Sunday, December 7, 2014

WhatsApp Group...

DARAH59 & THE TIME ZONE...

Kalau dengaq nama dah macam tajuk wayang Star Wars lah pulak.. Anyway ni lah WApp group yang terbaru yang di initiatekan oleh Zainuddin Idrus aka Koden.. Birth place group ni kat Kuantan lah agaknya sebab kalau tak silap aku dia ada kat Kuantan lani..rumah mertua.. Mungkin masa tercetus idea ni sebab dia boring dok rumah mertua, tak tau apa nak buat, dia molalah mereka reka.. Dia ni pun baru je belajaq segala whatsapp ni.. 20hb Okt 2014 baru dia boleh WApp.. Sebelum ni dok pakai SMS lagi.. Tu pun pasai kami start grup SATS.. kalau tidak mampih dia x tukaq fon.. Kenai sangat aku ngan mamak ni..

Anyway satu idea yang murni untuk mendekatkan yang jauh... Lagi pun senang nak kontek mengontek antara satu sama lain.. Teknologi terkini maaa...

Amboi sakan nya Cheng "Fire Extinguisher" punya dok mengata aku.. Mengheloh la, keraih la, tak bayaq telepon la..semua ada..cit..yennada...

Yang sebenaqnya aku syok dok baca kisah silam depa.. Dari mola Koden start aku dah baca dah and aku memang ambik keputusan nak usharrr dulu..Why? Sajaaaaa...

The best part is Kurnia dah senyum..tapi disebabkan dia jarang senyum makanya gambaq dia jadi kelabu daaa..hahaha..




 Hasaza Hanafiah

 Chew Seng Onn

 Fatimah Zaharin

 Hang Jebat

 A'maduddin Arshad

 Cheng

 Ta

 Non Jalil the NewsMan

 Mat Lazin

 Ah Huat

 Smiling? Kurnia?

 Noor Jasman Nayan

 Tina Turner

Ismail (Mc E) Ahmad

 Puziah

Zulkifli(Jon)Ibrahim

Tadi ada gak nampak nama Jeffrey Teh, punya dok pikiaq pastu dok ikut text depa baru tau Teh Kok Wei..Loyar Cerai..

Tadi best gak bila Koden text aku tanya apasai tak masuk group, dia risau ada apa yang tak kena..tu sebab aku sayang dia walau kerap kalinya aku meluat..

At 11.17pm aku kelui dah DARAH59...apa aku dapat? Depa kutuk lagi kuat..

Good Night...

ALOQ SETAQ

Salam Dunia...

Sejak posting terakhir "lazy bug" dah gigit aku lagi sekali..tak boleh nak buat apa2... Last skali aku balik Aloq Staq ari tu lah bawak mak aku balik ..

First time semenjak dia kena stroke ni aku tengok dia senyum dan seronok dan ceria sekali bila memba dia meneru mai rumah bila dengaq dia balik...Bila mai hari nak balik dia buat perangai tak mau balik KL lah pulak adusss...

Walau apa pun, trip tu memang berbaloi sangat untuk dia dan kami semua...

 Mami Shah...The first visitor..

 Ni lah keadaan bila dah lama sangat tak jumpa..


2nd day dapat jugak kami pi breakfast kat Kopitiam yang dulu kat Convent, lani dah pindah pi "Setesen bas baru" bagi kita2 yang tau lah. Lani dah tak jadi setesen baih dah...Pastu pi CIMB dan alhamdulillah dapat lah buat kad untuk mak aku nih selepas terlalu banyak songeh bila cuba nak buat kad yang hilang ni kat Kota Damansara..Perrgghhh...

 CIMB Mergong..

Gambaq kat bawah ni kami dok breakfast bersama kat depan rumah...my sis n hubby Iskandar n mom

 Hana, anak penakan..

 Meronda kat kawasan perumahan kami ...

 Hari nak balik KL..Mengamuk dia tak mau balik...Nasib baik kawan2 dia nasihat...





Iskandar Shah..adik ipaq..

Lain kali kita balik lagi Mak..Insyaallah..