Sunday, June 1, 2008

TTDI JAYA...

Assalamualaikum guys,

31hb Mei aku decide balik ngan colleague aku ayng terpaksa attend kenduri saudara dia kat Ampang. So, pas buat punch list kat Optimal Plant, dan masih lagi ada benda2 yang perlu di percantikkan lagi, so blah balik KL lah. Anyway nak juga jumpa ngan anak aku yang nak kena buat practical training dia kat Broadcasting Management companay mana entah....mula tu dapat ASTRO, tapi oleh kerana orang lain yang ada kabel yang lebih kuat lagi, maka anak aku tersadailah kat company ini pulak utk practical dia. Whatever lah, kan, kalau dah tak diizin, camano?

Nak jadikan cerita, setelah aku keluarkan barang2 aku dari Jeep aku, seperti biasalah, aku tekan lock dan tutup pintu without realising the whole bunch of keys is on the passenger seat. Kunci rumah kat Paka, rumah kat Kg Subang, Office Paka dan kunci Jeep itself.. Frust gila..Jibaok betui, aku dok maki diri. Cubalah..cari dawai dan mula la jolok sana sini, tarik pelan pelan, rasa sangkut je hope that its the right lever. Lepas sejam dan setengah kilo peloh, member pun mai rumah dan aku pun pi lah cari satu mamat ni yang kerja dekat kedai servis kereta di Paka ni yang biasa buka kereta aku tanpa kunci.

Nama dia glamour..Mat Eee Nova.. Bawa dia mari rumah dan suruh dia buka. Dia pun cuba pi mai pi mai...tak leh gak. Aku dok tepi dia nak tengok camana dia buat, pas suku jam tak leh gak.
Aku pun masuk dalam rumah nak ambik rokok dan member aku layan fon call, TAP..pintu Jeep aku dah boleh buka. Siul lah budak ni..dia jaga trade dia. Tak nak kasi orang tengok.. Terbang 20 rial.

Then kami pun mula journey balik KL. Biasalah, member beli keropok lekor dan sebagainya...Sampai Temerloh aku drive pulak. Hantar member sorang lagi kat Tropicana KL, pas tu member aku take over, hantar aku kat opis TTDI Jaya, sebab nak ambik transport utk kegunaan aku 2/3 hari ni. That time dah pukul 12 malam. Aku as usual lapaq. Pi lah MMZ restoran kat TTDI Jaya, mamak tu siap salam ngan aku sebab lama tak jumpa... Lamb shank curry ngan nasi...MMmmm..aaaammmaa. Sedap.. Lamb yang dia bagi kat aku tu besaq...Gemok kut kambing tu..hahahaha. Balik tidoq lah ...

Esok tu aku pi opis, pas tu dah sembahyanhg Jumaat, pas tu anak aku sampai dari Penang, pastu pi rumah adik aku dan biasalah..makan,sembang,makan,sembang...

Mula tu ingat nak jumpa Koden, aku tak dan jugak. Nanti aku sambung lah cita ni..La ni aku ada kat airport Sultan Mahmud Kuala Trengganu. Tunggu gang aku dari Paka mai jemput aku balik. Teksi RM95/=, baik aku belanja dan boh minyak budak budak aku ni..Lagi pun la ni SUKMA. Boleh gak tengok2 apa apa ka!!!..

31 Mei aku berjumpa ngan Dik D dan Koden join a bit later. This is the fun part. Aku ada cerita pasai Stuart Little.....Coming Soon....

Friday, May 30, 2008

KELAS DEWASA JLN SEKAPUR SIREH

Assalamualaikum Murid murid,

Hari ini cikgu akan mengajar cara cara unutk mendaftarkan diri murid murid sekelian ke dalam forum portal darah59, agar murid murid sekelian boleh berinteraksi dengan kawan kawan lain yang dah teruja dengan penggunaan forum.


Murid murid semua boleh klik ke gambar ini untuk membesarkannya. Bila mula mula buka forum beginilah rupa paras skrin anda. Klik kat tempat yang cikgu tandakan.

Skrin ini akan muncul. Teruskan klik tempat yang cikgu tanda...

Ikut arahan seperti yang tertera dalam gambar skrin diatas. Klik untuk membesarkannya.

Kalau murid2 sekelian ikut dengan betul arahan tadi, maka ini lah skrin yang akan terima selepas Submit.
Skrin ni memberitahu bahawa anda kena buka email yang anda masukkan tadi dan hidupkan akaun yang telah di cipta untuk anda. Dari email tu hampa semua boleh klik dan gunakan forum.

