada yang terkena lah kut. Sorry, aku tak hingin nak mintak maaf.

WASSALAM..

Thursday, April 9, 2009

CADANGAN

Salam semua...

Aku seronok gak bila dah ada cadangan2 untuk BB50 kita nanti. Macam aku kata sebelum ni, kita serah kan pada majoriti. Perkara utama yang hampa semua patut tengok disini adalah idea untuk BB50 tu sendiri. Pertemuan untuk menyambut bersama sama 50 tahun berkeliarannya kita di dunia ini. Hahahaha..aku ni dah terikut ikut ngan kata2 puitis yang Manggis masukkan dalam blog dia tu..Tapi memang tak dak tokoh langsunglah aku ni nak keluarkan kata2 puitis..tis..tis..

Salah sekiranya hampa mengatakan yang kami ni tak pikiaq langsung pasai gang di Kedah. Posting aku yang mula tentang BB50 ni pun dah aku nyatakan yang tempat yang dipilih masih terbuka untuk cadangan dan kita akan mengikut kehendak ramai. Sekiranya ramai yang setuju kita sanggup terima cadangan semua. Yang membuatkan aku memilih tarikh dan juga tempat ni adalah atas persetujuan 4 kawan yang bertemu secara spontan dan aku pun throw the idea onto the blog. Mari kita pakat2 buat cadangan dan kalau hampa rasa perlu kita akan buat undian..amacam?

Aku akan masukkan peti undi ni sekiranya hampa mau..Mau ka?

WASSALAM

LAMBAT LAGI...

Salam semua..

Dah dengaq sora sora tentang venue pilihan kami untuk B'day Bash ni. Sebagaimana yang aku nyatakan, tempat yg dipilih tu boleh dibawa berbincang sekiranya ramai yang inginkan pertukaran venue. Demokrasi terpimpin lah katakan. Walau bagaimanapun, jangan setakat buat cadangan dan menyokong, tup tup hari tu tak mai. Masaalah besaq tu. Aku nak cadangkan agar kita tetapkan tempat dan ongkos sebelum akhir bulan ni. Pembayaran jugak aku cadang agar dijelaskan sebelum penghujung bulan Mei agar "komiti" Bash ini dapat bergerak dan membuat keputusan dengan lebih konfiden. Amacam?

Bagus tu bila ada feedback camni. Sekurang kurangnya kita senang untuk buat persediaan. Jangan terjadi lepas rumah siap pahat berbunyi..Betui ka camtu? Hehehe.. So, kepada yang ingin mencadangkan tempat2 lain silalah dengan segala hormat nya memanjangkan idea hampa tu ke sini.

Masa aku kat Subaidah makam tu, ada jugak yang mencadangkan kita semua pi Taman Negara. Such a good idea actually. Tetapi berapa kerat kah kawan2 yang setuju ngan idea tu. Mungkin segelintir kecik je kut. Kita ni nak memeriahkan majlis, kalau ramai baru lah best kan?

Tentang uang ni, aku rasa kita ngak perlu mengharapkan sponsor gitu. Sekiranya ada, alhamdulillah. Tak de kalu, kita gunalah apa saja kutipan yang kita dapat. Cukup dah aih kalau kita pakat2 chip in sorang sikit, meriah gila Majlis tu nanti. Amacam? Sekiranya ada orang nak hulor derma untuk grup kita, sapu je lah. Tetapi, pokoknya, majlis kita pada 060609 ni kita akan bajet ikut kemampuan kutipan kita saja. Ada lebih kita buat cara lebih..Tak gitu?

Mengikut countdown kat atas tu tinggai 58 hari lagi. Memang apa pun boleh jadi dalam masa yang sebegitu lama, tapi persediaan mesti gak kena buat. Aku tau sangat dah sora2 yang akan kata, "alah lambat lagi..relax lah dulu", kan?

WASSALAM

Wednesday, April 8, 2009

SUBAIDAH



Salam semua...

Night at Subaidah Sg Petani..Malam terakhir kempen pilihanraya..Tu lah gang politik ni semua sibuk..Tetapi kita semua dah tau lah keputusan nya kan?

Aku rasa tak yah nak kenalkan semua depa ni sebab hampa semua dah kenai kut. Yang sebelah kanan aku tu Mee Che Lam, kut lah hampa tak kenai dia..Kurus dia la nie..Semut dok hurung...

WASSALAM

Tuesday, April 7, 2009

BKT SELAMBAU MENGUNDI HARI NI...

Salam...

Aku dah dok dengaq lah sikit sebanyak kawan2 dok bercakap dah pasai 060609 ni. Baguih la. Kita harap je yang benda ni akan berjalan lancar.

Petang semalam, aku ber"teh tarik" ngan Non dan Kamal, mulanya...Pas tu Saadiah pun join, Bangau, yang mengingatkan aku pada Rajan sebab dia pun kelam kabut kena hantaq anak pi tuition, pun mai. Ok lah pakat dok sembang lah.

Tup tup depa sudah call Datuk Zaini dan so happen Datuk kita ni ada kat SP dan memang on the way ke tempat pertemuan iaitu Subaidah Restoran. Datuk punya entourage pun boleh tahan gak. Chop (off boy SATS dulu) pun ada. Surprise sekali adalah apabila Mee Che Lam also turn up ngan famili dia mai makan. Rupanya dia memang dok anticipate dah yang gang2 ni akan sampai sebab pilihanraya Bkt Selambau hari ni. Sembang pi sembang mai, sedaq2 dah kul 1 pagi. Aku tengok bini Kamal dah dok ajak Kamal balik, tapi Kamal dok sembang lagi, finally dia pun mintak diri, dan aku pun ikut lah lepas tu.

Pagi ni aku mai Makbul untuk minum dan shoot 2/3 email, ex MB Kedah dulu dah mai dok seblah meja aku. Depa la nie kan dok sibuk kat Bkt Selambau. Hari ni akan menentukan. Tetapi dari khabar2 angin dok bertiup kata BN penat jugak kali ni. Mungkin Bebas akan buat upset. Tunggu je lah malam ni..mesti dapat result.

Gathering lagi satu pun ada gak terjadi kat Tanah Merah Jitra, katanyalah. TAL18, Hamsan, Koden dan ibu tunggal pun ada. Katanyalah..Aku pung dengaq je, tak tengok. Baguslah tu...

WASSALAM