WASSALAM.....

Wednesday, May 28, 2008

JIT

Salam kawan kawan,

Apa habaq hampa semua..Harap sihat lah kut no. La nie kita semua dok sibuk sebab nak buat perjumpaan pada 5hb Julai ni di Jitra. Tempat yang dicadangkan adalah Kelab Darul Aman Jitra. Kemungkinan besaq kita buat ala ala BBQ gitu. Jadi, kalau boleh jangan lah dok tangguh lagi, segeralah buat tempahan tempat agar kita semua boleh bersama sama hari tu untuk bersembang dan sebagainya lah. Hahahaha.

Aku ada terima email dari Jit lagi, katanya dia tak setuju dan tak puas hati gambaq yang aku boh untuk id dia kat dalam forum tu. Katanya nampak misai saja. Jadi dia pun hantaq lah satu lagi gambaq dia. Aku teruja sangat ngan gambaq tu maka dia nak marah ka dak ka, aku nak boh kat sini bagi hampa semua tengok betapa hemsem nya JIT>>>

Wednesday, May 21, 2008

ROOM RATES

Salam semua...

Aku dah dapatkan room rates utk Kelab DarulAman Jitra. Ianya adalah seperti dibawah..

TYPE OF ROOM & RATE

Studio RM 125.00

Standard Suite RM 145.00

Deluxe Suite RM 185.00

Family Suite RM 225.00

Chalet Acasia (2 room) RM 185.00

Chalet Ixora (1 room) RM 225.00

Royal Palm II (1 room) RM 248.00

Hampa pikiaq lah camana. Klu need more info, let me know.

Sunday, May 18, 2008

MENU

Salam,

Aku dah dapat menu untuk BBQ by the pool side untuk venue Kelab Golf Darul Aman. Aku boh kat sini utk paparan semua. Tiap satu item tu pilih hanya satu. Harga nya 28++ satu kepala.

PROPOSED : CHEF RECOMMENDATION
PLEASE TICK TO INDICATE YOUR SELECTION

1. A COUNTRY STYLE BBQ CHICKEN
B BBQ AYAM SATE A’LA MALAYSIA
C GRILLED CHICKEN STEAK KAPITAN
2. A IKAN PANGGANG A’LA MALAYSIA
B PAN-GRILLED FISH FILLET WITH LEMON BUTTER SAUCE
C BUTTER GRILLED FISH FILLET WITH TARTARE SAUCE
3. A CHAR-GRILLED BLACK PEPPER RIBEYE STEAK
B GRILLED SIRLOIN STEAK A’LA FORRESTIERE
C CHAR-GRILLED GARLIC RIBEYE STEAK
4. A BBQ NEW ZEALAND LAMB CUTLETS
B BBQ NEW ZEALAND LAMB CUBE
C BBQ SHISH KEBAB OF LAMB
5. A PAN GRILLED STUFFED SOTONG BEREMPAH
B BBQ SOFT SHELL CRAB
C BBQ ASSAM KING PRAWN
6. A BBQ JUMBO CHICKEN SAUSAGES
B FRIED EGG SUNNY SIDE
C FRIED EGG OMELETTE
FARM FRESH VEGETABLES
7. A FRENCH FRIED POTATOES
B JACKET POTATOES & SOUR CREME
C MASHED POTATOES
8. A BAKED CAULIFLOWER AU GRATIN
B MALAYSIAN FRIED MIXED VEGETABLES
C SAUTED CABBAGES
THE SALAD BOWLS
9. A TOSSED EGG SALAD
B POTATOES AND PRAWN SALAD
C CHICKEN AND PASTA SALAD
10. A TOSSED SALAD & THOUSAND ISLAND DRESSING
B CRUNCHY COLESLAW
C SEAFOOD AND CORN SALAD
11. A GREEN PEPPER AND CROUTONS
B POTATOES AND EGG SALAD
C POTOTOES AND FRUITS SALAD
12. A MIXED BEANS SALAD
B CHEESE AND SAUSAGES SALAD
C TOMATO AND CUCUMBER
MALAYSIAN CUISINE
13. A CLASSIC FRIED RICE
B KAMPUNG FRIED RICE
C PINEAPPLE FRIED RICE
DESSERTS
14. A FRESH FRUITS TROPICANA
B FRUIT ROJAK
15. A KUIH MUIH
B CHOICE OF PUDDING
16. A ICE KACANG
B LENG CHEE KANG

REFRESHMENT

17. ICE COLD ORANGE SQUASH

ICE COLD WATER

MIN 50 PAX TO 100 PAX RM 28.00++